Monday, June 12, 2017

Spinner vs Dak Iqy


Dak Iqy sekarang ni kan, tingkah laku dah macam budak besar2 je lagak dia.Tak kena dengan umur dia.Mulut dia lagi lah 24 jam beroperasi, menjawab je kerja dia, tak cukup dengan tu, soalan pon bertubi2.Kalau dia tanya, selagi ko tak jawab selagi itulah dia desak suruh jawab.Kalau jawapan ko salah, dia perbetulkan dan suruh ko ulang balik.Kau rasa? Kalau bercakap dengan dia aku tak rasa macam sedang bercakap dengan budak berusi a 3 tahun mengkudu  tapi rasa macam dah bercakap dengan budak yang dah bersekolah. (Tak pasal2 buah mengkudu jadi mangsa perumpamaan, klu nak guna jagung untuk umur setahun je kan, hahahahaaa).

Contoh kalau kita larang dia " iqy jangan usik benda tu nanti jatuh"..spontan je dia jawab " tak laah, Iqy tengok je,mana ade jatuh, tengok ni, haaa..tak jatuh pon" dia punya jawapan meleret2 dah macam karangan SPM.Mak aku pon cakap, Dak Iqy kalau bercakap macam baca skrip, ayat  dia penuh dan detail..hahahahaaa..contoh kalau dia lapar, dia tak cakap "iqy lapar",tapi dia bagi sepotong ayat yang panjang "mama, Iqy lapar lah, Iqy nak makan nasi kari, tapi taknak sayur, sepatu (pastu) nak air sejuk.Nak kecikk (sikit) je, letak pinggan tanak mangkuk"..haaa nampak takk..Jenuh nak tunggu dia nak habiskan ayat, nak makan je kot..ko cakap mama,iqy nak makan pon mama dah faham dah Iqy oii...huhuhuhuuu..

Bab pergaulan plak, Dak Iqy ni memang kawan2 dia lagi tua dari dia, kawan dengan budak2 sekolah, tu yg mulut dia pon macam org besar, kemain sangat..Ada masa pelat jugak, tapi kalau dia membebel hilang terus pelat dia, aku gaduh mulut dengan dia pon kalah,rasa nak nangis gaduh mulut dengan dia tau..Kuat menjawab budak tu..hahahaaa..

Bila dah kawan dengan budak2 besar,hobi dan kecenderungan dia pon terikut2 cara budak besar.Terbaru ni dia suruh aku belikan dia "spinder" (spinner), haah benda yg tengah hot tu,dia sebut spinder aku ingat spender..hahahahaa..apa daa sebut pon silap.Aku macam tak boleh nak hadam budak seusia 3 tahun 2 bulan ni dah kenal spinner ni.Aku pon tak habis kaji lagi pasal spinner, yang Dak Iqy siap dah tau jenis2 apa yang power,3 bilah lah 10 bilah lah,ada lampu lah takde lampu lah..Bawak gi kedai, aku beli jelaaa yg paling murah, ada 5 bilah, sekali dia pilih sendiri beb, dia nak yang mahal tu, ada 3 bilah, dia kata laju..hoiii bilalah ko kaji pasal spinner ni nak oii..last2 mama malu sendiri anak lagi tahu dari mama..hahahah..aku belikan je yg murah tu dulu.Pastu janji next time beli yang laju tu plak.Esok tu datang opis terus gugel pasal spinner..Nampak sangat tak amik port langsung pasal spinner ni sebelun ni, bila Dak Iqy dah suka, aku terpaksa jugaklah tau pasal spinner ni jgak, kang dia tanya aku, tak dapat jawab kang, aku yang malu sendiri..hahahahaaa...malu lahh dengan budak 3 tahun mengkudu je kot, aku ni dah 30 tahun durian dah..hahahahaaaa..

1 comment:

  1. bdk2 skarang advanced..tisya aritu pn cite kt skolah psl spinner..kemain bdk2 skarang..ni tgh dok femes la spinner dikalangan bdk2 skarang...mcm2

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)