Baru berkesempatan nak hapdet pasal sekitar majlis harijadi Bunga yang ketiga ni.Selamat Hari Jadi bakal menantu.hikhikhikhikkk..Bertemakan Frozen, simple tapi meriah sangat..Decoration ni pon hasil gubahan dari mummy birthday girl yang merupakan owner TEDDY PRANK pakar surprise planner yang tidak asing lagi kat KL ni..Huntonglahhh kan, boleh deko2 sendiri, takyah tempah2 dah..heehehe..
Dan yang lebih buat kami berbesar hati sangat tu, mummy Bunga dengan sebulat suara telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Abi untuk menyediakan menu untuk majlis Bunga ni.Ni impian weolss laki bini dari dulu nak ada bisnes kecil2an macam ni, nak buat service mini katering gitu.Sesuai untuk majlis2 kecil macam Open House ke, Birthday Party ke, Farewell Party ke..Tapi sebelum ni kitorang belum rasmikan lagi pon, takat masak2 untuk family sendiri je laaa..Tapi bila dapat peluang macam ni, macam satu langkah yang baik lah untuk kami mulakan.Untuk besday Bunga ni Abi sediakan 4 menu, Nasi Lemak , Laksa, Mee Goreng & Bihun Goreng.
Ni nasi lemak, sambal je tuan rumah beli asing..Abi cuma masak nasi lemak je...Telur pon tuan rumah yang rebuskan..hehehehe
Ni antara menu yang dah siap dihidang..Laksa tu masak dari sepertiga malam okey..gigih aku tak tido teman laki potong bawang..hahahah potong bawang jela pun...tu pon nak bangga..kahkahkahkah
Sape peminat laksa???Mehhh lah try rasa...Nak order, kite PM tepi okeyyyy..
Mee goreng & bihun goreng..
Comeyyy kan kek besday girl.Dak Iqy pon berkenan, berapa kali dia buat percubaan nak cabut patung atas kek tu..Heyyyy tak senang duduk aku dok pantau dia je dari main kat kek tu...
Haaaa amikkk kau..sampai 2 biji kek..kelasss ko jah..hehehhe...sedappp kek ni dari Nini kawan mummy Bunga.
Lets bergambarrrr dengan princess Bunga.Happy Birthday Bunga..Besday Anggun nanti, jangan serik booked abah zul lagi okey...Coklat Fountain dari mama Ida ..Tapi mesin tu bukan mama Ida punya tau..
Untuk service masakan ni, kami gelar sebagai "walk in chef", cuma perlu bagitau menu apa yang nak dimasak, kemudian kami akan listkan semua bahan2 yang perlu dibeli beserta kos..So tugas kami hanya datang dan masak sahaja..Upah per jam..Tapi kalau nak kami belikan bahan2 pon boleh.Macam mummy Bunga, kami listkan barang, dan dia yang belikan siap2.So Abi datang prepare bahan dan masak je..Sebab ada orang yang suka beli barang tapi tak suka masak kan ..betul tak?? Gitulah konsepnya yang cuba kami ketengahkan.Dan konsep macam ni lebih jimat berbanding kos catering yang harga ikut per head..Nak jimat tak.??
Jangan segan silu whatsapp kami
Zul : 017-349 1987 / 017 - 344 8400
(Jangan ajak laki aiii pegi karoke plak, suara dia tak sedap pong, hahahahaha) maaf bang๐
๐
No comments:
Post a Comment
* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)