Thursday, November 3, 2016

Handsome macam mama


Muahahaha..Biasa orang cakap handsome macam bapaknya kan, kalini lain sikit, handsome macam mama,  ko hade??haaahahaa..

Ramai dok kata Dak Iqy ni makin besar makin ketara raut wajah dia macam aku.Betul ke? Tapi aku pon dapat rasakannya..heheheeh..Masa kecik-kecik dulu sentap jugak aku, sebab orang cakap muka Dak Iqy macam muka abah dia, muka aku takde langsung, choiiii penat ai teran okey, takkan sikit pon takde sama macam mama kan, atlest hidung sama ke, telinga sama ke, okey lah jugak kan.Ni orang kata takde langsung.Nasib tak meroyan aku masa dalam pantang  taw...hahahha..
Tapi hidung Iqy sama macam mama sebab hidung abah dia mancung, Iqy ikut mama, hidung kecik macam bawang je...hahahaha..Kaler anak mata pon macam mama, kaler dark brown, kaler mata abah hazel brown ko hade? Acah2 mat saleh gituuu..heehehe..Takpelah Iqy ikut mama ala2 korea gituu...muahahahaha...Tersedak aku sambil menaip ni haa..Apatah lagi korang, kompom muntah darah kan..

Makin besar rupa Dak Iqy berubah-ubah, dan makin terserlah wajah mama dimuka Iqy, Yeayyyy mama suka, ini baru anak mama.hihhihihihihi..Abi pon suka kalau orang kata muka Iqy macam aku sebab katanya sejuk kalau anak lelaki ikut muka mamanya.Betul ke?Kalau anak lelaki ikut muka bapak, "panas" orang2 tua kata.Hurmmm tak tau lah sejauh mata kebenarannya.yang pasti mama happyy sebab muka Iqy macam mama.Pergi mana-mana semua kata eh sebijik rupa mama lah.Mama senyum sampai ke telinga tau dakkk.

Nah belanja sekeping gambar terlatest dengan Dak Iqy,..Sama kan muka weolls??Baik ko jawab sama, sebelum aku sentap 4 hari 4 malam..hekhekhek
pandai dah buat2 muka bila depan kamera...bujang sangat dahni..macam abang2 sangat sekarang ni..
Well, nak bagitau ni, semalam aku half day sakit kepala sangat.Time lunch terus balik tido sampai pukul 3, mak aku kejut ajak makan Mcd kat Alamanda.Terus hilang sakit kepala, dapat jalan-jalan.Kerja kat sini kan aku asyik buat onar je wey, bulan ni je tiap2 minggu mesti ada hari yang aku tak datang.Ahhh lantak lah, dah takde feel nak buat camne kan.Nak berhenti takde income plak nanti, so kerja jela main-main dulu, sementara nak serius.Ntah bila lah aku ni nak jumpa dengan kerja yang betul-betul kena dengan jiwa aku ni.

Hurmmmm moga ada rezeki untuk aku boleh berhenti terus tak payah pikir pegi kerja bagai.Dah takde feel dah beb..Tolonglah faham.Bertabahlah engkorang dengar rintihan aku pasal kerja ni, memang takkan pernah habis episod duka lara pasal kerja aku ni..hahahahah..

6 comments:

  1. salam noryn , ada masa lapang jom hadir seminar percuma tentang public gold klik di event dalam website ni http://publicgold.com.my/v1/ , mana tahu sis boleh dapat sesuatu di situ :)

    ReplyDelete
  2. mila pun perasan muka Iqy berubah-rubah. Bertabahlah Nory ye. takpe side income ada pelan-pelan oke

    ReplyDelete
  3. muka anak memang sentiasa berubah..
    tapi tak kesah ikut muka mak ke ayah ke..yg penting ikut muka salah seorang

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)