Tuesday, May 30, 2017

First Day Ramadhan


Dah menjadi tradisi family aku, hari pertama puasa WAJIB berbuka puasa kat rumah mak aku, berkumpul semua adik beradik yang tak berapa nak ramai tu.Hari kedua dan seterusnya pepandailah berbuka kat rumah masing2, hahahaah...Tapi boleh kata selang beberapa hari mesti berbuka kat rumah mak balik.Maklumlah rumah mak dekat.Time abi balik kerja malam, aku singgah rumah mak jela berbuka sama2, sedih plak nak berbuka sorang2 dengan dak Iqy je..hahahah..Mengadaa sangat kan..



Untuk hari pertama tu, sebenarnya mak dah planning suruh Abi masakkan kari kepala ikan.Abi selalu bawak balik kepala ikan dari tempat kerja dia.Nak dijadikan cerita, haritu Abi MC plak sebab sakit mata, dan tak dapatlah nak bawak balik kepala ikan tu.Tak dapatlah nak berkari kepala ikan haritu..huhuhu..Mak kata nak masak ikan siakap masak 3 rasa,tauhu sumbat dan kobis masak lemak, kak ipar aku plak nak masak ayam masak merah dan kuih.Mak kata aku takyah bawak pape sebab makanan dah banyak.Tapi aku singgah jugak bazaar beli roti john dengan kuih muih sikit buat tambah2.Lurus bendul sangat kalau datang tangan kosong walaupon rumah mak sendiri kan..hewhewhewww..


Tudiaaa penuh semeja..semua family aku ada..Alhamdulillah seronok dapat berbuka sama2, aku makan nasi sikit je, selebihnya ratah lauk dan makan kuih, kan tengah on diet..Harapan tinggi sangat nak tampil body ala2 Nur Sajat dipagi raya..Jangan jadi susu sejat F&N sudah laa...hahahahaha...Poyooo je..


Mendugaaa sangat puasa tahun ni, time berbuka telan air liur dan tutup mata je tengok dorang kemain teguk lagi air sejuk berais2 tu..Haishhhh aku berbuka minum air panas kot..Pestaim dalam sejarah hidup aku pantang ais  dalam bulan puasa..ayoyoyoooo..Alhamdulillah kuat jugak semangat aku, kental giler lahh..Nak ikutkan pantang dah habis dah, sekarang ni dok pantang ais dan makanan sejuk2 dan tajam2 je..Takpelahhh nak sihat kan.Positif jelaaa..hukhukhukkk..

Thursday, May 25, 2017

Minggu busy


Hollaaaa!!!! Dah 2 minggu dah mula bekerja lepas cuti keguguran haritu.Alhamdulillah dah sihat dah, walaupon pantang masih ON lagi.Rasa ringan je badan ni sekarang, maybe dah makin mengurus kot kan..#perasanjappp .Hagak2 boleh tampil gojes tak dipagi raya..hahahaah..Mood bekerja makin baik sikit sejak dua menjak ni, tak tau datang dari mana semangat tu, nak kata ada Pattah Amin kat opis ni takde plak.Mat Bangla patah seribu ada laaa..muahahahahah..Okeylah kan, satu peningkatan yang baik untuk diri sendiri.Clap clap clap..Bagus dak Nory ni..Mak aku tak habis2 dok perli aku, uishh rajinnya ko keje sekrang, tiap pagi mak tunggu jugak kot2 kau cenekel tak gi kerja ke, boleh bawak mak pegi sarapan kat luar..hahahahah...sabooo jela mak aku ni,,

Dan setelah lama aku tak selfie, mood nak selfie tu dah kembali semula.Agaknya hormon mengandung yang buat aku taknak selfie kot sebelum ni, lagipon masa peknen tu, jerawat naik sesoka hati je kat muka aku ni haa, ikut dan dia je nak tenggek kat mana, aku nak tengok muka sendiri pon tak selera tau..Tapi lepas gugur, eh eh masalah kulit hilang camtu sahaja, tau2 tinggal parut je..Pengaruh hormon lah tu kan...Ni tengah usaha nak hilangkan parut sebelum raya, walaupon harapan macam tipis je, tapi sis cuba.Moga2 raya nanti secantik Lopa..huaahauahauaa


Dan setelah lama tutup kedai, sekarang dah ada mood balik nak berbisnes, wahhh makin bersemangat waja.Alhamdulillah, mungkin inilah hikmahnya..Aku redha..Bukan alhamdulillah sebab gugur tau, tapi alhamdulillah sebab disebalik semua ujian tu buat aku makin kuat dan bangkit semula..Minggu lepas dengan minggu ni busy dengan kerja disiang hari, amik order, balik rumah setel kerja rumah, pastu dok check stock2 baju preloved yang customer order, ada yang tanya ukuran lah, sampai 2 pagi aku masih tak tidur lagi dok menguruskan baju2 preloved tu.Bisnes mekap aku pun masih berjalan lagi, walaupon haritu kurang aktif sikit iklan kat FB, tapi alhamdulillah order tetap masuk.Minggu lepas pon ada customer borong mascara, pestaim ni aku jual borong, dah customer request kan, aku pon cuba lah .Alhamdulillah good feedback from customer, repeat order lagi yer sis..hehehehe.


Minggu ni memang busy dengan bisnes baju preloved, ekceli lama dah aku berkecimpung dalam bisnes preloved, cuma kurang menyerlah kat FB personal je, aku aktif kat FB grup jual barang preloved ni sahaja.Sebab kat situ prospek mudah ditemui..hahahaha..Aku jual baju2 preloved yang aku dah tak muat dan jarang guna lagi, haritu kemas almari, masyaALLAH banyaknya baju2 yang masih elok tapi aku jarang pakai.Yang koyak2 dan lusuh aku tak jual yer, tak gamak nak jual beb..Jual yang elok2 je, murah2 plak tu, pastu aku memang suka bagi free gift utk setiap pembelian, Ada yang dapat mascara, lipstick, mask, haaa best tak best tak...Dah lah murah, cantik, dapat free gift plak tu..Nnati kalau sempat aku upload kat blog ek..Kadang tak sempat nak upload, dah licin customer borong.Tenkiuuuu customer.


Hasil untung bisnes, kite belanja anak makan roti canai lah, bagus anak den sorang ni tau, dia mintak roti canai je..hahahha...Takdelah ni kebetulan balik dari COD mekap haritu, terus singgah makan sini, Dak iqy ngadu lapar roti canai kari plak, nampak kuah tu habis kan, dia hirup macam tu je weyyyy...Orang buat cicah, dia hirup selamba je...Tak faham aku...Suka sangat kariii dengan roti canai..Kuat makan tapi badan kuyusss je..haiiii lah anak..Teringat masa mengandungkan dia dulu pon suka makan roti canai sampai 4 keping kauuuu..Nah sekarang, dah "keluar" pon masih addict dengan roti canai..huhuuuhuu

Kejutan Hari Ibu dari Friso Mom


Haritu sehari sebelum Hari Ibu, Windy dari Friso Mom ada whatsapp aku mintak alamat nak hantar bunga sempena Mothers Day katanya.Wahhhh berbunga-bunga rasa hati ni tau..Laju je paste alamat kat Windy, kebetulan masa tu aku cuti lagi, so dia cakap nak hantar esok nya, hari Jumaat.Aku okey je, cuma masa tu dah plan dengan mak aku nak keluar berjimba kejap, nasib baik tak kompom lagi, so haritu duduk rumah je tunggu bunga sampai.hahahaha..Tunggu punya tunggu, lewat petang baru sampai bunganya.Rider tu call mintak aku send location.Setengah jam pastu elok je dia sampai.Yang kelakar masa adik rider tu nak bagi bunga, dia ucap "happy birthday kak",,dia ingat besday aku..Aku cakap eh taklah ni bunga sempena Hari Ibu..Oooo yeke ingat akak tak kawen lagi, ingatkan besday akak...hahahahahaha....Kembang semnagkuk hakak ko ni dik, rasa nak bagi bunga tu kat kau plak hahaha...Dan2 tu jugaklah, Dak Iqy dan anak2 buah aku keluar ikut aku, terbeliak biji mata adik tu mesti ingat anak aku ramai..hahahahaah...



Acah2 bajet macam Dak Iqy lah yang bagi bunga ni.hahhaahha..Dia pon pandai siap cakap, "Mama, tutup mata" aku pon tutuplah mata ,pastu dia cakap "trenggg teng teng, sepewaisss!!"...hahahahha terharu mak ko nakkk.Anyway tenkiu banyak2 untuk Team PR Friso Mom, Friso Gold semua..Aku pernah bekerjasama dengan team Friso ni sebelum ni, tapi lupa nak update entry, hahahaha..Next time kalau ada job lagi, aku update lah ek..Semoga Windy sudi invite i lagi untuk next job..hekhekhekkk...


Okey giliran mama plak nak muah muah Iqy...Saaaayyyyyanggg anak mama.Tanpa Iqy siapa lah mama, tanpa Iqy tak merasa lah mama title sebagai seorang mama.Syukur ya Allah .. 

SELAMAT HARI IBU buat semua yang bergelar ibu, mama, ummi, mummy dan semuanya lah..Anda wanita terhebat dan teragung didunia ni...


Friday, May 19, 2017

Berpantang Selepas Keguguran



Ramai yang kurang menyedari tentang kepentingan pantang selepas keguguran, aku pon baru tahu, dulu masa first gugur dulu, tak pantang pon, patut lambat lekat kot kann.Entahlah..Mak aku pon tak sure sangat, sebab tak pernah ada pengalaman.Tapi nak ikut kata orang2 tua, pantang gugur sama je macam pantang bersalin.Rahim boleh masuk angin kalau tak betul cara pantang, at least 2 minggu kena pantang.Dari tak pantang langsung kan..huhuhuuuuu

Ni antara 5 cara berpantang selepas keguguran yang perlu dititikberatkan :



Aku memang berpantang 44 hari, tapi disebabkan aku cuti dua minggu je, so aku pantang secara betul2 hanya selama 2 minggu sahaja, lepas tu aku dah start kerja dah, tapi tak bermakna aku dah langgar semua pantang, masih lagi pakai stokin, masih lagi bertungku, dan pantang makan sejuk2 lagi.Aku ingat nak cukupkan 44 hari pantang jugak..Nak sihat punya pasal kan..Ngeeee~~~~






Dari segi pemakanan pon, aku masih pantang tak makan dan minum yang sejuk2 dan tajam.Dahlah musim panas sekarang ni, geram je aku tengok ais.Pergi food review haritu tu, jeles tgk orang lain makan dan minum sedap2, aku bawak adik aku untuk tukang rasa.Kang camne nak review kalau tak tau rasa camne kan..Aku pasrah jela order air panas.Nak ikutkan dah boleh start makan macam2 dah, tapi aku nak jugak cukupkan 44 hari pantang bab makan ni, sekaligus aku boleh kurus jugak.Yang bestnya, badan dah makin mengecil, pakai baju kurung yang biasa aku pakai ketat kat pinggang, dah longgar sampai terlondeh, kalau sebelum ni aku terpaksa bukak kancing kain bagi longgar sikit, sekarang sampai kena pin nak bagi ketat sebab asyik terlondeh je..hahahah suka hakak dik non..



Setakat ni aku takde lagi buat aktiviti2 berat.Setakat kemas2 rumah tu biasa lah kan.kerja2 lain Abi banyak tolong setelkan.Kerja kat opis pon tak memerlukan aku angkat barang2 berat.Aktiviti turun naik tangga pon aku kurangkan.




Ooo yang ni memang paling dititikberatkan lah., dah nama pon pantang disebab kan dia kan.hahaha..Kena jaga dia lebih sikit lah.Mujur kak ipar pandai buat jamu sendiri, berjamu lah aku nak sihat punya pasal, moga lepas ni lekat kembar lagi..Ehhh!!Dan sampai sekarang masih lagi mandi herba dan air panas, gigih pagi2 bangun awal sikit sebelum pergi kerja nak mandi air panas dan herba ni tau..Maklumlah rumah ai takde heater, kena jerang sendirilah air, kalau abi masuk kerja lambat, dia yang readykan..hihihiii...



Ermmm yang ni belum lagi kot..Nak rehatkan rahim atleast setahun dua lagi.Lagipon pantang ehemmmm ehemmm 100 hari okey.Takmooo takmooo takmo..Mujur suami memahami..kahkahkahkahhkah.Aku nak rahim aku betul2 sihat dan mampu menampung baby yang bakal bermastautin kat situ lagi nanti.InsyaAllah,manelah tau dapat rezeki kembar lagi kan (aminnnn aminnnn aminnn) ..Kalau rezeki cepat sampai, aku terima jelaa.Yelaaa Allah sebaik2 perancang.Siapa kita nak tolak dan menidakkannya.

Ada yang konpius, pantang gugur ni boleh ke keluar rumah, Boleh jee, asalkan berstokin,berbaju lengan panjang,(baju sejuk), ibu jari kaki tu jaga jgn tersepak or tersadung benda2 keras sudahlahh (tu mak aku yang pesan lah)..Pastu janganlah keluar lama2, beria2 sangat, kang masuk angin plak.Pantang bersalin biasa orang tua tak bagi keluar rumah sebab ada baby, baby dalam pantang memang tak digalakkan keluar rumah.Harap clear yer..Jangan kecam hakak tengok hakak berjalan sakan sana sini.Hakak pantang gugur bukan pantang bersalin tau.Hakak tau jaga diri, dont worry be happy okey sayang2..I know uolls sayang hakak..Peaceee kacang peace~~~

p/s : Harini baru 19 hari berpantang, ada lagi 25 hari lagi...Yeayyyyy raya nanti nak melantak macam2, nak minum air sejuk2, first sekali nak beli air kat Starbuck...hahahahahah..Siapa nak belanja, PM ek...Ngeeeeee~~~~~~

Rupanya kembar tiga

2 May 2017

Tibalah hari untuk rujuk ke hospital plak.Aku ke hospital putrajaya, paaaling dekat dengan rumah.Sampai sana, dorang suruh pergi Pusat Bersalin Berisiko Rendah Putrajaya plak.Tak ramai tahu pasal Pusat Bersalin ni kan.Kat sini dorang terima yang bersalin normal dan tak banyak risiko dan komplikasi je.Tapi best kat sini, semua doktor perempuan, semua baik2, lemah lembut jee bercakap, tenang je hati ni.Orang pon tak ramai, tak kena tunggu lama sangat pon.Cuma pendaftaran kena bayar RM30.Tapi puas hati, dorang check detail punya.Walauponnn sengsara jugaklah aku kena mengangkang je sepanjang masa kat situ..Dorang check ikut bawah kan..Hurmmmm..

Masuk bilik rawatan, doktor scan dulu, mula2 scan ikut atas, aku pon tak cakap yang aku pregnant kembar, sebab aku nak doktor tu tahu sendiri, sebab aku pon macam tak yakin dengan doktor kat Sofea tu, hhahahaha...padahal betul je apa yang doktor kat klinik sofea tu cakap.Cuma nak kan second opinion, aku nak doktor lain plak umumkan kat aku pasal kes 2 kantung tu.Sekali doktor tu cakap, ehhh 2 kantung, kembar yer??Aku senyum je, sambil cakap "hurmm ye kot" ..Saya pon baru tahu semalam, tapi macam tak sure lagi" hehehe...oooo yela, memang ada 2 kantung ni.takpe kite scan ikut bawah yer sebab nampak macam ada something, tapi tak clear sangat.Aku cuak lagi, ntah2 ketumbuhan kot..Haishhh aku ni, asyik fikir camtu je..Risauuuu..

Aku tak selesa scan ikut bawah tu, ngiluuuu...Hahahahaha...Tapi redha jelaa yang mampu, sekali taraaaa...ada 3 kantung semuanyaa..Dah kecoh dah dalam bilik tu, makin ramai nurse masuk nak tengok..Teruja tgk kembar tiga kan.Aku blur lagi, taktau macam mana nak react.Macam tak caya, betul ke tiga??Doktor mulanya takut2 nak sahkan ada 3 kantung, so aku kena naik atas plak jumpa doktor lagi senior, dan dia pon sah kan, yup sah 3 kantung..Tapi satu kantung je yang paling besar, lagi 2, kecik lagi..Maybe awal2 dah tak boleh survive, so tak menjadi..

Doktor pon dah sahkan yang takde heartbeat dah, dan kandungan disahkan tidak menjadi, dan kena tunggu process keguguran jadi sendiri.Sama ada dia turun sendiri, atau kalau tak turun semua, kena cuci (D&C).Nurse2 kat situ semua baik2, dorang tenangkan aku, dan doakan aku tak kena D&C, harap keluar semua secara natural.

Masa tu Abi pon taktau lagi pasal kembar tiga ni, sebab suami takleh masuk dalam masa scan tu.So masa doktor nak terangkan tu barulah boleh panggil Abi sekali, doktor cerita lah pasal kandungan aku yang dah tak menjadi tu, baby tak boleh nak survive, dan doktor bagitau husband sambil tunjuk kertas scan, tunjuk ketiga2 kantung tu, sambil cakap kalau menjadi insyaAllah kembar tiga, tapi baby tak boleh nak survive, sebab tu dia tak menjadi.Mungkin dia banyak sangat masing2 cuba nak membesar, tapi mungkin faktor kurang vitamin, rahim tak kuat atau tak boleh nak tampung, thats why baby tak menjadi kot.Still tak dapat nak simpulkan sebab apa yang sebenarnya menyebarkan si kembar tiga kami tak dapat diselamatkan.Mungkin sampai disitu sahaja rezeki tertulis buat kami.Tapi aku tetap bersyukur sebab jadi hambanya yang terpilih untuk merasai pengalaman mengandungkan kembar tiga.Alhamdulillah walau hanya 10 minggu 2 hari menumpang dalam rahim aku, aku tetap rasa happy bercampur sedih.huhhuhuhu

Tercengang jugaklahh laki aku, aku dah tercengang awal2 dah sebab aku dah tau dulu masa scan kat dalam bilik tadi tu kan..Sampai berpandangan sesama sendiri kitorang masa tu, haaaa apa kite makan ek ???Sampai tiga!!! Hahahahah..Walaupon sedih, tapi kami dah bersiap sedia awal, kami dah pon redha dengan segala keputusan.InsyaAllah ada hikmah semua ni.Bila tanya Abi, abang sedih tak??"Mau tak sedih, hilang 3 anak sekelip mata."Tapi takpelahh elok dia pergi seawal ni, dari dah cukup sifat, dan dia pergi, mesti lagi down masa tu kan.Hurmmm kami cuba untuk positif.

Ni jela yang aku sempat snap masa dalam kereta.Sebab lepas tu nurse dah terhilangkan semua kertas scan aku...alahaiii sayangnya...Mungin patient lain terambil kot..takpelahh, kalau ada aku suruh nurse tu simpankan..Nasib baik lahhh ada satu gambar ni buat kenangan..Nampakkk tak 3 kantung tu..1 besar dua lagi kecik je, yang tengah2 tu sempat membesar dulu, lagi dua awal2 dah takleh survive kot masa tu, tu yang kecik je..Wallahualam..

Thursday, May 18, 2017

Haaaa ada 2 kantung???

30 April 2017

Disebabkan kes brown spot aku tu dah makin teruk sebab makin banyak, sampai dah keluar darah macam period tu, terus Abi ajak check kat klinik, ingatkan nak check kat Klinik An-Nisa sebab first check & scan kat situ aritu.Tapi tutup plak haritu.Terus pergi klinik Sofea.Mujur bersepah klinik area umah aku ni.Dan aku memang suka pon klinik Sofea ni sebab mesin scan dia nampak canggih sikit, clear nampak.

Masa datang tu, takde pesakit lain, so cepatlah dapat jumpa doktor.Bagitau doktor pasal masalah bleeding aku ni yang bermula dari brown spot, sekarang dah makin banyak.Doktor scan, scan punya scan, tetiba muka doktor cuak, aku dah berdebar2 , kenapa plak ni.Doktor cakap "nampak macam....macam.."lama doktor nak habiskan ayat tu sambil berkerut dahi..aku dah cuak dah.Pastu doktor sambung lagi, "nampak macam ada something, kejap ek saya nak tengok betul2"..Lama dia pusing2 scan atas perut aku.Aku makin cuak, ahhh sudah..Doktor cakap lagi, "hurmmm multi sac, ada lebih dari satu kantung.Kalau ikut sini ada 2"..Aku blur dan terus tanya, "biasa kalau macam tu, maksudnya apa doktor??saya ada ketumbuhan ke?" Laju je soalan tu meluncur keluar dari mulut aku.Aku dah risau kot2 ada ketumbuhan ke apa ke kan.

 

Dan doktor pon laju je cakap " eh bukan, bukan, bukan ketumbuhan biasanya kalau 2 kantung ni twin lah.."Aku mana lah tau kan, blur plak tu masa tu, dalam fikiran masa tu takut ada ketumbuhan je.Tapi kalau ikutkan record scan aku sebelum ni, perkembangan baby macam dah terhenti, sebab size nya masih sama dgn size sebelum ni.Doktor cakap biasa kalau camni, kandungan dah tak menjadi.Hurmmmm sedihhh jugak aku dengar.Tapi kalau rezeki puan, insyaAllah kembar 2 ni .Camtulah doktor cakap..Pastu doktor tu buat surat refer ke hospital untuk check up seterusnya, kena scan ikut bawah, kalau nasib menyebelahi kami, mungkin boleh nampak heartbeat baby.Tapi kalau dah takde, memang kena redha jela tunggu kandungan tak menjadi tu turun sendiri.

Wednesday, May 17, 2017

Alhamdulillah, 6 tahun sudah

 

07 May 2011 ~ 07 May 2017

Alhamdulillah genap 6 tahun usia sebuah perkahwinan, 6 tahun dah jadik bini orang dan 3 tahun jadik mak orang.Masih lagi anak sorang, walau hakikatnya, kalau dihitung2, hujung tahun ni 5 dah anak kitorang, sebelum Iqy pernah gugur sekali, baru2 ni pon dah kehilangan triplet.Allahu banyak dugaan kitorang , lepas satu-satu, dari tahun lepas lagi, Rezeki agak sempit sikit dari tahun sebelum ni, hari2 berdoa moga Allah limpahkan rezeki seperti air mengalir buat kami, nak juga merasa senang dalam kebahagiaan, tapi jauh disudut dihati ni, aku bersyukur disebalik ujian yang Allah turunkan ni, menguatkan lagi ikatan kasih sayang kami suami isteri, nak ikutkan aku ni kalah jugak dengan emosi sendiri, tapi Abi banyak support, walau tak support dari wang ringgit dan kesenangan  tapi sokongan dari dalam tu yang buat aku terharu dan bersyukur sangat.Dalam saaat jatuh terduduk,tak sape tahu, yang dengar mungkin sekadar mendengar, tak merasa apa yang kami lalui, nak cerita lelebih kang kata minta simpati, biarlah aku pilih untuk mendiam diri, biar kami laki bini je tau kan.Kang orang kata, eleh kata susah , elok je pergi makan sedap2, tapi cerita sebaliknya orang tak tahu, yang makan sedap2 tu, makan free, orang belanja, food review.Aku kan hakak blogger..hahahahaha..Syukur jadi blogger, selalu dapat makan sedap2, EHHH!!!!

Okeyyy stoppp citer sedih2, nak raya ni..Kena happy takmo sedih2..hehehehe..Sempena ulangtahun ke 6 ni, aku tak mintak banyak, semoga kasih sayang kami kekal begini sehingga hujung nyawa, semoga Allah limpahkan rezeki melimpah ruah buat kami sekeluarga agar kami lebih bahagia bolehlah honeymoon kat obersea..hahahaha ko dah kenapa??Sesekali tengok gambar kahwin best pulak, kurusnya aku masa tu, selim melim.Suka tengok diri sendiri, cun jugak ek...kahkahkahkah #rasanaklempangdirisendiri 

Untuk asben, redhakan lah isterimu sentiasa, terima kasih untuk segalanya, pengorbanan dan usaha mu untuk beri yang terbaik buat keluarga kita, walau pon selalu merasa dirinya gagal dalam meyenangkan anak bini, tapi percayalah, abang sentiasa menang dihati kami, abang kaya, kaya dengan kasih sayang yang tak terbelah bahagi.Ya ALLAH, rahmatilah suamiku, berkatilah usaha dan segala pengorbanannya.Murahkan lah rezeki suamiku Ya Allah, bukakanlah pintu2 rezeki untuknya, dan permudahkanlah segala urusannya didunia dan akhirat.Ringankan segala bebanannya, dan lapangkan lah dadanya serta kabulkan lah segala doa dan permintaannya kecuali permintaan "NAK BINI BARU"..Ehhhh!!! #lempangnakkkk? hahahahhaa..Nak anak lagi boleh dipertimbangkan..Ngeeee~~~~OKBAIII



HAPPY 6th ANNIVERSARY ZUL & NORY

#doayangbaikbaik #insyaALLAH #tilljannah











6 week pregnant - keluar darah coklat

25 April 2017

Hari ni nak ikutkan tarikh scan aritu dah masuk 6 week..alaaa rasa macam lambat nya lahaiii..aritu aku kemain konpiden ingat dah 8 week plus2 gitu, sekali scan jauh beza dengan tarikh LMP..Frust tak dapat tengok jantung baby lagi, baby so kecik lagi..huhuhuuu..

Harini setelah cuti selama 5 hari, yupp minggu lepas aku saja amik cuti rehat..Walau takde morning sickness or apa2 alahan, aku tetap nak cuti rehat2 jugak, nak feel camne org rasa morning sickness jugak.Tapi aku bersyukur lah sebab dua2 peknen aku tak kena morning sickness.Tapi selera makan membuak2, tapi jenis yang makan sikit tapi berkali2 tu, kalau sebelum ni aku jenis yang banyakk makan sekali harung, berbeza bila dah peknen ni, aku masih kuat makan, tapi jenis yang makan sikit2 tapi kerap lapar..Sama macam Dak Iqy dulu juga, jenis lapar tengah2 malam buta.Nasib lah dapat shuben yang tak pernah sekali pon merungut tiap kali aku paksa dia beli makanan tengah malam, kadang time dia dah tidur pon.Ya Allah berdosakah aku???

Bukan time peknen je tau, kalau tak peknen pon memang dia macam tu, aku je kekadang sampai tak sampai hati nak kejut dia, try jugak tahan lapar..Tapii dah peknen ni, takleh nak tahan2, kalau tahan takleh tidur, pastu emooo je selagi tak dapat makan...hahahahahaha...Bertabahlahhh encik laki yer...
Okey2, nak cerita ni haritu masa start keje selasa aritu, masa kat opis, pepagi macam biasa sampai opis mesti nak ke toilet, peknen kalini aku perasan yang aku kerap kencing.huhuhuuu..Pastu masa dalam toilet terperasan ada "brown spot" kat panties..ermm betulke nama dia brown spot, dia macam tompokan kaler coklat gitu.nak kata aku makan coklat, tak mungkin sampai kena panties kan..okey tak kelakoo..so tetiba cuak, sebab first time kan, masa Dak Iqy dulu takde, tapi tak  cuak sangat mulanya sebab pernah terbaca tu antara tanda2 awal kehamilan gitu..Aku menung depan PC..Walau tak cuak, tapi ada perasaan risau jugaklah, masa tu perut takde rasa sakit.Tiba petang sikit, start rasa sengal2 sampai sakit2 pinggan aku.Tapi darah dah stop.Aku cuakk jugaklah..Terus rasa bersalah sebab dah 3 hari culas makan acid folic, taktau effect dari tu atau apa kan..Nak.kata buat kerja berat takde jugak, cuma sehari sebelum tu , aku buat kerja rumah yang biasa2 je, vaccuum n mop lantai satu rumah, tapi takdelah angkat berat apa2 pon, sebab Abi ada kat rumah, aku buat kerja rumah pon sebab bosan plak baringg je satu hari, tu yang buat jugak kerja rumah sikit2, tu pon ada hati ajak Abi alih katil bagai, uishhhh nasib baik tak buat..

Sempat whtsapp Za tanya dia sebab setahu aku dia pernah kena masa dia peknen dulu, dia kata dulu dia keluar masuk hospital pasal benda tu..hurmmm aku cuak balik..balik tu inform abi, abi ajak gi klinik aku cakap taknak, sebab dah tak keluar darah lagi, cuma perut sengal2 dan sakit pinggang je, aku baring je sampai lepas isyak baru larat bangun tu pon sebab tetiba nak makan aiskrim, hahahah ko dah kenapa?sebab nak makan terus jadi sihat, hilang dah sakit pinggang tu.Pastu mintak nasi goreng ayam medan selera plak,terpaksalah Abi keluar hujan2 pergi beli..Alaaaa kesiannya, tapi terpaksa jugak suruh, sebab perut lapar kemain sampai rasa nak telan orang.hahaahha..

Esoknya bangun pagi check panties tgk takde darah dah, perut pon tak sakit dah..Sampai opis pinggang plak sakit, adudududuuuuu...Mungkin faktor usia kot kan, dah tua2 ni biasa lah..Positif jelaa..Abi whatsapp tanya kondisi, aku okey je cuma pinggang je sakit..Tengoklah kalau ada keluar darah lagi , baru pergi klinik.Doa banyak2 moga adik baby kuat dan sihat..Mama dah ada nama dahni untuk adik baby tau...hekhekhekhekkkkk...

Tuesday, May 16, 2017

Mengandung kalini pon takde alahan, yeayyyy hakak suka!!!


17 April 2017

Alhamdulillah harini genap 8 minggu 3 hari bermaksud dah genap 2 bulan dah adik baby dalam perut.Still tak percaya lagi, setakat tarikh 17 Apr 2017 ni cuma beberapa orang yang dah tahu pasal berita mengejut ni.Mula aku bagitau mak aku, mak aku plak tak pandai simpan rahsia terus bagitau maklang sebelah rumah aku, then papa dan adik aku pon tahu.Hari yang sama, Abi dah annouce kat grup adik beradik dia.Tau2 je adik ipar aku wassap, terkezutt hakak tau..hahahahaa..Terus ajak adik ipar join sekali dengan harapan ada geng lah beranak hujung tahun nanti..hahaha ko dah kenapa, beranak pon nak ajak geng.Takuttt lettew!!!..

Pastu weekend aritu, Abi plak bagitau kat Along aku, dorang kan member kamceng, lagilahh tak boleh simpan rahsia, Along aku dah tahu, dah tentu lah dia menganjing aku..hahahaha..Sebab before ni aku selalu je mengelak kalau orang tanya bila nak beranak lagi.Sekarang dah tak boleh nak elak lagi lah..Hadap jelaaa..hahaahhaha..Eh tapi seronoklahhh peknen kalini, rasa lebih disayangi, lagi2 Abi jadi lebih over protective gitu..Dak Iqy lari2 pon Abi suruh main tempat lain jangan dekat2 dengan aku , takut Dak Iqy lompat atas aku..hahahaha...Terus rasa nak beranak tiap2 tahun..hahahah..Sejak dah tau peknen ni, segala kerja rumah semua Abi take over, sebelum ni dia akan tolong2 mana yang aku tak sempat buat, tapi sejak dah preggy lagi ni, Abi suruh biar je semua nanti dia setelkan..Tenkiuuuu Abi..

Dan yang paaaling bestnya peknen kali kedua ni, sama macam peknen kan Dak Iqy dulu, takde muntah2, takde morning sickness semua, cuma kepala je cepat pusing.Pening je memanjang..Pastu keje asyik nak melepek je, tak muntah pon badan rasa letih je, kenapa ntah, rasa nak baring je, balik dari kerja je, terus syiottt landing depan TV.Syiokkk ooo..Tapi tak tido pon, cuma rasa nak berbaring je sentiasa.Minggu lepas pon aku amik cuti 3 hari untuk berehat.Sambung terus sabtu ahad, syiookkknya cuti 5 hari..Harini start kerja lemauuu, tapau kuih siap2, sebab time peknen ni, perut setiap masa mintak diisi.

Pasal jantina plak, aku tak lah berharap sangat, tapi naluri aku kalini kuatttt mengatakan baby girl, taktaulah kenapa terlalu yakin.Tapi kalau keluar baby boy, tetap terima tetap sayang jugak..Tapi naluri aku ni kuat bebenor, tak taulahhh kenapa, kalau betul alhamdulillah lah..Korang doakanlah aku dapat baby girl kalini , boleh aku tutup kilang sementara.Kalau ade rezeki umur 35 nanti plak nak lagi sorang..Kemainnn lagi planning nya..hahahahah

Monday, May 15, 2017

Entry bertarikh 10 April 2017

10 APRIL 2017

Ni entry pertama aku untuk second pregnancy kalini.Uishhh macam tak percaya, sebab tak sangka tahun ni Allah nak bagi rezeki anak plak.Nak ikutkan planning asalnya tahun depan lah nak beranak nya, sebab kalau boleh nak jarak 4 tahun dengan Dak Iqy.Tapi kita ni hanya merancang, Allah sebaik2 perancang, dia tahu apa yang aku perlu, nak ikutkan pening jugak fikir, boleh ke aku survive dengan anak dua nanti, anak sorang pon cukup2 makan  je, tapi Abi selalu positif , katanya insyaAllah rezeki anak tu ada.Aku pon cuba untuk positif..huhuhuuuu..

Bukan nak menolak rezeki, bukan nak merungut, nak ikutkan pada awalnya aku macam tak berapa happy, bila piyed lambat menjelma.Taktau lah apa yang aku fikirkan.Tapi bila muhasabah diri balik, barulah aku excited tetiba, dan tetiba konfiden giler yang kalini mesti baby girl..Ehh kau dah kenapa???hahahaha

Mulanya tu memang susah nak percaya yang aku peknen, tapi instinct aku kuat mengatakan aku peknen, walaupon masa tu tak kompom lagi, aku pon malas nak beria buat UPT.Sebab aku nak sangat kalau boleh nak peknen dalam bulan 6 keatas so due date aku tahun depan 2018, so jarak dengan Dak Iqy 4 tahun lah kan.Tapi tu lah, sape lah aku nak menidakkan kerja DIA kan.

Last piyed 17hb Februari 2017, dan itu merupakan bulan pertama aku bebas dari "family planning", konon nak start ber"ttc" semula lah, sebab sejarah aku sebelum ni kan memang asalnya TTC.Aku tak macam orang lain yang subur kahwin2 je terus lekat, amik masa 3 tahun jugak nak dapatkan Dak Iqy dulu.So aku sangka peknen kali kedua nanti pon mesti amik masa jugak nak "jadi", sebab tu aku bersedia awal, tapi tu laahhh tersilap timing plak.hahahahaa...Tak sangka plak first month percubaan ber"ttc" terus lekat, padahal dah avoid waktu subur..huhuhuuu..

Aku mula syak aku peknen masa besday Dak Iqy 17 March lepas , ngam2 sebulan lepas last piyed aku tu, kalau ikutkan cycle piyed aku dah normal dah lepas bersalin dulu, kalau lewat pon sehari dua, tapi biasanya awal dari tarikh bulan sebelum tu.Tapi masa 17 March tu, takde tanda2 piyed nak datang pon, aku dah start syak dah, sesuatu sangat aku ni.hahahhaha..Tapi watlek watpis dulu, cuba sedapkan hati, alaaa kalau peknen mesti muntah2, padahal masa Dak Iqy dulu pon mana ada aku muntah2 diawal peknen.Tapi yang aku perasan, aku jadi makin lemau, cepat penat, balik kerja melepekkkk je depan tv, pastu tetiba suka tido depan tv, dengan Abi dan Dak Iqy join sekali bentang toto tidur kat depan tv ruang tamu,aku lagi suka kipas berbanding aircond, sebulan jugaklah tak tido dalam bilik aircond, jimat letrik aku bulan ni.hahahaha

Sampailah nak masuk bulan kedua lewat piyed.Tunggu punya tunggu tak kunjung tiba, perut plak jadi cepat berangin, malam2 mesti nak sapu minyak angin, minyak cap kapak, segala minyak lah aku suka.Petanda yang paling menguatkan lagi telahan aku yang aku ni peknen adalah perubahan sikap Dak Iqy yang tetiba tantrum tahap maha dasyat, sampai aku stress giler hadap perangai dia, baling2 barang, jerit tak tentu pasal..Haishhh...Aku dah makin percaya dengan naluri aku yang aku sedang peknen, selera makan pun membuak2, pastu nak makan yang manis2 je, boleh kata tiap kali weekend mesti ada je desert yang aku buat.Puding sumi lah, puding karamel lah, haishhhh macam2 sangat.

Tibalah hari paling bersejarah, cewahhhh iaitu pada hari Isnin 10 April 2017, masa tu dah dekat 2 bulan dah piyed tak kunjung tiba, sesat kemana lah agaknya tu kan..hahahahaa..Sebelum tu, Abi memang hari2 menyakat cakap aku peknen, suka tengok aku muncung sedepa tau.Aku bukan tak suka, tapi macam terkejut poyo sikit lah kan..ahahahahha..Bila Abi nyakat tu aku jadi rimas lah, sebab benda tak kompom lagi kan..huhuhuu..




Pagi Isnin tu, kat opis aku saje prank Abi, aku cilok gambar UPT positif kat gugel, pastu aku send kat Abi..Abi terkonooo beb..Jahat betul aku..Pastu time lunch citer dengan Kak Zila yang aku prank laki aku pasal upt test tu, Kak Zila sound aku, "ko seronok lah nyakat laki ko, nanti betul2 ko peknen, padan muka ko"..hahahaha..Pastu aku terkedu, alamak kalau betul2 camne, terus pergi watson beli upt, sampai opis masuk toilet, masa ni ntah kenapa jantung degup laju giler macam baru lepas marathon tau tak.Huhuhuu..Pastu terus titis urine kat test kit tu, perghhhh berdesuup wey, takde nak seperais2 nya, masa dia berdesup tu pon dah nampak terang benderang 2 line merah weyyyy..Ya Allah!!!!, aku peknen beb..Berapa kali aku ketuk test kit tu, memang betul 2 line.hahahahaha..Maka sah lah aku peknen.Terus buat kerja pon dah tak tenteram dah.Kalau sebelum tu aku macam tak sedia je lagi kan, tapi lepas dah tengok 2 line tu, tetiba jadi excited kemain, happy giler2.Tak tau nak react camne.Aku tak bagi tau Abi lagi, sebab malu tadi dah prank dia kan, sekali petang aku plak prank kan diri sendiri..hahahaah..


Aku wassap kak zila je, sebab dia yang nasihatkan aku tadi kan, terus dia cakap, gud job Nory..Tulaaa lain kali jangan suka prank orang..Prank laki sendiri plak tu, kan dah betul2 jadi.Apa2 pon tahniah dari akak..huuhuhuu..Pastu takde sape yang tahu termasuklah mak aku, balik kerja singgah rumah mak pun aku tak bagitau.Sebab tak sabar tunggu Abi balik kerja nak bagitau dia.Tapi reaksi dia masih macam pagi tadi, happy je semacam, mungkin kesan prank pagi tadi kot.Dia ingat aku main2 lagi, dah tunjuk test kit tu pon dia tanya, sayang punya ke tu..hahahaha..


*kalau korang baca entry ni, ni entry peram tau, sebab second preknen ni aku lebih low profile takmau heboh2, bukan tak happy, aku happy sangat tapi saje nak buat seperais.Taktau lah menjadi ke tak, sebab aku jenis yang susah nak sorok perasaan teruja itu..heheheheh.Doakan yang baik2 yer..InsyaAllah due date aku hujung November nanti.Harap sangat adik baby keluar time besday aku 19 November , boleh share kek besday..hehehe..Entry ni mungkin akan di publish selepas 1st trimester ..So kalau korang tengah baca tu, perut aku maybe dah makin maju kedepan dah sekarang..hehehehe...Entry basi takpe , tapi kenangan tu takkan basi..


masa ni adik baby baru 7 week dalam perut mama, moga keluar nanti cantik macam Lopa eh...Ehhhh mak ko ni..!!!



Sekian dari,
Mak anak dua to be 😘


Thursday, May 4, 2017

Berpantang Mode is ON


Haiiii korang!!!!Ada yang rindu, ada jugak yang perasan blog hakak ni dah makin sunyi lately, tahu2 je dah berpantang, mesti ramai tertanya2, bila masa plak aku mengandung, huhuhu...Maaflah untuk peknen kali kedua ni, banyak sangat surpriseeee, sampai tak sempat nak bagitau, lagipon aku memilih untuk lebih privacy untuk peknen kali kedua ni, tapiiii jangan risau, aku still update cerita dari mula aku mula expect yang aku mengandung sampailah tau2 je dah gugur pun sekarang ni.Sebab aku dah draft sesiap, cuma tunggu masa je nak publish.So kalau entry2 tu dah publish nanti, korang anggap jelaa tu entry fresh dari aku tau, takde niat nak rahsia2 sangat pon, hakak bukan retis dik non, cuma awal2 peknen tu macam shock sikit, susah nak percaya yang tetiba diri ni termengandung..Ehhh!!!hahahaha

Dan sekarang masih shock lagi, masih sedih lagi, masih terbayang lagi diri ni dirodok2 kat bahagian bawah tu..Adehhhh ngeriii..Takdelah sakit mana tapi sumpah rasa tak selesa sangat, bila bawah kite tu di godek2 dikorek2...haishhhh takmolah mengenangkan lagi..Harap2 lepas ni taknak dah lalui pengalaman keguguran lagi.Harap2 masih diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung lagi.Dan aku laki bini pon masih terkejut dengan satu-satu berita, kejap twin, tetiba rupanya triplet.MasyaALLAH..Jammed otak aku kejap, susah nak hadam.Aku pregnant triplet..????Susah nak percaya..Mak aku pon terkejut beruk masa aku cakap , mak doktor cakap adik gugur, tapii ..bukan 1, bukan 2 tapiiiii tiga, makk!!..Haaaaaa!!! TIGA!!!Melopong mak aku kejap.hahahah

Oklahhh nanti tunggu entry schedule aku keluar ek next week, sebab aku dah set time siap2, malas nak edit balik..Entry dari mula dapat tau peknen , dapat tau twin, dapat tau triplet plak, dan tau2 gugur..Tunggu ek...Since aku up status kat FB pasal berita keguguran triplet aku tu, ramai yang PM tanya apa petua, tips, dan apa aku makan sampai boleh jadi triplet ni?Otak aku tengah jammed lagi ni, jenuh nak ingat balik apa aku makan, rasanya aku makan macam biasa je, takde makan apa2 supplement tambahan pun, sayur pon aku tak makan..Ni semua kuasa Allah, kalau dia kata jadik, maka jadiklaaa...Kun Faya Kun..Tapiiii kalau tanya laki aku, hehehehhhhhh...taktaulahhhh tapi ada jugak something yang dia makan sampai termengandung triplet ni (kebetulan je kot, mungkinlah mungkinnnn)..Tapi taktauulah sejauh mana kebenarannya..Tapi nak try boleh je cuba kan...Nantilahhh aku share..next entryyyy ek..Kot lepas ni aku boleh jadi usahawan dengan jual makanan tambahan tu nanti...hahahahah..Jauh sangat aku fikir tu...heeee...

Aku sekarang on MC 7 hari, nak pantang bebetul, jalan still kepit2, sebab ada "jalan" buka masa gugur tu, doktor ada seluk tengok bukaan, so rahim dah kena godek2 ni, kena jaga jugaklah, pantang makan, pakai stokin, tungku, urut, legaaa rasa badan..Ikutkan nak tambah MC lagi je, nak pantang lama sikit, nak rehat puas2..Hurmmmmmm..

SEE U NEXT ENTRY YA!!!! MUAH CIKED