Thursday, September 1, 2016

Aku yang selalu terkena

Dak Iqy ni kan setiap hari penuh dengan persoalan dari kotak fikiran dia, setiap hari, setiap minit dan setiap detik, dia akan bertanya, kadang soalan yang sama.Padahal dia sendiri dah tahu jawapan pada soalan dia tu, tapi dia tetap suka bertanya disamping menguji dan mencari silap kita.

Dan aku adalah mangsa yang selalu terkena dengan budak usia 2 tahun ni.hahahahah..Sampaikan aku suruh dia diam, pastu kesian plak kat dia, orang kata budak yang banyak soalan dan suka bertanya ni ,bijak..haah memang bijak pon, bijak jugak mengenakan orang.Tak padan dengan usia yang 2 tahun jagung tu.Eh buka  setahun je ke boleh guna perkataan jagung tu? Hahahaha..

Ni antara soalan2 yang aku selalu terkena, dia tanya dia jawab balik, pastu suka betulkan kesilapan jawapan orang, aku rasa Dak Iqy ni cita2 dia jadik cikgu kot..hahahahaaha..

Dak Iqy : Mama , ni apa?
.
Mama : oooo, itu pistol
.
Dak Iqy : Bukannn....GUN
.
Mama : (adeh terkono den)

*****************

Dak Iqy : Mama, ni ape?
.
Mama : Anjing
.
Dak Iqy : Bukannn...DOG
.
Mama : (terkono lagi aku)

*******************

Dak Iqy: Mama, ni ape? (sambil tunjuk 3 jari)
.
Mama : three
.
Dak Iqy : Bukannn...Ni Dabeliew (huruf W)
.
Mama : (dasyat jugak imaginasi dia), 3 jari kan bentuk macam huruf W...haishhh asyik mama je terkono ni..
 
*********************

Dak Iqy : Mama, tu ape?
.
Mama : Elephant
.
Dak Iqy : Bukannnn....tu GAJAH..
.
Mama : (tepuk dahi)
.

Dia memang suka tanya dan menidakkan jawapan orang..sabooo jelaaa..sometime kalau dia tanya , aku tanya dia balik, konon nak kenakan dia balik, tapi hasilnya hambar..Sebab dia lagi bijak mengenakan mama dia..Bertabahhhlah nak!!!!

Dan setiap soalan dia, mesti dimulakan dengan Mama, abah dan sebagainya.."Mama, ni apa?", "Abah, nak shushuwa" "Abah, nak nasik".."Mama, tengok tu" , " Mama, ambik tu" "Mama, jom kidai (kedai)....fuhhhhh...



2 comments:

  1. hah..betul la..anak sy yang dua tahun tu pun skrg ni banyak tnye..kekadang penat nak jawab...

    ReplyDelete
  2. terus tgk 3 jari kt jari sendiri haha bijak iqy

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)