Friday, September 25, 2015

Koleksi pekerjaan Nory Zoulkefle -Part 2

 
Bersambung lagi ke part 2 mengenai pekerjaan aku yang terdahulu, banyak aku kutip pengalaman ni, macam-macam orang dah aku jumpa, yang kaki kipas, yang kaki kerja nak cari silap orang je, yang kaki depan cakap lain belakang cakap lain, hurmm macam-macam dah, dah lali dah pun.
 
Lepas aku berhenti kerja sebagai Beauty Consultant tu, aku tak menganggur lama pon, oh yer reason berhenti sebab aku nak cari kerja yang ada life, yang weekend cuti, yang kerja Isnin hingga jumaat je.Sebab kerja sebagai beauty consultant tu macam tak sesuai untuk jangka masa panjang lagi-lagi kalau dah kahwin, dah ada anak, nanti takde masa plak untuk keluarga.Dahlah selama aku kerja sini, semua kenduri sedara mara aku tak pergi,sampai sedara mara pon tak kenai pulak nanti kan.huhu..Aku berhenti dan nak cuba nasib mintak kerja waktu pejabat.Tapi lepas aku berhenti kerja, aku takmo menganggur lama-lama, sementara nak cari kerja pejabat tu, aku kerja kilang lagi, kalini Maklang aku rekemen kan kat kilang dia sebab dia supervisor kat situ, senanglah dapat kerja.Kali kedua merasa jadi minah kilang, sampai muka aku pon dah macam minah foreigner (Myanmar) dah.Aku kerja bahagian checking-checking barang atau lebih dikenali sebagai QA.Kerja kilang ni satu je masalah, macam budak-budak sekolah, berpuak-puak.Aku takde kawan pon masa kat sini, nasib baik ade sepupu aku kerja kerani kat situ, ade jugaklah geng rehat.Time kerja start stress balik..Selalu jugak kena paksa rela Over time, ko nak ke taknak ke, ko terpaksa okeyy, kalau boleh bawak toto bantal sekali lagi boss ko suka..Haish..
 
Tiga bulan je aku kerja situ, masa nak berhenti boss macam tak berapa nak rela terima surat berhenti aku, sebab katanya rekod kedatangan dan kerja aku baik, sayanglah kononnya nak lepaskan pekerja cemerlang gemilang terbilang macam aku ni...Hahahahaha poyoo ahhh..Tapi aku tetap berkeras nak berhenti jugaklah, sebab teringin benor nak kerja pejabat, walau cita-cita asal sebenarnya nak jadik Cikgu, tapi nak buat camno, diri ni tak berapa nak bijak pandai sangat..hahahaha.So, cita-cita nak kerja pejabat pon dah rasa cita-cita paling tinggi dah tu..hahahahah..Berangan nak kerja duduk depan computer dalam aircond gituew..Tulah yang aku angan-angankan masa tu.hahahaha..
 
Lepas je berhenti, aku merayau berdua dengan mak aku, asal nampak opis cantik-cantik je turun tanya kat guard house ada vacancy tak (motifff sangat cari opis cantik2 kan,ahaha).Satu kelebihan aku yang buat aku bersyukur sangat adalah aku jenis yang senang dapat kerja, Alhamdulillah..Bukan nak riak, tapi setakat ni Alhamdulillah lah kalau pergi interview tu Allah permudahkan je jalannya.Mungkin berkat sebab bawak mak aku kot,mak aku memang supporter paling win lah bagi aku, dia sangat-sangat menyokong anak-anaknya, abang aku menganggur pon mak aku yang gigih carikan kerja, sampai dah kahwin ni pon, abang aku kalau nak cari kerja suruh mak aku carikan, pastu yang tukang call-call ni mak aku memang suka, siap cakap saya nak tanya ada kerja kosong tak, saya tanya untuk anak saya..hahahah..adoii makkk...makkk...makk..Dan akhirnya tercapai jugak cita-cita aku nak kerja pejabat, aku diterima bekerja sebagai Receptionist di sebuah pejabat di Bukit Puchong, yuppp masih di Puchong..hahahaha..Dengan zero knowledge nya, berlagak macam pandai je, masa tu tak reti langsung guna computer weyyy, aku betul-betul mula dari bawah, guna excel pon terkial-kial, kalau sekarang boleh lah dah pro katekan..hahaha..Sini best tapi stress jawab call, takde kawan jugak, sebab sini majority cina.Aku sorang je kot melayu, memang kena buli kaw-kaw..Nak-nak plak masa tu free hair, customer datang semua tibai cakap cina dengan aku, dari tak faham bahasa cina, sampai fahamlah sikit-sikit (ade macam cina ke haku ni)..musykil....hurmmm.
 
And then aku bertukar kerja lagi, kalini lebih konfiden mintak kerja opis sebab dah terer computer, dah taw buat kerja-kerja admin semua.Kalini aku dapat kerja yang dekat giler dengan rumah mak aku, yang opis sebelum ni dekat jugak, tapi ni lagiii dekat, masa tu naik motor, tak payah pakai helmet pon takpe, tengahari siap balik makan kat rumah mak, sempat tido lagi..Kat sini aku kerja paling lama, 5 tahun beb aku bertahan.Opis kecik je, boss plak selalu tak masuk opis, aku sorang je kat opis ..Tapi bila dah lama-lama, bosan plak, nak try kerja yang lebih mencabar dan nak demand gaji sikit.Gaji sini okey tiap-tiap tahun ada kenaikan, bonus pon okey.Tapi ada masalah sikit dengan driver lori, malas nak citer..Aku bila bosan , memanjang je buat onar, kejap MC, kejap EL, tu maknanya memang dah takde hati lah nak kerja.Nak-nak plak masa tu cuti aku tak approve, giler masa tu tiket flight, homestay semua dah tempah bagai untuk holiday ke Kuching, last-last aku "missing in action" jela..Memang sayang,5 tahun kot..Tapi bila dah tawar hati, memang babailahh jawabnya.Aku percaya ada rezeki lain menanti.
 
Masa tu aku berkobar-kobar sangat nak jadi surirumah tangga, aku memang nekad dah, seronok tngok member-member yang jadi surirumah, walau duit cukup-cukup makan, tapi tetap boleh teruskan hidup jugak, aku sempat merasa sebulan je jadi surirumah.Lepas tu dah bergelinjat nak kerja balik, mungkin dah terbiasa kot kerja dari muda belia dulu kan.Tapi kalau ditakdirkan aku ada bisnes satu hari nanti aku tak rasa ralat tinggalkan kerjaya aku sekarang.Duduk rumah saje dapat duit, sape taknak oiii..Tak payah nak bangun pagi-pagi pergi kerja, tak payah bergaduh dengan Iqy setiap pagi yang suka berak ngam-ngam pukul 8.30 time nak pergi kerja..hahhaha..
 
Lepas sebulan jadi surirumah, saje try cari kerja kosong, mak aku cakap jom dik main carik-carik kerja..hahahaha dah kenapa mak aku ni, pastu aku pon ikut jela, aku try interbiu jadi admin lagi, main-main je ni, dengan tak bawak sijil apa semua, gamble habis, yela kata main-main kan, sekali dapat kawww...Dia suruh start secepat mungkin, aku pon boleh main tarik tali lagi, cehh berlagak giler, hahaha, bukan apa yang buat aku berat tu sebab hari Sabtu kena kerja half day..Aku memang anti kerja hari sabtu/ahad..Sebab dah nekad kan takmo kerja yang kacau weekend aku..hahaha..Mungkin Allah dengar rintihan aku, tetiba member aku cakap opis kakak dia ada kosong bahagian customer service, aku pon try cuba nasib, padahal ikutkan hati takmo dah kerja front desk/customer service ni, malas nak berdepan dengan kerenah customer.Tapi kalau dah tertulis kat situ rezeki ko, kat situ jugaklah takyah nak membongak pilih-pilih kerja, kalini aku demand gaji sebab dah ada pengalaman bertahun-tahun kan, tup-tup gaji yang aku mintak tu approve, aku pon apa lagiii, setujuuu lah..Terus lupakan kerja yang kena kerja hari sabtu tadi tu..Orang tu siap call pujuk nak bagi gaji tinggi lagi, tapi aku takmo sebab sabtu kerja, biorlah gaji sedang-sedang asalkan weekend aku tak terganggu..hehehehe..
 
 
 
And now, aku kembali duduk di meja hadapan a.k.a bahagian customer service.Nak taknak kena jugak hadap kerenah customer yang bermacam-macam ragam..Dan kerja kalini memang agak menguji kesabaran aku jugak pada awalnya, hampir-hampir give up weyyy..Tak tertanggung rasanya, banyak perkara kena ambil tahu, procedur dan cara kerja yang nampak mudah tapi merumitkan bagi aku,tapi Alhamdulillah, berkat kesabaran, sekarang aku dah boleh handle dan dah taw skop kerja aku sebenarnya, tapi biasalah nama pon manusia, kerja aku taklah seperfect mana, kadang tu ade jugak terpeleot sini sana, biasalah tu, setakat kena maki, apadehall, dah keball dah weyy..
 Aku taktawlah ni kerjaya terakhir aku atau ada kerjaya baru pulak akan menyusul kemudian hari..Tapi aku memang nakk sangat kerjaya sebagai "Surirumah yang bekerjaya"..Bilalah agaknya kan..Wish me luck..Baru nak merangkak terjun dalam bidang bisnes ni..Doa-doakan ek..Belum launching lagiii..Tungggguuuu!!!!
 
 
 
Yang terlepas part 1 , kalau rajin bacalah..Koleksi pekerjaan Nory Zoulkefle - Part 1 (klik)
 
 
 
 

Sunyi je opis harini

 
Amacam raya haji uolls??Aku so far so good , cuti sehari je, tak apply lebih pon sebab raya sini je, kalau balik kampong Abi bolehlah amik cuti lama sikit, kalau ikutkan raya haji tahun ni turn belah family in-law, tapi last minit planning, Abi tukar plan, dia ajak balik kampong weekend baru-baru ni, kebetulan semua adik beradik Abi ada, lama tak berkumpul sesame, nak tunggu raya memang susah nak cukup korum, masing-masing semua merantau, busy dengan tugas dan tanggungjawab memasing.So,, kesempatan yang ada, dapat berkumpul sama-sama, memang Abi takmo lepaskan peluang.Ai is follow je, tak kisah pon raya mana-mana..
 
So disebabkan raya kat sini, rumah mak pon dekat je, balik hari pon boleh, nak main pegi balik pon boleh, ahhahaha..so aku tak applylah cuti untuk harini..Ko ingat senang ke nak aku nak buat keputusan untuk datang opis pagi tadi, Abi asyik kenakan aku je, asal sikit "racun" aku suruh cuti sebab dia pon cuti, ajak tengok wayang..hahahaha...Hampir-hampir termakan pujuk rayu taw..Tapii kental jugaklah semangat aku pagi tadi, muka berseri-seri je pergi kerja, ehhh rajinnya aku pergi kerja kannn...kan...kannn...hahahaah..
 
Disebabkan Abi cuti harini, aku tak kasik can dia nikmati cuti dia sorang-sorang, aku suruh dia jadi driver harini, hantar Iqy pergi "school" sama-sama, hantar aku pergi kerja, time lunch pick-up aku kat opis pergi lunch sesame.Hahahahha kesiannn kena buli..Sape suruh cutiii..hahaha..Nasib baik dia tak banyak bunyikk.. Ni sayanggg lebih ni..#muahbanyak
 
 
Time lunch kena belanja binik makan nasi pattaya special & Bandung 3 layer..Aummm ngancamm siot..Tenkiuuu bebeh..Rehat sejam je, so makan dekat Tesco je, dekat ngan opis, tak rushing sangat, sempat lagi window shopping kat Mr.DIY..hehehe..
 
Sunyi sepi opis harini, geng-geng melayu semua sambung cuti..Yang aku terlebih rajin sangat kenapa ntah..Dah lama tak buat onar ni, rekod kedatangan cantekk giler sejak dua menjak ni..Tengoklah bulan depan plak camner...hahaha.. 
 

Wednesday, September 23, 2015

Wordless Wednesday

I is busy tahap tenuk harini..esok nak cuti kann..pasghah jela..

Monday, September 21, 2015

Hadiah dari peminat

 
Kemain budak banyak cekadak ni, kecik-kecik dah ada peminat.Ni salah seorang peminat Iqy kat Instagram, terima kasih dik non.Haritu orang bagi skuter, selang beberapa hari sorang follower instagram ni PM cakap dia ada send barang untuk Iqy, memang sebelum tu dia ada mintak alamat semua.Tenkiuu dik..Iqy suka sangat dapat t-shirt dan mainan Robocar Poly..Baju tu dia kemain suka sampai taknak buka, kalau lepas mandi dia sendiri pilih nak pakai baju tu.Kalau bagi baju lain, berguling-guling dia taknak.Heyyy budak, budakkk.. 
 
Tu pon masa tangkap gambar ni , main sarung je dengan tak mandi nya, pastu nak bukak kemain dia marah.Asyik sebut "ali..ali" maksudnya Poly..Dia suka betul dengan si Poly ni.hurmmm..Terima kasih banyak-banyak lah pada semua pemberi-pemberi hadiah untuk Iqy, semoga dimurahkankan rezeki kalian semua.Amiinnn...

Thursday, September 17, 2015

18 monthsary

 
Halluuu...today is genap 18 bulan budak banyak cekadak ni. 1 tahun 6 bulan dah berlalu.Besar dah anak mama,makin besar makin macam-macam ragam yang keluar.Haishhh..Kadang rasa nak marah sangat-sangat, tapi dia ni pandai sangat ambik hati.Dia kalau tengok aku masam je, mulalah dia datang dekat betul-betul depan muka aku sambil cakap "mama..mama...mama.." dengan lenggok suara mendayu-dayu..Mana belajar ni, pandai memujuk betul..Abah dia pon tak terer pujuk camni taw..hahahah.
 
Pastu tetiap pagi, time nak pergi kerja shap-shap pukul 8.30, time tu lah dia nak berak..adoiyaiii..Kalau kena time abah dia keje petang, aku okeylah sikit, abah dia boleh tolong setelkan dia siap pakej mandi sekali, ni kena time abah dia kerja pagi, aku berdua je dengan dia, nak taknak kena singsing lengan lah aku pepagi buta, kemain dah melawa wangi-wangi bagai, kena basuh berak anak lah pulak..hahahahaha...Time tu lah aku membebel-bebel, yang dia buat muka tak bersalah je, alih-alih dia guna kuasa memujuk dia tu buat aku cair je..haishhh anak...anak..Aku ni lain macam sikit, dengan anak pon boleh merajuk-rajuk, patutnya mak yang pujuk anak, ni anak yang pujuk mak..Agaknya Iqy pon dah faham perangai mak dia, asal sikit nak merajuk.Dia kuat merajuk jugak tapi tak tunjuk ngan aku, sebab aku tak pandai pujuk, dengan abah dia je dia merajuk..Tu pasal dengan aku, aku merajuk dia yang pujuk..hihihhiihi..Eh faham tak aku cerita apa??kikikikiii..
 
HAPPY 18 MONTHSARY , MY SONSHINE..!!
 
 

Tuesday, September 15, 2015

Apa cerita?

Ni cerita weekend aritu (Hari Ahad), Abi kerja, so aku dan pakwe aku, Dak iqy lah sape lagi, lepak rumah mak aku.Sabtu tu aku dok beku je kat rumah dengan Iqy, papa n mak aku 10 kali tanya, tak datang rumah mak ke harini, aku malas plak nak keluar dengan jerebunya.So aku duduk rumah jelah dengan dak Iqy, bangun pagi masak nasi siap-siap, tengahari Iqy dah start lapar asyik sebut mamam,mamam je, aku pon goreng nasi je untuk dia, nasi goreng telur feberet dak Iqy, taw..sebab tu kentut busuk suka makan telur..hahahahaha..Dua kali tambah, yang first round tu aku bubuh nasi sikit je takut dia tak habis, pastu ehh laju plak dia makan, aku bangun pergi dapur tambah lagi, dia bantai mengamuk,sebab dia nak makan lagi..adehhh..Nasib baik aku masak lebih..Last-last aku makan meggi je..hahaha..Takpelah dahulukan perut anak dulu, perut sendiri no problem, tak makan pon takpe, boleh diet..hahahahaha..Dietlah sangattt aku tuuu!!!
 
Berapa kali dak Iqy ajak aku keluar, asyik sebut jom, jom je..Pastu tunjuk pintu .Hurmm aku buat bodoh je, malas layan, dengan aku tak mandi lagi nyer..Malas betul nak bersiap.Last-last mak aku call kata nak datang petang nanti bawak durian crepe, feberet dak bobot lagi, aku berebut-rebut taw makan dengan dia, sebab durian crepe ni special sikit, sedap giler.Tapi alasan sebenarnya atok and nenek tu dah rindu kat cucu dia yang banyak cekadak tu.Lebih-lebih lagi atok yang selalu kena buli tu, rajin benor tanyakan cucu bongsu sorang ni..adehhh...Masalahnya, dak bobot tu konpiden lebih je dia akan pegang title cucu bongsu??Memang takkk arrr..Nantilah dia, aku bagi adik kat dia nanti baru dia taw langit tinggi ke rendah...hahahaaha..Hobi dia asyik membuli atok nenek je..Yang atok nenek pon rajin bebenor melayan, kadang aku yang kesian tengok atok n nenek dengar sangat cakap cucu tu.
 
Masa mak n papa aku datang tu, happy giler dak Iqy, dia berlari pusing-pusing satu rumah nak tunjukkan yang dia happy sangat..Bila nampak atuk dia mulalah start mengada-ngada, tadi atok takde kau ok je duduk dendiam ngan mama kan, bila atok datang otomatik ko jadi ngade-ngade plak..Eeee geram..Mak n papa pon lepak sampai malam.Maklang n paklang sebelah rumah pun join sekali, siap belanja kitorang makan berger lagi..ahhaahah..Time mak n papa nak balik, meraung-raung lah dak Iqy tu sibuk nak ikut jugak.Abah dia mintak dukung pon dia tak layan..Satu block dengar suara dak Iqy terjerit-jerit..Hurrmmmm...
 
Esoknya, bangun pagi mindset mengatakan harini hari malas nak masak.Kalau aku sorang je, aku takde hal sangat, tapi dak Iqy tu sekarang dah pandai mintak makan kalau dia lapar, dia sebut mamam, mamam, papar, paparr, lapar lettuew..Hurmm berdesing telinga ni dengar dia dok berzikir mamam,mamam, kesian pon ada..Jomlah kite bersiap, drive thru Mcdonalds je la, beli bubur ayam dengan happy meal..Bawak balik lepak rumah mak plak, bubur ayam mcdonalds ni sedap tapi macam terlalu masin untuk budak umur macam Iqy ni, aku tambah air sikit bagi kurang masin.Ermmm berselera dia makan, kononnya nak bagi sikit kat adik aku, sebab dia sakit gigi, nak bagilah dia makan bubur ayam, sudahnya dia dapat rasa sikit je, dak bobot laparrr sangat agaknya makan bertambah sejak dua menjak ni..hahahah..
 
Dah kenyang, senang je dia tidur, atok siap kasik chance buka aircond lagi, kalau Iqy ada je boleh buka aircond disiang hari, nampak tak, nampak tak sayangnya atok dia kat cucunya, kalau orang lain buka aircond kena merayu-rayu dulu taw, kalau Iqy datang, otomatik atok sendiri yang buka.hahahahaha..Kuat betul pengaruh dak Iqy ni..Melampauuu angat  taw.Petangnya mak n papa aku keluar dengan Maklang n paklang aku, tu pon nyorok-nyorok takut Iqy nampak..ahhahaha..Nasib baik dia tengah sedap tido, pastu adik aku plak ajak pi pekena cendol kat Aeon Big.Aku pon bawak jelaa.Lepak kat Aeon Big sampai malam, sempat jugak masuk kedai OK SHop dalam Aeon Big tu, kedai tu murah-murah jugaklah, sekarang tengah buat clearance stock, semua barang half price, mainan, buku semua ada.Bawak dak Iqy masuk situ, dia pon rambang mata, suruh pilih mainan, dia pilih buku, pandai pilih sendiri , sekali banyak dia amik.Penuh tangan.Last-last aku pilih-pilih kan, nasib baik harga murah2..
 
 
Percaya tak semua-semua ni RM16.30 je..??Murah kan..Sebenarnya nak citer pasal ni je dari awal tadi, tapi dah melalut-lalut ke cerita lain...Biasalah aku kan, memang suka lari tajuk..hahahaha...Nanti nak shopping lagi kat OK Shop ni..Senduk, mangkuk, peralatan rumah semua ada, yang bestnya semua half price..Taktaw sampai bila promo, tapi dah lama dah rasanya dia buat clearance stock ni, tapi barang-barang dia tak habis-habis..huhuuhuh..Tu yang buku kaler tu, aku yang gedik nak beli, balik rumah suruh Iqy tido, aku bangun balik, terus mewarna..Uiii gian nak mewarna, teringat zaman sekolah dulu suka masuk pertandingan mewarna..hehehehe..

Monday, September 14, 2015

Iqy dan vespa "Pak Mau'd"

 
Amboiii kemain suka sangat dia dapat hadiah ni.Mama dan abah pun tumpang seronok sekali, mujur mama tak muat naik benda alah ni, kalau tak, mama yang main beria-ia.Vespa ni adalah pemberian dari salah seorang peminat Iqy..hahaha..Kemain peminat kawww..Takdelah, ini rezeki dak Iqy lah ni, haritu mama nak belikan set robocar poly, alih-alih ada sorang hamba Allah ni yang taknak langsung nama dia disiarkan kat sini nak hadiahkan Iqy vespa/skuter comel ni..Awak tahu awak sape kan??Thanks awak..Saya tahu awak baca entry ni..Iqy suka sangatt, bangun pagi terus suruh buka pintu "playroom" dia nak duduk atas vespa comel ni, kadang-kadang aku yang rasa sayang kat vespa tu, tengok macam dia ganas sikit je, aku angkat sorok dalam playroom dia.Dia bantai melalak toksah citer lah..hahahaha..Untonglahh kau Nakkk oii..

Thursday, September 10, 2015

Lunch ditaja

 
Hari selasa haritu, ada majlis diadakan kat opis .Ada lah buat makan-makan sikit.Dahlah baikkk punya setting meja betul-betul depan tempat aku,senang nak amik makanan.Ada bihun,ade nasi lemak,ade ayam goreng berempah,kuih-muih dan macam-macam lagi lah.Aku pun melantak lah puas-puas,time lunch pun tak balik rumah mak.Lepak kekenyangan kat opis.Mulut mengunyah je sepanjang kat opis.Oh heavennya,sampai ketat perut aku.Kenyang sampai malam tuhh..

Lepas makan-makan ade sessi pengagihan barang2 makanan ,setiap sorang dapat satu bungkusan berisi beras,minyak masak,biskut dan kuih muih.Rupanya ni aktiviti tahunan opis aku.Setiap tahun mesti buat macam ni jugak.Hurmm kalau tetiap bulan buat lagi bagus,jimat duit belanja barang dapur aku.Hahahaha..

Wednesday, September 9, 2015

Koleksi pekerjaan Nory Zoulkefle - part 1

 
Saja lah nak mengimbas kembali kenangan-kenangan lalu, pekerjaan yang pernah aku buat sebelum ni sehinggalah sekarang, bermacam-macam kerja, semua bidang kalau boleh aku nak cuba.Aku takde segulung ijazah mahupon master dari Universiti ternama, cuma berbekalkan segulung sijil SPM & STPM serta sijil tamat persekolahan, itu jelah yang aku boleh banggakan ..hahahaha..
 
Alam pekerjaan aku bermula seawal usia 16 tahun.Masa tu cuti sekolah hujung tahun.Niat aku masa tu saje nak manfaatkan cuti panjang yang ada dan nak duit poket sebab aku jenis yang suka usaha sendiri untuk beli sesuatu barang yang aku inginkan tak kisahlah perfume ke baju ke, kasut ke, kalau boleh semua nak beli sendiri, padahal mak aku boleh je support aku, tapi aku nak cuba usaha sendiri dulu, tapi masa tu niat aku satu je, nak kerja nak ada duit untuk buat rebonding rambut..Hahahaha, maklumlah jiwa remaja tengah menggelodak masa tu, tergedik-gedik nak buat rebonding rambut..kikikikii..Pekerjaan pertama aku adalah sebagai "Promoter" di salah sebuah kedai baju di Puchong, tak payah lah aku mention nama kedai tu kat sini kan.Dekat dengan rumah, pergi balik mak & papa aku yang jemput.Masuk 10pagi balik 10 malam dengan gaji RM500 sebulan.Masa tu dah rasa banyak sangat dah, tugas aku masa tu melayan customer yang masuk, kalau takde customer kena lah susun-susun baju, lap-lap rak, yang tak bestnya tak boleh duduk langsung, lady boss memang cerewet giler, kalau dapat duduk curik-curik pon dah rasa syukur nikmat sangat dah.huhuh.Cukup bulan dapat gaji, mak oiiii sukanya.Gaji pertama macam biasalah, aku open table untuk family aku, belanja makan luar lah.Yang selebihnya tu, aku terus bawak pergi kedai saloon, buat rebonding ,yeaaayyy!!!..Yuhuuuu seronok sangat masa tu..Asyik belek rambut je 24 jam..hikhikhik
 
Lepas SPM plak, sementara tunggu keputusan SPM aku dan kawan aku Ria, dapat kerja jadi minah kilang..Yee, aku pernah merasa jadi minah kilang, jangan pandang rendah pada minah kilang taw, penat weyyy kerja kilang, gaji ciput je macam tak berbaloi dengan kerja yang kite kena buat, berdiri 24 jam, sampai makan pon tak lalu, kurus kering aku masa tu.Masa tu rasa susahnya nak cari duit untuk sesuap nasi, macam tu lah yang mak abah aku rasa kerja susah payah cari duit untuk menyara kehidupan kami sekeluarga..Sumpah insaff!!Aku kerja sebulan je masa tu sebab tak larat sangat.Tapi pengalaman yang aku dapat tu buat aku rasa lebih kuat berusaha, aku jadi tak kisah dah dalam memilih pekerjaan, asalkan kerja tu halal.
 
Sementara keputusan SPM belum keluar lagi, aku mintak kerja sebagai Waitress kat salah sebuah kedai makan segera di IOI Mall,Puchong.Nampak tak,nampak tak, semua lari bidang, dari promoter jadik minah kilang pastu bertukar plak jadi waitress.Okey kat sini kerja lagi mencabar, tapi lebih banyak pengalaman baru aku timba, aku diberi peluang jadi cashier, buat mee sendiri, basuh pinggan, cuci dapur, lap meja, belum masuk part anak customer muntah lagi, aku jugaklah yang tukang mop lantai.Belum kira part kena maki dengan customer, hoiii mencabar sangat aku rasa.Dengan kena kerja time weekend lagi, memang takde life langsung masa tu.Kepala pikir kereje,kereje,kerejeee je..
 
Lepas result SPM keluar aku sambung Tingkatan 6, masa cuti hujung tahun tingkatan 6 bawah, aku sempat lagi cari kerja kat funfair berdekatan, gigih pergi interview, dapat plak tu kerja..hahaahaha..Aku ditugaskan jaga bahagian game tangkap itik..Adoiii tak kelasss sangat kan kerja aku, tapi takpe, aku happy je..hewhewhew..Janji dapat duit, tiap malam mak aku tunggu dan pantau aku dari jauh..Yelaaa anak pompuan kan, mak bapak mesti prihatin lebih.Aku tak rasa terkongkong pon, malah rasa lebih selamat.Dengan kepercayaan yang mak aku beri tu, aku tak persiakan pun, Alhamdulillah aku boleh jaga diri sendiri tahu yang mana baik yang mana buruk.
 
Lepas tamat tingkatan enam atas, time tunggu result aku dapat peluang kerja sebagai data entry sambilan selama dua minggu di salah sebuah kilang bas express.Kat sini lah aku belajar berjinak-jinak dengan computer, jujur aku bagitau, aku memang buta i.t sebelum tu.Internet pon taktaw camne nak guna, haishhh..Kat sini lah aku tahu serba sedikit kerja-kerja perkeranian yang membolehkan aku jadikan "tiket" untuk mintak kerja dalam bidang perkeranian selepas itu.Atleast aku dah ada pengalaman walaupun sedikit, sebenarnya mintak kerja ni dorang lebih utamakan pengalaman, kalau ko ada sijil or degree apa sekali pun, kalau ko takde pengalaman, memang susah nak dapat kerja.Sebab tu kot selalu aku dengar rungutan, kenapa lepasan SPM lebih senang dapat kerja berbanding lulusan Universiti..Hurmmm inilah kot alasan nya..Tapi kalau ada lulusan Universiti itu satu bonus.
 
Lepas dapat result STPM, aku dah takde hati nak sambung study,aku dapat kerja sebagai "Beauty Consultant" di kedai kosmetik ,ELIANTO.Haaa yang ni aku mention nama tempat kerja aku, sebab ELIANTO ni paling banyak kenangan manis.Dan kalini aku lari bidang lagi, tetiba plak masuk "beauty line" kan..Cantikk ke??hahahah..Kat sini aku belajar ilmu make-up2 plak.Kat sini lah aku mula kenal eyeliner, eyeshadow,lipstick,liquid foundation,semua-semua laa yang berkaitan.Kerja sini best dapat ramai kawan, kenal macam-macam jenis orang, dapat rasa suasana kerja di branch-branch berlainan,gigih weyy tiap-tiap seminggu sekali naik bas dan LRT ke KL untuk meeting.Dari "beauty consultant" aku dinaikkan pangkat ke Leader Branch kira macam junior manager gitu lah dan ditukarkan ke branch Kelana Jaya.Masa tu lah aku beli skuter EGO "S" aku, merasa lah jadi minah skuter sekejap berulang alik dari Puchong ke Kelana Jaya.Di kemuncak kerjaya aku yang inilah aku bertemu dengan jodoh aku, semasa ditugaskan ke Roadshow di Genting Highland selama 2 minggu, Masa tu lah aku kenal Abi..hekhekhekhek..
 
Haihhh lenguh plak jari jemari menaip..Panjang lagi ni, tapi syok plak teringat pengalaman kerja dulu..Seronok plak luah sambil menaip kat entry ni..Senyum sorang-sorang dibuatnya..Next time ada masa aku sambungbtaip lagi.Ok daaaa...

To be continue..

Tuesday, September 8, 2015

Iqy dan PoLY

 
alkisahhh...Hari sabtu lepas, sebelum bergerak ke Majlis Harijadi Bunga kat MCdonalds Titiwangsa, aku singgah lah kedai mainan untuk beli hadiah Bunga.Biasalah aku kan, memang suka buat kerja last minit.hahaha, Dah nak pergi majlis baru terhegeh-hegeh nak cari hadiah, dahlah tokey kedai tu lupa nak tanggal harga, heyyy bikin malu je.Aku plak tak check , terus letakkan sepenuh kepercayaan kat tokey kedai tu untuk balut..hahahaha..
 
Tengah duk pilih-pilih hadiah, dak Iqy pon join sekaki jelajah satu kedai tu sambil mulut tak berhenti-henti sebut "eeee...catikkk", eee catikkk.".Aku suruh dia pilih satu mainan, dia tunjuk dan sebut "car", "car"..Sekali tu tetiba dia berubah pilihan bila nampak Robocar Poly ni.Menda alah ni kan tengah hot sekarang, masalahnya mana dia kenal minatang Robocar Poly ni, kat rumah selalu dia tengok cerita Karoot Komedia je..hahahaha..Dia pegang siap peluk erat lagi kotak Robocar Poly tu, nasib baik harga mampu milik lagi, buatnya dia mintak minatang lain yang mahal, muflis aku kat situ..hahahaha.
 
 
 
Tetiba aku plak jatuh minat plak, ingat nak kumpul lah "minatang" ni.Mesti dak iqy suka kan..heheheeh..Sekarang baru ada seketul namanya "POLY"..Nak beli lagi tiga..Meh sape ada jual murah-murah, PM aku, nak bagi free pon lagi hemakk suka..hahahahah...
 
..

Friday, September 4, 2015

Sedondon katenyerrrr...

 
Weeee...comel kan, sandal pon nak sama.Mujur dapat rakan seopis yang sekepala, sebab bukan semua suka berdondon-dondon kat opis kan.Aku suka je,takde hal punya..Al-kisahnya kitorang berdua dah terberkenan dengan sandal yang sama, beli hari berlainan tapi di kedai yang sama.Bezanya size sahaja..So takdelah masalah tertukar ke apa kan..ehhehehe..Nanti plan nak pakai baju sedondon bondon plak lahh..Eh seronok plak tetiba nak pakai sedondon-dondon ni,dah kenapa?hahaha..Kan haritu aku mengadu pasal kasut aku yang dah nak jahanam tu kan, so inilah gantinya, RM12 je uolls kat Tesco..Tak malu pon bagitau harga, hade aku kesah, aku bangga dengan kaki aku sebab tak memilih nak pakai kasut memahal, seperti memahami kesempitan poket tuan nya..Oh ailebiuu kaki, cayanggg angat2..muehehehehehe..Tapi bunga setepek  kat sandal tu aku tak jamin berapa lama boleh bertahan, sebab aku ni jenis jalan bersepah jugak macam Iqy..hahahaha...Dah kenapa babitkan Iqy plak ni..Maafkan mama, bobot...kihkihkihkihkih..
 

Thursday, September 3, 2015

Apa itu "shushuwa"?

Haaa harini kite belajar perkataan baru yer dari cikgu kecik Rizqy Hafiy Aish.atau lebih dikenali sebagai Cikgu Iqychan,kikikikkiiii..Yang dah biasa dengar Iqy sebut shushuwa mesti taw apa itu shushuwa..Shushuwa adalah sejenis susu kepunyaan Iqy ..hahahah
 
Taktawlah kenapa Iqy sebut susu , "shushuwa".Sesuka hati ikut sedap mulut dia je nak sebut apa.Dah pandai mintak shushuwa sambil merayu-rayu, biasa kalau dia request aku mesti sakat dia, buat-buat tidur, krohh krohh..Dia kompomlah terjerit-jerit sebut "shushuwa"!!! "shushuwa!!!..Last-last ketepekkk setepek penampar dia hinggap kat muka aku,weyyyhhh tangan kecik tapi dia punya pedih, perghhhh berair biji mata ni haaa..
 
Kalau tiba time manja mengada-ngada dia, dia mintak "shushuwa" dengan penuh syahdu sekali..Ohhh cair hati ni bila mendengarnnya..Siap pakej dengan muka kesian lagi..Haiiii lah anak, kecik-kecik dah pandai "berdrama"..Mana lah ko belajar ni Iqy oii..
 
Bila dah habis susu, dia akan bagi botol susu dan cakap "tacihh" (terima kasih) dengan muka bajet comel rasa nak lempang-lempang je..hahahahaha..
 

Wednesday, September 2, 2015

Menyepah je lebih

 
Muka konpiden giler macam dah pandai benor nak suap sendiri.Weekend aritu aku kasik chance kat dia suap sendiri makanan.Banyak jugak dia makan, lepas tu lebih pada menyepah je lebih sebenarnya.Yang kelakar, tangan kanan suap guna sudu, tangan kiri kutip telur suap ke dalam mulut jugak,Dua-dua belah tangan digunakan sehabis baik..hahahaha..Pastu kirai-kirai nasi, dah sepah pandai plak tu kutip sebutir-butir nasi tu masuk dalam pinggan.Main je lebih budak ni..Haishh..
 
 
Penyek-penyek nasi, gaul-gaul nasi, seronok sangat lettuew..Mama ni dah rimas dah tengok nasi berterabur,jenuh nak mengutip ni..adeeehhhh..
 
 
Habis batang-batang sudu pon dia jilat.Excited suap sendiri lah kekdahnya..huhuhu..Last-last melalak sebab aku angkat pinggan pergi dapur,dia punya jerit,mak oiii, yang pernah dengar je taw camne kuatnya dia punya jerit..Aku dah kebal dah telinga..huhhuhu.. 

Tuesday, September 1, 2015

Ko hingat ni apak ko punya parking lot???

 
Ini boleh mendatangkan marah..Hangin satu badan aku dibuatnya.Aku lah kan, kalau tahu orang tengah tunggu parking, aku mesti kelam kabut nak keluar cepat-cepat dari parking, sebab taknak biar orang tertunggu lama.Tapi aku tak taw lah orang lain yang jenis dah taw ada orang lain tengah tunggu parking kite, ko boleh buat bodoh selamba badak je terhegeh-hegeh.Okeylaaa, kalau lembab tu aku boleh accept lagi, maybe dah memang keturunan lembab terhegeh-hegeh kan nak buat camne, aku paham sangat tu, tapi ni kes lagi biadap aku rasa, 4 orang anak gadis lenggang kangkung pergi ke kereta dia, okey boleh senyum lagi tengok dia lenggang kangkung berjalan ke kereta, bila dia dah masuk kereta, kitorang pon tunggu lah diorang keluar dari parking, ingatkan dorang dah masuk kereta, teruslah keluar dari parking.
 
Yang buat aku hangin tu, boleh plak si driver tu turun dari kereta dan berjalan menuju ke lori jual murtabak kat depan tu, oiiii agak-agaklaaaa , dengan muka tak bersalah plak tu..Ko nak beli murtabak ke nak mentedarah ke, ko keluarlah dari parking tu dulu, dah kitorang plak terpaksa menunggu dia beli murtabak, pastu dah siap beli, dia masuk kereta balik, ko nak taw tak, dia bukan terus keluar dari parking, dia sempat makan-makan lagi dalam kereta, hoiiiii berasap-asap kepala aku ni.Saje nak menganjingg ke hape ni..Kalau ko taknak keluar , ko cakap lah , ni tak, buat bodoh je, bila tanya guna isyarat nak keluar ke tak, senyum-senyum..Aku lempang jugak sekor-sekor kang..Bagi aku ni ni perbuatan sangat biadapppp..Bernasib baik lah korang, mujur aku tak keluar dari kereta hentak kereta ko dengan stereng lock..Aku marahhhh ni..Last-last, bila aku dah start bising-bising dalam kereta, Abi jalan je cari parking lain, jauh pun jauhlah, janji hati tak panas, dia taw bini dia dah hampir nak bertukar jadi HULK dah tu yang dia jalan cari parking lain..hahahaha