Wednesday, December 28, 2016

Eh bestnya kalau setiap bulan banyak cuti macam bulan ni

Syiooknya 3 hari cuti, walaupon aku tak kemana sebab Abi kerja.Mujur rumah mak dekat, asal boring je call Tasha suruh amik kat umah.Hari sabtu aritu siap bermalam lagi kat runah mak, Abi izinkan sebab dia pon pagi2 dah pergi kerja, aku tido satu malam je kat rumah mak, sempat jalan2 uptown kejap, teman Tasha nak beli barang sikit katanya.Aku tak beli apa pun, layan kucing je kat kedai kucing yang ada kat Uptown ni, yang bestnya kucing2nya kita boleh pegang.Aku kalau kat tempat ni mesti akan berhenti lama habiskan masa dengan kucing.Dak Iqy pon leka kalau kat sini.Takdelah dia terkinja nak mintak mainan je.Malam tu berjaya tak beli mainan untuk dia, bijak tak mama kawtim dengan dia, tu pon dah hampir nangis guling2 dah kat situ, mujur keadaan still terkawal.hahahaha..


Balik dari Uptown singgah Mcdonalds Cyberjaya, since Mcd baru buka kat Cyberjaya ni, kitorang selalu pergi situ je la.Dekat dengan rumah..kitorang memang suka drive thru malam2 beli aiskrim, kadang tu keluar malam2 semata2 nak beli aiskrim Mcdonald je..hahaha..Aku follow je, dah lah tolong temankan aku jugak yang kena belanja pon..huhuhuu...Nasib baik dengan adik sendiri malas nak berkira sangat hahaha..

Pukul 1pg baru balik rumah mak, ingat nak sambung tengok movie citer hantu, tapi memasing dah ngantuk, biasanya kitorang sampai ke subuh layan movie, sampai dak Iqy pon asal tido umah mak mesti nak tengok citer antu.hehehe..Tapi dia memang berani pon, kitorang yang terjerit2, tutup2 mata masa tengok movie.Suka tengok tapi penakut.So acaner??hehehe..Biasanya 2,3 citer seram kitorang layan sepanjang malam, pastu sambung ke pagi plak..Tak bosan2 wey tengok citer hantu je.hehhehehe...

Esok tu plak bangun pagi2 mak ajak pergi sarapan.Kalini pergi dengan mak dan Dak Iqy je, Tasha tido lagi, papa plak pagi2 dah pergi memancing dengan anak2 buah aku..So aku temankan mak pergi sarapan.Balik tu lepak2 tengok tv sampai ke petang, dah siap makan semua Tasha hantar balik, tapi singgah mamak dulu pekena roti canai.Pastu beli ayam kat Hero kejap, Dak Iqy berjaya pauuu aku mainan..Grrr...kat sini aku kalah..Aku beli pon sebab, toklang Iqy sebelah rumah bagi duit belanja kat dia.Dia ingat duit dia, aku cakap takde duit nak beli, dia cakap "duit iqy, duit iqy"..grrrr..terpaksa beli..


Sampai rumah, Abi baru balik kerja, bagi abi makan siap2, aku kemas rumah sikit2, mesin baju segala.Pastu sambung tengok movie hantu lagi dengan Tasha, last2 Tasha takut nak balik sengsorang sebab dah pukul 2pg, last2 dia plak tidur rumah aku..hahahaha...Hari Isnin esoknya, rehat je kat rumah, esoknya dah nak start kerja, tapi takpe keje 4 hari lepastu sambung cuti 4 hari lagi..Yeayyy..


4 comments:

  1. bestnyaa dapat cuti boleh sepnd time dengan orang tersayang kan

    ReplyDelete
  2. mmg syok cuti kn..hehe...akak yg cuti dr lastweek smp new year pn rs mls nk msk kj hehe....tp sebenarnya tgh cuti pn xbrp tenang sbb opis cal..bertabah la

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)