Thursday, July 27, 2017

Pengalaman Mistik Dak Iqy | Boleh percaya ke tak?



Aku jarang cerita pasal kisah2 mistik kat blog ni.Lagi2 yang melibatkan diri sendiri, sebab rasa lagi seram plak bila cerita kisah mistik pengalaman sendiri berbanding baca dan tengok cerita seram yang lain .Aku memang suka tengok dan baca cerita2 seram.Kadang kat opis time free mesti online baca kisah2 misteri, citer2 hantu ni la..Nak kata percaya sangat idok laaa.Tapi kena percaya juga yang "mereka"2 itu memang wujud.

Kalau nak citer pengalaman misteri tu, aku belum pernah lagi lah nampak secara real, dan kalau boleh biar lah tak akan nampak sampai bila2 pon.Idoklah aku teringin nak menengoknya.Suka tengok dan dengar citer hantu je, tapi penakutt ya hamat.hahahah..

Aku nak share story dari Dak Iqy.Aku taktau nak percaya ke atau tak tak percaya dengan cerita dari budak umur 3 tahun ni.Tapi dalam tak percaya, masa aku dengar dia cerita tu pon dah cukup buat aku meremang segala bulu.Kebas tengkuk aku tau..huhu (orang kata budak2 kecik ni senang nampak benda2 camtu).Sebelum tu aku nak bagitau lah yang Dak Iqy ni memang sejenis yang senang "kena tegur" dari baby lagi.Masa umur 4 bulan dulu pon penah bawak dia pergi bazar ramadhan, masa tu time nak berbuka, tapak bazar tu pon memang agak keras sebenarnya sebab berhampiran dengan lombong.Tapi tak jangka plak masa tu, masa tu pon sekejap je, beli yang depan2 je, dah beli terus balik, sebab rushing nak berbuka kan.Pastu sampai umah mak, elok azan je waktu berbuka, Dak Iqy terus meraung2, pestaim dia macam tu, masa dalam pantang pon dia bukan budak yang jenis kuat menangis ni.So memang peliklah masa dia tetiba meraung masa maghrib tu..Tak berhenti2 dia menangis, kak ipar tolong redakan pon tak mau, sapu minyak kat perut ingatkan kembung ke hape tapi perut dia biasa je.

Dekat nak masuk Isyak baru dia berhenti nangis, dan2 boleh senyum macam biasa macam takde pape yang berlaku sebelum tu.Hati dah tak sedap dah.Mak aku pon cakap suruh bawak jumpa mak Esah mintak tengok2 kan.Mak Esah takde rumah plak masa tu, esok tu bawak pergi rumah Pakcik Abu.Pak Abu tengok2 kan, buatkan air penawar sapu kat muka dan minum, dia cakap ada "benda" tegur budak ni,ada bawak gi mana2 ke, aku cakap lah pegi bazar kat belakang tu, terus pakcik tu cakap , ooo patutlah , tempat tu sesuatu sikit tak sesuai bawak budak kecik time nak dekat maghrib camtu.huhuhuhu..Alhamdulillah dah okey ..

Okey terus ke topik utama.Ada satu hari tu, dalam pukul 4 ke 5 pagi camtu,belum subuh lagi, tetiba Dak Iqy menjerit "abahhhhhhhh!!!" ..."abahhhhhh!!!!!!...peluk Iqy, Iqy takut..Aku kat sebelah dia je, Iqy tido kat tepi dinding, aku tengah2, abah dia sebelah aku.Aku ingatkan dia mengigau, aku tepuk2 jela dia balik suruh tido.Rupanya dia tak ngigau, terus dia melompat tido tengah2 dan peluk abah dia sambil cakap "abah bangunlah abah, Iqy takut, ada hantu"..Abah dia tersedar, "manede hantu, abah kan ada ni,dah2 tido cepat.."..pastu Iqy cakap " tu ada lagi, ada satu lagi"..arghhh sudah, dah aku plak seram tetiba tapi paksa jugak diri untuk terus tido, last2 tak tahan kejut jugak Abi suruh bangun buka lampu..Dak Iqy takleh tido jugak, walaupon dia dah tido kat tengah2 masa tu sambil peluk abah dia, aku dapat tengok mata dia terkebil2 lagi pandang serata bilik.Heyyy seram okey..Aku tutup mata balik, dah bukak lampu pon masih rasa aura seram tu, pastu terus kedengaran azan subuh.Nasib baik azan subuh masa tu kuat plak, biasa sayup2 je..Bergema jugak lah azan subuh tu dalam bilik, abi n aku bangun sebab nak bersiap gi kerja, aku solat subuh dulu.Tu pon rasa tak khusyuk sebab efek seram tadi.Haishhhh..Masa tu baru Dak Iqy boleh tido.Abi plak dah gi kerja, aku plak yang tak leh tido.Rasa lama plak nak tunggu hari terang..Dalam hati cepat lah pukul 7, terang sikit nanti..huhuhuuu..

Siang tu aku tanya Iqy, betul ke Iqy nampak hantu?Rumah kita mana ada hantu.Pastu dia jawab " betullll ada.Iqy nampak.Hantu kaler red kat atas katil kacau Iqy.."..urghhhh serammmm siot...cerita habis setakat tu, aku malas nak tanya lebih2, sebab rasa tak sedia lagi nak dengar..Baru dengar sikit dah meremang acaner kan.Lagipon Abi dia tak suka aku tanya pasal hantu2 kat Dak Iqy.Dia takut nanti dak iqy jadi penakut (macam mama dia,hahahah).Hari lain tu aku tanya lagi, pastu masa Ida n Yaya datang baru2 ni pon Dak 
Iqy ada cerita lagi, dan yang buat aku percaya tu, cerita dia memang sama dari apa yang dia ceritakan kat aku sebelum ni, maknanya dia memang bukan reka2 cerita.Cara dia cerita pon dengan riak muka yang nampak takut dan serius cara dia bercerita.Menguatkan lagi kepercayaan aku pada cerita seram Iqy ni.Mula tu takut dia reka2 cerita je, sebab tu aku saje tanya banyak kali, nak bandingkan dengan yang dia pernah ceritakan sebelum tu.Yer memang sama.Cuma makin detail lah bila aku tanya dengan betul2.

So aku nak sinopsiskan  cerita keseluruhan Dak Iqy ni.
*

Situasi dalam bilik.

Aku : Macam mana Iqy nampak hantu haritu?

Dak Iqy : hantu kaler red tu kat sini( sambil tunjuk atas tempat Iqy tido).

Aku : ooo pastu dia buat apa?dia ada cakap pape ke?

Dak Iqy : Dia tak shakap pon, tapi dia dekat2 dengan Iqy macam ni ( maksud dia benda tu himpit2 dia, sambil tunjuk gaya)

Aku : oooo yeke..mama abah kan ada kat sebelah, dia tak takut ke.? 

Dak Iqy : takkk ..dia tak takut.

Aku : masa abah bangun suruh hantu tu pergi, hantu tu pergi tak.. 

Dak Iqy : tak..dia tak pergi..dia jalan macam ni (sambil jengket tangan kedepan dan kesemua jari gerak2, sambil tunjuk kat arah pintu bilik)
Aku : Lepas tu, dia pergi tak?

Dak Iqy : Takkk...dia berdiri kat sebelah abah.pastu dia nak masuk bawah katil tak boleh..kaki dia tak boleh masuk macam ni..(sambil tunjuk gaya, berdiri kat sebelah katil bahagian Abah tido)..Pastu dia jadi besar (sambil depa kan tangan dia)..baju dia jadi kaler white..muka dia ada hidung ada mata, pastu baaanyak dawahhh (darah) ..

Aku : dia ada rambut tak? Macam rambut mama ke macam abah (panjang ke pendek) 

Dak Iqy : rambut dia tak cantik (ok ni kelakar)..(dia tak cakap plak rambut dia panjang mana masa ni) lupa lah tuuuu...hahahaha
Aku : lepas tu dia buat apa kat abah?

Dak Iqy : dia hilang....(aku syak masa ni time azan subuh berkumandang dari surau berdekatan)

Aku : bukan hantu lah tu..Spiderman kot..(saje ngusik, sebab kan dia suka tengok video superman kan)

Dak Iqy : bukan spiderman..spiderman baik ..ni hantu betollll..

Aku : dia ajak Iqy main ke?

Dak Iqy : takk...dia kacau Iqy.Muka dia tak nampak..(mungkin sebab gelap kot)

*


Kesimpulannya, mulanya Dak Iqy nampak "sesuatu" yang berwarna merah badannya, ada kepala tapi takde muka berdiri kat bahagian kaki dia kat atas katil dalam keadaan "benda" tu cuba menghimpit badan dia masa tidur.Bila dia tersedar, dan melompat ke abah dia.Abah dia sedar dan cuba pujuk Iqy suruh tidur semula sambil buat2 halau "benda" tu..(yelaaa kitorang kat tak nampak "benda" tu, Iqy je yang nampak). Dalam masa yang sama Dak Iqy cakap "benda" tu tak pergi lagi, tu ada lagi satu tu..maksud Iqy ada lagi satu tu  "benda" tu ada kat situ lagi tak pergi pon walaupon abah dia dah buat2 halau tadi.And then masa tu lah dia nampak benda tu dah kat area pintu bilik plak, tadi kan kat atas katil, pastu "benda" tu jalan style berjengket sambil tangan kedepan dan jari gerak2 menuju ke sebelah katil abah Iqy.Masa tu Iqy cakap benda tu nak naik atas katil tak boleh, pastu dia nak masuk bawah katil pon tak boleh, dia macam tersekat2 kat situ (Dak Iqy siap tunjuk cara dia tersekat2 tu okey, euwww seramm) ..Aku syak masa tu aku baca ayat kursi dalam hati tu yang dia tak lepas nak naik atas katil kot, pastu dalam keadaan "benda" tu tersekat kat tepi katil tu, dia bertukar jadi besar, dan masa tu Iqy cakap kaler dia jadi kaler white (putih), siap cakap ada mulut ada hidung pastu banyak darah kat muka dia.Lepas tu dia hilang.Aku rasa masa "benda" tu hilang time azan subuh berkumandang kot..

Ermmmmm korang rasa boleh percaya ke idok cerita budak 3 tahun ni..ni hasil 3 kali punya cerita tau..sama je jalan cerita dia...tak mungkin dia reka cerita kan, hebat sangat boleh celen Shamsul Yusof ni buat filem "Munafik 3" plak nanti..hahahaha

Seriusss aku serammmm dengar.Entahlah nak kata rumah aku ada "sesuatu", tak taulaaa..Penah jugak masa baru2 pindah dulu aku selalu je kena "tindih" time tidur..Abi kan selalu gi kerja awal sebelum subuh camtu.Lepas abi gi kerja, mesti aku kena,tapi Abi tak pernah kena pun..huhuuhuu..Mula2 takut, lama2 aku plak yang naik hantu, aku maki hamun je..Lama2 dah takde..Penah gak ada sekali tu tahun lepas kot..Time pagi jugak, sebelum subuh jugak.Lepas abi gi kerja, aku tido macam biasa, aku tido membelakangkan Dak Iqy..Aku mengiring mengadap tempat tidur Abi.abi takde so kosonglah tempat tu  kan..aku letak bantal peluk, sekali tu aku dapat rasa tangan Dak Iqy, aku masa tu mamai2 ayam, aku pon pegang jela tangan tu, bonding time gituu kan..Tetiba aku teringat ehhh Dak Iqy kat belakang aku, camne tangan dia kat belah sini plak..Eh tadi tu tangan sape plak,sempat aku raba2 lagi cari, eh dah takde..Terus aku melompat bangun, pukul2 dengan bantal tempat Abi tu..Bukak lampu, aku maki2 hamun oiii pergi lah sial sambil pukul2 dengan bantal, jangan kacau aku.Sampai hilang takut aku tauuu..Dak Iqy elok je tido kat sebelah aku.Jauh kot tangan dia nak sampai kesebelah sini.Pelik tauuu..Sampai sekarang aku tak tahu sama ada kejadian tu benar2 berlaku, ataupon aku bermimpi masa tu..Tapi tak mungkin aku mimpi kotttt...Haishhh tak mungkin lah...Eh ntahlah malas nak fikir..

Siang tu baru tau yang malam tu ada buat kelas bacaan ruqyah kat surau beramai2, aku pernah dengar jugak, orang kata kalau kite pasang ayat2 ruqyah "benda" tu akan rasa lagi tergugat dan tercabar, tu yang dia merayau2 melilau2 tak senang duduk agaknya, tu yang sampai sesat ke rumah aku tu..Haishhhh cari lah rumah lain woiii..Ok yang musykilnyaaa, tadi tu tangan sape oiiiiiii,susah aku hadam persoalan ni...Euwwwwwww..
Korang ada cerita seram nak kongsi dengan aku, meh tepek link kat komen, aku suka baca kisah2 seram ni....

P/S :::: malam ni malam apa ek..okey gerak dulu pape roger...hikhikhikhikhik



8 comments:

  1. ermm..seram jgk citer nory..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg serammmm pon cik nor...kebas tengkukkk jadiknya..

      Delete
  2. Ko tau xseram ke nory? Adoiyai. Blh plak aku baca sampai habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serammmm oiii...meremang segala bulu..mujur tak gugur helai demi helai..hahahah

      Delete
  3. Adoi terasa seramnya. Budak2 memang mudah nampak benda cenggini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn....kita yg tak nampak pon jadi seramm jugak bila dgr dia bercerita..huhuhuu

      Delete
  4. Alahai sama olak kisah dgn rqnia saya haa. Rania 10/8 ni genap tiga tahun

    Rania, kalau keluar tak mo balik rumah, bila nampak je pintu pagar balik rumah mulalah. Adik tak nak balik. Umah adik adik nak blk umah tok. Umah kita ada peah..

    Baru ni pon sama. Bgun tido nangis nangis. Kata nampak peah kat tv. Sebelah tv. Rania ni jnis suka bercerita.

    Mak pak sama naik nk percaya atau tak. Tapi mmg x png ajar tgk citer seram gitu. X nak momokkan deme dgn citer seram. Macam abi nory katalah x nak deme takut. Kan!

    Tapi serius. Budak budak baya deme. Mana reti menipu. Mmg jujur.

    Adakah memang ada???
    Itu persoalannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamakkk...siapa lah si peah tu yer??hehehe...tulaaaa bebudak baya2 dorang ni boleh nampak, lebih2 lagi yang dah pandai bercakap ni..naik seramm jugak dgr citer2 dorang..huhuhu

      Delete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)