Tuesday, August 30, 2016

9 tahun bercinta

26 August 2007 - 26 August 2016

Alhamdulillah 9 tahun berlalu, 9 tahun dah kenal dengan asben.Cepat masa berlalu, sedar tak sedar dah 9 tahun ek.Cepatnyaaa...Percintaan yang tak taw macam mana permulaannya, tetiba je berbunga, taw2 je dah bercinta, taw2 je dah nak kawen.Nak kata cinta monyet bukan, nak kata cinta matang pon taklah matang sangat, memasing nerd je 9 tahun lepas.huhuhuhuuu...

Macam mana terdetiknya cinta macamana boleh buat keputusan nak kahwin, uishhh semua tu diluar bidang kuasa aku, itulah kuasa Allah, kalau dah tertulis itu jodoh kau, dengan dia lah kau akan bersatu.InsyaAllah.
Cinta jarak jauh permulaannya, kesabaran , kejujuran dan kesetiaan paling penting, paling ko kena pegang, paling ko kena semat bebetul dalam hati.Sanggupkah kau, sanggup tak nak hadapi cabaran, ingat senang ke???Hati kena kuat beb...mental apa tah lagi..Lagi kena kuat..

Tapi kalau semua tu kita boleh lalui bersama2, tempuh sama2, jatuh bangun bersama, insyaAllah takde masalah nak bersatu akhirnya.

Cerita aku taklah sehebat cerita cinta Qaisy dan Laila, tak seromantis cerita cinta Romeo n Juliet, nak jadi setulus cinta Adam dan Hawa pun jauh sekali.Tapi cinta kami semulajadi  wujud dari hati kami2 sendiri.Masih punya kekurangan dan masih merangkak kearah kesempurnaan.

Moga cinta kita makin kuat hari demi hari, ujian dan dugaan resam hidup,sesiapa pon lalui, cuma situasi dan keadaan yang membezakan, kita cuba yer untuk jadi yang terbaik.Bukan terbaik dimata orang, cukuplah terbaik dimata kita..InsyaAllah, korang doakan yer...amiiinnnnnnn...

Happy 9th Anniversary to us...ZURY foreverr...till jannah...

2 comments:

  1. happy 9th anniversary utk nory & suami..smoga berbahagia hingga hujung nyawa

    ReplyDelete
  2. tahniah sista...semoga kekal hingga jannah

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)