Tuesday, January 31, 2017

Menang Grand Prize Lucky Draw lagi untuk tahun ni

Last day kerja Rabu haritu, lunch dekat Four Point Hotel dekat Bandar Puteri.Wendy gerak dulu dari opis sebab nak jemput anak kat sekolah, pastu baru dia direct gi hotel, aku plak terpaksa lah naik satu kereta dengan staff lelaki lain.Aku sorang je perempuan okey..Urghhh...Mujur staff opis aku ni baik2 orangnya, alhamdulillah..Awal2 aku dah cop duduk seat depan sekali, nak kereta Alza si Ah Fatt..Oiii dia bawak kereta dah macam hape dah, puas aku brek dengan penuh imaginasi tinggi padahal takde pedal brek pon kat bahagian kaki penumpang.Sabooo jela aku..Mujur selamat sampai dengan selamat.Dan mujur time balik aku naik kereta Wendy..heehee..

Takde gambar pon masa sessi lunch time, alaaa kitorang satu meja je ada sebelas orang termasuk boss n bini dia.Tu jela staff yang ada pon.huhuhuuu..Not bad jugak buffet kat situ, aku suka desert dia, asyik duk berulang je kat bahagian desert tu, sampai boss tegur, wahhh u suka desert ek..hehehe..

Lepas makan, dalam pukul 2 lebih gerak balik opis semula.Sambung setelkan kerja sikit lagi, lepas tu pukul 4 lebih, boss ajak semua berkumpul kat bawah.Ada sessi mini lucky draw..Grand prize pada hari bertuah tu adalah Hamper yang kesemuanya makanan cina yang dab tentu2 aku tak makan pon, so aku tak target langsung nak dapat grand prize..Yang lain semua akan dapat goodies bag tiap sorang.Dapat tu pon aku okey je.Lain lah kalau grand prize peti ais ke, aku teruja jugak lah...muahahahaha..

Tapi nak dijadikan cerita cabut punya cabut nombor..Last2 aku yang dapat grand prize tu.Taktaw nak gembira ke hape..Tapi pura2 gembira jugaklah depan boss kan..hehehhe..Hamper ni bernilai RM250 lebih kurang.Aku tak tahu nak buat apa dengan hamper ni, ingat nak lelong murah2 dengan kawan cina Abi jela..Bape dia nak bayar aku redha je, dari terbiar je takleh buat apa kan.Nak bagi Wendy, dia tolak sekeras2nya plak.Dia suruh aku jual dapat duit katanya..Haishhh..

Bila bagitau Abi n Mak yang aku menang grand prize, semua macam dah pasrah je.Katanya aku ni memang selalu luck dapat grand prize..Tahun lepas pon masa dinner kat company lama menang lucky draw grand prize sebijik aircond..Ehhehehehe..Tetiba rasa ehhh haah ek, rezeki aku kot tang situ kot.Kerap dapat grand prize..hehehehe...Sampai tak reti nak react camne dah bila menang..Hahahaha, eh bukan riak tau, cuma teruja menguasai diri.Biasalah kita ni, ada yang kurang tang sini, tapi kelebihan ada tang lain pulak, sama macam konsep rezeki ni jugaklah kannn..

Sebelum ni pernah menang tiket ke Medan, pakej honeymoon, dan macam2 lagi, hurmmm baru aku sedar aku ni kekadang macam lupa nak bersyukur ke hape, tu pon masih merungut lagi, nak itu nak ini.Tak semua yang kita nak tu kita akan dapat kannn..Contoh nak gi Korea, tak sampai2 lagi ni, bila lah nak menang pakej ke korea plak ni..Fuhhh fuhhh doa banyak2..

Apa2 pon syukur dengan apa yang aku dapat ni.Hope tahun depan boss kasi upgrade hadiah grand prize..Mana lah tahu rezeki masih menyebelahi aku utk menang grand prize lagi..hehehehehhe...

Wednesday, January 25, 2017

Last Day kerja uolls, sila lah jelesss!!


Amboiii riak betul ko kan, mementang harini last day kerja, kemain happy macam nak sambut raya sendiri plak.Padahal ni raya orang, aku je sibuk tumpang bercuti panjang sekali.hahahaha..Harini kerja memain je, masuk opis berjimba ria je, boss plak tak masuk pagi ni, tengahari nanti ada jamuan makan plak kat Bandar puteri.Layannkan aje laaa.Pastu balik opis semula, ada buat majlis cabutan bertuah bagai, dan kemungkinan balik awal harini.Yahoooo...Dan bermulalah cuti panjang hakak selama 11 hari.Perghhhhhh sikit je tu.Tapi tetap bersyukur..

Semalam kecoh giler, balik kerja amik Dak Iqy dari rumah pengasuh singgah rumah mak nak amik Tasha, lepas tu nak pergi amik stock mekap customer order, sekali Dak Iqy taknak ikut, nak tinggal dengan nenek, puas aku pujuk suruh ikut, bertuahhh punya anak, dia boleh buat derkkkk je dengan ajakan aku tu..Grrrrrr...Last- last mak cakap, biar jela dia tinggal sekejap, ko pergi je amik stock dengan Tasha.Aku pon setuju jela.Tinggalkan dia kejap je, tapiiii tetap tak sedap hati, sebab dia tu kan suka buat drama swasta ni..

Dan apa yang aku risaukan tu memang terjadi, baru separuh perjalanan, mak aku dah call cakap Dak Iqy dah meraung cari aku.Adehhhh..Tadi ajak kemain lagi ko kekwat taknak ikut mama kan, pastu melilau cari mama.Hurmmm..Dah aku  haru biru dah mengenang anak yang meraung tak henti2 tu.Haishhh..Aku teruskan jugak perjalanan pergi amik stock tu sebab dah separuh perjalanan kan.Amik stock terus berdesup balik, jalan jammed plak time orang balik kerja dengan jammed traffic light lagi.Bertabah jelaaa aku.

Sampai umah Dak Iqy dah berhenti nangis dah, siap boleh gelak2 lagi bila aku balik.Ek elehhh, sabooo jela aku dengan budak ni.Mak aku cakap puas pujuk dia tak makan saman budak ni..hahaha..Last2 mak aku ugut dia nak panggil polis, terus dia diam..Hahahahah dia memang takut polis aku tak tau kenapa..Dulu takut doktor, sekarang tak takut dah, polis pulak ditakutnya..hahahahahah...adoiiilahh..

Cuti panjang ni, aku ajak Abi balik kampung dia.Wahhhh bertuah betul laki aku ni, setiap kali balik kampung dia, aku yang ajak.Aku yang plan.hahahahha..Mana nak dapat bini macam ni..wakakkaakakkaka...Panggg nak!!! Yelaaa cuti panjang yang ada ni, atleast ada lah terisi dengan aktiviti beemanfaat sikit contohnya melawat mertua.Ye tak???

Mohlerrr balik kampong!!!
Ada tak reader blog ni orang Felda Sg Behrang, say hiiii sikit..Kotlahhh boleh jumpa kat Pasaraya TF ke  nanti..hehehehehe...

Oklah baiiiii


Tuesday, January 24, 2017

Cuti panjang


Tak sabarnyaaa menghitung hari.Minggu ni kerja 3 hari je uolls, lepas tu khamis dah start cuti panjang, minggu depan cuti lagi, lepas tu baru kerja balik.Perghhhhh syoknya lahai walaupon takde plan nak pergi mana2, short vacay pon nan hadooo.Takpeee aku tetap happy bagai nak rak, well seorang Nory Zoulkefle kan memang suka dengan cuti.Hhahahaa...Dapat pergi breakfirst dengan mak setiap pagi pon dah syukur sangat dah, takde short vacay pon takpe laaa..Sebab bulan 3 nanti dah plan family short vacay, so duit bukan kepuk2 kena bajet jugak ni.Tu yang takde short vacay utk cuti panjang ni, lagipun aku kurang berminat bercuti pada musim cuti ni, pack sangat nanti, rimass..hehehehe..

Korang cuti CNY lama tak???ada tak yang cuti lama macam cuti aku..Bahahahhaa...kemain eksyen lagi ko kan Nory..Tapi kan still rasa macam tak cukup je cuti tu..Tahu2 je nanti dah habis cuti panjang tu..hurmmmm sedihhh..Kalau lah aku kaya, sepanjang cuti ni, hari2 nak shopping..Tapi apa kan daya, aku ni orang kebanyakan je, duit yang ada baik buat beli beras, buat nasi goreng pon sodap...hehehhehe..

Esok ada buffet lunch kat Hotel Bandar Puteri.Company kecik je uolls, so takde dinner2 nya, lunch pon dah bersyukur dah..Takde lahh impian nak menang lucky draw sebijik aircond macam aku dapat tahun lepas masa dinner company lama.huhuhuuu..Dapat hamper pon jadiklah dari takde langsung.
Semalam hari isnin, boss n bini dia masuk opia sekejap je, tengahari dah balik.Wahhhh aku pon lompat bintang lah, takdelahh serius sangat buat kerja.Relax- relax sudah..Serabut kepala je nak serius2 sangat ni tau.Boss takde pon kerja jalan jugak, sambil2 tengok youtube, belek blog..hehehehe..Heavennnya, dengan harapan harini pon boss balik awal atau tak masuk terus lagi bagus..heheheh..

Monday, January 23, 2017

Tips bagi anak makan sayur


Dak Iqy sekarang dah pun berusia 2 tahun 10 bulan, lagi 2 bulan nak masuk 3 tahun dah anak bujang aku sorang ni..Walaupon agak cliche tapi aku nak cakap jugak , cepatnyaaa masa berlalu, tau2 je dah nak masuk 3 tahun ni, tahun depan dah boleh pergi sekolah dah.Cepat nauuu budak2 ni membesar kan.

Sepanjang hampir 3 tahun membesarkan Dak Iqy ni, aku tak nafikan aku juga macam ibu bapa lain jugak yang turut mengalami cabaran dan dugaan sepanjang proses membesarkan anak ni.Besarkan anak tak sama macam besarkan anak kucing, kalau rasa besarkan anak kucing pon mencabar, besarkan anak apatah lagi kan, lagi lah sentiasa kena bermain dengan emosi, kena kawal emosi, aku terkadang fail bab ni, sebab aku ni jenis cepat nauuuu nak hot temper.Kadang aku rasa aku yang lebih teruk tantrum berbanding Dak Iqy,hahahahahah..Kadang tu terkawal, kadang tu takleh nak kawal, suara jerit-jerit macam tarzan tu dah biasa sangat dah.heheheheh.Eh baru anak sorang, kalau 2,3 nanti ntah camne plak lah keadaannya kan..Adehhh..

Dari segi pemakanan kan, Dak Iqy ni nampak je jenis yang pemakan orangnya, tapi masa umur dia dalam setahun lebih tu, aku pernah stress jugak bila dia start tolak makanan, jenuhnya nak suap dia makan, minum susu je, masa tu susut badan dia, tapi berat dia still terkawal lagi lah.Ya Allah masa tu macam2 menu aku masak try & error nak cari apa yang selera ditekak dia.Tapi nan hadooo..Pernah sampai tahap nangis-nangis tau pujuk dia makan.hahahaha...Biasalah mak dia pengaruh tengok drama banyak sangat..muahahahaah..

Tapi alhamdulillah makin lama, selera makan dia makin terserlah.Mulanya dia tunjuk minat suka makan pedas-pedas, tak pedas takmau makan.Yang aku plak kalau boleh takmau lah dia makan pedas terlalu kerap, aku selang-seli kan dengan soup, mula tu dia tolak jugak, tetap nak pedas jugak, tapi lama2 dia boleh terima soup.Aku lebihkan sayur dalam makanan dia dan jugak ikan, sebab dia kurang gemar makan ayam, ikan ok lagi, tu pon dia pilih jugak, ada jugak ikan yang dia taknak makan.Pfftttt sangat memilih okeyyy..

Masa tu aku selalu buat sup ikan merah dengan brocoli, nampaklah dia suka ratah brocoli tu.Tapi seiring peningkatan usia dia, dah terpengaruh dengan budak2 lain yang tak makan sayur, dia pun takmo makan sayur, sampai tahap tak boleh nampak hijau2 sayur tu kat pinggan dia,dia nak nasi sahaja..Pffffttt..

Dan sekarang, selera dia makin bertambah, cepat lapar, kalau time weekend tu, aku memang bangun awal, kena masak nasi dan lauk untuk dia siap2..Sebab kalau dia dah mintak nasi, pastu masa tu lah ko baru nak terhegeh2 nak masak, memang serabut lah kepala ko ni, dia dok berzikir je nak nasik, tak sabar-sabar, pastu nak masak pun tak feel, kurang kasih sayang dalam masakan tu nanti..muahahahaha..So aku prepare masak lauk dia siap2, aku jenis makan lambat, biasa kalau weekend, Abi kerja, aku akan masak lauk untuk Abi petang time dia nak balik kerja, sebab suka hidang lauk panas2 untuk Abi, penat2 balik kerja, mestilah nak dia makan yang fresh dari periuk kan..heheheheh..So tengahari aku biasa makan ringan2 je,.Janji perut anak tu aku isi siap2 dulu.heheheh

Dan sekarang ni, kat rumah memang kena ada stock sayur bayam atau sawi takpun suun.Senang nak masak lauk untuk Dak Iqy, ok nak bagi dia makan sayur memang susah yer...Tak semudah disangka, dia takmo nampak sayur pon, tapi aku kan mama yang bijak, aku gunting sayur tu kecik2 sikit, sorok dalam nasik dan suap dia, bila dah masuk mulut dia, dia rasa sedap je, dan dia tahu tu sayur, tapi aku pelik kenapa kalau aku suap yang nampak seketul sayur tu dia taknak, tapi bila dah masuk mulut dia, siap cakap lagi, ermmmm dapnya sayurrrr...Cehhhhhh drama king sangat dia ni (penagruh kuat mama dia).....

Finally, berjaya jugak aku train Dak Iqy makan sayur walau hakikatnya aku sendiri tak makan semua jenis sayur...ahhahahaha...Eh aku tak kejam kan, aku cuma nak yang terbaik je untuk anak aku, takmo lah dia ikut macam mama dia tak makan sayur seumur hiduppp..Ehhh aku makan sayur time dalam pantang je tau, tu pon hempap2 telan, takde masa nak kunyah2 meratapi bagai..kahkahakahkahhhh, sebab masa tu fikir nak cepat sihat, dan nak bagi anak dapat khasiat dari susu badan masa tu...Wahhhhh begitulah dasyatnya pengorbanan seorang ibu, punyalah tak pernah makan sayur seumur hidup, tapi bila dah beranak, sanggup berkorban makan sayur..Bagi aku makan sayur tu satu penyiksaan tau...hahahahahahha...Ko apa tahu???Takpelahhh janji anak aku makan sayur, lega hati mak nakkkk...



Friday, January 20, 2017

Tragedi Jumaat


Phewwwww....Salam Jumaat Uolls.Dalam kegembiraan aku dihari jumaat mulia ni, hati tengah seronok sangat sebab last day kerja untuk minggu ni kan, tetiba tragedi malang menimpa aku.Alhamdulillah takde apa-apa yang serius pun, cuma tengahari tadi time lunch, ingat nak pergi Tesco jap beli stock susu Iqy, dalam perjalanan nak pergi tu aku ditimpa kemalangan kecil.Tapi bukan salah aku pun, dan bukan salah yang melanggar aku tu pun, aku pun kebetulan je berada kat tempat kejadian dan dengan secara tak sengaja aku pun terbabit sekali.

Masa tu kat traffic light, lampu merah, so aku berhenti lah tunggu lampu hijau, tetiba dengar bunyi "bumppppppp" dari arah belakang, aku pon tengok kat cermin belakang, nak tengok sape yang kena langgar, tengok belakang dah jammed dah banyak kereta, serentak dengan itu, satu lagi bunyi "bummmp" pakej dengan bergegar kereta aku, Ya Allah, !!!1kereta aku kena langgar dari bahagian  belah belakang pintu penumpang.Motor yang langgar kereta aku tu asalnya kena langar dengan van sekolah , dan jatuh lalu terkena kat kereta aku yang sedang berhenti dan tak bersalah apa2 ni...(heheeheh)..Aku pun cuak, sebab dari cermin sisi nampak motor tu dah terbalik kat tepi kereta aku, penumpang pulak masih terbaring, tak bangun2.Ahhh sudah, hidup ke mati orang tu, tu je yang ada dalam kepala aku, dalam hati dup dap dup dappp dah walau pun bukan aku yang salah, tapi sebab dia jatuh kat kereta aku, secara tak langsung aku pun dah dikira terbabit dalam kemalangan tu, yang lebih haruuuu, van sekolah yang langgar motor tu boleh cabut begitu saja, tinggallah aku terkontang-kanting.Semua tak sempat nak catit no plate van sekolah tu.huhuhuh

Laju-laju turun dari kereta, meluru ke arah mangsa yang jatuh dari motor tu, sempat lagi jeling tengok keadaan kereta, mujur takde pape kesan calar or kemek, maybe terhantuk helmet je kot, tapi sampai bergegar jugaklah kereta aku.huhuhu..Sekali tengok, laaaaa aku kenal mangsa ni, ayah kawan aku, dan juga jiran setaman dengan rumah mak aku.Aku pun lagi cemas, terus pangku dia, sambil tanya pakcik ok ke, pakcik jangan tidur, bangun pakcik, duduk pakcik..Masa tu aku sorang je, pangku dia, kemudian baru lah ada 2,3 orang penunggang motor lain berhenti dan bantu aku papah dan angkat pakcik ni ketepi jalan.Alhamdulillah , takde pape yang serius kat pakcik ni, cuma cedera ringan je di tangan dan kaki.

Oleh sebab aku kenal pakcik ni, aku offer diri untuk hantar pakcik ni balik ke rumah, nak hantar ke klinik, dia taknak, dia nak balik rumah dulu katanya, lagipon dah tak jauh pun rumahnya, aku pun patah balik dan hantar pakcik ni ke rumah dia, pastu terus aku balik rumah mak, tak jadi pergi Tesco, fobia plak aku nak jalan kat tempat kejadian tadi, sebab masuk ni dah 3 kali aku kena  kat tempat yang sama..Urghhhhh!!!

Alhamdulillah, takde apa2 yang serius pun, tapi kejadian tu cukup buat aku cemas kelam kabut taktau nak kate laaa...hahahahaha..Kemalangan ni bukan dikira time ko bawak laju ke slow, ko berhenti pun boleh kena.Tu lah kalau benda nak jadi, memang terjadi jugak, ko elak lah camne pun.Jangan lupa baca doa naik kenderaan setiap kali nak memandu yer.Berhati-hati di jalan raya, terutama yang menunggang motosikal ni, tu yang aku selalu risau takut terjadi kat ahli keluarga aku yang kebanyakkan menunggang motor macam papa, abang dan suami aku..Ya Allah lindungi lah orang2 yang aku sayang sentiasa..Biar selamat pergi dan balik..

HATI-HATI DIJALAN RAYA, KORANG!!!!!


Sunday, January 15, 2017

Jom beli kereta online di Tookar.my


Beli kereta secara online?

Korang pernah dengar beli kereta melalui online tak?First time dengar ek? ok takpe, ni nak bagitahu yang sekarang ni korang tak perlu lagi buang masa beli kereta secara offline, yang memerlukan korang kesana kemari untuk urusan jual beli kereta ni, leceh kan nak beli sebijik kereta pon kadang sampai 3 , 4 tempat nak kena pergi untuk setelkan dokumen dan pinjaman segala.


Sekarang ni korang boleh gunakan medium online di Tookar.my, yang lebih mudah serta menjimatkan.Dan yang lebih menariknya sempena Tahun Baru Cina 2017 ni, Tookar.my menawarkan penjimatan yang lebih lagi untuk pelanggannya.So apa lagi, inilah masa terbaik untuk korang memiliki kereta idaman.


Korang boleh memilih dari lebih 200 wakil jualan sah di bawah Tookar.my ini yang membolehkan korang membuat penilaian serta perbandingan.Korang cuma nyatakan kreteria kereta yang korang inginkan beserta dengan bajet yang bersesuaian dengan bajet sedia ada.Kemudian, korang akan dihubungi semula oleh wakil jualan yang terpilih yang sesuai dengan kreteris yang korang mahu kan.Mudah kan???

Macam nak book??Ni haaaa ada tunjuk mkat bawah ni..korang boleh rujuk gambar kat bawah ni ok..Senang nak faham dengan gambar rajah camni kan..


Pembelian melalui Tookar.my juga tidak melibatkan orang tengah atau "middleman" yang biasanya mengaut keuntungan atas angin kerana korang akan berurusan secara direct kepada wakil jualan.dengan itu, lebih banyak penjimatan dan keuntungan yang akan korang nikmati melalui pembelian online di Tookar.my ini.


Ni antara testimoni pelanggan yang berjaya membeli kereta secara online di Tookar.my, so korang tak perlu ragu-ragu lagi kerana laman web Tookar.my ni sememangnya perkhidmatan yang sah disisi undang-undang, jangan rasa takut tertipu ke apa..Ramai yang dah berpuas hati dengan servis jual beli secara online melalui Tookar.my ni.Dijamin korang pun akan berpuas hati, aku pon nak riki-riki kereta idaman jugak ni.hehehehehee...


BERITA BAIK!!!


Sempena Tahun Baru Cina 2017 ini, Tookar.my menawarkan penjimatan yang lebih banyak lagi untuk pelanggan yang membuat pembelian secara online.Hanya perlu daftar www.tookar.my , pilih kereta idaman korang dan gunakan Kod Promosi ini SL1E8PC2..

 https://www.tookar.my

Jangan terkejut plak bila korang dapat angpow selepas membeli kereta di Tookar.my ni..Rezeki jangan ditolak orang tua kata..heeeee..


Friday, January 13, 2017

Ada ni haaaa


Salam jumaat uolls, tak sangka dapat jugak aku bekerja 5 hari penuh minggu ni...muahahahahaha...Baik kan hakak..Maklumlah sejak boss baru masuk ni, azam pon kena baru.Bagus jugak boss baru ni masuk, atleast ada perubahan baik terhadap prestasi kedatangan aku.kehkehkeh...



Ni tengah mengadap kad-kad CNY untuk diedarkan kepada customer & supplier.Masih relevan lagi kad raya ni sebenarnya ekkk...heheheh

Oh yer harini boss n bininya (bos baru) masuk opis pagi je, tengahari dah chau chin chau..Bahagianya rasa hati ni, pagi tadi masuk2 je agak kelam kabut sikit, biasalah bini boss yang cerewet nauzubillah tu, ada je kerja-kerja aku yang dia suruh edit balik, heyyyy sakit hati, tapi takpe sebab hari jumaat, so mood aku agak baik sikit, so malas nak panas2 hati, fikir esok cuti je..Fikir yang indah-indah je harini..Muehehehehe..

Semalam dikejutkan dengan berita kemalangan paklang aku (jiran sebelah rumah), kalau ikutkan gambar van yang dipandu, agak teruk jugak, tapi alhamdulillah paklang cuma luka2 di tangan dan badan je, takde patah or retak segala.Dugaan awal tahun baru untuk paklang sekeluarga, moga dipermudahkan segalanya untuk seluruh anggota keluarga.Tahun ni anak sulung dia nak kawen, alaaa yang bertunang haritu tu..Aku pon tumpang excited bila adik sepupu nak kahwin, mcm dah lama family belah mak aku ni tak buat kenduri kahwin, yela memasing semua dah kahwin, tinggal beberapa generasi je lagi yang tunggu nak cukup umur baru boleh kahwin..heheheh

Hurmmm oklah nak keluar lunch kejap, laparrr teruk dahni, mak masak apa lah harini ekkkk, tak sabar nak balik makan, mujur rumah mak dekat dengan opis, bertuahhh badan kann..hahahahaah


Wednesday, January 11, 2017

Bos Lelaki dan Bos Perempuan | Korang selesa dengan yang mana?


Hai uollss, rasa macam dah lama tak bersiaran.Baru je berazam sempena tahun baru ni nak lebih rajin update blog, tapi nan hadoooo.Harini dah 11hb , entry baru 2,3 ketul je yang muncul.Muaahahahha...Tak boleh pakai punya azam baru.Ermm sebenarnya bukan apa, lately ni buat-buat busy sikit, sebab sejak awal tahun baru haritu, bini boss dah start kerja kat syarikat ni.Adehhhh, ko tau jelaaa bos perempuan dan boss lelaki peel nya berbeza okey.Aku ada pengalaman bekerja dengan boss lelaki dan boss perempuan sebelum ni, dan ternyata aku lebih selesa bekerja dengan boss lelaki, bagi aku lah boss lelaki ni lebih sempoi berbanding boss perempuan yang lebih complicated dan terlalu nak kan kesempurnaan.Well, biasalah perempuan kan, aku pon perempuan jugak, that why aku faham sangat peel boss perempuan ni.hehehehh..I feeeeelll u boss, gittuew

Selama setengah tahun aku kerja kat sini, kerja aku smooth n steady je, buat kerja ikut rentak sendiri, boss lelaki aku pun jenis yang tak amik kisah sangat ko nak buat kerja macam mana pun, asalkan kerja jalan sudah lah,berlainan pulak dengan boss perempuan ni, habis dia rombak nya cara-cara kerja kitorang sebelum ni, aku dengan Wendy pening kepala.Asyik kacau kerja orang je, ini tak betul itu tak betul, suruh buat tu suruh buat ni.Sebelum ni pun aku bebas nak cuti bila2 pun kan, boleh kata setiap minggu nak ponteng, sebulan berapa kali cuti deretttt je, tapi boss lelaki aku tak pernah kisah pun, janji performance kerja aku cantekkk je, siap puji lagi, aku pandai buat kerja, walau selalu tak datang kerja, tapi kerja takde yang pending, semua smooth n steady je katanya, tapi bila bini dia ni dah start kerja, aku jadi takut2 plak nak ponteng selalu.hahahahahahha...

Alhamdulillah, sempat jugak boss aku meng"konfirm" kan jawatan aku kat sini sebelum kedatangan bini dia, aku rasa kalau bini dia tengok rekod kedatangan aku, memang jangan mimpi lah dia nak  konfirm kan jawatan aku apa lagi nak bagi increment.Boss lelaki aku siap naikkan gaji aku lagi, alhamdulillah..Terus insaf nak ponteng2 lagi, walau selalu stress gaji tetiap bulan lambat, tapi bila boss dah naik kan gaji yang bagi aku agak tinggi jugak lah
Dan sekarang, aku sedang cuba untuk menyesuaikan diri kerja dengan suasana dan peel boss baru ni.Harap2 aku terus istiqomah untuk terus bekerja kat sini.Agak-agak dah stabil nanti, nak berhenti kerja jugak.Tak kira..Berapa kali dah dok berzikir nak berhenti kerja ni, harap2 masin lah mulut aku satu hari nanti.Bila lah agak nya kan...?Takde ke yang nak bagi aku pendapatan tetap setiap bulan dengan hanya duduk dirumah sahaja??hahahahhaa..Boleh lah jugak tolong suami sikit-sikit kan..Takdelah dia sorang je tanggung beban, walaupon itu tanggungjawab dia, tapi kalau bini nak tolong apa salahnya, bertuah Encik Zulkefle dapat isteri macam hakak ni kan...muahahahahah...#lempanglajulaju
So, korang...suka boss perempuan ke boss lelaki????

Monday, January 9, 2017

Dah sebulan baru nak unpack hamper Safi Rania Gold



Dah sebulan lebih hamper Safi Rania Gold ni tersadai kat dalam bilik, jadik perhiasan.Sayang weyyy nak bukak, walaupon sebenarnya dalam hati tak sabar nak guna semua product tu.Tak sabar nak tengok result setelah amalkan product tu.Sampai aku sanggup mengkusamkan semula kulit muka aku dengan menghentikan segala rangkaian skincare yang aku guna sebelum ni selama sebulan lebih.

Seronok sangat dapat hamper Set Safi Rania Gold ni, dah lama ngidam nak try, tapi tengok harga, pendam rasa dulu.Alih2 dapat free sape tak suka kan.Semua set ni bernilai RM300 weyy..Sape nak bagi wey..Aku syukur sangat2.Hari pertama try Safi Rania Gold ni, terus jatuh cinta, bestnya baru hari pertama dah dapat rasa perubahan, kan aku dah hentikan skincare sebelum ni selama sebulan lebih kan, kulit muka aku jadi kusam sangat dan kering sampai mengelupas kat tepi hidung, tapi dengan penggunaan pertama aku dengan produk Safi Rania Gold ni, dah berjaya melembabkan dan menghaluskan kulit kering kat sekitar tepi hidung aku.Wahhhhh teruja aku wey..

Punyalah sayang nak guna produk ni takut dah habis nanti, tak mampu nak beli sendiri, kotlahhh pihak Safi Rania Gold nak jadikkan hakak duta ke kan, hakak terima dengan hati terbuka.Tak mintak payment tinggi pon, cukup supply product setiap bulan sepanjang hayat..wahhhhh gitu..Berangan is Free..Ai is sedar diri, mana lah layak nak bergelar duta produk, ko hingat ko Neelofa ke Nory oiiiii...Mimpiiiii lah kauuu..hahahahahaha..





Tuesday, January 3, 2017

Entry pertama 2017

Hallluuuuuu 2017..

Wah tahun baru datang dengan semangat baru, moga lebih rajin update blog setiap hari lepas ni.Banyak sebenarnya cerita nak dikongsi cuma kekadang tu takde idea nak menaip, otak blank.Tapi takpe sis cuba, kadang sambil baring mata dah nak terlelap tulah idea datang mencurah-curah, tapi time tu jugaklah jari ni lemah longlai seiring kesayupan mata, dan akhirnya kelepukkk henpon jatuh atas muka, haaaa padan muka ko.Pastu marah diri sendiri, campak henpon kat tepi tarik selimut dan tido..hahahaahaha..Marah sangat lettuew..

Tapi kalau tak mengantuk lagi, haaa sekali 3 entry aku schedule siap2, rajinnnya lahaiii, seronok je taip sambil senyum sebab rasa macam jari bergerak sendiri menaip..hehehehehe..Cuba time takde idea, dah ade tajuk pon masih blank taktau nak mula camne.But, aku suka menaip  suka menulis, sebab tu karangan BM aku selalu dapat A masa sekolah dulu...Muahahahahaha...Tapi dah jadi blogger, gaya penulisan jadi merapu meraban plak dah kenapa tak tahulah..hehehhhh
Ok2 sambung citer new year plak, harini ada lagi ke yang masih bercuti?kalau ade kite gengg..Mesti ramai yang cuti hantar anak2 first day masuk sekolah kan, aku yang anak tak sekolah  lagi pon sibuk nak join cuti jugak dah kenapa, well ai is jelesss lah tengok uolls cuti.So ai nak cuti jugakkk...hahahahahaa...

Seronok tengok budak2 masuk sekolah, time Dak Iqy nanti camne lah agaknya kan.Tak sabar ada, berdebar2 pon yer jugak.Entah nak ke entah Dak Iqy tu pergi sekolah tanpa mama n abah dia.Tapi dia selalu cakap nak pergi "school", setiap pagi kalau pakaikan dia beg untuk pergi rumah pengasuh mesti dia cakap " selamat pagi cikgu", konon nak pergi sekolah lah tu.Aku pon sebut rumah pengasuh "school"..Dia plak terpengaruh dengan cerita upin ipin tu.Tu yang duk selamat pagi cikgu je tu..hahahaha..

Esok dah start kerja, hari pertama bekerja di tahun baru, azam tahun ni nak kerja rajin sikit laa, takmo selalu ponteng2 lagi..heheheheeh..Entahlaaa aku ni kejap bersemangat, kejap tak..Eh tak faham lahh..Satu target lagi, nak kuruskan badan sikit lah.Dah dapat rasa banyak baju makin ketat.Heyyyy rasa nak carut je tengok kenaikan badan sendiri tau..Seronok jadi orang kurus yang makan banyak tapi badan macam tu je.Arghhh stresss...korang pakai ilmu apa haaa...?hehehehehe


Happy New Year korangggg semua...!!!