Wednesday, May 17, 2017

Alhamdulillah, 6 tahun sudah

 

07 May 2011 ~ 07 May 2017

Alhamdulillah genap 6 tahun usia sebuah perkahwinan, 6 tahun dah jadik bini orang dan 3 tahun jadik mak orang.Masih lagi anak sorang, walau hakikatnya, kalau dihitung2, hujung tahun ni 5 dah anak kitorang, sebelum Iqy pernah gugur sekali, baru2 ni pon dah kehilangan triplet.Allahu banyak dugaan kitorang , lepas satu-satu, dari tahun lepas lagi, Rezeki agak sempit sikit dari tahun sebelum ni, hari2 berdoa moga Allah limpahkan rezeki seperti air mengalir buat kami, nak juga merasa senang dalam kebahagiaan, tapi jauh disudut dihati ni, aku bersyukur disebalik ujian yang Allah turunkan ni, menguatkan lagi ikatan kasih sayang kami suami isteri, nak ikutkan aku ni kalah jugak dengan emosi sendiri, tapi Abi banyak support, walau tak support dari wang ringgit dan kesenangan  tapi sokongan dari dalam tu yang buat aku terharu dan bersyukur sangat.Dalam saaat jatuh terduduk,tak sape tahu, yang dengar mungkin sekadar mendengar, tak merasa apa yang kami lalui, nak cerita lelebih kang kata minta simpati, biarlah aku pilih untuk mendiam diri, biar kami laki bini je tau kan.Kang orang kata, eleh kata susah , elok je pergi makan sedap2, tapi cerita sebaliknya orang tak tahu, yang makan sedap2 tu, makan free, orang belanja, food review.Aku kan hakak blogger..hahahahaha..Syukur jadi blogger, selalu dapat makan sedap2, EHHH!!!!

Okeyyy stoppp citer sedih2, nak raya ni..Kena happy takmo sedih2..hehehehe..Sempena ulangtahun ke 6 ni, aku tak mintak banyak, semoga kasih sayang kami kekal begini sehingga hujung nyawa, semoga Allah limpahkan rezeki melimpah ruah buat kami sekeluarga agar kami lebih bahagia bolehlah honeymoon kat obersea..hahahaha ko dah kenapa??Sesekali tengok gambar kahwin best pulak, kurusnya aku masa tu, selim melim.Suka tengok diri sendiri, cun jugak ek...kahkahkahkah #rasanaklempangdirisendiri 

Untuk asben, redhakan lah isterimu sentiasa, terima kasih untuk segalanya, pengorbanan dan usaha mu untuk beri yang terbaik buat keluarga kita, walau pon selalu merasa dirinya gagal dalam meyenangkan anak bini, tapi percayalah, abang sentiasa menang dihati kami, abang kaya, kaya dengan kasih sayang yang tak terbelah bahagi.Ya ALLAH, rahmatilah suamiku, berkatilah usaha dan segala pengorbanannya.Murahkan lah rezeki suamiku Ya Allah, bukakanlah pintu2 rezeki untuknya, dan permudahkanlah segala urusannya didunia dan akhirat.Ringankan segala bebanannya, dan lapangkan lah dadanya serta kabulkan lah segala doa dan permintaannya kecuali permintaan "NAK BINI BARU"..Ehhhh!!! #lempangnakkkk? hahahahhaa..Nak anak lagi boleh dipertimbangkan..Ngeeee~~~~OKBAIII



HAPPY 6th ANNIVERSARY ZUL & NORY

#doayangbaikbaik #insyaALLAH #tilljannah











4 comments:

  1. Alhamdulillah..moga ikatan ini terus dilimpahi dengan kasih sayang Allah..

    ReplyDelete
  2. happy 6th anniversary nory & husband..smoga bahagia hingga jannah

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)