Friday, June 9, 2017

Syiokknya Ramadhan


Ni cerita basi, masa awal2 puasa aritu.Balik je dari kerja, baru je masuk rumah, Abi dah siap dah terus ajak berbuka kat luar.Laki aku ni memang spesis tak suka planning, tau2 dia ajak je, pastu kalau ajak janganlah kau menolak, sebab bukan senang nak tunggu dia ajak keluar..hahahahahaha...Dia memang sejenis yang suka dok rumah je.Kebelakangan ni je baru nak berjinak2 ajak bini gi jalan2, selalu bini je yang plan dan ajak dia, dia menurut aje..So aku yang baru balik kerja ni, takdan lah nak bersiap2 bagai, sebab takut jammed plak kang.Terus pergi je nasib baik wangi lagi..hahhahaha..Cuma selebet jelaa, aku pergi kerja idoklah nak melawa, lepas solat asar kat opis selalunya aku malas nak mekap dah berbedak bagai, sebab fikir dah nak balik dah kan, rugi bedak hakak nanti..hahahaha..Tu yang muka macam tak siap je pergi dating..Nasib baik asben tetap cakap bini macam Lopa, kalau tak sentap 44 hari..kahkahkahkahhh..

Sampai je kat IOI Mall, sempatlah cuci mata dulu, tak beli apa pon, beli hok pakai dalam2 je, laki belanja kannn..Mintak yg hok dalam2 je, baik kan bini dia..hahahaha..Sempatlah bawak Dak Iqy main2 jap, mulanya nak bawak dia masuk Reka Zone tu, indoor playground tu, tapi pikir dah nak dekat berbuka, malas plak, yang Dak Iqy dah mengamuk2 nak masuk main kat dalam tu, adehhh sabooo jela aku..Pujuk2 bawak pergi jalan tempat lain dulu sementara tunggu waktu berbuka, dia nak naik kuda pusing plak, tapi pukul 8 baru start.Ermmm jenuhlah nak pujuk dia ,  merajuk hentak2 kaki dah tu.Tapi nasib baik mood dia okey sikit lah dari sebelum2 ni.


Sementara ada masa lagi, sempatlah Abi bayar zakat sesiap, kebetulan ada kaunter zakat kat situ, terus bayar, bayar awal2 senang kang lewat2 terlupa plak , terkocoh2 pon satu hal.

Dah nak dekat waktu berbuka, terus cop tempat duduk kat MCD, sebab Dak Iqy dah berzikir nak makan McD, nak makan MCD,kecoh sangat tau mamat tu, dia nak happy meal tu je sebab ada mainan, pastu nugget..hurmm senyap lah dia..Tupon nugget dia tibai habis 4 ketul, mintak burger abah dia plak..hohohohooo..


Ramai plak orang berbuka kat MCD ni, ingatkan hari bekerja tak ramai macam biasa, rupanya ramai yang balik kerja singgah berbuka kat sini.huhuhuu..Mujur dapat tempat, tu pon meja kecik je, nasib baik muat letak makanan kitorang bertiga.

Lepas berbuka, tunaikan permintaan Dak Iqy yang nak naik kuda pusing tu.Aku pon naik sekali, kuda pusing ni memang lagend tau, dulu masa darjah 3 selalu datang sini semata2 nak naik kuda pusing ni, sekarang bawak anak plak naik.How times fly..Esok lusa datang bawak cucu plak kot..hahahahah..Dulu sekali naik RM1.50 je, sekarang RM5 okey..Bertabahhhlah nak..huhuuu..

Lepas tu sambung hiburkan hati Dak Iqy lagi, bawak dia main segala mak nenek game kat dalam Aeon plak, kasik cannn.Bukan selalu dapat jalan2 dengan abah ni, selalu dengan mama je time abah kerja..hehehhehe..Dah puas main segala sampai IOI nak tutup dah, barulah gerak balik.Bawak Dak Iqy gi toilet dulu, nak terkencing plak dia.Nasib baik dia boleh tahan sampai kat toilet..Gud boyyy..Dah kencing, mintak aiskrim plak.Bertuah punya anak..Kemain lagi kau mengepauu kan..Mama geram je tgk aiskrim ko, tak dapat nak kongsi, selalu kongsi ngan mama je, haritu kongsi dengan abah jelaa, mama takleh makan lagi.Kuat iman mama kan..huhuhuu..


Dalam perjalanan nak balik, Abi tanya nak singgah mana2 tak? Urmmmm dia tanya tu, rugi kalau cakap nak balik, hahahahaha..Terus ajak singgah uptown puchong .hehehehehe...Aku bukan nak shopping pon, nak jalan2 je amik angin.Gituuuu...Dak Iqy je beli mainan masak2, apedaaa masak2..Menurun abah sangat ni, suka masak.Nape mama tak suka masak ek..hahhahaah..Dalam taknak shopping, sempat jugak beli 2 helai tudung baru..Ehhhh sangat kan..Alaa tudung murah je buat pakai gi kerja..hahahah..

Okey dah penat, esok nak bangun sahur pastu nak gi kerja, dahlah tak mandi2 lagi ni..Rimas dah rasa badan, sampai je rumah terus mandi..Nikmatnya lahaiii..segar rasa badan..Tenkiuuuu abi bawak jalan2, esok ajak lah lagi..Ehhhh..hahahaha

1 comment:

  1. hehhe kelakar baca entry nory...mmg kalau asben ajak keluar jgn di tolak kan hehe...dak iqy leh geng ngan auntie juju...sbb dah 3 hari 3 malam auntie berzikir nk mkn ayam mcd tu tau...asyik sold out je...ini hari x kira nak berbuka kt mcd terus hahaha

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)