Wednesday, July 26, 2017

Header baru !!!!!! shantekkkkkk tak?

Wowwwwiiieee, okey buat yang tersesat kat blog hakak arini, amacam shantekkk tak header baru hakak.? Sila cakap cantek ok, kalau tak, nak sentap 2 minit..hehehehe...Saja je tukar header baru kasik semangat sikit nak hupdate blog hari2, macam rajin je kan.Aku ni kalau boleh hari2 nak update blog, bukan kata perasan suruh orang baca hari2, tak takkkk bukan tu..Tapi untuk bacaan sendiri jugak, aku kan peminat setia blog sendiri, terhibur baca cerita diri sendiri..(eh berapa banyak perkataan sendiri daaa) hahahha..maklumlah blogger suam2 kuku je mana ada fans..gituuuu..so diri sendirilah fan nya..bolehh?? Hehhhhee

Masih menggunakan perkhidmatan member baik sendiri jugak untuk menghasilkan header terbaru ni, dari dulu kini dan selamanya memang guna khidmat dia je untuk edit blog ni haa..Support kawan2 gituu...Kalau korang berminat nak tempah header ke edit blog ke boleh contact Ieza Ashaari ok..Harga munasarawak sangat ok.Mampu poket gituuu..

Tema header kalini memang kena sangat dengan perwatakan owner blog, aku lah sape lagi kann..Nampak tak micropon kat atas kepala tu..haaaa yang kenal aku tau lah yang aku  dan micropon ni ibarat aur dan tebing, berpisah tiada gituuu..Aku memang minat dan suka nyanyi, tapi ko jangan aspect more okey, jangan dok ingat suara aku sedap sangat macam suara Wany Hasrita plak..Nory Histeria bolehlaaa...hahahaha..Minat nyanyi tak semestinya suara sedap ekk..Ai is sedar diri..setakat nyanyi kat karoke jamban layaklaahh..ohhh anginnnn kau kirimkan kalimah kasihkuuu....eh ternyanyi plak..hahahahah

Selain tu nampak tak gambar mekap terbang2 tu, tu pon salah satu perkara yang sangat sinonim dengan aku.Aku pon tak sure sejak bila ekk minat mekap.Tapi takdelah pandai sangat, mekap sendiri oklah..Takat bagi muka nampak shantek sikit tak pucat lesi, okeylahh tu kan..

Oklah tu jelaaa nak share..semalam aku pontengg kerja..hahahahaha...2 minggu je mampu jaga attendance, semalam dah kecundang..babaiiii..Penyakit mim alif lam sin dah sampai ko jangan tanya kenapa lg? Hahahhaa

2 comments:

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)