Friday, March 3, 2017

Siapa mentor kecantikan korang???


Kalau bercerita pasal mentor, semua orang mesti ada mentor, dalam bisnes pun perlukan  mentor, baru kita ada semangat, ada visi dan komitment gitu..Kalau bercerita tentang kecantikan pula, yup bagi aku kecantikan pon perlukan mentor.Barulah kita berusaha nak jadi cantik macam mentor kita kan.Barulah kita ada target nak cantik macam sekian sekian.Nak putih ke , nak kulit tegang ke, nak muka nampak muda sentiasa ke..

Siapa mentor kecantikan aku???cer teka cer teka..Mentor aku dalam kecantikan adalah biras aku sendiri, Kak Hanim...hehehhehe...bukan retis tapi macam retis kan, ramai kata macam Ekin bini Mawi tu..Bagi aku kak hanim ni memang cantik luar dalam lah.Umur dah 40an pon kulit tegang licin kalah aku yang baru nak cecah 3series ni..Hahahahah...

So, untuk cantik macam Kak Hanim, aku selalu lah mintak tips2 kecantikan, tanya dia makan apa, minum apa, skincare apa..hahahaha..Mujur Kak Hanim ni sporting dan tak lokek ilmu, dia takde nak rahsia2 pon weyyy...Semua rahsia dia bagitau..Jangan risau takde amalkan susuk pon okey..hahaha.Jangan nak carot..


Comey kan biras aku? Nampak macam aku lagi tua dari dia, padahal beza umur 10 tahun kot dengan dia...Uishhh terus rasa nak telan collagen 8 botol sekaligus...hahahhahahaha..
So, korang plak sape mentor kecantikan korang???? Aku ke????muahahahahhahahahahaah....#mohonkecam

No comments:

Post a Comment

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)