Monday, August 28, 2017

Punca blog menyepi seketika


Hallluuuu...ada yang rindu hakakkk tak? Ada ni haaaa, tak hilang pun, cuma nya bulan ni memang sibuk sikit.Sepupu paling rapattttt iolss dah kahwin uollsss..Giler tak rapat, membesar sama2 kot, rumah plak sebelah2 je.hahahaa..So nak taknak, memang kena jadi orang kuat majlis jugak lah.Dah macam majlis kahwin adik sendiri dah tahap busy dia.huhuhuhhu..Adik aku kahwin nanti, camne lah agaknyaaa kan..Dari 2 minggu lepas kot aku dah start busy tolong kak ipar aku gubah hantaran, mujur 5 dulang je..Sehari je dah siap..Pastu minggu lepas pon busy pergi kenduri kahwin kat Melaka, pastu terus singgah rumah sedara mara kat sana teman maklang menjemput..huhuhuhu...Busyyy kan hakak..Tapi exciteddd sebab lama dah tak busy untuk kenduri camni, semua turun padang, meriahh rasa, walaupon kenduri sebelah sepupu ni majlis sambut menantu je sebab sebelah lelaki kan, tapi rasa macam majlis besar plak, mungkin sebab family kitorang ramaiii dan besar kot kan..


Ni gambar hasil gubahan kak ipar aku, Kokti.Aku tolong sikit2 je, tapi dia punya effect sampai demam aku dibuatnya..Aku dah lama tak demam, bertahun jugaklah.Haritu nak demam tak jadi, sekali, haaa ambikkk kau, nak demam sangat kan..Aku spesis yang susah nak demam, tapi sekali demam, panasnya takdelah teruk sangat, tapi dia punya lembikkkk semacam.Lemauuu satu badan aku rasa, sampai mandi pon Abi yang mandikan, aku nak angkat gayung pon tak larat, bayangkanlahhh.Makan apatah lagi, thanks Abi jadi "abang nurse"..Dia gi kerja pon hati tak tenang, sebab jarang tengok bini sakit camtu kan, last2 balik kerja awal, masak dan suapkan untuk bini..Bini rasa terharuuuu sangat...Sambil taip pon rasa nak menitik air mata...anyonyonyonyoooo...





Sehari sebelum nikah, hari jumaat tu pon dah start busy dah rumah aku n rumah maklang aku, sepupu aku nikah Sabtu, so malam tu, kitorang ada sessi berinai kecil-kecilan, haaaa ko ingat belah perempuan je ada majlis malam berinai, belah lelaki pon ada tau..Tapi yang pengantin nya pakai secoet je, kami yang ladies2 ni yang lelebih, sorang nak inai 5 jari lah, sorang nak 2 jari, sorang nak inai kat kuku je..hahahahaha macam2 ragam..Meriah malam tu..Tidur pun lewat pagi..huhuhhu..Gigih tau cari inai daun, original punya, sendiri blender, tak mampu nak tumbuk...hahahahah




Alhamdulillah, majlis nikah sepupu berjalan dengan lancar.Dengan sekali lafaz, sah lah dia menjadi suami orang.Aku yang dengar ni pun tumpang nervous sekali..Phewwwww dah sah, legaaaaa...Hujung minggu ni turn majlis belah kitorang plak..Lagi aku nervous, dan blog bakal sunyi lagi untuk beberapa hari..Start khamis dah start super duper busyyyy dah..Nak praktis nyanyi lagi...muahahahaaha...Family aku semua kaki karokkkkk weyyy...Ko kena faham tu...kahkahkahkahkahhh...Kalau berkumpul semua, memasing tunjuk bakat terpendam, sorang dah macam Jamal, sorang dah macam Awie, sorang macam Ameng spring, sorang macam Siti Nordiana, sorang lagi macam Wany Hasrita....Ehhh!!!Hhahahahahah...Okbaiiii



2 comments:

  1. wow..bz rupanya..jaga kesihatan yer nory..:)

    ReplyDelete
  2. terimakasih atas infornya, jangan lupa kunjungi kami
    di http://blackwaletfacialsoap.com/sabun-jerawat-untuk-kulit-sensitif/

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)