Tuesday, December 27, 2016

Last day kat Kemaman


Tiba lah hari ketiga kami sekeluarga kat Kemaman ni, ketiga-tiga hari yang best, jalan sana sini, makan sana sini, nampak kan badan aku dah bambam sikit, aku sendiri dapat rasa badan dah berat weyy.Matilanakkk camni..Hari ketiga ni, mak aku dengan maklang n maklong aku semua pagi2 dah keluar jalan-jalan cari makan katanya, aku tak larat nak follow pagi2, aku ni pagi2 blur sikit, mamai ayam je mata ni.Lembab sikit nak bergerak.hahahahah..Dak Iqy pon sedap tidur lagi, penat lah tu terkinja-kinja malam sebelum tu, kemain dia main sakan, takde kawan pun jadik, sampai maklong aku cakap, Dak Iqy ni masa baru sampai cakap pelat je, dah 3 hari duduk dikelilingi orang tua, terus hilang pelat dan makin becok mulut dia.Geli hati memasing layan dia bercakap dan penuh dengan seribu pertanyaan tu, jenuh melayan mulut dia wey..


Hari ketiga kat sini, kitorang plan nak sambung shopping sikit lagi, takdelah shopping beria pun, biasa-biasa je.Dak Iqy je berjaya pawww abah dia beli mainan Iron Man tu.Mahaiii ko tau tak?Aku takde, masa dia paww abah dia tu, tahu2 dia dah sibuk canang kat semua orang yang dia beli mainan baru.Sekali tengok harga, berpinar2 biji mata aku, amboiii abah senang sangat kalah dengan anak eh, mama mintak tudung Neelofa pon tak dapat lagi, permintaan anak diturutnya dulu.Hoiii sama harga dengan tudung Neelofa tau mainan tu, rugiiii je..Ni nak sentap ni...hahahahaha..Aku bukan apa, masalahnya Dak Iqy ni dari start perjalanan ke sini dia dah paw berapa biji mainan dah,haritu masa kat hentian Temerloh, dia pawww Ironman plak, dahlah nak 2 ketul, satu merah satu hitam, ko rasa??Pastu hari kedua singgah kedai tu dia mintak mainan lagi, aku belikan, ni abah dia plak kena, pastu time balik ke KL, kat hentian Temerloh sekali lagi dia paw mainan, aku malas layan, sekali nenek plak turutkan kemahuan dia, Boleh muflis beb camni..Hadoiiii..Nak ngeluh pun tak jadi, sebab mak aku cakap takpelah anak baru sorang, layankan aje laaa, cari rezeki pun memang untuk dia je kan..Dah ada adik nanti, pandai2 lah dia nanti..hahahahaha..

muka tak puas hati je, sepanjang hari berzikir nak beli Hulk, nak beli Hulk...Ko rasaaa??? 
Hurmmmm, betul jugak tu, kalau berkira sangat dengan anak pun buat rezeki sempit je, dah lah semua rezeki yang datang sekarang ni pon disebabkan dia, Allah beri rezeki sebabkan dia,So redha dan bertabah jela, so aku takde shopping sangat pun untuk aku, beli sehelai blouse je, nak jugak shopping sikit kan, tak banyak, sehelai pun jadiklah buat syarat..Hehehehehe..Yang lain semua peruntukkan untuk mainan Dak Iqy je, dok beli mainan jeeee..Grrrr...Abah Iqy pun back up anak dia, katanya, ni upah berjalan cuti sekolah dan upah kena tinggal time abah pergi kerja.. Huhhh!! Dak iqy tu sekolah pun belum, acanerrrr tu abah oii..Tak fahammm..Yang aku geram tu, dah beli set Ironman tu, dia dok berzikir nak Hulk plak, siang malam pagi petang dia sibuk ajak pergi beli Hulk.Dia dah ada semua koleksi superhero Spiderman, Batman, Superman, Captain Amerika semua tu, Hulk je dia belum ada, dia ingat plak tu apa yang dia takde lagi, dia nak cukupkan koleksi Marvels Superhero dia tu.Jenuh kitorang cari Hulk tak jumpa plak masa kat sana, Abi dah cakap lepasni kalau jumpa kat mana2 beli je, tak yah kisah harga.Sebab dah lama dia dok request Hulk tu..Hoiiiii agak2 lah..Aku dah jumpa aritu sebenarnya, tapi harga mahal macam tak berbaloi je, aku ni berkira sikit bab harga, yelaaa mainan mahal2 nak buat apa kan..Membazir je, tapi abah Iqy ni kemain macam sanggup jual tanah untuk penuhi hajat anak tu..Choiiiii...hahahahaha..Agak2lah abah, tahulah anak baru sorang, aku rasa abah Iqy yang nak main sebenarnya tu.kannn kannnnn...


Dah puas shopping, maklang , mak dan maklong pun kemain shopping sakan, perempuan dan shopping ko tau jela camne kan.Kamceng giler...hahhahaha..Lepas shopping kitorang singgah minum kat Kopi Hai Peng, famous amous tempat ni, ni kira jatuh berdosa kalau ko sampai Kemaman tak singgah minum kat Kopi Hai peng ni.Aku ni bukan kopi lover sangat, tapi aku suka sangat dengan roti kukus dia, lembut sedap je, lagi best kalau makan panas-panas.Nak-nak plak masa tu hujan turun, alahaiii feeeling giler aku menikmati roti kukus dengan kaya yang sedap tu.Ada 2 jenis, satu roti bakar, satu lagi roti kukus, dua-dua aku order tapi aku lebih suka yang kukus sebab lembut, gebu dan sedappp.



Cubaan amik gambar ramai-ramai, dengan harapan semua masuk sekali, ni semua family aku lah, maklang , maklong, paklong, paklang, mak , papa aku semua ada.Seronok jalan ramai-ramai camni.Bila nak repeat lagi datang sini eh??Banyak lagi tempat aku belum teroka kat Kemaman ni, next trip ingat nak duduk lama sikit lah kat sini, nak lajak jauh sikit kot2 boleh singgah Pulau Perhentian ke kan, nak tengok penyu..hehehehehe..

Lepas tu kitorang terus gerak balik KL, paklong dengan maklong follow dari belakang sebab nak tunjuk kedai jual kopok lekor, ko kalau dah sampai sini, takkan taknak borong kopok lekor kot..Feberett dak iqy jugak tu, dia suka kopok lekor liat2 tu.Kalau goreng, dia sorang je hadap setengah mangkuk...huhuhuhu..Kitorang beli lah jugak sikit buat stock kudap2 kat rumah, dengan bagi kat jiran sikit.Mujur jiran aku ikut sekali, (maklang aku kan jiran aku), so aku bagi kat babysitter Dak Iqy je sebagai buah tangan.Kitorang singgah hentian Temerloh sekali lagi, Abi dan papa nak repeat makan ikan patin, paklang aku siap tapau lagi bawak balik rumah.Suka betul dorang ni makan ikan patin, aku makan nasi air je, kat sini panggil bubur nasi, nasi air..Pelik plak aku..hehehehee..Tapi sedap, macam bakso pun ada, siap ada meatball, RM4 je semangkuk, Bagi aku hentian Temerloh ni harga murah2 lah.Tak mahal macam sesetengah hentian lain.Lepas dah makan, terus gerak sampai rumah lebih kurang pukul 8malam.Alhamdulillah selamat sampai dan berakhirlah short vacay terakhir untuk tahun ini.Kita bersambung ke tahun depan plak, insyaALLAH ada rezeki boleh jalan-jalan lagi, kena kerja keras lagi ni, takleh ponteng2 kerja lagi, nak simpan duit pergi bercuti lagi, tak dapat gi Korea, dapat pergi Cameron pun okey sangat.Dak Iqy tak pernah sampai Cameron lagi, masa dalam perut 4 bulan je ada aku bawak dia pergi sana, ntah dia ingat lagi ke tak???Hahahahaa..



3 comments:

  1. seronoknya... bila dapat cuti cuti bersama keluarga ... meriah gitu!!

    ReplyDelete
  2. best kan cuti2 berjln.mcdee pun krismas dpt cuti 2 hari

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)