Thursday, May 18, 2017

Haaaa ada 2 kantung???

30 April 2017

Disebabkan kes brown spot aku tu dah makin teruk sebab makin banyak, sampai dah keluar darah macam period tu, terus Abi ajak check kat klinik, ingatkan nak check kat Klinik An-Nisa sebab first check & scan kat situ aritu.Tapi tutup plak haritu.Terus pergi klinik Sofea.Mujur bersepah klinik area umah aku ni.Dan aku memang suka pon klinik Sofea ni sebab mesin scan dia nampak canggih sikit, clear nampak.

Masa datang tu, takde pesakit lain, so cepatlah dapat jumpa doktor.Bagitau doktor pasal masalah bleeding aku ni yang bermula dari brown spot, sekarang dah makin banyak.Doktor scan, scan punya scan, tetiba muka doktor cuak, aku dah berdebar2 , kenapa plak ni.Doktor cakap "nampak macam....macam.."lama doktor nak habiskan ayat tu sambil berkerut dahi..aku dah cuak dah.Pastu doktor sambung lagi, "nampak macam ada something, kejap ek saya nak tengok betul2"..Lama dia pusing2 scan atas perut aku.Aku makin cuak, ahhh sudah..Doktor cakap lagi, "hurmmm multi sac, ada lebih dari satu kantung.Kalau ikut sini ada 2"..Aku blur dan terus tanya, "biasa kalau macam tu, maksudnya apa doktor??saya ada ketumbuhan ke?" Laju je soalan tu meluncur keluar dari mulut aku.Aku dah risau kot2 ada ketumbuhan ke apa ke kan.

 

Dan doktor pon laju je cakap " eh bukan, bukan, bukan ketumbuhan biasanya kalau 2 kantung ni twin lah.."Aku mana lah tau kan, blur plak tu masa tu, dalam fikiran masa tu takut ada ketumbuhan je.Tapi kalau ikutkan record scan aku sebelum ni, perkembangan baby macam dah terhenti, sebab size nya masih sama dgn size sebelum ni.Doktor cakap biasa kalau camni, kandungan dah tak menjadi.Hurmmmm sedihhh jugak aku dengar.Tapi kalau rezeki puan, insyaAllah kembar 2 ni .Camtulah doktor cakap..Pastu doktor tu buat surat refer ke hospital untuk check up seterusnya, kena scan ikut bawah, kalau nasib menyebelahi kami, mungkin boleh nampak heartbeat baby.Tapi kalau dah takde, memang kena redha jela tunggu kandungan tak menjadi tu turun sendiri.

2 comments:

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)