Wednesday, August 3, 2016

Untuk seminggu


Kalau rajin, hujung2 minggu aku akan iron stock baju untuk pergi kerja.Kadang tu bukan tak rajin, tapi aku jenis tak tetap pendirian, dah tentukan baju apa nak pakai untuk hari isnin sampai jumaat, tapi bila sampai hari rabu takpon hari pape jela,tetiba rasa nak pakai baju lain, mengada sangat kan..Cepat sangat hati ni berubah..ahhaahaha..

Pastu plak aku ni jenis yang tak suka repeat baju yang sama minggu lepas, atleast 2 minggu tu takde baju sama berulang kali, lepas 2 minggu baru boleh rotate balik baju2 yang dah dipakai minggu sebelumnya, cerewettt ke???hahhahaha..

Nak cerita bab cerewet , aku ni takdelah cerewet sangat, cuma mata ni suka tengok benda2 yang teratur je, tak suka sepah2, nak kata rajin sangat berkemas tu taklah jugak, tapi bila tiba mata jadi semak sangat, tengah malas pon otomatik jadi rajin.Kalau berdua je dengan dak Iqy, aku memang membebel jela, mana taknya, tiap kali dia main, suka teraburkan mainan kat ruang tamu, aku pantangggg betul, aku pon kutipp balik letak dalam bilik, pastu pergi kemas dapur, dia bawak keluar balik mainan tu, gerammm aku weyyyy..Aku plak jenis yang tak menyabor nak kemas, sebab sakit mata nengoknya, kalau abah dia ada, abah dia tak bagi aku kemas dulu, bagi dia puas2 sepahkan dulu, tapi masalahnya aku yang tak tahan nak tunggu dia puas menyepahhh satu rumah..hahahahaah..Tu yang kerja aku membebel je sepanjang hari.hahaaha..

Satu lagi aku tak suka sinki penuh dengan pinggan tak berbasuh, sepanjang 5 tahun ni, ko tanya lah Abi, pernah tak sinki aku tu penuh dengan pinggan tak berbasuh, dia pon dah faham bini dia, so lepas makan, memasing akan basuh pinggan sendiri masa tu jugak, tak pernah tinggal2 sebijik dua dalam sinki..Bila memasing dah faham, senanglah kan..Mata aku pon tak sakit tiap kali masuk dapur..hehehehe..

Kesimpulannya, aku taklah secerewet yang disangka, biasa2 je, cuma aku tak suka sepah2 tu jelaaaa...Asal sepah je aku stresss, sebab tu tiap kali sebelum tidur aku akan kemas rumah, sebab aku nak setiap pagi, celik mata je, rumah kemasss je teratur..Biar tak cantik asalkan kemas dan bersih, hidup pon selesa kan..hikhikhikhik.Kalau bab baju anak plak, aku tak suka kalau pakai baju lain seluar lain, tu pun satu pantanggg aku.Biasa aku beli baju satu set sekali dengan seluar kan, so tiap kali lipat aku akan cari pasangannya lipat sekali, supaya tak hilang, aku tak minat kalau baju lain seluar lain, kalau memng jenis asing2 takpe, ni kalau yang satu set tu..Pernah lah Abi terpakaikan Iqy camtu, aku tengok terus tukar baju Iqy dan2 tu jugak..padahal duduk umah je kot..Hahahahaha..Laki aku garuuu kepala je tengok perangai bini cerewet camni..kikikikikiiii

Tu jela nak bebel, meleret2 plak citer pasal cerewet ni kan.Padahal bukan apa sangat pon..Memasing mesti ada habit tersendiri kan, ada yang suka rumah kemas, tapi tak rajin memasak (macam aku), ada plak yang rajin masak, tapi tak suka kemas rumah.hehehe,,Macam-macam kannn...

3 comments:

  1. Akak pun sama gak.. takleh rumah sepah.. rasa serabut kepala otak.

    ReplyDelete
  2. bab iron bj mmg malas...nasibaik bj kj smua jenis tkyh iron..hehe...bab cerewet ni rsnya smua org ada cuma teruk or tk je hehe...

    ReplyDelete
  3. wahhh gitu...senang dah tak payah pikir esok esok nak pakai ape ;)

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)