Wednesday, November 2, 2016

Rizqin Steamboat n Grill @ Jalan Kebun, Shah Alam

Harini nak citer pasal makan-makan plak, mak aku ni sejak aktif berfacebook, lagi advance dari aku, habis semua tempat makan baru dia explore,tau2 je dah kena tag kat FB ajak pegi makan kat tempat baru.Tempat bercuti pon sama, asal ada tempat2 menarik je, dia share n tag aku.hahahah..Tapi disebabkan hujung2 tahun ni poket agak darurat, maka percutian singkat ditangguhkan dan diganti dengan aktiviti jalan-jalan cari makan.


Baru-baru ni berkesempatan cuba try test makan steamboat n grill kat Rizqin Steamboat n Grill kat seksyen 30,Jalan Kebun.Mak kata nak open table dan suruh aku bookingkan, kebetulan  maklang sekeluarga pon join sekali,meriahlah makan ramai2 camtu.Mujur Dak Iqy agak behave on that day, boleh mama concentrate makan puas2.





Kat sini selain harganya yang murah, makanannya pon sedap2 taw.Oklah not bad, puas hati makan sampai lebam.Siap ada daging kambing lagi, dah siap perap tinggal nak grill je, aku suka perapan dia, sedap.Cuma tempat agak terhad sikit, better sebelum datang korang booking dulu,nasib baik aku booking awal, dan pilih masa paling awal.Makin malam makin ramai weyy..


Harga untuk dewasa RM19.50, kanak-kanak RM9, warga emas RM15.Murah kan, ni harga sekali dengan grill taw, pakej steambot n grill, biasanya ada sesetengah tempat steamboat sahaja, kalau nak grill kena charge harga lain kan, tapi kat sini tak.Jimat kan..





Ni antara kaum kerabat aku yang join gathering steamboat kalini.Family aku dan family maklang.Papa je takde sebab last minit kena kerja.Tak sempat nak join kitorang,takpe sabtu ni kita repeat lagi kat tempat lain plak.hehehe..



Aku suka nasi goreng cina dia, sedap dan terasa.Dak iqy pon makan bertambah.Pastu bahan2 mentah dia pon segar bugar lagi, memang puas hati.Tahap kebersihan tip top.Cuma aku tak nampak air minuman panas, ke memang tak disediakan?Ntahlah aku tak tanya plak.Tapi air sejuk macam2 ada.Sedap plak tu, tak manis tak tawar.Memang torbaikkk la..


Detail:

FB : https://www.facebook.com/RizqinSteamboatnGrill/
Address : 
No.6&7, Gerai MBSA Jalan Kebun, Seksyen 30, Shah alam,Selangor.
Tel : 016-359 1159
Opening hours : Selasa - Ahad (isnin tutup) . 6.30pm-12.00am

6 comments:

  1. wah murahnya . ada rate untuk warga emas lagi

    ReplyDelete
  2. nama restoran pun nak dekat2 dgn rizqy, nmpk menarik bloh try satu hr nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...haah hampir sama kan..bolehlah try makan sini nanti...memang sedap..santai je...

      Delete
  3. memang puas hati...banyak steamboat di lembah kelang saya dah cuba.yang ini memang saya berpuas hati.anak2 pon suka...

    ReplyDelete
  4. Hi there to all, how is everything, I think every one is getfing more from this
    web site, and your views are nice for new viewers.

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)