Thursday, March 2, 2017

Nak update sikit lah


Cehhhh, menyempat je nak update blog.Ko tau, dari pagi tadi aku kepishangan kat opis ni, dulu bini boss takde, time boss out station lah paling best sebab boleh buat kerja enjoy-enjoy je , tak yah nak serius sangat lah kan.Tapi sejak bini boss ni kerja kat sini, alahaiiiiii dah takde "me time" dah kat opis sekarang ni.Company kecik ni tak banyak kerja sangat pon, bila semua kerja dah setel, kenalah buat-buat busy , kalau ko duduk melagha tak tentu pasal kang, mulalah bini boss tu pandang senget je,haishhh rimas tau tak...Time lunch pon tak keluar opis tau, ko tak reti lapar ke pempuan???Dalam hati ni dok mengharap je dia balik awal, tapi nan hado..Sampai ke petang lah dia melangut kat opis tu, pastu asyik ke hulu hilir belakang aku, aku tak selesa lah kerja dengan suasana macam ni, ni yang boleh buat aku fed up ni.Pantang tengok aku free sikit, dia mulalah panggil suruh buat itu ini, tu aku tak kisah sangat, yang aku bengang tu suka suruh buat kerja dua kali, kau dah kenapa???Tak ke buang masa je..Habis semua file-file dia suruh aku salin balik dalam excel..Ko bayangkanlahhh, apa guna aku penat2 filing, pastu ko nak suruh type kat excel, tak faham aku...Wendy pon cakap, dia pun rimas dengan bini boss ni..hurmmmm...

Haaa ni dia baru je lepas balik, barulah boleh melagha kejap, aku bukan nak mengular sangat pon, sambil update blog pon boleh buat kerja, yang penting kerja dah setel kan..Yang aku rimas kalau semua kerja dah buat, tapi kena buat-buat macam ada kerja, aku tak suka lah camtu.Bila dah start bosan dengan kerja ni, mulalah rasa nak berhenti.Perasaan nak jadi suri rumah tu tak pernah padam tau.Makin membuak2 bila aku dah start bosan dengan kerja sekarang, nak ikutkan dari awal start kerja sini aku dah bosan dah..Tapi tak sangka jugak bertahan lebih setengah tahun jugak lah..Tapi aku punya cuti ko toksah kira lah...hahahahhaa...Tetiap bulan buat onar.Lantakk situ..Malas fikir dah..

Kekadang terfikir jugak, kalau berhenti kerja duduk rumah mengasuh anak orang pon okey..Dapat jugak income, jaga baby sekarang pon dah mahal, RM450 sorang, jaga dalam 2,3 orang, cukup bulan seribu lebih jugak dapat, duduk rumah je, boleh jaga anak sendiri sekali...Hurmmmm...Tapi tu lahhh, pandai ke aku ni jaga anak orang, jaga anak sendiri pon kadang jadi Hulk, kadang jadi Singa...hahahahahahah...Entahlahhhh, nanti aku fikirkan lagi..Susahnya nak buat keputusan..Takut tersilap langkah.

Baru-baru ni kan, (tetiba lari topik) , aku join family mertua short vacay kat Melaka.Sekarang tengah menderita sunburn...Sebab aku langgar pantang, mandi laut time tengahari..Biasa kalau aku mandi laut kat PD tu aku ada waktu mandi yang boleh mengelakkan sunburn, tapi kalini sebab jarang dapat berkumpul dengan adik beradik ipar duai semua kan, aku pon langgar pantang, Dak Iqy suka lah dapat mandi laut, sampai melalak taknak balik.Biasa lah dia suka buat drama pukul 7 tu..huhhhhh!!!Siap naik banana boat lagi, tapi suruh campak kitorang dekat2 je, jangan tengah2 laut, takottttt....hahahahaha...Kena campak kat tepi pon dah menggelupur, acaner nak kena campak kat tengah2 kan...hahahahaha...Nanti rajin aku hapdet entry mandi laut kat Pengkalan Balak.Bestttt sangat...

Oklahhhh dah nak balik dahni, esok sehari je lagi kerja, yeayyyyy Jumaat dah..Tak sabar nak cuti weekend, duduk rumah sental bilik air lagi best dari duduk kat opis yang terpaksa buat-buat busy ni...hurmmmm..Sorry bukan nak mengeluh, sekadar meluah...huhuhuhuhu



No comments:

Post a Comment

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)