Thursday, November 17, 2016

Rombongan Bertunang Adik Sepupu - Asri & Yaya


Hari Ahad haritu adik sepupu aku, Asri selamat ditunangkan dengan pilihan hatinya.Asri ni anak maklang aku merangkap jiran sebelah rumah aku.So memang rapat lah, memang dari kecik membesar sama2, asal cuti sekolah je semua berkumpul rumah nenek aku kat Bangsar, memang muka ni jela aku dok hadap dari dulu sampai sekarang.Nak2 plak aku ni satu2 nya cucu perempuan sulung dalam adik beradik perempuan mak aku, yang lain boleh katakan semua sepupu lelaki.Kalau belah adik beradik perempuan, mestilah anak2 rapat dengan nenek belah mak kan, macam tulahh kitorang .Sepupu sepapat lain rapat jugak, cuma jarang jumpa lah time cuti ni, sebab dorang balik kampong sebelah mak dorang kan.Acaner, paham tak cerita aku ni? Hahahaha..


Berbalik pada cerita, meriah jugak majlis bertunang Asri ni, walaupon pihak lelaki biasanya simple je kan, tapi kitorang busy macam kenduri sebelah perempuan plak, hantaran pon kak ipar aku buat kan, tu yang jadi meriah tu bila buat secara berjemaah.Malam tu sempat buat hiasan sirih junjung, kebetulan family kitorang ni rumah dekat2 je, so semua berkumpul rumah mak aku, sebab rumah mak besar sikit, senang nak berkumpul ramai2 kan, makanya esok nak gerak ke rumah perempuan, gerak dari rumah mak aku lah, hantaran pon memang letak siap2 kat umah mak.Malam tu, lepak ramai2 sambil makan cekodok, cekodok yang simple pon rasa sedap,sebab makan ramai2 kan.Alang2 dah lewat, aku tido rumah mak dengan Iqy, Abi balik tido kat rumah, sebab esok tu dia kerja pagi.

Esok paginya, pukul 8 dah siap2kan makanan, semua akan berkumpul kat rumah mak dulu, mestilah ada makan2 sikit kan dengan bacaan doa selamat dari Paksu aku.Lepas zuhur, terus gerak dari rumah mak ke rumah perempuan yang terletak di Kinrara.Yuppp masih area Puchong.Dekat je kan.Pandaii cari calon dekat2 ek ,senang nak balik kampong, tak gadoh2 dah.hahahaha..



Ni gambar sebelum gerak, memasing nak merasa jadi dayang2.Paksu aku kata ni "geng Ibu tak kena tinggal" lagi ni ..kelakar paksu aku tu, rajin menyakat..ehhehhee..Tapi memang betul lah kan, aura bini orang ni lain macam sikit, silap2 kalah anak dara taw.hekhekhekhekkkk...Markettt tinggi lagi, so para suami hargailah isteri anda..hahahahaha..

Cuaca pada haritu baik sangat.Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan dorang, semoga yang baik2 saja untuk hubungan mereka ni, sejuk je rasa.Walaupon sekarang ni musim hujan, tapi masa majlis berlangsung, hujan tu macam tertahan2 je nak turun.Elok habis majlis, dalam perjalanan balik baru hujan.Phewww legaa..Segalanya berjalan lancar, dan paling penting pinangan kami diterima baik oleh pihak perempuan.InsyaAllah tahun depan naik pelamin.




baju putih tu adik bongsu...Ehhh!!!
Ni masa orang2 otai tengah bincang "harga" kat dalam, kite yang muda2 ni dok luar je, lagipon tak muat nak masuk ramai2.Apalagiiii layan lah selfie welfie seketul dua dulu.Takde lainlah,muka adik beradik kuat selfie ni jelah yang ada buat tatapan, dorang ni tak pernah nya nak senonoh kalau bergambar, tengokkk aku mantain ayu macam Neelofa je.muahaha..#lempanglaju2


Okey, harga dah ditetapkan, taktaw dapat diskaun ke tak, hahahaah...dengar kata pihak lelaki UP kan harga lagi, wahhh huntonglaaaa kan..Mohler kite bergambar dengan bakal cik puan Asri ni.Dak Yaya ni aku tak sure nama penuh dia apa, yang aku tau agak unik dan sedap lah nama sebenar dia, tapi orang duk panggil Yaya je, aku pon panggil yaya jugaklahh.Tak sempat nak intebiu habis lagi.Padahal selalu jumpa, cuma tak pernah lah nak berborak tanya pasal nama penuh, dia pon mungkin tak taw nama penuh hakak Nory ni, Neelofa..kahkahkahkahkahkah..#mohonkecam

Nak komen satu je tentang majlis kat sebelah perempuan ni, tak puas hatiii sangat ni..Apasal semua lauk sedap2, takde yang tak sedap, arghhhh stresss...sebab malu nak tambah 3,4 pinggan, hahahahaha..So hakak control cun bajet ayu je makan nasi sepinggan.hahaha..Padahal nafsu serakah nauzubillah kat dalam ni, meronta2 suruh tambahlah lagi nasik tu.Perghhh dasyat punchline hakak pada harini ni..sekiaaannn..



Okeylahhh, anyway Selamat Bertunang buat Asri & Yaya, alam bertunang ni paling mencabar taw, mohon korang sama2 kawal emosi,sama2 usaha tingkatkan prestasi elakkan kontroversi, sometime pepatah abang rambut ketaq (melodi) tu boleh diterima pakai jugak kan..hahahaha..Selamat Bertunang korang berdua..Love uolss..


Ikhlas dari hakak yang sentiasa perasan macam Neelofa..

Nory Neelofa...kahkahkahkah..
Blahhhh lah kau!!

7 comments:

  1. tahniah bua psgn.

    apa pun bju akk cntik..hehhe

    ReplyDelete
  2. Nory Neelofa baju tak pernah tak cantik. maintain gitu hokeh, asri ni budak yang selalu ada ke dgn tasha klu lepak2 dkt rumah nory tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni abang dia..dia dua beradik je..yg adik tu yg selalu dgn tasha nama Amy..heehhe..

      Tq milo baju sponsor raya haritu..hehehe

      Delete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)