Thursday, August 17, 2017

Moment paling "mahal" Dak Iqy & Abah


Ni antara moment ter'mahal' antara Dak Iqy dan abah.Aku perasan sampai kebesar Dak Iqy ni suka melekap je kat abah, pastu baru aku teringat, memang sejak dari Dak Iqy lahir lagi abah dia dah ajar dan biasakan tidur atas badan dia.Ingat lagi masa tu kan baru first time jadi mak bapak orang kan, aku tanya Abi "Kenapa abang suka letak / tidurkan Iqy atas badan abang, tak penat ke?" Dan jawapan tu bagi aku sweet sangat..Abi cakap, dia nak Dak Iqy dengar setiap degupan jantungnya, sebab setiap degupan tu lambang kasih dan sayangnya abah kat Iqy (macam copy paste ayat time ngorat mama dulu jer, erkkkkk tak aciii lah camni 😂)..Perghhhh cair wa cakap luuu..

Dan sejak detik tu lah, sampai Dak Iqy dah tiga tahun lebih sekarang ni pun, asyikkk lah nak melekap je kat abah dia.Pantang abah dia baring, dia mesti naik atas abah dia, bagi dia selesa sangat duduk atas abah dia tu.Abi siap cakap, Dak Iqy ni dah sebijik macam mama, kuat melesettt..hahahahaha..Kalau kat rumah, tengah tengok tv, aku dengan Dak Iqy ni akan berebut nak meleset kat abah.Kau ingat aku nak mengalah ke??Memang takkk lah..Kekadang je kasik cann..Abah Iqy bangga lah, kat rumah dia menjadi rebutan, ni baru Iqy dengan mama, kalau ada adik3 Iqy nanti macam mana lah, mana aku nak melesettt plak.Dah kalau semua bertenggek kat abah, cukuplah mama kekal bertenggek di hati abah je...Chiaaa chia  chiaaa...


Ni gambar bukti dari kecik port Dak Iqy bertenggek sampai sekarangg..Time ni dalam pantang lagi..Haluuussss je Dak Iqy time ni..Anyonyonyoo..Abah pon hensem lagi time ni..Eh sekarang pon hensem jugak (demi menjaga hati,hahaha)



Ni pon sama, masa dalam pantang jugak.Abi balik kerja je, mandi2 terus angkat anak dia letak atas badan..Rinduuu lah sangat..Bini tak rinduuu ke???Oh lupa masa ni dalam pantang...kahkahkahkahkahhhh...



Ni masa Dak Iqy dah 4, 5 bulan camtu, masa ni badan dia tengah mengembang dengan jayanya, pipi tu sampai tak larat nak tampung dah, punya lah berat, belum badan lagi, peha lagii...haishhh...Gerammmnya masa Dak Iqy umur2 macam ni..Tetiba rindu nak ada baby kecik lagi...Tapi biarlah dulu..Biarlah masa dan rezeki yang menentukan..heeeee



Masa ni dah start pandai buli abah dia.Dia lumurnya sebotol bedak kat muka abah dia..Abah marah tak ???? Memang tak lahhh..Cer buat kat mama, kompom jadik hijau mak kau ni serta merta..hahahaha



Dak Iqy dengan abah dia memang macam magnet, melekapppp je sepanjang masa,siap parking pipi labuh lagi dekat abah, berat sangat kan...Dah besar sekarang ni, asyik melawan je cakap abah..Biasa sangattt dia ni..Tapi bila abah pergi kerja, kena marah dengan mama, masa tu baru lah nak nangis2 sebut nama abah..Dia tau abah dia je yang akan jadi penyelamat dia bila dia ada masalah..Nak berak pon bisik kat abah dia okey..Biasanya kalau tengah2 malam lah, dah siap mandi makan semua, dah ready nak tidur, time tu lah dia nak terberak, kalau cakap dengan aku, dah tentu2 kena bebel, tu yang dia bisik dengan abah tu, siap pesan kat abah dia, jangan bagitau mama tau, nanti mama marah..hahahha..tau takuttt...Padahal aku dengar je dia bisik tu, pastu aku intai tengok abah dia slow2 bawak gi bilik air..hahahahaha..Dah kenapa semua takut dengan mama ni..Terasa diri "mak singa" sangat tauuu..hahahaa


Peneman abah main game



Peneman abah tengok tv, melekapppp je kannn...



Naik buai pon nak duduk atas abah jugak, tak paham akuu dengan budak ni tauu...


Ni gambar terbaru, dah tua bangka pon, masih tido atas perut abah..Kita tengok macam tak selesa je kan, cuba ko try alih dia, mengamukkk dia weyy, dia selesa bertenggek gitu je kat abah dia..Semoga bila Dak Iqy dah besar nanti, Dak Iqy tak akan lupakan jasa abah, yang sentiasa manjakan Iqy, tatang Iqy macam minyak yang penuh, macam abah jaga mama..Heeee...Semalam tunjuk kat Abi gambar2 ni, tersenyummm Abi dok belek gambar2 ni, nak nangis lah tuuu...huhuhuhuhu...Tapi aku pun tetiba macam sebak plak..Hurmmm




No comments:

Post a Comment

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)