Friday, December 30, 2016

Babai 2016


Ni mungkin entry last penutup tahun 2016, tinggal beberapa hari je lagi nak melangkah masuk tahun 2017.Perghhh sekejap betul aku rasa.Tahun 2016, hurm banyak dugaan jugak yang aku lalui, alhamdulillah sikit-sikit dah boleh survive, walau kerja masih terumbang ambing lagi, nak cari kerja lain or nak berhenti terus je sekarang ni.Pening bila fikir..Adoiii...

Semoga tahun baru 2017 nanti, rezeki aku mencurah-curah lah hendaknya, takdelah kata nak kaya raya, asal ada duit lebih yang boleh dibuat saving or shopping kehendak pon dah syukur sangat dah.Sekarang ni dengan gaji yang ada, langsung tak boleh dibuat saving, nak kata boros tak jugak, dah berjimat dah, tapi still cukup2 makan aje.Bukan nak merungut cuma nak meluah je.Hope tahun depan ada keajaiban berlaku, kot2 lah tengah jalan2 tersepak satu karung guni penuh dengan duit ke kan...hahahahaha...Rezeki tanpa diduga lah tu kan..Rezeki dapat buat income dari rumah ke, tak payah aku pikir nak kerja lagi dah.Nak jaga anak sendiri depan mata , moga-moga boleh tambah lagi sorang dua buat kawan Dak Iqy.Tu pun kalau rezeki menyebelahi kami lah.

Ada jugak pasang niat nak tambah anak lagi, tapi tak tahu lah diri ni dah betul2 bersedia ke atau terpengaruh dari member2 yang baru tambah anak.Tengok orang lain ada baby, nak jugak...Ko dah kenapa, kalau lah mengandung tu boleh main petik2 je, takpelahhh kan..Aku pon tak tahu lagi tahap kesuburan aku camne untuk yang kedua nanti, yela Dak Iqy dulu pon 3 tahun aku berusaha dan menunggu.Hurmmm apa pun aku berserah sepenuhnya pada Allah yang menentukan rezeki kita semua n.Kalau ada, ada lah..Nantikannnnn adik Iqy tak lama lagi..Eh lama lagi kot..Ntah lah, takmo berharap sangat..heheheheh

Thursday, December 29, 2016

Untung jadi Dak Iqy


Alhamdulillah, murah rezeki Dak Iqy pemilik nama Rizqy Hafiy Aish ni.Sejak dari lahir sehingga sekarang, rezeki dia murah sangat, ada sahaja pemberian dari orang2 sekeliling samada yang dikenali dan juga yang tak dikenali.Dak Iqy ni walau bukan anak selebriti macam Lara Alanna dan Aaisyah, tapi dia ada peminat dia tersendiri dari zaman dia baby lagi.Ada yang sentiasa mengikuti perkembangan dia dari baby sampai sekarang, aku pon terkejut jugak, sampai camtu sekali peminat Dak Iqy ni ekk..hahahahah..

Salah seorangnya, adik Khai namanya.Dari dulu tak pernah jemu2 pos macam2 hadiah untuk dak Iqy, rasanya dekat 10 pasang jugak koleksi baju pemberian adik Khai ni.Tu belum termasuk mainan lagi.Terharu hakak.Terima kasih banyak2 dik.Walaupon hanya kenal Dak Iqy melalui instagram dan blog je, tapi rasa macam dah kenal lama plak.Ada yang sempat aku update kat entry blog, ada yang tak sempat nak update, dah dapat hadiah baru dari dia.Tau2 je sampai parcel kat rumah, sekali tengok dak Iqy yang punya.Bertuahhhnya lahai.


Yang terbaru ni, dapat parcel lagi.Baju spiderman siap berlampu2 bagai.Perghhh...Ni memang idaman Dak Iqy lah.Dah boleh bayang dah macam mana dia senyum meleret bila aku tunjuk baju tu nanti.Tak sabar nak tunjuk kat dia masa tu.

Sampai rumah, aku tunjuk kat dia.Amboiii senyum sampai ke telinga, dan2 tu jugak suruh try.Dah try takmo bukak plak.huhuhuuu...Eleh suka lettewww.Baru je aku and abi ushar2 baju superhero brand Marvel kat IOI aritu, tapi tak beli sebab harga dia boleh tahan jugak.Last2 dapat parcel orang bagi, murah rezeki Dak Iqy ni kan..Alhamdulillah..


Hari yang sama dapat parcel, malam tu plak, paklang sebelah rumah panggil Dak Iqy, rupanya paklang belikan Iqy "Captain America"..wahhhh menang besar ko harini ek..hahahaha..Tenkiuu paklang..Dak Iqy pon terpinga2, apsal dapat hadiah plak arini, nak kata besday lambat lagi..hehehehe...Tulaaaa namanya rezeki nak oiii...Alhamdulillah..Terima kasih semua.Iqy saaaayyyyyang semua..

Wednesday, December 28, 2016

Eh bestnya kalau setiap bulan banyak cuti macam bulan ni

Syiooknya 3 hari cuti, walaupon aku tak kemana sebab Abi kerja.Mujur rumah mak dekat, asal boring je call Tasha suruh amik kat umah.Hari sabtu aritu siap bermalam lagi kat runah mak, Abi izinkan sebab dia pon pagi2 dah pergi kerja, aku tido satu malam je kat rumah mak, sempat jalan2 uptown kejap, teman Tasha nak beli barang sikit katanya.Aku tak beli apa pun, layan kucing je kat kedai kucing yang ada kat Uptown ni, yang bestnya kucing2nya kita boleh pegang.Aku kalau kat tempat ni mesti akan berhenti lama habiskan masa dengan kucing.Dak Iqy pon leka kalau kat sini.Takdelah dia terkinja nak mintak mainan je.Malam tu berjaya tak beli mainan untuk dia, bijak tak mama kawtim dengan dia, tu pon dah hampir nangis guling2 dah kat situ, mujur keadaan still terkawal.hahahaha..


Balik dari Uptown singgah Mcdonalds Cyberjaya, since Mcd baru buka kat Cyberjaya ni, kitorang selalu pergi situ je la.Dekat dengan rumah..kitorang memang suka drive thru malam2 beli aiskrim, kadang tu keluar malam2 semata2 nak beli aiskrim Mcdonald je..hahaha..Aku follow je, dah lah tolong temankan aku jugak yang kena belanja pon..huhuhuu...Nasib baik dengan adik sendiri malas nak berkira sangat hahaha..

Pukul 1pg baru balik rumah mak, ingat nak sambung tengok movie citer hantu, tapi memasing dah ngantuk, biasanya kitorang sampai ke subuh layan movie, sampai dak Iqy pon asal tido umah mak mesti nak tengok citer antu.hehehe..Tapi dia memang berani pon, kitorang yang terjerit2, tutup2 mata masa tengok movie.Suka tengok tapi penakut.So acaner??hehehe..Biasanya 2,3 citer seram kitorang layan sepanjang malam, pastu sambung ke pagi plak..Tak bosan2 wey tengok citer hantu je.hehhehehe...

Esok tu plak bangun pagi2 mak ajak pergi sarapan.Kalini pergi dengan mak dan Dak Iqy je, Tasha tido lagi, papa plak pagi2 dah pergi memancing dengan anak2 buah aku..So aku temankan mak pergi sarapan.Balik tu lepak2 tengok tv sampai ke petang, dah siap makan semua Tasha hantar balik, tapi singgah mamak dulu pekena roti canai.Pastu beli ayam kat Hero kejap, Dak Iqy berjaya pauuu aku mainan..Grrr...kat sini aku kalah..Aku beli pon sebab, toklang Iqy sebelah rumah bagi duit belanja kat dia.Dia ingat duit dia, aku cakap takde duit nak beli, dia cakap "duit iqy, duit iqy"..grrrr..terpaksa beli..


Sampai rumah, Abi baru balik kerja, bagi abi makan siap2, aku kemas rumah sikit2, mesin baju segala.Pastu sambung tengok movie hantu lagi dengan Tasha, last2 Tasha takut nak balik sengsorang sebab dah pukul 2pg, last2 dia plak tidur rumah aku..hahahaha...Hari Isnin esoknya, rehat je kat rumah, esoknya dah nak start kerja, tapi takpe keje 4 hari lepastu sambung cuti 4 hari lagi..Yeayyy..


Tuesday, December 27, 2016

Last day kat Kemaman


Tiba lah hari ketiga kami sekeluarga kat Kemaman ni, ketiga-tiga hari yang best, jalan sana sini, makan sana sini, nampak kan badan aku dah bambam sikit, aku sendiri dapat rasa badan dah berat weyy.Matilanakkk camni..Hari ketiga ni, mak aku dengan maklang n maklong aku semua pagi2 dah keluar jalan-jalan cari makan katanya, aku tak larat nak follow pagi2, aku ni pagi2 blur sikit, mamai ayam je mata ni.Lembab sikit nak bergerak.hahahahah..Dak Iqy pon sedap tidur lagi, penat lah tu terkinja-kinja malam sebelum tu, kemain dia main sakan, takde kawan pun jadik, sampai maklong aku cakap, Dak Iqy ni masa baru sampai cakap pelat je, dah 3 hari duduk dikelilingi orang tua, terus hilang pelat dan makin becok mulut dia.Geli hati memasing layan dia bercakap dan penuh dengan seribu pertanyaan tu, jenuh melayan mulut dia wey..


Hari ketiga kat sini, kitorang plan nak sambung shopping sikit lagi, takdelah shopping beria pun, biasa-biasa je.Dak Iqy je berjaya pawww abah dia beli mainan Iron Man tu.Mahaiii ko tau tak?Aku takde, masa dia paww abah dia tu, tahu2 dia dah sibuk canang kat semua orang yang dia beli mainan baru.Sekali tengok harga, berpinar2 biji mata aku, amboiii abah senang sangat kalah dengan anak eh, mama mintak tudung Neelofa pon tak dapat lagi, permintaan anak diturutnya dulu.Hoiii sama harga dengan tudung Neelofa tau mainan tu, rugiiii je..Ni nak sentap ni...hahahahaha..Aku bukan apa, masalahnya Dak Iqy ni dari start perjalanan ke sini dia dah paw berapa biji mainan dah,haritu masa kat hentian Temerloh, dia pawww Ironman plak, dahlah nak 2 ketul, satu merah satu hitam, ko rasa??Pastu hari kedua singgah kedai tu dia mintak mainan lagi, aku belikan, ni abah dia plak kena, pastu time balik ke KL, kat hentian Temerloh sekali lagi dia paw mainan, aku malas layan, sekali nenek plak turutkan kemahuan dia, Boleh muflis beb camni..Hadoiiii..Nak ngeluh pun tak jadi, sebab mak aku cakap takpelah anak baru sorang, layankan aje laaa, cari rezeki pun memang untuk dia je kan..Dah ada adik nanti, pandai2 lah dia nanti..hahahahaha..

muka tak puas hati je, sepanjang hari berzikir nak beli Hulk, nak beli Hulk...Ko rasaaa??? 
Hurmmmm, betul jugak tu, kalau berkira sangat dengan anak pun buat rezeki sempit je, dah lah semua rezeki yang datang sekarang ni pon disebabkan dia, Allah beri rezeki sebabkan dia,So redha dan bertabah jela, so aku takde shopping sangat pun untuk aku, beli sehelai blouse je, nak jugak shopping sikit kan, tak banyak, sehelai pun jadiklah buat syarat..Hehehehehe..Yang lain semua peruntukkan untuk mainan Dak Iqy je, dok beli mainan jeeee..Grrrr...Abah Iqy pun back up anak dia, katanya, ni upah berjalan cuti sekolah dan upah kena tinggal time abah pergi kerja.. Huhhh!! Dak iqy tu sekolah pun belum, acanerrrr tu abah oii..Tak fahammm..Yang aku geram tu, dah beli set Ironman tu, dia dok berzikir nak Hulk plak, siang malam pagi petang dia sibuk ajak pergi beli Hulk.Dia dah ada semua koleksi superhero Spiderman, Batman, Superman, Captain Amerika semua tu, Hulk je dia belum ada, dia ingat plak tu apa yang dia takde lagi, dia nak cukupkan koleksi Marvels Superhero dia tu.Jenuh kitorang cari Hulk tak jumpa plak masa kat sana, Abi dah cakap lepasni kalau jumpa kat mana2 beli je, tak yah kisah harga.Sebab dah lama dia dok request Hulk tu..Hoiiiii agak2 lah..Aku dah jumpa aritu sebenarnya, tapi harga mahal macam tak berbaloi je, aku ni berkira sikit bab harga, yelaaa mainan mahal2 nak buat apa kan..Membazir je, tapi abah Iqy ni kemain macam sanggup jual tanah untuk penuhi hajat anak tu..Choiiiii...hahahahaha..Agak2lah abah, tahulah anak baru sorang, aku rasa abah Iqy yang nak main sebenarnya tu.kannn kannnnn...


Dah puas shopping, maklang , mak dan maklong pun kemain shopping sakan, perempuan dan shopping ko tau jela camne kan.Kamceng giler...hahhahaha..Lepas shopping kitorang singgah minum kat Kopi Hai Peng, famous amous tempat ni, ni kira jatuh berdosa kalau ko sampai Kemaman tak singgah minum kat Kopi Hai peng ni.Aku ni bukan kopi lover sangat, tapi aku suka sangat dengan roti kukus dia, lembut sedap je, lagi best kalau makan panas-panas.Nak-nak plak masa tu hujan turun, alahaiii feeeling giler aku menikmati roti kukus dengan kaya yang sedap tu.Ada 2 jenis, satu roti bakar, satu lagi roti kukus, dua-dua aku order tapi aku lebih suka yang kukus sebab lembut, gebu dan sedappp.



Cubaan amik gambar ramai-ramai, dengan harapan semua masuk sekali, ni semua family aku lah, maklang , maklong, paklong, paklang, mak , papa aku semua ada.Seronok jalan ramai-ramai camni.Bila nak repeat lagi datang sini eh??Banyak lagi tempat aku belum teroka kat Kemaman ni, next trip ingat nak duduk lama sikit lah kat sini, nak lajak jauh sikit kot2 boleh singgah Pulau Perhentian ke kan, nak tengok penyu..hehehehehe..

Lepas tu kitorang terus gerak balik KL, paklong dengan maklong follow dari belakang sebab nak tunjuk kedai jual kopok lekor, ko kalau dah sampai sini, takkan taknak borong kopok lekor kot..Feberett dak iqy jugak tu, dia suka kopok lekor liat2 tu.Kalau goreng, dia sorang je hadap setengah mangkuk...huhuhuhu..Kitorang beli lah jugak sikit buat stock kudap2 kat rumah, dengan bagi kat jiran sikit.Mujur jiran aku ikut sekali, (maklang aku kan jiran aku), so aku bagi kat babysitter Dak Iqy je sebagai buah tangan.Kitorang singgah hentian Temerloh sekali lagi, Abi dan papa nak repeat makan ikan patin, paklang aku siap tapau lagi bawak balik rumah.Suka betul dorang ni makan ikan patin, aku makan nasi air je, kat sini panggil bubur nasi, nasi air..Pelik plak aku..hehehehee..Tapi sedap, macam bakso pun ada, siap ada meatball, RM4 je semangkuk, Bagi aku hentian Temerloh ni harga murah2 lah.Tak mahal macam sesetengah hentian lain.Lepas dah makan, terus gerak sampai rumah lebih kurang pukul 8malam.Alhamdulillah selamat sampai dan berakhirlah short vacay terakhir untuk tahun ini.Kita bersambung ke tahun depan plak, insyaALLAH ada rezeki boleh jalan-jalan lagi, kena kerja keras lagi ni, takleh ponteng2 kerja lagi, nak simpan duit pergi bercuti lagi, tak dapat gi Korea, dapat pergi Cameron pun okey sangat.Dak Iqy tak pernah sampai Cameron lagi, masa dalam perut 4 bulan je ada aku bawak dia pergi sana, ntah dia ingat lagi ke tak???Hahahahaa..



Friday, December 23, 2016

Cheese Cake Halal dari Singapore kini di Malaysia



Siapa sini penggemar cheese cake?Angkat tangan..Wahhh dah tau mesti ramai punya lah penggemar cheese cake ni, tapi mesti korang ada rasa was-was jugak nak try cheese cake yang dijual di kedai-kedai ni kan, yela mesti terfikir halal ke, selamat ke untuk dimakan.?Betul tak?

Comel kan packaging Cheese Cake ni??Yang tukang pegang lagi lah comel...Ehhh!!!
Okey sekarang tak perlu risau lagi, korang pernah try cheese cake yang maha sedap dari Singapore tak?Haaa yang ni korang tak perlu risau sebab Cat & The Fiddle dah membawa masuk cheese cake yang tersedap di Singapore hasil air tangan Chef Daniel Tay dari Singapore yang merupakan Chef pakar dessert terkemuka di Singapore.Dia terkenal dalam pembuatan dessert2 mewah tau kat sana dan melayakkan beliau menerima pelbagai award dan anugerah yang berkaitan.Dasyatttt kan..

Dan yang lebih dasyat nya lagi, Cat & The Fiddle ni yang bertanggungjawab membawa masuk Cheesse Cake yang maha sedap ni, dengan mengolah sedikit bahan-bahan didalam pembuatannya, dengan menggantikan dengan bahan-bahan yang halal dan selamat.Cat & The Fiddle juga adalah merupakan first online specialist cheesecake di Singapore.Cheese cake dari Cat & The Fiddle ni juga dinobatkan sebagai The Best Cheesecake by Time Out Singapore.Dasyattt kan?Patutlah cheese cake ni sedap sangat.Dan yang paling penting, Cheese Cake dari Cat & The Fiddle ni HALAL dan selamat untuk dimakan.Korang boleh makan tanpa rasa was-was, kalau tak percaya boleh check sendiri kat JAKIM (MS 1500:2009   | 1 093-04/2013).Apa yang menariknya cheese cake dari Cat & The Fiddle ni adalah ianya diperbuat dari cheese bermutu tinggi yang diimport tanpa bahan pengawet dan bahan tiruan.So, korang boleh bayang tak camne tahap kesedapannya.?Mujur aku dah rasa, tak tahu nak describe camne tahap kesedapannya, sebab tu korang kena rasa sendiri.



Buat sementara ni, hanya 6 flavour yang baru sempat masuk Malaysia, dan nak tahu tak yang aku dah rasa keenam-enam flavour tersebut.Mohon jangan jelesss..Ini antara 6 flavour yang sempat aku rasa haritu.Perghhh tengok gambar pun buat aku rasa nak order sekarang jugak..




Over the Moon (New York Cheesecake)

Fully-Baked New York cheesecake: Rich with smooth cream cheese and enriched with vanilla beans with delicious golden crust underneath and at the side wall, and top design is made from chocolate powder
Main ingredients: Cream cheese, chocolate, eggs and cream
Size and Weight: Approximately 7 inch and 1.1kg
Price: RM99.00




The Modern Duke’s Pudding (Oreo Cheesecake)

Fully-Baked Oreo cheesecake: The smoothness of rich cheese with the combination of Oreo cookies, and the crunchiness of Oreo cookie crumble underneath and top is a thick layer of Oreo cookies crumble
Main ingredients: Oreo cookies and cream
Size and Weight: Approximately 7 inch and 1.1kg
Price: RM99.00






The Russian Whiskers (Mango Cheesecake)

Non-Baked Mango cheesecake: Rich cream cheese with fresh mango cube and finger biscuit with underneath biscuit crust with white curl chocolate chip at the side wall, and top is a thick layer of nature mango puree that burst with moist sweetness
Main ingredients: Fresh mango pieces and mango puree
Size and Weight: Approximately 7 inch and 1.1kg
Price: RM99.00





Naughty and Nice (Chocolate Cheesecake)

Non-Baked Chocolate cheesecake: A devilishly sinful chocolate cheesecake layered with rich premium couverture chocolate mousse, topped off with pillows of fluffy sponge.
Main ingredients:  Couverture Chocolate and Chocolate Mousse
Size and Weight: Approximately 7 inch and 900g
Price: RM119.00





King Cat of the Mountain (Durian Cheesecake)

Non-Baked Musang King Durian cheesecake: Creamy Musang King cheesecake arresting facade crowned with cubes of soft sponge with its dreamy innards of durian sponge cake and durian-studded cream cheese and soft sponges dusted with Cocoa powder.
Main ingredients:  Real Musang King Durian
Size and Weight: Approximately 7 inch and 900g
Price: RM139.00





Milo Dinosaur (Milo Cheesecake)

Non-Baked Milo Cheesecake: Cream cheesecake loaded with Milo powder, topped with another decadent heap of Milo powder.
Main ingredients:  Milo
Size and Weight: Approximately 7 inch and 1kg
Price: RM119.00




Korang boleh dapatkan cheese cake ni di lokasi tersebut :





Cat & The Fiddle Cheesecake Available In

HOPP Café [Sliced RM11.90/pc & Whole cheesecake selling at normal price]
Address:              No. 10A, Nadayu 28 Dagang, Jalan PJS 11/7, Bandar Sunway 48250, Selangor Darul Ehsan
Contact No:        03-5613 3366                                                                    
Operation Hrs:  11.00 am – 10.00 pm



Selain dari lokasi diatas, korang juga boleh dapatkan cheese cake from cat & The Fiddle ni di beberapa outlet PappaRich yang terpilih seperti dibawah :


PappaRich Outlet [Sliced RM9.90/pc]
Click below link for list of PappaRich outlet are currently selling Cat & the Fiddle sliced cheesecake
               1.       PappaRich Centrepoint
2.       PappaRich Permaisure
3.       PappaRich The Gardens Mall at Mid Valley
4.       PappaRich 3 Two Square
5.       PappaRich Ampang Avenue
6.       PappaRich Kinta City
7.       PappaRich Desa Aman Puri
8.       PappaRich Southgate
9.       PappaRich Taman Bukit Segar
10.   PappaRich Kota Bahru
11.   PappaRich Sri Manjung
12.   PappaRich Bandar Sri Damansara
13.   PappaRich Muar
14.   PappaRich Setia Alam
15.   PappaRich Setia City Mall
16.   PappaRich Prima Sri Gombak
17.   PappaRich Scotts Garden
18.   PappaRich Straits Quay, Sri Tanjung, Penang
19.   PappaRich Langkawi
20.   PappaRich Plaza Azalea
21.   PappaRich Ampang Point
22.   PappaRich Malim Jaya



Selain itu, korang boleh juga membuat pembelian secara online, dimana kos penghantaran percuma untuk lokasi terpilih sekitar Lembah Klang.Boleh tengok cara-cara pembelian secara online kat bawah ni :


How to Purchase Online
1.       Visit Cat & The Fiddle’s website www.catandthefiddle.com.my
2.       Select a cheesecake & add-ons to add to cart, and click “Cart icon” and click “CHECK OUT”
3.       If you need accessories such as Birthday Tag, Birthday Candle and Plastic Cake Knife please select from Add-Ons
4.       Double check My Shopping Cart item(s) and enter [Coupon Code] “Promo12” and click “Apply” and click “Checkout Now”
5.       Step 1: Fill in personal details & select deliver option [I Want toDeliver or Self-Collection
6.       Step 2: Schedule your Delivery or Self-Collection Date and Time [for Delivery option RM15.00 will be automatically waived off upon completed Step 2] and select Payment Method either Gateway [with Credit Card/ Debit Card/ Bank Transfer] or Cash On Delivery
7.       Step 3: Check your selected items and click Confirm Order
8.       Cat & The Fiddle customer service will call customer to confirm order details

Jom grab promotion yang sedang berlangsung ni:


Promotion Details
Promotion:         12% off + FREE Delivery with Klang Valley / Self-collection at Bandar Sunway
Terms & Conditions apply:
1.       Valid for online purchase at www.catandthefiddle.com.my
2.       12% off on cheesecakes only
3.       Free Delivery within Klang Valley areas only
4.       Self-Collection at Bandar Sunway, Cat & The Fiddle Office Level 1 – 10B, Nadayu 28 Dagang, Jalan PJS 11/7, Bandar Sunway, 48250 Selangor Darul Ehsan (Landmark: above HOPP Café)
5.       Key-in discount code “Promo12” to enjoy 12% off
6.       Place order at least 1 day in advance, order must be placed before 4.00 pm in order to enjoy next day delivery or self-collection
7.       Promotion period end on 31st Jan 2017
8.       Promotion only valid for online purchase
9.       Not valid with any other promotions
10.   The management reserves the right to modify the terms and conditions without prior notice
11.   This photo is for illustration purpose only



Accessories:       Birthday Tag, Birthday Candle, Candle Holder and Plastic Cake Knife is not included, please purchase from Add-Ons



Duta tak berapa nak rasmi, hahahahah..



Untuk maklumat lanjut boleh rujuk info dibawah:


INFO
Facebook : 
Cat & The Fiddle MY


Instagram :
catandthefiddlemy







Thursday, December 22, 2016

Jalan- jalan Kemaman

Hari pertama kat Kemaman, tak kemana sangat, sampai rumah maklong terus mandi dan rehat, sebab penat seharian jalan jauh kan, dalam kepala ingat bantal je.Huhuhuuu.Malam tu maklong masak sardin dengan telur dadar pon dah rasa sedap sangat dah.Nak keluar dah penat, nasib baik maklong masakkan sardin..

Esok tu baru mula aktiviti jalan2, mulanya ingatkan nak ikut mak pergi sarapan.Kat sana sarapan makanan best2 ooo..Tapi mak pergi awal sangat.Subuh bangun tgk mak dah siap mandai dah get ready nak keluar gi sarapan dengan maklong n maklang semua.Tinggallah aku, abi,tasha n dak iqy je kat rumah sambung tidur.hahahahha.


Mak balik bawak nasi dagang balut daun pisang.Perghhh sedap wey..Nasi lemak pun siap ade ikan tongkol lagi.Ko hade..Aku jakun lah, sebab kat key ell nasi lemak singgit ada telur sebelah pon aku dah sujud syukur dah, inikan plak ade ikan tongkol.Jakunlah sekejapp kan..haha.Murah plak tu, kat sana kuih 4biji singgit masih wujud lagi tau, besar2 plak kuihnya.huhuhuu..Kalau kat sini, mana nak dapat.


Petang plak maklong ajak lepak pantai kemasik, ingat nak pergi Cherating, tapi takut hujan plak, lagipon kitorang  tak plan nak mandi laut pun, nak jalan2 je, so kitorang pergi Pantai Kemasik, sini tak leh mandi, ombak dia kuat sangat.Agak ganas jugaklah ombak dia.Tapi cantik sangat, aku tetiba teringat Krabi.Sumpah rinduuu..huhuhuuu..



Dak iqy merajuk tak dapat mandi laut...masam je muka..huhhh!!!

Cubaan tarik tangan mama ajak mandi laut..Heyy mana boleh mandi kat sini lahhh..

bergambar je boleh...

Dak Iqy dok berzikir nak mandi nak mandi je keje dia.Tak habis2 merengek ajak mandi suruh buka baju dia, siap tarik tangan aku lagi.Adehhh...Last2 termenung camtu tengok ombak je.
Kebetulan plak ada orang main layang2 gergasi bentuk sotong kurita tu, Dak Iqy yang perasan dulu itu sotong kurita, beria2 tunjuk kat aku, mama!!! Mama!! Octopusss!!..yang aku tak perasa  lagi tu bentuk sotong..Dah lama baru perasan haah lah sotong, patutlah dak iqy sibuk sebut Octopus octopus..hahahahaha..Mula2 dia macam excited seronok, lama2 dia macam takut2 berani plak menyorok belakang aku, "mama, Iqy takut laaa"..hahahah..Pulakkkkk...


Panas merelit2, tapi angin sepoi2 menampar pipi, habis senget bengot tudung aku.Huhuhuuu...Sempatlahhh bergambar tiga beranak, Dak Iqy muka blur teruja tengok keindahan pantai kot.Biasa tengok laut port dickson je, kalini tengok pantai cantik camni plak..Suka lah tu..Tu yang terkinja2 ajak aku mandi laut tu.Last2 mandi dalam bilik air rumah maklong je.Hehehe
Dah bergambar kat pantai, kitorang lepak kat taman plak, Dak Iqy main kat playground, aku main kucing.Ya Allah kucing2 kat sini comel dan gebu2 belaka walaupon kucing jalanan.Dah lah comel, manja plak tu, peramah giler.Aku dan kucing memang berpisah tiada, ibarat aur dengan tebing, kemain  lagi aku punya perumpamaan.


Nampak tak semua nak leset kat aku, semua macam meminta dibelai je, kurang kasih sayang aku agak.hahahha..Anyonyooonyooo...geram lah aku weyyy dengan makhluk berbulu ni..huhu.



Tak lama pun lepak sini, semua dah ajak gerak dah, nak pergi makan satar plak.Tapi alahaiii salah pergi kedai plak.Satar dia tak sama macam yang aku pernah makan sebelum ni.Ada satu kedai lagi tu tapi maklong aku dah lupa yang mana satu.So hadap jelaaa..Kempunan nak makan satar sedap.huhu..
Sebelum makan satar tu lepak tepi laut ni, aku lupa lah nama tempat ni, dulu aku pernah buat entry tapi malas nak godek.Cantik tempat ni kalau nak photoshoot, tapi aku takdelah photoshoot beria.Kebetulan ada serpihan boat terbenam kat pasir tepi pantai tu, macam ala2 mini kapal titanic plak.So aku pun fefeeling lah Leonardo & kate winslet kat situ dengan dak Iqy.Ko bayangkan jela Dak Iqy tu sebagai Leonardo dan aku sebagai Kate Winslet..Auwwww u jump, i jump..hahahahhaa...Siap buat video lagi.Hahaha sewelll betul..


Dah siap makan satar, balik rumah mandi dan solat siap2, lepas isyak kitorang keluar balik untuk dinner.Maklong bawak makan kat restoran pekan kemaman, tepi laut jugak.Memasing dah lapar nasik.Mujur sedap makanan kat restoran ni.Takde gambar untuk restoran ni sebab memasing lapar sampai tak larat nak pegang henpon dah.hhahahaa..

Lepas makan ikut papa n abi memancing plak, papa ni memang kaki pancing, Abi plak rajin melayan, ikut jela hobi pak mertua, last2 dia pon terjebak minat sekali.Sekarang dah ada batang pancing sendiri okey..hahahaha..Sementara papa n abi memancing kitorang lepak amik angin malam.Dak Iqy punya energy makin malam makin galak pulak, semput aku kejar dia, boleh plak dia ajak aku jogging memalam buta tu, laju plak tu lari, tak terkejar aku, aku risau dia terjun dalam laut je..Haishhh bertuah punya anak..Lebih kurang pukul 1pg baru kitorang balik.Sampai rumah je mandi2 terus tido.Penat weyyyy...Lama tak jogging, rasa krem plak perut aku.huhuhuuu..