Monday, September 11, 2017

#OOTD Raya Haji


Halluuuuu...Perghhhh lama nya tak jengah blog tersayang iolls..Sumpah rindu nak menceceh kat sini.Busyyy giler kate ko..Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar sekali.Dah habis majlis pon busy lagi, beberapa kali terjah rumah pengantin baru.Murah betul rezeki pengantin baru, dok payung orang makan je.Boleh kata lepas kenduri haritu ada lah 2, 3 kali aku terjah rumah pengantin, bukan main terjah je okey, pengantin yang invite, segan plak hakak nak tolak.hahahaha..Macehhh pengantin..We lafff u so strong, semoga murah rezeki, dan berbahagia hingga ke jannah okey my kazen..

Okey lah disebabkan dah lama tak menceceh kat blog, rasa kekok plak tetiba.Ko dah kenapa kan??So aku belanja #ootd masa raya haji aritu jela ekk..Aku beraya ala kadar je kat rumah mak aku, baju pon recycle baju raya pertama, dah muat balik, haritu lepas raya ketat tang pungkoq, alhamdulillah sebelum raya haritu demam sikit, terus turun berat , maka muatlah semula baju raya pertama iolss..Gituuu...Rasa nak mintak demam je tiap kali nak raya, moga2 kurus lah hendaknya..hahahaha..Baju raya recycle baju raya haritu, tapi tudung baru okeyyy..Menyempat je minah ni menyelinap pi uptown malam raya semata2 beli tudung raya..Ko jangan ingat aku shopping tudung mahal ratus2 tu, tudung RM15 je uolss, jadiklah asalkan tudung raya baru..wakakakakakaka..





Sekian dari Nory Histeria.






1 comment:

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)