Tuesday, August 30, 2016

9 tahun bercinta

26 August 2007 - 26 August 2016

Alhamdulillah 9 tahun berlalu, 9 tahun dah kenal dengan asben.Cepat masa berlalu, sedar tak sedar dah 9 tahun ek.Cepatnyaaa...Percintaan yang tak taw macam mana permulaannya, tetiba je berbunga, taw2 je dah bercinta, taw2 je dah nak kawen.Nak kata cinta monyet bukan, nak kata cinta matang pon taklah matang sangat, memasing nerd je 9 tahun lepas.huhuhuhuuu...

Macam mana terdetiknya cinta macamana boleh buat keputusan nak kahwin, uishhh semua tu diluar bidang kuasa aku, itulah kuasa Allah, kalau dah tertulis itu jodoh kau, dengan dia lah kau akan bersatu.InsyaAllah.
Cinta jarak jauh permulaannya, kesabaran , kejujuran dan kesetiaan paling penting, paling ko kena pegang, paling ko kena semat bebetul dalam hati.Sanggupkah kau, sanggup tak nak hadapi cabaran, ingat senang ke???Hati kena kuat beb...mental apa tah lagi..Lagi kena kuat..

Tapi kalau semua tu kita boleh lalui bersama2, tempuh sama2, jatuh bangun bersama, insyaAllah takde masalah nak bersatu akhirnya.

Cerita aku taklah sehebat cerita cinta Qaisy dan Laila, tak seromantis cerita cinta Romeo n Juliet, nak jadi setulus cinta Adam dan Hawa pun jauh sekali.Tapi cinta kami semulajadi  wujud dari hati kami2 sendiri.Masih punya kekurangan dan masih merangkak kearah kesempurnaan.

Moga cinta kita makin kuat hari demi hari, ujian dan dugaan resam hidup,sesiapa pon lalui, cuma situasi dan keadaan yang membezakan, kita cuba yer untuk jadi yang terbaik.Bukan terbaik dimata orang, cukuplah terbaik dimata kita..InsyaAllah, korang doakan yer...amiiinnnnnnn...

Happy 9th Anniversary to us...ZURY foreverr...till jannah...

Monday, August 29, 2016

Pakej Homestay + Van + Driver Termurah di Kuching,Sarawak

   
Since ramai yang email dan PM aku tanya pasal contact Pakej Homestay & Van  aku masa bercuti kat Kuching,Sarawak 2 tahun lepas, aku rasa bersalah sangat sebab lambat nau hapdet pasal entry ni, aku dah janji kan dulu nak kongsikan kat entry khas, tapi aku lupa beb, kekangan masa yang tak mengizinkan pun satu, dia nak mengarang entry ni kena ada feel, kalau tak feel, terkulat-kulat aku depan PC ni.Ni pon aku cuba gagahkan diri untuk menaip entry khas ni, sila sayang aku lebih..hehehehe..Belanja kek lapis Sarawak satu pon okey dah..hahahhaahha..

Aku bercuti kat Kuching, Sarawak ni pada 2-4 November 2014, haaa tengok bebetul tu tahun bila..2014 okey?Berapa abad dah aku peram cerita ni.Hahahahahah..Mujur aku rajin makan kismis, tu pasal daya ingayan aku masih kuat lagi..kehkehkehkeh..Ada yang email aku, aku bukan taknak reply, sometime tu aku dah baca, pastu aku puas dok cari contact owner ni, last-last terus lupa nak reply, sorrryyy taw.Dan sekarang aku dah berjaya jugak jumpa contact owner pakej ni.Ni semua kes tukar henpon semua contact lesap lah ni..Dushh..dush ..dush salahkan diri sendiri.

Untuk percutian aku seramai 11 orang (7 Dewasa 2 kanak-kanak 2 baby) aku ambil pakej Homestay + Van + Driver.Senang sekali harung, boleh bawak sekali kesebelas orang yang ada.Dan kitorang memang plan nak pergi bercuti ni takmo drive sendiri, so kitorang nak ada driver yang boleh bawak kitorang semua kesana dan kemari.


Aku beruntung dapat jumpa dengan Encik Mohamad yang menawarkan aku pakej yang murah dan kena dengan bajet kami semua.Dengan harga RM1500 kami dapat Homestay 3 bilik + Van + Pemandu.Tu gambar dari luar homestay yang kami menginap selama 3 hari 2 malam.Sangat puas hati sebab rumahnya luas, bersih, ada dapur boleh memasak, ruang tamu siap TV, bilik utama ada aircond, dan tilam tambahan pun disediakan.TAPI tu harga 2 tahun lepas yer anak-anak, jangan blame aku kalau harga sekarang dah tak sama, kalau masih sama lagi, alhamdulillah rezeki korang, kalau dapat lagi murah, lagi bagus kan.Hebat korang tawar menawar.

Ruang Tamu

Bilik utama ada aircond

Bilik kedua

Ada meja makan, dan ruang dapur untuk memasak.

Bilik tidur ketiga , katil single tapi tilam tambahan ada disediakan.


Inilah van yang berkhidmat dengan kami sepanjang 3 hari 2 malam kami kat Kuching ni.Tapi gambar Abang Malik pemandu van kitorang tu aku lupa nak ambik gambar.Ralit sangat bersembang sampai lupa nak amik gambar dia, Abang Malik ni peramah dan sangat menyenangkan kami sekeluarga.Cara dia bersembang, cara layanan dia memang terbaik, cakap je nak pergi mana, dia boleh bawak dan suggestkan tempat-tempat menarik.Orangnya sangat disiplin dengan masa, tengah2 malam terasa lapar, aku wassap dia suruh datang ambil kitorang, tak sampai 5 minit dia dah sampai depan homestay kitorang.Kitorang plak yang kelam kabut tak pakai tudung lagi lah, nak mekap lagi lah..hahahahaha..Macam tu jugak waktu pagi nak pergi sarapan, selepas subuh dia dah ada kat depan rumah dah ready nak hangkut kitorang pergi sarapan, siap belanja kitorang lagi..Alahaiii susah taw nak jumpa orang macam abang Malik ni.Nampak keikhlasan dia bawak kitorang jalan merata..Puas hati bebbb..

Pakej ni disediakan juga itinerary perjalanan, dimana kite sendiri boleh pilih nak pergi ke tidak destinasi tu tanpa perlu terikat dengan jadual perjalanan, disebabkan kami ni terdiri daripada keluarga yang mempunyai anak-anak kecil, jadi kami pilih destinasi yang bersesuaian sahaja,tak ikut sangat itinerary, kalau korang nak ikut,silakan, takde masalah..Tapi kalau korang nak pergi mana-mana,nak singgah situ ke, sini ke suka hati, just cakap je dengan driver tu, dia takkan bagi alasan..Kalau nasib korang baik, dapat driver Encik Malik ni, lagi sennag nak kawtimm..



Encik Malik tu bukan sekadar driver kitorang je, tapi dia jugaklah photographer rasmi kitorang sekeluarga, semua tempat dia yang beria-ia suruh kita bergambar ramai-ramai, sweet sangat Encik Malik ni.Kalau ada rezeki kami sekeluarga nak jumpa Encik Malik ni.Kalau Encik Malik terbaca entry ni, haiiiiii Encik Malik!! mehlah datang Semenanjung, kitorang bawak pusing-pusing KL pulak..heheheheh...



Kalau korang berminat nak booked pakej ni, boleh direct contact Encik Mohamad (016-857 3030), kalau nak driver Encik Malik, korang request lah dengan Encik Mohammad ni, boss dia pon sama sporting macam Encik malik..Seronok taw bekerjasama dengan orang baik-baik dan mesra pelanggan ni.Email pon boleh, email ke mymohamad@gmail.com.

P/S: Korang kalau jumpa Encik Malik, sampaikan salam yer...Cakap Nory n Family kirim salam taw         taw... taw...Ntah dia ingat lagi ke tak?hekhekhekhek

Detail:
Pakej Homestay + Van + Driver Paaaaaling Murah dan Terbaikkkk @ Kuching

Encik Mohamad
016-857 3030

Email:
mymohamad@gmail.com

Friday, August 26, 2016

Breakfirst dua beranak on weekend


Oh ni cerita basi, tapi saje nak share jugak, jangan risau tak sakit perutnya kalau baca entry basi ni.Tak macam makan nasi lauk basi..hahahaha..Weekend sekarang ni memang takde chance dah nak bangun lewat, Dak Iqy tu spesis yang bangun awal, jarang sangat dia bangun tido lewat sampai ke tengah hari, tapi bila dia bangun awal, dia akan tido dalam tengahari,biasa around 12 atau 1 dia dah lalok dah.Tak payah paksa tido, dia sendiri akan lalok dengan sendirinya.Memang dia jenis tido siang, dia aktif waktu pagi dan petang je..hehehe..Waktu pagi biasanya dia akan masuk playroom dan hangkut bakul mainan dan bawak ke ruang tamu, haah dia angkat okey, kuat betul, aku suruh dia seret, tapi dia pegi angkat, mungkin nak tunjuk yang dia sado agaknya..hahaha

Dia akan leka main sorang-sorang, dia dah biasa pon main sengsorang time weekend macam ni tapi dia nak kite tengok dia main.Pastu hadaplah soalan dia yang bertubi-tubi.Sabooo jela..Dah puas main, dalam pukul 10pg macam tu dia dah mintak makan dah.Ikut dia lah, kadang dia mintak "mama, nak cookies" "mama, nak ashik"..biasanya pagi2 ni aku bagi biskut lah dulu dia sebut "cookies".sementara aku readykan breakfirst, selalu aku goreng nasik, tapi kalini aku buat roti goreng telur cicah sos je, hidangkan sekali dengan air milo..Perghhhh kenyang jugak..Jadiklah buat alas perut sementara tunggu time lunch.Dapatlah tutup mulut Iqy sekejap yang mintak ashik, ashik je tu..heheheh..

Korang sarapan apa time weekend, cer share ngan aku?next weekend aku boleh tiru...hekhekhekhek

Thursday, August 25, 2016

Abah, tengok mama tu!!

Ni nak cerita pasal anak bujang aku tu, sekarang ni kemain lagi dah pandai mengadu..Pantang aku bebel sikit, terus pergi kat abah dia "abah...engok(tengok)amma tu" ..kalau aku marah dia mengadu lagi kat abah dia " abah..mama arah(marah)" sambil buat muncung itik..Hishhh geram aku..sikit- sikit mengadu..kalau seharian  tinggal dengan dia, abah dia plak kerja, bila abah dia balik je terus menonong sambil buat muka sedih kengkonon, macamlah aku ni mak tiri cinderella yang sepanjang hari marah n dera anak je..erkkkk sabo jela aku..

Yang abah dia pon senang je percaya dengan lakonan drama mantap anak bujang dia tu, boleh dia tanya aku, nape syg marah Iqy, Iqy buat apa tadi???erkkkk...Nyampah taw...Marah sikit tu biasalahh..Lain lah abah takde sifat marah, mama always rasa nak marah je kalau ade benda tak kena, maklomlah hormon mak2 ni lain machemm sikit, tapi still under control, aku belum sampai tahap pukul dan cubit anak lagi, takat babap2 manja tu biasalah, sometime geram tetiba cubit2 manja, tu pon Iqy nak mengadu..Heyyy mama cubit2 manja lah..Tak tinggal bekas pon, kadang sambil2 cium dia pon, tergigit manja sikit pipi dia, ehh geramm tau taw, fahamm tak..hahahaha..

Wednesday, August 24, 2016

21 August

21 August hari Ahad haritu adalah hari jadi Abi yang ke 34 tahun..Eh dah tua rupanya Asben kite ni.Nape rasa macam baru 24 tahun je..Ehhh ehh ehh..

Takde celebrate apa pon, maklumlah tengah bulan, tu je la ayat cliche org bergaji kecik macam aku ni..hukhukhuk..Tengah bulan memang sangat menduga.mueheheheheh...Tapi hidup tetap perlu diteruskan.Abi plak kerja pada hari kejadian dia tu,  cadangnya nak beli kek kecik untuk seperaiskan Abi time dia balik kerja nanti, tetiba jiran sebelah a.k.a mak lang aku ketuk pintu hantar kek indulgence Secret recipe..Kebetulan paklang aku punya besday selang sehari sebelum besday Abi, rumah bersebelahan tarikh lahir pon bersebelahan.hikhikhikhik..Nak dijadikan cerita, aku pon tak jadi lah keluar beli kek, guna je kek yang maklang aku bagi tadi tu..Ala buat syarat je kan.

Nak hilangkan rasa ralat tak dapat belikan kek untuk Abi, aku ajaklah Abi dinner kecil-kecilan malam tu, aku memang tak masak pon haritu, makan luar lah weolls sempena besday Abi.Tak dapat belanja mewah2, dapat belanja Abi makan nasi dengan sup tulang feberet dia je..Oklah tu kan..Janji ada jugakk..

Happy birthday My Soulmate, makin bertambah usia ni makan bertambah kasih dan cinta syg kat abang.chia chia chia..Semoga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat, diperluaskan pintu rezeki, diberi kesihatan yang baik, dan semoga terus menerus menjadi suami dan abah terbaik buat keluarga kecil kita.Aminnnn...

Tuesday, August 23, 2016

Dalam dilema

Seperti yang sedia maklum, aku kan baru je dapat kerja baru pertengahan bulan puasa haritu.Alhamdulillah dah 2 bulan lebih aku kerja situ, sekejap je kann.Bagi aku, kerja situ okey cuma agak bosan sikit maybe sebab kerja tak banyak, tapi aku okey je.Boleh terima lagi lah keadaan macam tu, tapi entahlah hati ni macam ada je tak puas hati, rasa kurang selesa lagi.Taktaw nak cakap camne situasi dia..

Ikutkan aku ni, memang takde hati nak kerja lagi, aku nak jadi suri rumah, nak ada bisnes sampingan,tapi tu lahh, kite ni merancang je.Tapi skill , teknik dan modal tak kukuh lagi.Nak bisnes kena ada modal, kena ada skill, kena ada teknik.Aku manelah retiii..So nak taknak aku kena kerja makan gaji jugak, entahlahh maybe aku tak suka kerja bawah orang kot kann..Bukan kata berlagak ke hape, tapi ntahlah taktaw nak cerita camne.

Tempat kerja sekarang ni, ada satu masalah yang buat aku semakin tawar hati, masalah gaji lambat.Biasalah swasta tak macam kerajaan 23,24 dah dapat gaji..Macam swasta paling awal pon 28, paling lewat pon sebelum 5hb..Okey ko cuba tanya bape haribulan pulak gaji aku masuk??
9haribulan okeyy...Tu pon tak tetap, ikut suka hati dia nak masuk bila, kalau awal, 2hb dah masuk katanya.Paling lambat 11hb...hoiiiii gila ke? Due date bayar kereta pon 5hb je weyy..Tu pon nasib baik Abi bayar kan..Macam aku biasa bayar duit pengasuh 1hb..Tak seronok plak bayar lambat kan.Dahulukan duit Abi dulu, hutang lain plak tertangguh kang. Masalah2 kecik camni pon boleh mempengaruhi mood nak bekerja taw, dari seronok jadi tak seronok, jadi tawar hati.Aku kalau seronok dengan kerja, aku jenis yang susah nak cuti or MC, tapi bila aku dah start Cuti emergency start  MC tu maknanya aku dah tawar hati dengan kerja tu lah tu.

Korang yang jadi suri rumah mehlah share bisnes apa korang buat ? Tak kisah lah bisnes kecik ke bisnes besar...Boleh aku jadikan korang sumber inspirasi aku utk berhenti kerja terus...

Monday, August 22, 2016

Sembang Hari Jumaat

Saje je nak ajak kome sume sembang kosong dihari Isnin yang bluesss ni.So,acaner weekend? Besttt?Minggu ni abi kerja, tinggal berdua jela aku dengan dak Iqy.Macam biasa lah, kalau bosan2 aku hangkut dia pergi Tesco, biasanya dia yang akan ajak aku, nak taknak aku terpaksa lah turutkan, kang dia start buat onar kang, aku plak yang naik hijau..Yela kadang kesian jugak terperuk je kat rumah kan, sekali sekali keluar dating berdua ok jugak.Ekceli Dak Iqy tu lebih behave kalau abah dia takde, kalau keluar berdua je dengan aku,okey je dia, dengar je cakap aku, kalau abah dia ada, hurrmmmmm ko rasa?Mesti korang pon boleh agak camne peel dia..huhuhu..

Eh tajuk sembang pasal hari jumaat, tapi macam dah lebih citer pasal weekend plak kan.hahahha..Aku kalau tak merapu, memang tak sah.Hari jumaat haritu, time lunch aku makan meggi cup je.Biasanya aku okey je boleh tahan, sampai esok pon okey kalau tak makan nasi.Tapi hari jumaat tu lain macam, aku punya tahap lapar tu lain machemmm sangat, pukul 4 petang masa kat opis aku dah start gelisah semacam, mulut macam nak something untuk dimakan, time2 tu lah terbayang semua makanan yang sedap..hoiiii ko dah kenapa Nory..Tiba-tiba sangat taw..Tangan rasa terketar2 tahan lapar, apa ke terukkknya entahlaaa..

Sampai aku hilang fokus nak buat kerja, aku online buka blog resipi2 je, masa tu lah teringin nak makan puding karamel, masa tu lah terbayang puding custard, brownies coklat lah...heishhhh mengundang sangat taw.Taktaw kenapa??

Time balik kerja, amik Dak Iqy kat umah pengasuh terus balik, ingatkan nak singgah kedai beli bahan nak buat puding custard kononnya, tapi malas pulak tetiba sebab rasa macam tak larat..Terus whatsapp Abi, kebetulan dia dalam perjalanan balik kerja,suruh dia singgah pasar malam belikan Nasi Ayam Berempah dengan Leher Ayam.Berpeluh2 tunggu Abi sampai rumah..Abi sampai je terus capai makanan dulu takdan nak sambut dan salam bagai.hahahaahha..Ya Allah, nikmatnya dapat makan nasi.Hilang semua nafsu nak makan puding,brownies segala tu..Hoiii nafsuu je semua tu taw, dapat nasi sebungkus, kenyang dah..Alhamdullilah..

Friday, August 19, 2016

Party kecil-kecilan sempena birthday Dak Iqy ke-2 tahun


Aku belek2 blog aku semalam, yelaaa sape lagi nak baca melainkan aku sendiri yang akan baca balik entry2 aku, hahahaha..Sekali baru aku teringat yang aku tak update lagi entry birthday Iqy yang kedua tahun.Bagi seorang blogger , tu dah jatuh hukum "berdosa" dah tu kalau tak update..hahaha..Kenangann tu beb..Kot-kot lah dah besar nanti, Iqy godek2 blog aku cari entry besday kedua dia, apa aku nak jawab nanti..hekhekhek..kang sentap plak kan..bajettt macam dak Iqy tu nak baca je blog merapu mama dia ni.Abah dia pon tak hingin baca blog aku ni taw..Sentap makkk!!!huhh!



Birthday Iqy yang kedua tahun ni 17 March 2016 jatuh pada hari Khamis, kitorang ada masalah sikit dalam pemilihan tarikh, sebab tarikh yang paling dekat pon abah Iqy kena kerja, last minit planning, dengan kata sepakat kitorang pilih 12hb mac.Majlis terpaksa diawalkan atas sebab2 tertentu lah.Aku buat kecil kecilan je kalini, buat pon hari jumaat malam, tetamu pon kebanyakannya bekerja, so lepas balik kerja baru dorang datang.Tu pon aku jemput yang dekat2 je, jadiklah buat syarat kan.Asal buat..



Giler lah planning last minit, kurang seminggu dari tarikh tu lah nak tempah kek bagai, nasib baik kedai kek Chocolate Mansion tu terima order last minit,tu pon tak banyak pilihan, aku pilih tema Robocar Poli , Iqy kan minat Poli.Tapi sekarang dia dah minat Spiderman pulakk..so tahun depan dah taw lah kan tema apa?hahahaah InsyaAllah akan diusahakan.



Sempat jugaklah order pavlova n brownies kedut dari Safurara, lama dah aku ngidam nak rasa pavlova dia, sanggup aku redah Puchong ke Ampang utk ambik pavlova n brownies tu.Memang sedappp uolss sampai tak sempat tangkap gambar..Adalah gambar sipi2 kat atas meja tu, nampak tak nampak tak?hehehehe..



Kuih muih plak mintak tolong mak orderkan dengan jiran, nasib baik dia terima tempahan last minit kauuuu..phewwww...Memang kerja giler betul lah.Kelam kabut..Nasib baik majlis berjalan lancar jugak akhirnya.Menu2 berat mujur Abi yang masak sendiri, so takde lah kelam kabut sangat, Abi ai is cekappp okey.Korang kalau nak tempah makanan goreng2, laksa ke mee kari ke boleh lah tempah kat weolls, tapi untuk small party jelaa, kenduri besar2 kitorang tak berani lagi nak amik order..Takat untuk 100-200 orang tetamu insyaAllah boleh..Laksa abi kite sedapppp taw..



Kalau tahun lepas aku ada assistant tolong deco2, tenkiuuu Ida..tapi tahun ni aku keseorangan deco2 segala, tampal belon tiup belon semua sendiri..Ala kadar jelah yer nak, mama ade 2 tangan je..Abi masak kat dapur, aku deco belon sana sini.Mujur Iqy aku hantar umah babysitter, kalau tak mau pecah2 belon aku. Hehehe..Tak nampak pon belon??Belon2 sume aku dah masukkan kat dalam playroom Iqy, sebab semakkk org nak duduk pon tak boleh..hahahaah...So biar bebudak main belon kat playroom je..hehee









Antara tetamu2 yang hadir, tenkiuuu yaya, bunga, syafiq,ida n Andi..Yang tak dapat datang tu takpe, kite faham.Yang tak dijemput plak kite mintak maaf sangat2, kite jemput yang dekat2 je, plus buat kecil2an je kann..huhhhuuuu...Next time maybe..



 

Acara potong kek, dak Iqy masa ni sibuk nak amik car kat atas kek tu, hampir2 bersepai kek tu tau tak..Sabooo jela aku.Tercengang dia bila semua dok nyanyi lagu happy birthday, malu2 kucing plak..cehhhh..



Majlis habis sekitar jam 12 tgh malam ke lebih tak ingat dah.Bila tetamu dah balik, malam tu jugak kitorang berkemas segala periuk belanga dan kemas rumah, memang tiap kali buat makan2, kitorang tak pernah tinggal esok baru kemas, mesti malam tu jugak kasi setel, ko tau jelaa aku punya perangai kan suka bila bangun tido pagi2 tak suka tengok rumah sepah2,so aku sanggup tak tido malam kemas rumah,hahaahhaha..lagipon esok tu pagi2 dah nak pergi Gold Coast,Morib untuk birthday trip dak Iqy.Doakan mama murah rezeki semoga birthday ketiga Iqy nanti mama boleh hadiahkan Iqy birthday trip ke Korea plak..hahahahah..aminnnn amiiinnn aminnn..entry Gold Coast Morib ni aku dah update haritu, entry birthday ni je lupa nak update..heheeheh

Thursday, August 18, 2016

Nak bebel pasal lampin pakai buang

Sebenarnya kan aku banyak entry tertunggak, disebabkan kerja aku sekarang ni lebih flexible masa nya, sebab tu lah kalau korang perasan hari2 ada entry baru fresh dari ladang gitu.Yeahhh aku suka semangat tu, kalau boleh nak update hari2, walaupun lebih banyak merapu daripada bercerita.hahahah..Kerja sebelum ni busy je memanjang sampai takde masa nak taip entry, nak jenguk sikit pon tak sempat kekadang tu, cian blog terabai, sedih banyak cerita tertunggak.Aku takut lupa, sebab aku jenis yang suka baca balik entry2 lama, pastu kalau ada satu cerita terlepas mula lah frust menonggeng salahkan diri sendiri nape tak update cerita pasal tu pasal ni..haishhh..

Entry ni pon aku type kat note henpon dulu, esok pagi baru draft masuk blog n publish, sebab kat opis wifi laju..hahahahaha..
Ni nak kongsi sikit pengalaman pasal diapers, Dak Iqy dari baby lagi jenis kulit yang takde masalah kalau pakai diapers jenama apa sekali pun, takde masalah melecet, ruam lampin dan sebagainya, cuma mama dia je yang mengada2 lebih nak setia pada Drypers sahaja.Harga Drypers ni biasalah, kalau time promo murahlah kalau tak promo nak marah je rasa tengok harga dia.Tapi disebabkan aku dah terjoin Drypers club, so aku dah terbiasa beli Drypers je tak kisahlah dia mahal ke murah, semata2 nak kumpul point.Hasil daripada point2 tu,dapat lah jugak aku tebus 2, 3 jenis barang/hadiah.Lama jugak aku setia dengan Drypers sampai sekarang lah.

Cuma baru2 ni je macam wujud sedikit kesedaran, dah alang2 anak tak kisah brand apa2 pon, dah kenapa aku nak setia pada satu jenama je kan, aku try bermacam2 jenis diapers yang jauh lebih murah daripada Drypers,dahlah jauh lebih murah, kualiti pon lebih kurang sama, maklumlah sekarang ni Drypers dah pandai cenekel, kualiti dah tak macam dulu, nipis dan pelekat senang tercabut tapi harga still sama,so kite kena buat pilihan bijak, tak gituu..

Sejak dari tu macam2 aku try, FItti, Baby Love, Whooppee, Tesco Love, Diapex, semua Iqy lulus ujian, takde alahan ruam dan sebagainya, cuma ada satu dua jenama tu yang terlalu nipis,cepat bocor tu jela..Tapi dalam banyak2 tu, aku suka Tesco Love, yuppp aku puas hati, harga murah dan kualiti,lagi tebal dari Drypers aku rasa.Ni pendapat aku lah, Iqy pakai tido malam sampai ke pagi pon takde masalah bocor, tau jela budak lelaki kan kuat kencing..hehehehe..

So sekarang aku dah curang dengan Drypers,point2 yang aku kumpul sebelum ni pon aku nak tebus buat kali terakhir,hikhikhikhikhik..Selamat tinggal Drypers, selamat datang Tesco Love..heheheheh..Lebih banyak jimat, dengan harapan duit lebih tu boleh simpan masuk tabung Korea..Ehhhh bila tu?,ko berangan tak habis2 kan Nory...ooo lupa plak berangan itu freee.Selamat sambung berangan Nory...lalalalalaaa

Wednesday, August 17, 2016

Genap 29 bulan harini

Harini genap usia dak Iqy yang ke 29 bulan bersamaan 2 tahun 5 bulan.Makin besar makin banyak cekadak, suka buat onar tapi pandai ambil hati orang.Kalau merajuk sebijik macam mama (abah dia yang cakap).hahahaha..Suka merajuk dengan abah je, sebab dia tahu kalau merajuk dengan mama tak beri kesan apa2, tiada respon.kahkahkahkah..Sorry, mama malas layan ko punya rajuk, sebab mama pon ada rajuk sendiri, dan tukang pujuk adalah orang yang sama.hahahahah..

Dah makin banyak bercakap, dan sekarang ni suka sangat bertanya,kenapa? Siapa? Eh sume dia nak tahu, penat nak karang jawapan taw tak.Aku suka part dia merayu nak kan sesuatu,contohnya "mama, nak air" alahaiiii cair hati dengar weyyy..Romantik je..abah pon tak romantik cmtu..hikhikhik..Pastu kalau balik dari rumah pengasuh mesti ajak aku singgah rumah nenek, ayat dia yang best " mama, nak nenek" mendayu2 intonasi dia tu, dia macam ayat bertanya taw.Kalau aku jawab tak boleh, mesti dia " alaaaa, nak nenek"..dan kalau ko tak singgah, sampai ke rumah lah dia bantai melalak.grrrrr..

Sekarang ni dalam fasa baru, dimana aku sedang mengalami moment2 indah dengan keterujaan dengar anak bercakap, kadang2 ayat yang keluar dari mulut dia tu lucu sangat.Pelat2 dia..Alahaiii..besar dah anak mama..dah pandai cakap dah.Dah pandai melawan pon ye jugak..Haishhh..tu yang kadang rasa nak jadi hijau je tu..Kadang tengah drive, dia sibuk tanya itu tanya ini,kalau kena dengan mood baik aku layanlah, tiba tengah serabut nak cepat , aku terpaksa sound die suruh diam.Bila dia diam, sunyi plak , aku plak  ajak dia sembang lagi..hekhekhekhek..

Tapi sejak dua menjak ni, selera makan dia dah berkurang sikit,risau jugak aku, kadang leka main sampai taknak makan, sampai aku naik hangin plak, risau tengok badan dah makin susut, susu pon haritu macam kurang minum, sekarang ni baru nak demand balik,kalau makan kena ikut selera dia, biasalah dia kalau tak pedas takmo makan,nak tengok dia makan lebih sikit, kenalah ada pedas baru nak makan, tu pon ikut mood, kalau sibuk nak main je, 2, 3 suap dah geleng kepala taknak dah.Hurmmmm...

Tuesday, August 16, 2016

Balik kampung borong cempedak rambutan2


sape lagi nak buli abah dia kan???
Jumaat haritu, lepas balik kerja terus bersiap dan balik kampong Abi.Since raya aritu ni baru nak balik lagi.Maklumlah memasing dah start keje, Abi plak cuti alternate.Ada weekend yang dia kena kerja.Weekend kalini turn Abi cuti, ikutkan tengah bulan modal pon kekeringan, tapi alhamdulillah niat baik kan nak balik jenguk orang tua, rezeki tu ada, cuma cukup2 jela.Syukurrr dapat jugak balik jenguk mertua, aku ni ikutkan nak selalu balik jenguk mertua, tak kisahlah mertua ke org tua sendiri, sama je,masing2 keutamaan kite sebagai anak2.Macam aku , orang tua aku dekat, hari2 boleh jenguk.Macam mertua ni jauh sikit, kadang terkilan jugak kalau lama tak balik, tu kadang2 aku gagahkan jugak ajak Abi balik, walaupun dia cakap takde modal, tkpelah kalau keluar duit sndiri pon apa salahnya.Bukan org lain.Kena ingat, tanpa mertua, takdenya pasangan kite tu kat dunia ni.



Laiiii laiii Dua singgit, dua singgit!!!

Ooo kat kampung sekarang ni musim rambutan n cempedak, pokok cempedak n rambutan melambak2 kat belakang rumah tu, Kitorang tak lepaskan peluang pikul bawak balik, kat sini cempedak mahal oii..Kat kampung sampai tak termakan.Yang bestnyaa, sarapan cempedak goreng,lunch cempedak goreng, tea time pon cempedak goreng...hahahaha ko rasa????Perut aku berangin2 aku buat dekkk je..Aku bedal je lantak ko lah perut malas aku nak layan..kahkahkahkah..





Dak Iqy pon turut menyibuk sekali, seronok betul dia "back to nature" , sesekali apa salahnya,masa ni lah pon dapat "main kotor"..Time ni lah mama boleh tutup mata je tengok ko main pasir, main ayam,cabut rumput segala.Takpe mama kasi can, nak bagi ko rasa pengalaman baru, yang boleh buat ko pelajari sesuatu.Jangan kata mama tak payung..hahahaha..seronok betul dia dapat naik kereta sorong.Mujur dia tak suruh abah dia tolak keliling kampong..


Penuh bonet kereta dengan cempedak n rambutan untuk family kat Puchong..heheheeh...Kat Puchong, boleh kata ramai jugak kaum kerabat aku, so nanti kena agih2 kan lah, dapatlah merasa sorang sikit..jadilahhh kan..rezeki dikongsi bersama, takkk gituu..


Monday, August 15, 2016

Menangis tatap resit


Aku ni suka beli barang dapur sikit2, sebab utama nya malas nak berulang turun naik tangga 2,3 kali hangkut barang, aku nak tiap kali beli tiap kali tu jugak semua barang kena bawak naik atas rumah, kalau tinggal2 dalam kereta nanti tak tido malam dok terkenang2..hahahahaha..Maklumlah duduk rumah kondo, eh tersasul plak, duduk rumah flat je uollss..heheh..Tapi kalau beli susu Iqy aku suka beli sekali untuk sebulan, sebab aku malas nak beli berulang2 kali..hehe..(pulakkkk)

Biasanya kalau awal bulan, aku akan beli keperluan dapur, tengah2 bulan kang topap lagi apa yang patut..Macam semalam time rehat aku singgah Tesco beli sedikit keperluan, tapi takdelah beria sangat membeli, beli yang mana takde jela.Keperluan je semua, satu jenis kehendak pon takde dalam senarai, punya nak berjimat katekan..Target dalam RM50 lebih camtu je.So aku bawak bakul je, tak ambil troli pon,tapi last2 penuh dan berat jugak bakul aku tu.huhuhuuu..

Total semua RM84.20

Tengok macam tak banyak sangat barang yang aku ambil, alih2 tengok resit..Makkk oii banyak ni je nak cecah RM100 dah..Lappp peluh aku..balik rumah cek balik resit, siap calculate lagi, eh betulllaa..melampaunya harga barang sekarang ek..Urut dada laju2..phewwww...tak puas hati ni, aku amik barang kecik2 je kot..Belum amik beras dan segala mak nenek toiletries lagi, belum masuk bahan2 mentah lagi,ayam ikan udang segala..Mak oiii..

Friday, August 12, 2016

Kenduri Durian = Kendurian


Bulan ni memang bulan makan buah-buahan tempatan jela nampak gayanya.Asalnya asyik teringin nak makan, asyik meleleh je airliur tengok durian yang orang jual tepi jalan.Nak beli mahal, dahlah mahal dapatnya beberapa biji aje.Adalah sekali dua Abi belikan, sebab kesian sangat kat bini dia kot yang mengalahkan orang mengandung ni.Takpon dia sendiri serabut dengar aku asyik berzikir je nak durian, nak durian..hahahah


Kalini plak sampai tak termakan, papa dan mak aku balik kampong Selama,Perak ..Rumah kampong papa memang banyak pokok durian depan rumah, pokok langsat,pokok rambutan, cuma disebabkan kekangan masa dan jarak jauh, kadang bila tiba musim buah, buah luruh macam tu saje takde sape kutip.So kalini bila dapat panggilan dari kampung yang mengatakan durian tengah banyak, papa amik cuti balik kampong kutip durian.Tu pon dapat bawak balik yang termampu je, maklumlah naik kereta je, kalau naik lorry mau aku bukak khemah jual longgok tepi jalan, 2 singgit 2 singgit..Pengaruh upin ipin kuat sangat aku ni..Dak Iqy lahh ni..hahahaha


Tengokkkk tu..Banyak kan..disebabkan papa sampai malam semalam, dan takut buah jadi tak elok kalau simpan lama2, so mak aku call semua yang berdekatan datang makan ramai2, senang makan ramai2 camni, sekqli harung..Kalau bagi sorang dua tiga biji kang, kot dapat yang tak elok ke tak syiok plak kan, makan ramai2 bolehlah pilih2 buah.Agak tak elok kopek buah lain.Gituulah citernya..


Ada lah beberapa kerat kaum kerabat yang datang,hari bekerja kan tak ramai yang larat nak datang, yang dekat2 jela pon.Aku pon nak ikutkan malas nak datang, tapiii rugiiii plak kalau tak datang, aku kan hantu durian..Giler taknak datangg???hahaha..aku orang pertama sampai okey..Nampak tak kegolojohan aku disitu..ahhaaha


Aku dahlah baru lepas mencekik cempedak goreng balik kerja tu, Abi goreng sebiji aku sorang je kongker okey..Iqy mintak aku bagi kulit tepung je..hhahaha takdelah sampai cmtu. Iqy makan seketul dua je, tapi asyik kentut je..adehhhh..

Kesudahannya,perut aku sekarang ni dah start rasa tak selesa.Berangin semacam je, duduk tak kena berdiri tak kena.Adehhh...penangan durian dan cempedak lah niii..

Thursday, August 11, 2016

Tak berharap sangat


Aku masih lagi terumbang ambing dengan kerjaya aku sekarang, tak jumpa lagi kerja yang kena dengan jiwa dan raga.hahahaha..Dan disebabkan itu, aku mencuba nasib isi borang jawatan kosong di Majlis Perbandaran Sepang.Ini pun mak dan makcik aku yang bagitaw pasal jawatan kosong ni.Sebelum ni aku tak amik port sangat mintak kerja kerajaan ni, sebab aku selalu cepat patah semangat ,selalu je rasa alaaa nak kerja kerajaan ni kena ada orang dalam baru senang dapat kerja.Kalau orang macam aku ni macam susah nak dapat je.Tapi tulaaa aku lupa pada konsep rezeki kot masa tu, tak salah mencuba kan, ada rezeki ada laaa, sampai bila nak fikir negatif,cer positif sikit Nory oii..

So bila dah berjaya motivate diri sendiri, maka gigihlah aku mengisi borang jawatan kosong tu, sediakan segala mak nenek sijil yang ada, lengkapkan itu ini, ambil gambar baru sekali, dan terus proceed.Aku suruh Abi poskan guna pos laju.Boleh kot kannn guna poslaju, ke kena guna pos biasa haa...Lantakkklaaa..tu pon ada tak lengkap tu, surat beranak aku lupa kepilkan sekali, alamakk acanerrr ni, takpe ke??Rushing sangat kejar dateline sebelum ISnin ni, tarikh tutup iklan jawatan kosong tu.Harap2 sempatlah dokumen tu sampai.Fuhhh kiri fuhhh kanan.

Atleastt aku ada pengalaman lah isi borang jawatan kosong utk sektor semi/full gomen ni, next time kalau ada lagi, dah taw nak buat apa, takde terkocoh2 lagi.Sebab tu aku tak letak harapan tinggi mana pon untuk permohonan tu, aku serahkan semuanya pada rezeki..Kalau ade rezeki adalah,kalau tak dapat takpelahhh Iqy kan ada kat umah..Ehhh ade kena mengena ke?hahahaa

Mohon korang doakan permohonan aku ni berjaya, aku teringin jugak nak keje gomen ni, nak merasa gaji awal..Tempat keje sekarang ni gaji lambattttnya oiii..Tak tahan plak rasa..
Doakan aku yer...



Wednesday, August 10, 2016

Buah tangan dari mertua


Mertua aku memang sweet, dorang memang taw menantu hantu dia sorang ni memang 'hantu buah2an tempatan'..durian, cempedak dan manggis.haaa satu lagi rambutan..tapi kalau tiap kali balik kampong, aku memang suka cari manggis, sibuklah duk kuis2 celah daun cari buah manggis.

Sekarang ni tengah musim cempedak,mertua selalu call suruh balik.Cuma kitorang belum berkesempatan nak balik sebab Abi kerja on weekend.Ingat lagi dulu, kitorang lambat balik, mak mertua siap simpankan cempedak yg dah siap kopek lagi, sanggup tunggu kitorang balik baru goreng...terharuuu menantu hantu dia ni taw..heheheheh..Dia tau menantu dia ni memang hantu cempedak..tu yang siap sorokkan tu, takut aku tak sempat merasa..haaahahaha makan lah ko sampai terkentut2 haku..hahahaha

Kebetulan semalam abah mertua ada check up kat Hospital Selayang, Abi sempatlah lari sekejap jumpa mak abah kat hospital, sebab dia pon kerja, sekali dia balik bawak bungkusan buah-buahan ni..Mak mertua siap tapaukan yang dah siap goreng sekali..alalaaalalaaa lagi terharuu lah kite..Sweet sangat taw..Yang siap goreng ada, yang belum goreng pon ada.Eh suka lah kite..hehehhee..Terima kasih mak abah..Minggu ni kitorang balik kampong yer..Tunggguuuu...!!!!



Monday, August 8, 2016

Bila mood memasak sudah mariiii

Seronok betul cuti dua hari duduk rumah santai je, walaupon duduk rumah lagi penat dari pergi bekerja, tapi aku suka sebab aku sendiri yg suka penatkan diri sendiri, kemas itu kemas ini, nak kata rajin tu taklahhh, tapi jenis memang suka menyusun atur ni.Suka tengok benda2 tersusun kemas, walau pon 40 juta kali berkemas sebab ada sorang tukang sepah kat rumah tu kann..takpeee ai is redha..

Cerita bab memasak, tktawlah kenapa sejak dua menjak ni rajin nau nau nau memasak.Mungkinkah sebab guna pinggan baru, hahahaha tkde kena mengena langsung sebab mood rajin tetiba ni, wujud sebelum tu lagi, sebelum adanya pinggan baru lagi..hahahahaha poyoo sangat.

Hari sabtu haritu, aku masak tomyam je, mulanya taktaw nak masak apa, godek2 fridge tgk ada bahan2, so buatlah tomyam ayam simple..campak2 siapp..

Hari Ahad plak, kebetulan malam tu sengaja tanya Abi nak makan apa, biasanya dia mintak menu simple je takpon apa2 jelaaa.Tapi disebabkan ada kepala ikan tenggiri kat dlm fridge tu, dan2 dia request kari kepala ikan.phewwww kite sambut cabaran tu dengan hati terbuka..cewahhh..

Cuak jugak aku, aku kalau bab masak ikan ni aku cuak sikit..kalau ayam udang sotong aku okey lagi..kalau ko suruh aku siang ikan, mamposss aku tak tahu..kepala ikan tu pon aku dah suruh abi potong dua siap2, siap basuh segala, aku tinggal masuk dalam periuk je.hehehehe...aci takk?

Pung pang pung pang, akhirnya siap jugak kari kepala ikan aku, tak sangka sedappp jugak aku masak...hahahahaa..betul jugak org cakap org yang tak pandai masak ni, sekali dia masak, sedappp ..Ehhh termasuk bakul angkat sndiri plak..aahahahaha..