Muehehhehee....Tersengih aku sengsorang bila ternampak statement ni lalu kat timeline FB..Terus teringat zaman sekolah dulu, zaman masa New Boyz tengah meletop2, aku rasa masa tu New Boyz ni antara kumpulan remaja pertama masa tu , lepas tu baru lah kumpulan2 lain macam Boboy, Q-Face, dan macam2 lagi masuk ke industri musik tanahair ni..Tapi aura New Boyz ni yang terrrpaling memberi impak lah kat remaja2 seusia aku pada masa tu.Dan aku tak malu pon nak mengaku yang aku merupakan salah seorang dari jutaan peminat fanatik TOMOK NEW BOYZ..hahahahahahah..Tolonglah jangan gelak, apa hina sangat ke minat Tomok??Aku dulu selalu lah kena kecam sebab minat sangat dekat Tomok ni, alaaa yang kecam pon member2 lelaki, dorang tu sebenarnya jeless dengan Tomok sebab dorang tak se"hot" Tomok pada masa tu, semua perempuan tergila kan Tomok tak tergilakan dorang, pastu meroyan cakap Tomok itu lah inilah..Eh baikkk apa dak Tomok ni.Tak pernah ada gosip2 liar tau.Sentiasa tampil dengan imej2 bersih gitu..Kau dah kenapa nak kutuk Tomok aku???hahahaah..Kemain back up lagi aku kan, kalau ada orang kutuk Tomok, aku lah antara yang akan sentap dahulu..Entah pape kan, padahal Tomok kenal aku pon tak..kahkahkahkah.
Aku bukan setakat minat biasa2 je tau, aku tersangat fanatik, kau tanya mak aku, dia tahu sangattt..Bilik aku penuh dengan poster gambar Tomok, buku latihan pon balut dengan poster Tomok, yang paling gigihnya, setiap hari pergi kedai majalah cari majalah yang ada gambar Tomok, walau ada seketul kecik je muka Tomok mesti aku beli, lepas tu gunting dan tampal dalam buku scrap.Gigih tau kumpul duit beli majalah, bila cikgu suruh beli buku latihan, ngelattt...hahahaha..Masa zaman aku tu majalah HAI terbit 2 minggu sekali, aku suka beli sebab dorang selalu cerita pasal TOMOK, yang bestnya majalah HAI tu, kat tengah2 page mesti ada poster artis, biasanya dia selalu letak poster gambar TOMOK lah sebab tengah "hot" kan masa tu, pandai dorang marketing tauu..Aku lah mangsa nya..Kalau beli sekali 2, sebab 1 nak tampal, 1 nak lekat kat buku scrap khas..Ya Allah, gigihnya aiiii..kahkahkahakha...Mana ntah buku scrap tu..Dinding bilik aku dah sampai takde ruang dah nak lekat , hampir2 nak pinjam dinding bilik mak aku tampal muka Tomok..Memang cari nahas lah kalau camtu kan...hahahahaha..
Moment paling aku takleh lupa, masa tu New Boyz ada show kat Putrajaya (seingat aku lah) .Aku nak sangat pergi...Nasib baik mak memahami, so dia bawak aku.Aku nak sangat jumpa dia secara "life"..Dapat jugak jumpa kat belakang stage..Aku salam semua geng New Boyz lain, last sekali salam TOMOK..Masa tu mana ada henpon kamera lagi, so tak de gambar pon..Sayangnya lahai..Lepas tu, punyalah sayang nak basuh tangan, kalau boleh sebulan taknak basuh tangan sebab dah salam dengan TOMOK tadi kan..hahahahaha...Bengommmmnya lahai..
Semua orang sekeliling tahu camne minat nya aku kat Tomok ni, walau selalu kena bahan, aku wat lek wat pisss je...Lantaklah ikut suka hati aku lah nak minat sape kan..Asalkan aku tak minat kat pakwe ko sudahlah kan..hahahaha..Sampaikan masa Tomok kahwin, ramai member aku text aku , ingat aku sedih ke meroyan ke apa...hahahahaha...Aku minat dia sebagai artis je okey..Takdenya sampai meroyan tengok dia kahwin dengan orang lain..Aku suka tengok bini Tomok, cantikkk giler..Sebab tu lah dia pilih bini dia, tak pilih aku...hahahahahaahah...
Tomok sekarang...dah ada 2 orang anak dah pon.Kalau dulu Tomok comel, sekarang bolehlah dikategorikan sebagai macho.Tapi aku tak minat lah dia imej botak..Rambut biasa2 baru okey aku rasa.hahahaha
Time ni masa zaman dia join one in million rasanya, fesyen rambut ala2 kpop gitu..bila makin meningkat dewasa ni dah kurang follow pasal dia.Jenguk IG dia pun layan video anak2 dia je.hehehehe..Yelaaa dah ada laki kan, better ai jadik peminat nombor satu lakikkk sendiri..tak gituuu..ailebiuu Abi...ehhhh...hahahaahha
No comments:
Post a Comment
* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)