Friday, April 12, 2013

Universal Studio Singapore - USS, Here We Go!!!!

Tibalah hari yang dinanti, pukul 5.30pagi aku dah bangun mandi dulu, Abi dengn Tasha tidoo lagi, takpe aku mandi dulu, sebab aku siapp lambat, nak pakai shawl lagi, nak tepek bedak lagi, nak celet gincuu lagi..hahhaha over kau jahh!!!Dah siap2 semua, baru aku kejut Tasha, dia pon lembab jgak kalau bersiap..Dia dah setel mandi baru kejutkan Abi...Abi takpe, dia siap cepat, takyah nak celet2 gincu bagai..hohoho..

Eh lupa nak citer malam kitorang tido tu kan, lebih kurang pukul 2 pagi, masa tu aku baru nak lelap, sekali "kebabommm"", bunyi kereta yang hilang kawalan kat highway, meloncat aku naik atas katil tasha,intai ikut tingkap, rupanya kereta terbabas, laju dia bawak, kitorang nampak kereta tu terpelanting2, bumbung kebawah, pastu tengok driver tu keluar dari kereta, aku pon pelik cmne dia keluar dalam keadaan kereta dah terbalik camtu,lama die tersadai kat bahu jalan tu, tak lama pastu baru lah banyak kenderaan yang berhenti untuk beri pertolongan..huhu..

Pastu kan pagi time subuh, angin kuatttt giler, macam ribut , tingkap bilik kitorang terhempas kuat, angin berpusing2, ngeriii siot,, yelah hotel kitorang tu kan dekat dgn laut, kot lah tsunami ke hape, dalam kepala terus ingat mak kat umah..Makkkk!!!! adik takut..Eh Abi kan ada...hehehehe..

Pukul 7, Eida call bagitaw yang dorang dah ade kat bawah, wahhh eksaitedd kaww, diorang tido hotel berlainan malam tu, malam kedua baru tido hotel yang sama dengan kami.So, kitorang pon turun ke lobi, yeayyy!!! semua dah ada, peluk cium laga2 pipi semua, pastu terus beratur untuk bagi nama.Kalau taw takyah beratur pon takpe, sebab aku dah siap isi borang tu..Tinggal nak serahkan je..huhu..

Pastu kitorang tunggu kat luar pintu pagar hotel, bas dah ready , satu untuk ke Legoland, satu lagi untuk ke USS..Haaa hati2 jangan tersilap naik bas pulak, apaaa barang pegi Legoland..hahahahah...Poyooo betul minah ni..Seminggu sebelum pergi USS ni, dak Eida dah tersampuk dengan jin mat salleh, memanjang cakapp omputih je, sepatah haraamm aku tak fahamm..Dont skipping2 with me lar??Eh skipping plak, speakinggg la...---Ohmyenglishh--

Yeehaaa, kami dah selamat naik bas, we'olls kongker seat belakang, happening giloss..Dah rupa rombongan k-pop plak..Dalam bas pon sempat posing jugak, tak pedulik orang lain dok pandang2 jeling2..Abi tukang tangkap gambar, pastu balik umah tak habis2 emo gambar dia tak banyakk...hahahahah...Haaa apa kata kite repeat lagi sekali, nak tak abgg????hikhikhikhik 

Kitorang bertolak pukul 7.45pg, jarak ke imigresen takdelah jauh sangat, sekejap je rasa, maybe sebab kitorang banyakkk cakap dalam bas, sebab tu tak trasa lama kot..huhu..Imigresen Malaysia smooth and steady je, sampai imigresen Singapore, kena turun hangkut segala mak nenek beg yang ada,,nasib baik aku bawak satu beg je, tu pon Abi yang sandang.Time balik yang azabb, kiri kanan kendong beg..huhuhu..

Peringatan penting sebelum masuk ke Singapore :

1. Bagi perokok tegar, jumlah batang rokok yang dibenarkan bawak masuk adalah 18 batang maksimum..Jangan terlebih ok..Ingattt tu..
2. Jangan bawak or kunyah chewing gum masa masuk Singapore, aku cakap jangan tu janganlah, percayalah cakap aku, bukan aku memandai2, tapi drebar bas tu yang bagitaw..hikhikhik
3. Sila ingat nombor plat bas dan platform bas masing, jangan teruja sangat nak masuk USS terus terlupa nombor plat bas, hahah..Kang kena tinggal bas, padan muka..We'olls takpe, ramai2, kitorang saling ingat mengingati...heheheh...
4.Dilarang mengambil gambar di Imigresen..Jangan ko pi posing2 lompat bintang plak kat depan Imigresen tu..haha..Sabar2, sampai USS nanti, lompatlah puas2..heeee

Dan akhirnya, lebih kurang pukul 9.30pg, kitorang pon sampai kat USS, teruja beb terujaaaa...Turun2 bas terus bergambar, apa kesss???haha..Masa ni USS belom buka lagi, dia buka pukul 10pg, masa ni dah ramai jugak yang beratur nak masuk, kitorang singgah bergambar kat globe dulu, sebab masa tu tak berapa ramai orang sangat.



Haaa tengok tu, kitorang je yang ada masa ni, tak ramai orang lagi..So, aku, Abi, Tasha and Eida je yang ade, yang lain sampai2 je cari toilet..Aku mula2 nak terkencing jugak, tapi bila sampai je USS, terus tak jadi nak buang, dah beku kot...Teruja katanya...kihkihkihkih.


Time ni semua dah siap mem"buang",baru lah complete nak bergambar, 5 pasangan, 5 rencah, 5 rasa..Amacam??happening tak we'olls..Kalau cakap kitorang couple yang belum kawen lagi pon orang percaya taw, sampai sana, semua perangai macam budak2 tadika..Dengan seluar warna-warni nya..K-Pop sungguhhh...Cer tengok sape lompat paaalinggg tinggiii.???hahahah...Nampak benau dah expert bab lompat2 ni..kehkehkehkehkehh...Sampai ada yang bertanya, macam mane aku lompat cmtu...Heyy lompat jela..bukan susah pon.Lompat tinggii2 pastu lipat kaki, haaa jadiklah camtu...haahha..


Okeyy dah habis kisah lompat2, moh kite beratur berjemaah nak masukk USS dahni..Tampar2 pipi dulu, betul ke aku dah sampai USS ni?hahah..Eh betul lah...Tak mimpiii...yeayyy!!!Time ni barisan dah makin panjang, makin ramai orang, macam2 jenis orang ade, dari macam2 negara ..Proud to be Malaysian!!Time ni adik aku si Tasha kena ngurat dgn mat salleh, mat salleh tu tgkap gambar curi dengan adik aku..hahaha gasak ko lah..Ok jugak dapat adik ipar mat salleh kan...heyyy tak sunatt, mana boleh....kahkahkahkah..Sambil2 beratur tu kitorang belek2 brochure USS, tengok map dia, makk aii besauu jugak USS ni, Abi beria tengok map, aku ingatkan die cari ape, rupanya sibuk cari "smoking area"..Abi, Andi dan Hadi, dorang bertiga ni perokok tegar, orang lain sibuk kaji tempat2 menarik dalam map, dorang sibuk dok cari smoking area...adehhh...saboo jela..


Ok, sekarang dah berjaya melangkah kaki ke dalam USS, dimulakan dengan kaki kanan dan terus melangkah, melangkah setapak, stoppp!!!Amik gambar japp pleaseee...hehehe...Tempat pertama kami tuju adalah Universal Studio Store..Motippp??? Motip utama nak beli baju cap USS, kitorang memang plan nak pakai baju sedondon cap USS bukan cap ayam ok..hikhikhik...Kitorang masukkk je, terus clear rak baju tu kitorang sapuu habis..Senyum je cashier tu tengok kitorang membeli dan belah.Pergh baru masuk selangkah, duit dah melayang 80dolar untuk 3 helai baju..Nasib baik Tasha beli guna duit dia..Heee.


Dan we'olls pon bertukarrr...Sedondonn kann...Seluar kalerful memang we'oll dah planning awal2, sampai shiela pon kena paksa rela beli seluar kaler hijau...hehehe...


Lepas dah bertukar baju , semua dah sedondon, kitorang pon mulakan perjalanan meneroka USS ni..USS ni ada 7 Zon iaitu Hollywood, New York , Sci-Fi City , Ancient Eqypt , The Lost World, Far far Away , Madagascar. Masuk je dari pintu masuk utama, korang akan jumpa Hollywood zone dulu, suasana sebijik macam hollywood, aku memang tak pernah pergi hollywood, tapi selalu tengok dalam tibi, lebih kurang macam ni jugak lah..Terasa lah macam kat obersea.Ehh memang kat obersea pon sekarang ni..hehe..Bangunan2 yang dibina memang hampir2 menyerupai bangunan yang sebenar..Cantekkk...


Ni salah satu karakter yang sempat kitorang bergambar, yang lain tak sempat jumpa pon, sebab hujan satu hal, satu hal lagi, kitorang memang lebih pentingkan game semata2, setakat karakter ni, kat malaysia pon boleh jumpa kot..Aku pon boleh cat muka aku, pastu pakai rambut palsu serabai2 macam tu, pastu pakai coat belang2..Haaa meh tangkap gambar dengan aku..hehehe..Tapiii game kalau ko terlepas, memang ko paaaaalinggg rugiiiii...Takyah datang USS kalau tak try main game2 yang ada, dah lah tiket mahal, pastu datang semata2 nak tgkap gmbar dengan karakter je memang tak berbaloi beb..Pendapat aku lahh..Tapi kalau dapat kedua2 sekali, memang ko bertuah .Kira bonuss laa untuk ko.Best jugak kalau dapat bergambar dengan karakter, tapi malang nasib weolls time tu hujann, so karakter semua tak keluar...Kitorang sempatt kejar game je..huhu..Mane2 game  yang wajibb,,!!itulah yang  kitorang try, kecuali water world show, tak sempat sebab dah terlepas masa..Pintu dah tutup..sedihhhhnyer..

Kat hollywood zone ni kitorang sempat pergi Monster Rock tengok Teater Universal Classic Monster..Ala2 teater muzikal gitu..Best lah jugakk, tapii tak faham jalan cerita sebab time masuk tu dah separuh jalan ceritanya, yang aku faham, diorang menyanyi, sambil menari tiang, pastu berhenti, borak2 ntah pape, pastu sambung nyanyi balik, joget2,pastu gelak2, ...aku pon gelakkan aje lah...hahahahahah...

Dari Hollywood kitorang berjalan kaki je ke New York, perghhh giler arhhh jalan kaki je dah sampai New York.Kitorang gi New York sebab nak jumpa Steven Spielberg, director hebatt tu..Nak tengok camne cara dan kaedah yang dia gunakan untuk buat filem.Bestt yang ni, die tunjuk macam mana dia buat kilat, guruh, pastu angin kuatt, kitorang pon terasa angin nya, bila dia bakar,keluar api betul2, terasa bahangnya, reall arr dia buatt..Tabikk springgg woo..Gambar atas tu masa kitorang tengah bertur, tunggu ni tak lama, 15 minit je, kitorang palinggg depan sekalii...kecohhh gilerrr...Oh yer tak taw kat mana ek??Cari je Lights Camera Action..Kat New York taw, jangan cari kat zone lain , tak jumpa kang ko maki aku plak kan..kihkihkih

Wajibbb taw masuk sini kalau korang datang USS..Mesti korang pon akan teruja sama..Zon seterusnya aku sambung di next entry okay...Sekarang dah pukul 2.05pg, esokkk nak keje weyy...-entry auto-publish ni-

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Total yang hangus sebelum berangkat ke USS :

Roti/minuman utk bawak ke USS = RM8.40
Rokok Abi = RM8.70
Passport (2 org) = RM200 -Tasha buat guna duit sendiri-
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jumlah = RM217.10
--------------------------------------------------------------




Entry sebelum,klik link dibawah :






14 comments:

  1. vah vah vah...seronotnya... he he he... ini yang membuatkan perasaan nak pergi membuak2 lagi ni... ^_^

    ReplyDelete
  2. Wah seronoknya, meriah sungguh bila g ramai2 mcm tukan...

    Hehehe

    ReplyDelete
  3. cepat ckit citer..tak sabar nak baca ni.. ;0
    terasa cam nak gi sana jugak..hehe

    ReplyDelete
  4. Bila agaknya bella nak ke sana. Hurm

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. mak aikkk details habis ni. hahaha goo noryyy go noryyyyy! hehehehhee

    ReplyDelete
  6. go nory goooo!!! hehehhee.... tersampuk jin mat salleh yee.. baikk ;p

    ReplyDelete
  7. alahai tk dpt tgk water world show ek..yg tu best...masko/karater tu time akk p dlu byk gk dpt posing...pegi rmi2 camgini mmg happening

    ReplyDelete
  8. fuh semput nak abeskan baca entry nory ni...

    ReplyDelete
  9. hihihi...best baca kisah korang jln2 ke USS nie.. :D
    bukan main tggi nory lompat ya.. :P

    ReplyDelete
  10. rasa cam nak repeat lagi pulak tgk gambar uols ni

    ReplyDelete
  11. Bestnya....Terus tukar baju ye sis..

    ReplyDelete
  12. bestnyaaaaaaaaaaaaaa, ena insyaAllah akhir bulan 5 ni pergi.. terima kasihlah bg info psl ni,kalau tak, tak tahu nak sediakan bajet brp.... ena teruja tengok seluar masing2.. warna warni.. mana akk beli?? jeans ke tu ke bukan??? hehehe

    ReplyDelete
  13. tggi nye lompat....
    hehehhehe

    bestnyeeeee . nak ke sana jugak laaa.

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)