Friday, April 19, 2013

Universal Studio Singapore - Ancient Egypt & Oasis Spice Cafe

Ok lets sambung cerita lagi, lepas je kitorang main game Transformer kat Zon Sci-Fi City tu, keluar2 je hujan lebat giler, nak kemana pon tak boleh sebab belum beli raincoat lagi, kang basah lenjun plak kalau redah je hujan tu kan, kitorang pon duduk termenung sambil tunggu laki-laki kitorang hisap rokok sebatang dua, sape kata dalam USS takleh hisap rokok, bolehh je, jangan risau, tapi cuma kawasan2 tertentu je yang dibenarkan, rajin2 lah study map USS tu cari smoking area, macam laki aku tu..hahah..Pastu Eida dan Yaya tolong pergi belikan raincoat cap USS untuk kitorang, sebab dorang memang dah bawak raincoat siap2 dari umah, harga raincoat SGD3 ada dijual di Zon Sci-Fi dekat dengan rollercoaster tu..


Sementara hujan turun macam taknak berhenti je, kitorang naiklah game biasa2 dulu, alaa yang pusing2 tu,sebelah je dengan game Transformers tu, aku pon taktaw nama apa,lupa lahh.. tapi memang tak mencabar langsung lah, tapi hujan punya pasal, layankan aje, dah itu aje game indoor yang ada, belasah jela kan..
Lepas habis, kitorang kan dah ada raincoat masing2 kan, so, kitorang pon redah je hujan dengan bangganya sambil memakai raincoat cap USS, eh haruslah mention cap USS, bukan cap Watson ok...hahahahah...*gelak jahat..



Kitorang pergi Zon Ancient Eqypt plak, sampai je sini, kitorang singgah mentedarah dulu kat Oasis Spice Cafe, yang merupakan antara restoran yang halal dan sedap dalam USS tu.Menu dia lebih kepada Arabian Style.Masuk2 je, dah dengar dah lagu2 arab padang pasir..Makanan kat sini sedap2 beb, macam ko makan kat Restoran Saba yang ada Nasi Arab ayam bungkus macam pocong , yang nasi dia panjang2 tu..Haa camtu lah..Tapi yang ni lagi sedap..Tak caya, cubalah sendiri.
.Aku tak amik set nasi pon, aku amik set KidsMeal, aku kan kanak2 lagi, huahauhauha..Konon taknak makan berat2, sebab kejap lagi nak main game2 yang lebih adventure plak, mau terkeluar plak isi perut aku masa jerit2 nanti..hehe..Abi je yang makan nasi, dia amik Set Pharoah, satu set sekali dengan air SGD15.50. (perghhh cedera parah tengok harga).Set KidsMeal aku tadi harga dia SGD8.90 ,Tasha pon sama amik set Kidsmeal macam aku jugak.Setiap pembelian kidsmeal tu akan dapat free bekas makanan biru yang ada gambar kartun Woody Pecker tu, tu yang aku gedik2 nak beli set tu, padahal itu set utk kanak2..Puihhh dasar tak sedar diri...hahaha..
Pastu bertambah gedik lagi bila tengok masing2 beli botol air panjang , Coke Yard namanya , aku kan mudah terpengaruh, terus pergi beli jugak...Harga dia SGD11.90..phewww...Bila kira2 balik kan, kat sini  je dah habis RM100++ untuk makan 3 orang...Perghhh kalau kat Malaysia, dah boleh open table dah belanja korang semua makan kat mapley..huhuhu..Menyesal pon tak guna, dah jadi taik dah pon...ohkohkohkoh
Perut dah kenyang kitorang terus plan nak naik ride lagi, kalini nak try ride yang paaaaaling adventure, dah lah serammm..Serius aku cakap, antara rumah hantu dengan rollercoaster , aku pilih rollercoaster ..Sebab aku lah manusia paaaaaling penakut kalau bab2 hantu ni..Lagi2 kalau gelap gelita ni, aku dah terbayang dah buatnya mumia tu tiba2 terjojol depan muka aku, meninggal aku kat situ, terkejut punya pasal.Ok, cerita pasal ride kat Zon Ancient Egypt ni, kat sini game palinggg best adalah Revenge Of The Mummy..

Masa menunggu 25 minit, oh yer game ni tak dibenarkan bawak beg, beg kena simpan di loker yang disediakan , jangan risau sejam yang pertama tak kena caj pon,kitorang letak pon tak sampai sejam, free ajee..Lepas dah letak beg, kitorang pergi lah beratur, aku dok bayang game ni biasa2 je, aku ingat macam pameran rumah hantu biasa2 je, dah feeling nak pelok2 Abi je kalau takut, masuk2 je, kereta tu jalan slow je, aku dah tutup mata dah, aku ingat mesti dia nak sergah dengan hantu mumia ni, palinggg takut kalau buatnya hantu tu tiba2 duduk sebelah aku..haishhh serammm weyyy...Tapiii rupanya bukan setakat seram je, seram campur dengan adventure..Ko pikir lah sendiri..Tapiiii game ni lah paling mencabar selepas game Transformers tadi..
 
Mula2 masuk  dia jalan slow je,aku siap cakap dengan Abi, laaa camni je ke game dia , tak mencabar langsung, sekali amik kau, dia langgar dinding, masa dia langgar dinding tu aku dah agak dah mesti dia akan reverse ke belakang secara mengejut  punya, haaa memang betul pon, dia tarik dari belakang, lepas tu dia campak kesana pastu dia buang kau dalam gaung yang gelap..Masa dia nak buang tu, siap berhenti lagi, pastu hantu tu cakap2 macam ugut nak humban kitorang dalam gaung berapi tu, seramm weyyy, kitorang yang duduk depan ni, dah nampak dah nasib kitorang kat depan tu macam mana, sebab gaung tu kitorang yang nampak dulu, tapi masa dia buang tu, dia padam lampu, so, kita tak  nampak dah keadaan gaung  tu camne, cuma boleh bayangkan je, dahlah gelap,pastu takleh nak agak dia nak belok  kat mana dulu,kiri dulu ke kanan dulu, nasib baik kepala aku tak terseliuh beb.., perghhhh...jahat lah kau ni hantuu..

Turun2 je masing2 muka  pucat lesi,aku cool je takde perasaan , tak reti serik punya orang.. tapii alhamdulillah beb, sepanjang di USS, Yaya dan Syafiq berapa kali dah khatam al-quran..Sejuk perut mak dorang lahirkan dorang...hohoohohoh..Dan sebagai kenang-kenangan, beli jugaklah gambar ni buat kenang2an walaupon harga dia RM50 sekeping..phewww..redha jela..Macam2 memek muka ada kat situ..hahahaha...




Entry sebelum sila klik link di bawah :
Universal Studio Singapore - Perjalanan Bermula
Universal Studio Singapore - Tune Hotel JB & Odyssey Bus (Penginapan & Transport ke USS)
Universal Studio Singapore - Masih di JB, aktiviti malam hari
Universal Studio Singapore - USS, Here We Go!!
Universal Studio Singapore - Transformers The Ride - Unlimited 4D Battle

10 comments:

  1. kahkahkah
    siotttt noryyyy, sejuk perut mak yaya yee. siap kaw malam ni siapppppp :p

    ReplyDelete
  2. dok baca review korang yang berepisod2 ni dah mcm tgk drama sinetron buat akak melonjak2 nak pegi jugakkkk... cepat2 la anak2 besar wehh, ummi nak berjalan2 nih.

    ReplyDelete
  3. tak boleh mila bayangkan bila nory ceritakan rentetan perjalanan roller coaster the mummy tu, weyyyy seriesss terbayang2 gila kot ! tapi aku bangga dpt naik the mummy tu walaupun tak naik human hahaahahha.....

    ReplyDelete
  4. Akak rs kecur perut tgk roller coaster tu

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. sheila masih terbayang lagi kot! hahahaha. jom repeat lagi. mana tahu ada orang khatam Quran juga. huhuhu :)

    ReplyDelete
  6. waaaa! best roller coaster+mumia tu..walau sy ni penakut jgk tp dh mnggigil kaki nk USS jgk..Nory la ni hasut sy..

    ReplyDelete
  7. Dpt bygkan situasi game Revenge Of The Mummy tu... kalau akk mau menangis.. uhuhuhu..

    ReplyDelete
  8. aaarrrggghhhh, part seram campur menakutkan ni yang x tahan.. dah la zana ni penakut.. hehehehe... comel jer gambar muka masing2.. nory & eida mmg jenis suka yang adventure2 kan?? urat takut dah putus eh? haha.. tabik spring la sebab korang berani!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. urat putus dh takdeee. mane ntah hilang..kuikuiiii.............. best!

      Delete
  9. akk pegi ritu time malam je ujan tu pon naseb kejap je
    tingin nk naik roller coster kt sini tapi apa kan daya..membawa perut haha

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)