Thursday, April 11, 2013

Universal Studio Singapore - Tune Hotel JB & Odyssey Bus (Penginapan & transport ke USS)


Sorry lah tajuk je USS, tapi sekeping gambar kat USS pon takde kat sini, aku tengah cuba nak tulis rentetan peristiwa betul2 dari keluar rumah sampai lah masuk ke rumah semula.Dan aku cuba nak kira balik berapa kos2 yang terhangus sepanjang percutian ini.Sememangnya ini percutian bajet, so, aku cuba bajet sebajet2 nya..Walaupon rasa nak meninggal tengok total keseluruhan sebenarnya, nasib baik aku buat step by step, bulan ni booking hotel, bulan depan beli tiket uss, bulan lagi satu beli tiket flight, gitulah gamaknya..Cer bayang kalau sekali harung, memang aku serrender beb, aku bukan orang kaya, poket kepuk2, tapi dalam hati gedik nak bercuti jugak, so, aku redah je dengan bajet ciput, asalkan kaki dapat jejak ke sana..hehehe


Percutian ke USS, obersea gitu, ramai ingat aku stay kat sana, tapi tidakkk sama sekali, aku sentiasa ukur baju di badan sendiri, aku tahu yang aku hanya mampu stay kat dalam negara (JB) je, dan naik bas masuk ke Singapura (USS).Itukan lebih jimat..Aku booking online, ni pon eida tolong book kan, sebab dia antara yang paling rajin dan paaaling suka buat kerja2 remeh temeh ni, salutee habiss kat dia taw..Terjah je laman web tune hotel ni (http://www.tunehotels.com/myuntuk booking online, biasanya harga booking online jauh lebih murah dari harga walk-in.Aku tempah aritu pon kira last minit jugak lah, masa tu harga dah naik sikit, sebelum tu lagi murah.3hari 2malam aku stay situ berharga RM143.65 (tax include) je.Tapi bilik semata2 bilik saja, air-cond, toiletteries, internet, tv, kalau nak, kena add-on dan bayar lah.Aku tak tambah apa2 pon, sebab bukan 24 jam aku duduk dalam bilik tu, guna untuk tidor dan letak2 barang je.So, kalau nak jimat, ikut tips aku ni ekk..Takyah add-on apa2..Sedapp je tidoo, siap berdengkur2 lagi..krohhh krohhh krohh..


Ni masa baru sampai dalam pukul 3.20ptang,perjalanan dari airport Senai ke Tune hotel mengambil masa selama 20minit.. Sampai2 je terus check-in, dia cuma mintak IC je, rekod kita semua dia dah ada dah, tak amik masa yang lama pon, pastu terus dapat kunci,kitorang pon terus naik ke bilik..


Oleh kerana , aku tak bawak towel mandi, so, akhirnya aku terpaksa "add-on" jugak beli towel, bukan lupa bawak, tapi mmg sengaja taknak bawak, taknak bg beg berat.hihi..Towel ni sehelai RM6 je, siap free beg "tune hotel" yang dalam dia ada towel, conditioner dan sabun.Tapi aku tak guna pon sabun dia, aku kan bawak toiletteries aku sendiri..hehe..Aku nak kan beg tu je..hehe..Towel boleh bawak balik takyah pulangkan.


Kitorang dapat bilik bernombor 214, yang berada di tingkat 2..banyak rupanya bilik kat hotel ni, tapiii semua size comel2 je, ruang utk solat pon terhad, time rukuk montot langgar dinding..hahaha..Tapii okeylah, pandai dorang gunakan ruang yg terhad utk mendeko, macam cermin untuk bersolek, die tepek je sebesar2 alam kat kepala katil,senang nak mekap2..hehe


Aku pilih bilik yang twin bed, yang ada 2 katil single, 1 katil untuk adik aku, satu katil lagi untuk aku dan Abi, kitorang dah biasa tido himpit2 ni, muat2 je kitorang tido berdua atas katil single tu, siap ade lebih ruang lagi...hahahaha....Lagi rapat lagi mesra gitu...auwww!!Bilik air dia plak, kecik je cinonet tapi selesa lah, yang penting tahap kebersihan adalah tiptop.Hair dryer pon ada disediakan.Tempat penyangkut baju semua ada, kipas pon ada, so, takyah add-on aircond pon dah sejuk dah..Nak iron baju, iron tak disediakan dalam bilik, tapi kalau nak jugak, boleh turun ke tingkat 1 ada bilik khas untuk menggosok.Tapi aku tak pergi pon, aku bawak semua baju2 yang tahan kedut, takyah susah2 nak gosok..hee

 Lepas dah check-in dengan jayanya, dah tengok kondisi bilik cemana, letak barang siap2, kitorang pon turun balik ke lobi, untuk redeem tiket Bas Odyssey, bas ni lah yang akan bawak kami bersebelas ke USS.Opis Odyssey ni betul2 kat luar pintu lobi hotel, buka je pintu lobi, dah nampak dah opis Odyssey ni.Aku terus masuk jumpa staff yang bertugas kat kaunter tu, aku cakap nak redeem tiket, die cuma bagi aku satu borang untuk isi semua nama2 kami.Dan staff tu bgtaw yang esok pagi, kompommm kami akan dapat seat yang palingggg awal pukul 7.30pg.Kat sini ada satu tips, pendapat aku kan, kalau nak beli tiket bas ni, jangan beli thru online yang purchase sekali dengan hotel tu, murah memang murah RM25/pax je tapiii seat tak kompommm dapat paling awal.kalau nasib tak baik, dapat trip yang kedua, ruggiii masa beb..So, nak kompom dapat trip paling awal, bayar lah lebih sikit,RM30/pax je.Tambah RM5 je kot...huhuhu..Boleh direct call En.Sufian di 07-2323 092 untuk booking.

Inilah rupa tiket yang berjaya di redeem, satu tiket mewakili kami bersebelas.Tengok tu, tengok tu,we'olls dapat trip paaaaaaling awal iaitu pada pukul 7.30pg dan balik ke malaysia pukul 7.30ptang.Perghhh dah eksaited lompat2 bintang dah time ni..Masa ni Eida, Yaya, Mila, Sheila belum sampai lagi..So, aku lompat bintang sorang2..


Lepas setel redeem tiket bas, kitorang lepak2 je depan 7-Eleven tu, sambil minum2 and makan jajan..Mati kutu we'olls petang tu, nak jalan2 cuaca panas sangat.Abi plak kata harini taknak jalan jauh2 sebab nak kumpul tenaga untuk ke USS esok..Haaa nampak tak dia yang lebih eksaited...hahahha..Siap nak kumpul tenaga bagai..Oh yer, Tune Hotel ni kira strategik jugaklah tempatnya, dekat dengan Restoran Sekinchan Ikan Bakar, tapi kitorang tak makan situ pun,kat Puchong pon ade restoran ni.And rasa dia pon so-so je..huhu bolehh laaa..


Are u ready,bebeh???Buku merah (passport) jangan lupa bawak,sia2 je ko naik bas sampai imigresen baru teringat passport tertinggal, tak dapekk den nak nolong eh...Borang tu abang kaunter bas tu yang bagi,suruh aku isi siap2 nama penuh we'olls beserta No.IC..Aku tolong isikan untuk semua, senang sikit esok pagi terus je naik bas, borang da siap isi..Yeayyy!!!!

maaf yer entry selepas ni maybe belum sampai USS lagi..kuikuikui..Masih di JB..Aku nak citer pasal aktiviti aku masa kat JB, mana lah taw kot-kot korang nanti stay kat JB, malam pertama taktaw nak buat apa, boleh lah ikut aktiviti yang we'olls buat ni..kan..kan.kan..Sementara nak tunggu hari masuk ke USS tu.Takkan nak dok melangut je kat bilik.Mati kutuuuu beb...Baik balik tidor kat umah diam2..kuikuikui..

******************************************************************************

Total yang hangus dari turun teksi sampai habis entry ni:

Towel : RM12 (2 helai)
Tiket bas : RM90 (3 orang) - beli thru online-
Beli jajan dekat 7E : RM21.30
Rokok Abi : RM8.70
Hotel : RM143.65 (3h2m) - beli thru online-
-----------------------------------------
TOTAL : RM275.65





47 comments:

  1. hotel dia mmg kecik tapi yg penting selesa dan bersih kan
    pernah masuk bilik tune hotel masa akak ipar sewa kat kl aritu

    ReplyDelete
  2. bestnyaa..ni lom smpai USS lg.hihi

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum nory. kohkohkoh bestnya. rugi tak dapat naik flight sekali. ahhahahaha

    ReplyDelete
  4. aku tak tahan tengok gaya zul smoking
    gaya macam orang kayu baru babe hahaahha...

    ReplyDelete
  5. zul macam orang kaya yang tak sabar nak masuk uss. hahahahhahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh lupe nak cakap tersedak uols puji aiols. hekhekhk.. aiols tau uols memang malas nak membokiing, meh meh bagi kerja tu kat aiols. aiols memang sukaaaaaaaaaaaaaa ;p

      Delete
    2. sebelum masuk mcm org kaya, balik macam pengemis plak...termasuklah aku sekali...hahhaha

      Delete
  6. best2 g bercuti walapon duit hangus..haha

    ReplyDelete
  7. wah.. bestnya.. adeh.. saya tak sampai lagi ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt bawak awek pi USS...wahhh kelas gitu dating kat USS...HAHA

      Delete
  8. ok gak tune hotel ni walaupun kecik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok jugak walaupon kecik, janji dapat lelap mata sudaa...hehe

      Delete
  9. duit lebur takpe janji puas hati and enjoy..

    ReplyDelete
  10. bagus Nory wt entri cmni..dpt info detail..sng kalo nk pegi nnt..

    ReplyDelete
  11. kt yg dok jb pon x spi lg uss. tp ntri ni bgs. ble wt rjukn tuk g sn. tq

    ReplyDelete
  12. Cantik dan murah la tune hotel ni, thanks sharing ye nory :-)

    ReplyDelete
  13. salam. tumpang tnye. yg bas odyssey tu kan, kalau kita g yg pg pkul 7.30 a.m, mmg kne balik pkul 7.30 p.m. jgk ke? boleh tak pilih trip g USS plg awl, tp trip balik johor yg plg lwt?

    thanks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kalau kita ambil time pergi 7.30 memang kena balik pon pukul 7.30mlm...kalau nak balik lewat kena ambil trip pergi lewat jugak lah...=)

      Delete
  14. hai.hehe..

    tour city singapore

    satu kereta RM420.
    satu mpv (6-7pax) RM690
    satu mpv (9-10pax) RM970

    tempat tour.
    -masjid sultan
    -bugis street (tmpt shoping)
    -mustafa center (tempat shoping)
    -merlion
    -cable car
    -pulau sentosa (ada show)

    +6017-7317758
    -lutfi-

    ReplyDelete
  15. dari airport ada bas tak nak pegi tune hotel ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada, tapi leceh sikit sebab kena jalan kaki jauh sikit, pastu masa turun dari bas, susah nak melintas jalan ke tune hotel..Bettet naik teksi..

      Delete
  16. Dari airport nek ape ke tune hotel? boleh kongsi?

    ReplyDelete
  17. salam tumpang tanye, tiket msuk uss bole beli time dh sampai uss ke?..or bole beli dari mane2 outlet/kaunter kt johor?..tiket mmg sentiasa ade ke?..
    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. better beli online, kadang2 ade promo..
      kalau beli direct kaunter, takut habis, lagi2 time cuti sekolah...

      Delete
  18. nak tanye tiket uss tu bli online kat laman web ape ye...

    ReplyDelete
  19. Assalammualaikum..akak nak tanya ler. Katil single tune hotel tu leh ke kita tolak2 bagi dekat2?? hehe. Dorang tak kisah ker kalo bilik tu leh masuk sampai 5 orang? :p

    ReplyDelete
  20. Assalammualaikum, leh tak akak numpang tanya. Katil single kat hotel tu leh ke kita tolak dekat2 sbb nak bagi muat ramai sket?? hehe. Dorang tak kisah ker satu bilik tu masuk sampai 5 orang contoh cenggitu??

    ReplyDelete
  21. Assalammualaikum..akak nak tanya ler. Katil single tune hotel tu leh ke kita tolak2 bagi dekat2?? hehe. Dorang tak kisah ker kalo bilik tu leh masuk sampai 5 orang? :p

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. Nice post!
    Tq for sharing..
    Next month nak pegi..

    Mmg xok ker buy tiket add on tune hotel, adoi..
    hehe

    http://liszvitamin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  24. Hi nory.. sy nk tanye, btui k towel tune tu bole bwk blik. Bkn for rental only k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ahmad..yup!! Boleh bawak balik..sebab saye bawak balik tkde pulak pihak hotel ckp for rental..mknanya boleh bwk balik la tu..hihi

      Delete
  25. Web nk beli tiket online nk.g uss tu ape eik?

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. hi nory.saya nak tanye. satu kepala masuk ke uss tu brape eh? dia skali dengan tiket bus eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  28. Terima kasih kongsi pengalaman. :) Sekiranya ada yang ingin melawat Singapura & untuk dapatkan tiket-tiket pada harga PROMOSI seperti USS - GARDEN BY THE BAY - CABLE CAR - SEA AQUARIUM - SKYLINE LUGE - SINGAPORE ZOO - NIGHT SAFARI - SNOW CITY - MBS SKYPARK & banyak lagi, boleh hubungi saya. Keep in touch .
    .
    Jessica Abdul, Love Travel, Tel: +6017-7055381 (WHATSAPP +6012-7760219), Email: jessica.travel8686@gmail.com , Web: www.facebook.com/lovetravel86 & http://lovetravel-love.blogspot.com

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)