Friday, April 12, 2013

Universal Studio Singapore - Masih di JB, aktiviti malam hari.


Pheww ,tarik nafass sikit, cuba untuk teruskan entry ni, penat weyy buat "assignment" pasal USS ni, tapi best, sambil draft sambil senyum meleret terkenang saat2 manis time we'olls bersama aritu..auwww!!Ni nak citer pasal malam pertama kitorang kat JB, masa ni dorang2 semua dalam perjalanan dari KL.Petang tu lepas redeem tiket bas Odyssey, kitorang naik bilik tidoo, ngantokk wey, dahlah malam sebelum tak cukup tido, eksaited punya pasal..Kitorang bantai tido sampai pukul 6.30ptg, pastu siap2 kejap tunggu lepas maghrib kitorang pon keluar untuk dinner.Restoran yang paling dekat,semua dah tutup, aku pon tak faham kenapa cepat bebenor tutopnyer, padahal baru pukul 8mlm kot.

Kitorang jalan depan sikit, kitorang dah google siap2, dan restoran yang terdekat adalah Restoran Singgah Selalu..Tapi nak pergi menghala ke restoran tu, memang azab giler, sebab kitorang terpaksa melintas highway, yup!!! highway...bukan jalan kecik tapiii jalan yang besar dan banyak cabang, dah lah lampu jalan tak berapa nak terang.Kitorang tawakkal jela, perut dah berbunyi ni, macam mane pon perut kena isi jugak, so, kitorang terpacak lah kat tepi jalan tu tunggu jalan betul2 clear, pastu baru kitorang melintas, lintang pukang aku lari time melintas tu.hahaha..Dah melintas kena panjat divider plak, pastu melintas lagi, pastu terjun longkang plak, gilerrr adventure, nak pergi makan je kot..hohoho
Dan akhirnya setelah melintasi segala rintangan, kitorang berjaya jugak sampai ke restoran ni, hurm menarik jugak tempat ni, lebih kurang macam Rasta kat TTDI tu, ada live band, pastu macam2 jenis makanan ada.Tapi yang tak bestnya, mybe aku order salah tempat kot, nasib aku tak baik, sebab makanan yang sampai semua tak memenuhi selera anak tekak aku, tapi dalam tak sedap tu, aku telan jugaklah..Masa baru sampai , sebotol air mineral diberi secara percuma.Macam taw2 je tekak aku haus time melintas highway tadi..hehe..

Ramai jugak orang kat sini, mybe sebab suasana restoran ni yang happening kot, oleh kerana aku ni pecinta muzik, so, kitorang lepak lama jugak lah kat sini layan band, walaupon makanan tak sedapp, tapii air dia sedappp..huhu.Pentas tu betul2 kat tengah2 restoran tu, nampak tak? nampak tak? heeee



Aku order Nasi Goreng Ayam, Abi dgn Tasha order Nasi Goreng Singgah Selalu..Alahaiii biasa2 je rasanyer, kalau ade restoran lain better korang try restoran lain, tapi kalau takat nak layan band sambil minum2 boleh datang sini, bersantai sambil layan shisha ke kan..huhu


 ABC tu sedappp jgak, Abi yang order, tapi aku yang perabihkan aiskrim die..Abi bukan suka makan manis2 ni..ehehhe..So, biar aku selamat kan dulu aiskrim tu..hehhehe..


Lepas dah makan2, dah puas dengar lagu, kitorang pon balik ke bilik, dalam perjalanan balik, ternampak Pusat Karaoke "Suara Ok", aku pon ajak Abi pi usha harga dulu, murahhh beb, murahh..puas hati lah..Kalau ko check in kat tune hotel , boleh jalan kaki je dari hotel, tak jauh pon, kitorang pilih standard room yang berharga RM15/sejam..Kitorang amik 2 jam..Lebih kurang pukul 1 pagi baru kitorang balik..Puas giler dapat karokk...Hoooo hoooo uwooo huoo...Muka aku poyooo habiss...Tengahh feeling tuuu...Jangan kacoo..kihkihkih

Info :

Restoran Singgah Selalu
36 D,E,F, Batu 33/4
Jalan Skudai 
80200 Johor Bahru
Tel : 07-2418 217

             &

Suara Ok Danga Bay
G-01,Blok 7,Danga Walk
Jalan Skudai
80200 Johor Darul Takzim.
Tel : 07- 235 8868

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Total yang hangus malam ni  :
Makan malam = RM39.20 (3 org)
Jajan2 untuk makan dalam bilik = RM16.00 *Abi kuat makan jajan
Karaoke standard room (2jam) = RM30.00
Air Mineral = RM3.00 (3 botol)
-------------------------------------
Jumlah = RM88.20
-------------------------------------

Entry sebelum klik link di bawah
Universal Studio Singapore - Perjalanan Bermula
Universal Studio Singapore - Tune Hotel & Odyssey Bus (Penginapan & Transport ke USS)

20 comments:

  1. Bestnyer korang...bila dapat g sana ntah...

    Karok murah tu...nyanyi sampai lebam...ngeh..ngeh..ngeh...

    ReplyDelete
  2. mengoda tengok ABC tu nory...terbaiklah dua jam karok lepas tu karok lagiiii....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mila...eceli kan, 2 jam tu tak cukup utk nory...sob...sob..sob..

      Delete
  3. yup.. sebelom ni pon penah kena gak dpt makan x best.. smpi la ni x jejak lagi..

    yang pasal lintas jalan iway tu memang betul.. dulu senang jek nak u-turn but now dah ada iway.. memang payah dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. part melintas paling tak menahan tu...jenuhh nk tggu jalan clear..

      Delete
  4. Assalamualaikum nory. perghh terbaik lah karok 2 jam kan. tak hilang suara pun. kagum kagum ;p

    ReplyDelete
  5. terliur tengok ABC tu...mabeles :)

    ReplyDelete
  6. wah... bestnya.. siap sempat berkaraoke lagi.. pergh.. sejam rm15. berbaloi tu..hehehe

    ReplyDelete
  7. Terliur tgk abc tu...
    Bestnya dapat karaoke...lama xg test suara ni...hehe

    ReplyDelete
  8. puhh..dpt bygkn u ols mlints highway tu.

    ReplyDelete
  9. Mahalnyaaa nory makan kat singgah selalu tu kannnnn?? menyampah makan situ!

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)