Friday, November 18, 2016

Dak Iqy makan tempoyak

Dak Iqy ni memang unik sikit, dia suka makan pedas2 ni, cuma aku je selalu pantau tak bagi sangat dia makan pedas, sebab sayangkan perut dia tu, kecik lagi weyyy, risau jugak aku nak bagi dia makan pedas ni selalu sangat.So aku gantikan dengan sup sayur, kalau sayur dia suka masakan berkuah, ko bagi je dia nasi tu berlecak  banjir dengan kuah, insyaAllah habis dia makan.

Tapi kadang tu kesian jugak, kasik can lah sesekali dia makan feberet dia, masakan pedas.Mak aku kalau masak asam pedas, kompom tapaukan suruh bawak balik bagi Iqy makan, dia tahu dak iqy memang suka asam pedas, lagi2 kalau nenek yang masak, well nenek orang Melaka kan, asam pedas org melaka ko taw je laaa..Memang torbaikkkk bak hang.hekhekhek..



Selain asam pedas, kari dan masak lemak cili api adalah antara feberet dak Iqy jugak.Dasyattt kan feberet dia, tapi jangan risau, aku tak bagi dia selalu pon..Sebulan beberapa kali je.
Baru2 ni abah Iqy try bagi dia rasa ikan keli masak tempoyak.Makkk oiii dia suka jugak rupanya.Ni baru betul anak abah ni, abah ada geng lah makan tempoyak lepas ni, mama tak makan.hekhekhek.

Dak Iqy ni memang makan bersuap lagi, sebab dia mengada2 lebih, mentang2 anak tunggal to'ang2 buat masa ni, hahaha.Kalau abah dia ada lagi extra mengada-ngada lah dia, nak makan dengan abah,tidur dengan abah..Grrr...Kalau abah dia takde, baru lah nak manja2 dengan mama ni haaa kan..


Seronok tengok dorang makan tempoyak dua beranak, nampak macam sedap je, tapi apakan daya tekak mama cannot accept ..hahahaha..Bau pon tak sanggup wey, tapi demi anak dan suami, mama sedut je la bau tu..Mama makan nasi dengan telur mata je..hukhukhuk..korang makan siap jilat2 jari lagi depan mama kan, saje je nak "menganjing" kan.huhhh!!

4 comments:

  1. eh nory tak makan tempoyak ke? maknanya xmakan durian? tengok cumel plak abah iqy suapkan anak bapak mithali sgt.takpela suap mama oiii janji nak makan hariz suap pun dia xnak tak pemakan sgt.tgk mood jgk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. durian suka giler, tapi pelik nape tak makan tempoyak...hehehehhe...
      Dak Iqy pon bukan pemakan sangat jugak Milo..Ikut mood dia jugak..Kalau kena denagn selera dia, mau lah dia makan.Kalau tak, nan hadooo...hehehe

      Delete
  2. pandai ye dia makn lemak cili api, my feberet untie to..
    senang ye dia nak makn kari ke tempoyak, bertuah sgt..seronok bila ank suka makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah dia suka sangat masakan pedas2 ni...mak dia yang selalu tak bagi sebab takut dia sakit perut lak nanti..

      Delete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)