Thursday, June 8, 2017

Iftar rumah mertua


Minggu lepas kitorang balik rumah mertua untuk sambut puasa dan berbuka bersama.Lama tak balik kampong.Dak Iqy dah rindu kat opah n tokwan dia.Hari2 bising ajak balik rumah opah.Kalau dia sendiri request ajak balik kampong tu maknanya memang dia rindu sangat lah tu.hehehehe..Sekarang ni pon dia dah besar sikit, dah tak macam dulu, sampai je kampong , ajak balik, meraung2 nak masuk rumah opah.Ntah kenapa ntah..Tapi sekarang, nak ajak balik plak meraung2 taknak..Sabooo jela aku.

Kitorang gerak jumaat lepas, kebetulan aku cuti haritu.Abi plak kerja tapi shift pagi balik tengahari.Dia tahu aku tak kerja, dia mintak balik awal, konon nak gerak awal lah, sempat berbuka kat kampong nanti, sempat singgah bazaar sekali.hehehehe..Sebelum gerak tu singgah rumah mak aku kejap, mak nak jumpa Dak Iqy dan nak ambik ikan mentah bawak balik kampong sekali.

Kejap je singgah umah mak sebab nak kena gi bank jap ada urusan sikit.Nasib kejap je kat bank, and then terus gerak balik kampong dalam kul 4 petang camtu.


Sementara dalam perjalanan nak sampai kampong tu, belanja lah sekeping dua selfie..muahahahahah...Lighting semula jadi bila selfie dalam kereta ni.Tapi terang sangat sampai takleh nak cover parut jerawat tu..Adehhhh camne nak raya dengan muka berparut ni.Terus rasa tak konpiden nak raya..hahahaha ko dah kenapa?


Dak Iqy kat belakang acah2 candid, asyik sebut susahnya nak sampai umah opah..sepatutnya lambatnya nak sampai..dia gantikan ayat lambatnga dengan susahnya..hahaha lantak ko lah nak oiii...Last2 tertido sendiri..Elok nak exit simpang kampung, dia pon bangun.Macam tau2 je dah sampai..Abi cakap dia dah terbau bau kampung lah tu..heheheh..


Mak sambung selfie lagi..anak kat belakang dah meluat dah tengok mak nya asyik selfieee je..Pandang pon takmau dah...hkhukhuk..sampai hati tau..


Alhamdulillah selamat sampai kampong sebelum waktu berbuka, sempat amik adik ipar kat hospital slim river dan singgah bazaar kat pekan Slim lagi.Sedapppnya tengok air macam2 kaler..Mendugaaa sangat uolls..Beli kuih muih sikit , sekali sampai kak ipar pon dah beli kuih banyak giler..Kalau kak ipar ada, memang kenduri besar lah perut memasing  Macam2 menu ada.

Gambar kat kampong banyak kat henpon Abi..tak dapat nak tempek sini..So sekadar boleh cerita je laa..Macam- macam aktiviti masa kat kampong aritu, malam terakhir kitorang kat sana, sempat buatkan stor baru (DIY sendiri) , pasangkan langsir raya untuk mertua siap2, sebab raya nanti anak2 nya semua turn beraya rumah mertua.Termasuklah laki aku...hahahah..Tapi jauh disudut hati ni, sedih jugak.Tengoklah kalau ada kelapangan raya nanti, lari balik kampong kejaplah.InsyaAllah..Aku bukanlah menantu yg terbaik tapi berusaha jadi yg baik..Dapat gembirakan hati mertua kan sama macam gembirakan hati mak sendiri jugak.hukhukhukkk touching plak..Aku sayang mertua aku sama macam aku sayang mak aku sendiri..hurmmmm sape potong bawang siang2 ni.?? Sobbb sobbb sobb


1 comment:

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)