Monday, August 28, 2017

Punca blog menyepi seketika


Hallluuuu...ada yang rindu hakakkk tak? Ada ni haaaa, tak hilang pun, cuma nya bulan ni memang sibuk sikit.Sepupu paling rapattttt iolss dah kahwin uollsss..Giler tak rapat, membesar sama2 kot, rumah plak sebelah2 je.hahahaa..So nak taknak, memang kena jadi orang kuat majlis jugak lah.Dah macam majlis kahwin adik sendiri dah tahap busy dia.huhuhuhhu..Adik aku kahwin nanti, camne lah agaknyaaa kan..Dari 2 minggu lepas kot aku dah start busy tolong kak ipar aku gubah hantaran, mujur 5 dulang je..Sehari je dah siap..Pastu minggu lepas pon busy pergi kenduri kahwin kat Melaka, pastu terus singgah rumah sedara mara kat sana teman maklang menjemput..huhuhuhu...Busyyy kan hakak..Tapi exciteddd sebab lama dah tak busy untuk kenduri camni, semua turun padang, meriahh rasa, walaupon kenduri sebelah sepupu ni majlis sambut menantu je sebab sebelah lelaki kan, tapi rasa macam majlis besar plak, mungkin sebab family kitorang ramaiii dan besar kot kan..


Ni gambar hasil gubahan kak ipar aku, Kokti.Aku tolong sikit2 je, tapi dia punya effect sampai demam aku dibuatnya..Aku dah lama tak demam, bertahun jugaklah.Haritu nak demam tak jadi, sekali, haaa ambikkk kau, nak demam sangat kan..Aku spesis yang susah nak demam, tapi sekali demam, panasnya takdelah teruk sangat, tapi dia punya lembikkkk semacam.Lemauuu satu badan aku rasa, sampai mandi pon Abi yang mandikan, aku nak angkat gayung pon tak larat, bayangkanlahhh.Makan apatah lagi, thanks Abi jadi "abang nurse"..Dia gi kerja pon hati tak tenang, sebab jarang tengok bini sakit camtu kan, last2 balik kerja awal, masak dan suapkan untuk bini..Bini rasa terharuuuu sangat...Sambil taip pon rasa nak menitik air mata...anyonyonyonyoooo...





Sehari sebelum nikah, hari jumaat tu pon dah start busy dah rumah aku n rumah maklang aku, sepupu aku nikah Sabtu, so malam tu, kitorang ada sessi berinai kecil-kecilan, haaaa ko ingat belah perempuan je ada majlis malam berinai, belah lelaki pon ada tau..Tapi yang pengantin nya pakai secoet je, kami yang ladies2 ni yang lelebih, sorang nak inai 5 jari lah, sorang nak 2 jari, sorang nak inai kat kuku je..hahahahaha macam2 ragam..Meriah malam tu..Tidur pun lewat pagi..huhuhhu..Gigih tau cari inai daun, original punya, sendiri blender, tak mampu nak tumbuk...hahahahah




Alhamdulillah, majlis nikah sepupu berjalan dengan lancar.Dengan sekali lafaz, sah lah dia menjadi suami orang.Aku yang dengar ni pun tumpang nervous sekali..Phewwwww dah sah, legaaaaa...Hujung minggu ni turn majlis belah kitorang plak..Lagi aku nervous, dan blog bakal sunyi lagi untuk beberapa hari..Start khamis dah start super duper busyyyy dah..Nak praktis nyanyi lagi...muahahahaaha...Family aku semua kaki karokkkkk weyyy...Ko kena faham tu...kahkahkahkahkahhh...Kalau berkumpul semua, memasing tunjuk bakat terpendam, sorang dah macam Jamal, sorang dah macam Awie, sorang macam Ameng spring, sorang macam Siti Nordiana, sorang lagi macam Wany Hasrita....Ehhh!!!Hhahahahahah...Okbaiiii



Monday, August 21, 2017

Abi turns 35, today !!!!



21 AUGUST 

Alhamdulillah harini genaplah 35 tahun usia Abi. Tak sangka kejap je Abi dah diambang 40an.Untonglah dapat bini muda sweet 17 sentiasa kan.Ehhh!! (apa kena mengena??)..muahahahahaha..Aku kenal Abi masa umur dia 25 tahun, maknanya sekarang dah hampir 10 tahun dah weolls kenal.How times fly???Tapi kami masih dalam proses saling mengenali gitu..Cewahhhh..10 tahun lepas, aku baru 20 tahun, berkenalan dengan lelaki yang 5 tahun lagi tua dan matang dari aku, buat aku rasa selamat dan selesa dengan dia.Dan sehingga kini, bini dia ni masih tak matang2 lagi..hahahaha..Kan dah kata always sweet 17..Macehhh abi terima diri ni seadanya.

Semoga abang sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.Semoga badan abang terus membesar dan membulat, sebab makin besar badan abang, makin besar jugak cinta sayang kat abang..Chiaaa chia chia...Hadiah dah bagi awal2, hasil bid kat CHILINDO aritu...muahahahaa...aci tak?? aci tak?? Harini taknak masak, nak belanja abg makan kat luar lah, alaaa makan roti canai je bagi perabih duit BRIM..Oklahhh tu kan..Sweetttt kan biniii abg???hahahahaah..Okbaiii..

HAPPY BIRTHDAY MY SOULMATE







Friday, August 18, 2017

Sekitar Birthday Party Bunga | First job Abi sebagai Walk In Chef



Baru berkesempatan nak hapdet pasal sekitar majlis harijadi Bunga yang ketiga ni.Selamat Hari Jadi bakal menantu.hikhikhikhikkk..Bertemakan Frozen, simple tapi meriah sangat..Decoration ni pon hasil gubahan dari mummy birthday girl yang merupakan owner TEDDY PRANK pakar surprise planner yang tidak asing lagi kat KL ni..Huntonglahhh kan, boleh deko2 sendiri, takyah tempah2 dah..heehehe..


Dan yang lebih buat kami berbesar hati sangat tu, mummy Bunga dengan sebulat suara telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Abi untuk menyediakan menu untuk majlis Bunga ni.Ni impian weolss laki bini dari dulu nak ada bisnes kecil2an macam ni, nak buat service mini katering gitu.Sesuai untuk majlis2 kecil macam Open House ke, Birthday Party ke, Farewell Party ke..Tapi sebelum ni kitorang belum rasmikan lagi pon, takat masak2 untuk family sendiri je laaa..Tapi bila dapat peluang macam ni, macam satu langkah yang baik lah untuk kami mulakan.Untuk besday Bunga ni Abi sediakan 4 menu, Nasi Lemak , Laksa,  Mee Goreng & Bihun Goreng.


Ni nasi lemak, sambal je tuan rumah beli asing..Abi cuma masak nasi lemak je...Telur pon tuan rumah yang rebuskan..hehehehe



Ni antara menu yang dah siap dihidang..Laksa tu masak dari sepertiga malam okey..gigih aku tak tido teman laki potong bawang..hahahah potong bawang jela pun...tu pon nak bangga..kahkahkahkah


Sape peminat laksa???Mehhh lah try rasa...Nak order, kite PM tepi okeyyyy..

Mee goreng & bihun goreng..

Comeyyy kan kek besday girl.Dak Iqy pon berkenan, berapa kali dia buat percubaan nak cabut patung atas kek tu..Heyyyy tak senang duduk aku dok pantau dia je dari main kat kek tu...



Haaaa amikkk kau..sampai 2 biji kek..kelasss ko jah..hehehhe...sedappp kek ni dari Nini kawan mummy Bunga.


Lets bergambarrrr dengan princess Bunga.Happy Birthday Bunga..Besday Anggun nanti, jangan serik booked abah zul lagi okey...Coklat Fountain dari mama Ida ..Tapi mesin tu bukan mama Ida punya tau..


Untuk service masakan ni, kami gelar sebagai "walk in chef", cuma perlu bagitau menu apa yang nak dimasak, kemudian kami akan listkan semua bahan2 yang perlu dibeli beserta kos..So tugas kami hanya datang dan masak sahaja..Upah per jam..Tapi kalau nak kami belikan bahan2 pon boleh.Macam mummy Bunga, kami listkan barang, dan dia yang belikan siap2.So Abi datang prepare bahan dan masak je..Sebab ada orang yang suka beli barang tapi tak suka masak kan ..betul tak?? Gitulah konsepnya yang cuba kami ketengahkan.Dan konsep macam ni lebih jimat berbanding kos catering yang harga ikut per head..Nak jimat tak.??




Jangan segan silu whatsapp kami 

Zul : 017-349 1987 / 017 - 344 8400



(Jangan ajak laki aiii pegi karoke plak, suara dia tak sedap pong, hahahahaha) maaf bangπŸ˜…πŸ˜…

Thursday, August 17, 2017

Moment paling "mahal" Dak Iqy & Abah


Ni antara moment ter'mahal' antara Dak Iqy dan abah.Aku perasan sampai kebesar Dak Iqy ni suka melekap je kat abah, pastu baru aku teringat, memang sejak dari Dak Iqy lahir lagi abah dia dah ajar dan biasakan tidur atas badan dia.Ingat lagi masa tu kan baru first time jadi mak bapak orang kan, aku tanya Abi "Kenapa abang suka letak / tidurkan Iqy atas badan abang, tak penat ke?" Dan jawapan tu bagi aku sweet sangat..Abi cakap, dia nak Dak Iqy dengar setiap degupan jantungnya, sebab setiap degupan tu lambang kasih dan sayangnya abah kat Iqy (macam copy paste ayat time ngorat mama dulu jer, erkkkkk tak aciii lah camni πŸ˜‚)..Perghhhh cair wa cakap luuu..

Dan sejak detik tu lah, sampai Dak Iqy dah tiga tahun lebih sekarang ni pun, asyikkk lah nak melekap je kat abah dia.Pantang abah dia baring, dia mesti naik atas abah dia, bagi dia selesa sangat duduk atas abah dia tu.Abi siap cakap, Dak Iqy ni dah sebijik macam mama, kuat melesettt..hahahahaha..Kalau kat rumah, tengah tengok tv, aku dengan Dak Iqy ni akan berebut nak meleset kat abah.Kau ingat aku nak mengalah ke??Memang takkk lah..Kekadang je kasik cann..Abah Iqy bangga lah, kat rumah dia menjadi rebutan, ni baru Iqy dengan mama, kalau ada adik3 Iqy nanti macam mana lah, mana aku nak melesettt plak.Dah kalau semua bertenggek kat abah, cukuplah mama kekal bertenggek di hati abah je...Chiaaa chia  chiaaa...


Ni gambar bukti dari kecik port Dak Iqy bertenggek sampai sekarangg..Time ni dalam pantang lagi..Haluuussss je Dak Iqy time ni..Anyonyonyoo..Abah pon hensem lagi time ni..Eh sekarang pon hensem jugak (demi menjaga hati,hahaha)



Ni pon sama, masa dalam pantang jugak.Abi balik kerja je, mandi2 terus angkat anak dia letak atas badan..Rinduuu lah sangat..Bini tak rinduuu ke???Oh lupa masa ni dalam pantang...kahkahkahkahkahhhh...



Ni masa Dak Iqy dah 4, 5 bulan camtu, masa ni badan dia tengah mengembang dengan jayanya, pipi tu sampai tak larat nak tampung dah, punya lah berat, belum badan lagi, peha lagii...haishhh...Gerammmnya masa Dak Iqy umur2 macam ni..Tetiba rindu nak ada baby kecik lagi...Tapi biarlah dulu..Biarlah masa dan rezeki yang menentukan..heeeee



Masa ni dah start pandai buli abah dia.Dia lumurnya sebotol bedak kat muka abah dia..Abah marah tak ???? Memang tak lahhh..Cer buat kat mama, kompom jadik hijau mak kau ni serta merta..hahahaha



Dak Iqy dengan abah dia memang macam magnet, melekapppp je sepanjang masa,siap parking pipi labuh lagi dekat abah, berat sangat kan...Dah besar sekarang ni, asyik melawan je cakap abah..Biasa sangattt dia ni..Tapi bila abah pergi kerja, kena marah dengan mama, masa tu baru lah nak nangis2 sebut nama abah..Dia tau abah dia je yang akan jadi penyelamat dia bila dia ada masalah..Nak berak pon bisik kat abah dia okey..Biasanya kalau tengah2 malam lah, dah siap mandi makan semua, dah ready nak tidur, time tu lah dia nak terberak, kalau cakap dengan aku, dah tentu2 kena bebel, tu yang dia bisik dengan abah tu, siap pesan kat abah dia, jangan bagitau mama tau, nanti mama marah..hahahha..tau takuttt...Padahal aku dengar je dia bisik tu, pastu aku intai tengok abah dia slow2 bawak gi bilik air..hahahahaha..Dah kenapa semua takut dengan mama ni..Terasa diri "mak singa" sangat tauuu..hahahaa


Peneman abah main game



Peneman abah tengok tv, melekapppp je kannn...



Naik buai pon nak duduk atas abah jugak, tak paham akuu dengan budak ni tauu...


Ni gambar terbaru, dah tua bangka pon, masih tido atas perut abah..Kita tengok macam tak selesa je kan, cuba ko try alih dia, mengamukkk dia weyy, dia selesa bertenggek gitu je kat abah dia..Semoga bila Dak Iqy dah besar nanti, Dak Iqy tak akan lupakan jasa abah, yang sentiasa manjakan Iqy, tatang Iqy macam minyak yang penuh, macam abah jaga mama..Heeee...Semalam tunjuk kat Abi gambar2 ni, tersenyummm Abi dok belek gambar2 ni, nak nangis lah tuuu...huhuhuhuhu...Tapi aku pun tetiba macam sebak plak..Hurmmm




Wednesday, August 16, 2017

B.U.S.Y




BUSY
.
.
.
BUSY
.
.
.
BUSY
.
.
.
😒

Tuesday, August 15, 2017

Mak aku ada instagram weyyyy




Kemain lagi mak aku, sekarang dah ada account instgram kauuu..Katanya dah bosan layan FB..hahahaha...Lagipon senang dia nak stalk adik aku kat instagram..hahahaha...Stalk anak2 dia lah..Sebab tak semua kami share di facebook, rasa nak privacy sikit share kat Instagram..Gituu..Orang2 tua jarang berinstagram kan, haaa sekarang mak dah ada acoount insta sila berhemah yer di instagram ...hahahahahaha..Yela sometime segan nak pose gambar mesra dengan suami kat facebook, sebab rasa macam terlalu terbuka sangat lah kat Facebook ni, rata2 semua yang kita kenal rapat, kang meluat plak orang, asyik muka ko je lalu kat timeline, kang mulalah si Peah hapdet status "eh meluat lah aku dengan minah ni, macam dia sorang je ada laki" "Eh si Senah tu beli belacan pun nak canang kat Facebook" "Elehhhh nak tunjuk dia banyak duit lah tuu " hahahahahaha ..Typicallll manusia di Facebook gitu lah kannn..Tapi rasanya di Instagram lebih terbuka cara orang menerima kekerapan kita menghapdet gambar, sebab instagram lebih sinonim dengan gambar kan..Betul takk??

Aku yang perkenalkan mak aku dengan instagram ni, sebab kalau cerita2 artis kan lagi cepat kat instagram ..Mak aku minatt..Kadang dia stress dengar aku citer, "Mak, Nory Hasrita kan beli kereta baru" (ayat contoh yer)..."Yekeee, mana ko tau, mak tak jumpa pon cerita kat FB"...Ermmm kat instagram lah mak..Hampa je mak aku, last2 pinjam account instagram aku nak skodeng retis2 favourite dia, tu yang aku suruh dia bukak account sendiri tu..hahahaha..

Jemput follow instagram mak kite...hahahhahahaah...




Monday, August 14, 2017

Ber'dorayaki' dihujung minggu


Aku taktau nak gembira nak ke nak bersedih kalau Abi cuti time weekend ..hahahaha..Suka memang suka, happy lah ada teman bercakaran, teman buat lawak hambar, walaupun suami aii seorang yang sangat annoying kekadang tu, tapi iolls terhibur okey dengan annoying dia tu..hahahhaha..Sebab tu kalau tanya kitorang antara kami berdua ni sape paling annoying, masing2 cakap pasangan sendiri, maksudnya sama je, laki bini annoying, muahahahahah..

Weekend kalau Abi cuti memang bestttt sebab pagi2 Abi dah bangun readykan breakfirst..Aku sejenis makhluk yang pagi2 lambat sikit nak bergerak.Lemauu je.Tapi Abi sejenis yang makan nasi pagi2, macam aku tak breakfirst pon takpe, aku pakej brunch terus.Dak Iqy sama macam Abah dia, pagi2 cari nasi, kalau bagi roti ke apa ke, mesti ending nak nasik jugak.hahahahah..Perut mama juga yang behave setakat ni kann.mueheheheeh..

Pagi sabtu lepas bangun, tengok atas meja dah siap dah sarapan, Abi biasalah dengan nasi berpisah tiada, pagi tu dia goreng nasi je makan dengan kari ayam semalam..Iqy pon makan sekali dengan Abah dia, dah siap mandi dah Dak Iqy, bestnyaaa bangun  tido anak dah siap mandi, makan semua, kalau tak pepagi aku dah macam hape dah uruskan anak, nak makan lah, nak mandi lah, nak berak lahh..pfffftttt..So bila Abi ada, dapatlah aku ber "me" time gituu..Thankssss Abi..Walaupon annoying terselit ke'sweet'an jua disitu, jadiklah dari takde manis langsung kan..hahahahah,,,Bukan selalu pon, sebulan beberapa kali je.



Disebabkan aku memang jarang makan nasik time breakfirst , (tapi nasik lemak makan plak, eh ntahlah pelik betul seketul Nory ni) , so Abi buatkan aku Dorayaki..Abi cakap bukan Dorayaki lah, tapi lempeng..Ahhh aku tak kira, nak panggil Dorayaki jugak..hahahaha..Dulu masa kerja kat Elianto, hari2 aku beli Dorayaki kat Jusco, suka betulll makan tu.Padahal nama melayu dia , lempeng je kot, tapi bentuk dia tu kan macam kuih Dorayaki yang Doraemon suka makan tu...ahahahahaha...Tapi masa tu Abi buat kan sikit je, ada lah 2 keping, tu pon sebab nak habiskan tepung yang ada katanya..Cissss..Ingatkan buat khas untuk aku..hahahah..Masa tu makan cicah dengan gula je, kurang sikit feel dia, biasanya aku makan yang ada flavour, kacang merah, coklat, atau paling koman pon perisa kaya..Ermmm dapnya..Petang tu gigih ajak Abi pergi beli tepung lagi, dan beli kaya sekali untuk breakfirst keesokkannya..Yeayyyyyy dapat jugak Dorayaki flavour kaya..Ermmm dapnyaaaa...Nasib baik Abi buat lebih, tetiba Dak iqy pon tersukaaa sekali makan Dorayaki ni..Tak kasik can mama fefeeling makan sengsorang...hahhaha..





Friday, August 11, 2017

Video pertama berjaya di post | Pertama Kali cover by Nory Zoulkefle


Lama dah weyyy bercita2 nak record dan publish video aku menyanyi, tapi selama ni konpiden level tersangat lah low.Taktau kenapa.Aku ni memang sejak lahir ada masalah dengan konpiden level ni.Aku sejenis yang belum pape dah gelabah ayam, belum post video dah fikir macam-macam, takut kena kecam lah, takut orang komen, weyyy suara macam katak puru lah weyyy...hahahaha..

Tapi akhirnya aku berjaya post jugak video pertama aku menyanyi kat instagram dan account youtube aku.Dah ready dah nak kena kecam.kahkahkah..Suara memang tak sedap mana pun, tapi hobi memang suka nyanyi dari dalam perut lagi, tolonglah paham..hahahahaha..Tu pon berapa kali dok fikir nak post ke tak ni, nak pos ke tak, last2 post jugak..Pastu blushing2 sendiri..Malu kononn..Puihhh..hahahhaahha...Disebabkan dapat banyak support dari kawan2, terus rasa nak upload lagi 10 video..kahkahkahkahhhh....Lempang nak???

Nak dengar ke suara katak puru aiiiii...Nah aku share kat sini..Kalau tak sedap, diam2 je tau..Jangan komen, komen yang murni2 je..hahahahaha..Cakaplah macam Siti Nordiana ke, macam Wany Hasrita pon okey jugak..ahahhahaa..Alang2 tu subscribe terus lah account Youtube aiii tu ekk..Baru bersemangat nak upload 18 video sehari..#mantiklahhhhmaknakkkk!!!.πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†




Thursday, August 10, 2017

Hari2 aku tengok free live drama

Halluuu...lewat sikit jenguk blog harini.Semalam aku cuti tanpa sengaja, pastu ikut along aku pergi kerja sampai ke KL, pastu menyesal plak ikut dia, sebab bapakk bosan duduk dalam kereta je, dengan jammed nya.hahahahaha...Along aku layannn jela dah adik dia nak ikut sangat kan..hehhhh!!! Rasakannn kau, mujur bawak microphone kesayangan, dalam jammed aku bantai karok 20 lagu, menanah telinga along aku..hahahahahha..Padan muka kau.
Ermmm minggu ni agak busy sikit kat opis, lady boss suruh buat report untuk PO.Dah lah pc lembab , bertabah jelaa aku.Nasib baik dia tak push sangat, so aku buat slow and steady jelaaa..
Ni nak gosip sikit niii, sejak lady boss aku ni start keje kat opis awal tahun aritu, boleh katakan selalu aku tengok drama live.Free of charge plak tu..hahahaa..Lady boss aku ni kengkonon datang ofis ni nak bantu ringankan beban laki dia (boss aku), katanya laki dia ni asyik busyyy je, dia nak tengok lah kerja apa yang busyyy sangat tu kan..Sampai opis, boleh kata semua kerja dia nak take over, sampaikan Wendy nak tanya apa2 kat boss pon dia marah, dia suruh direct tanya dia.Padahal boss aku tu relax jee..Cool je..Busy lah camne pon, takde kacau kitorang pape pon, kalau dia tengah busy, kite datang interrupt camtu je pon dia tak kisah, dia layan je..Tapi yang stress lelebih, bini dia ni haa..
Kekadang aku kesian kat boss aku.Niat dia bawak bini keje sini boleh ringankan kerja2 dia, tapi makin stress aku tngok boss aku tu..Boleh kata dalam seminggu mesti ada gaduh2 dengan bini dia.Depan aku kottt dorang gaduh tinggi2 suara.Bini dia suka cari pasal weyy..

Paling banyak drama minggu ni laaa..Pening kepala aku.Paling terbaru harini punya drama paling bestt sekali.Dengan Wendy sekali terbabit.Wendy takde salah apa terbabit sekali.Mujur aku tak termasuk sekali.Bertegang urat jugak lah lady boss dengan Wendy.Puncanya dia tengah krisis dengan boss, boss aku malas nak layan, terus blah keluar pergi site.Wendy plak kebetulan panggil boss sekejap sebelum dia keluar, nak bagi document, sekali lady boss meluru pergi kat Wendy , jerit2 marahkan Wendy.Dia ada masalah dengan laki dia, Wendy plak yang kena.Tetiba dia salah kan Wendy, dia kata Wendy yang selalu buat boss busy, selalu panggil2 boss bagitau pasal ini lah pasal itulah, padahal pasal kerja je kott..Taktaulah nak kata dia jeles ke apa dengan Wendy tu.Wendy macam biasalah, dah terbiasa kan cara kerja memang macam tu, apa2 semua kena refer Boss, tapi lady boss ni tak puas hati.

Dia cakap lepas ni ada apa2 hal, jangan direct ke boss, jumpa dia terus..Masalahnya kalau jumpa dia, bukan dia boleh setel pon, camne pon kena jumpa boss jugak nanti.Sama je kann..Urmmm ntahlah pelik aku..

Ending drama harini, lady bosss nangis je sepanjang harini, pastu blah balik..hurmmmm taktaulah nak turut bersedih atau tak.hahahaha..esok drama apa plak agaknya...Wendy tadi dah hampir hilang sabar dah, aku risau dia balik gitu je, berhenti kerja terus..Terkontang kanting aku nanti weyyy...Nasib baik Wendy boleh sabar lagi..

Tuesday, August 8, 2017

Chilindo oh Chilindo



Dengan penuh rasa dukacitanya aku nak bagitau yang aku dah pun...dah punnn terlanjurr...terlanjur membeli belah di Chilindo.com..Siot betullll...camne boleh terjebak ni?.Korang punya pasal lah ni yang dok post pasal ke"syiook'an membeli belah di Chilindo.com ni..Tak pasal2 aku pun terjebak sekali.hahaahaha...#sismudahterjebak

Chilindo ni lebih kurang sama macam Lazada, Zalora, Shopee dan segala jenis mak nenek web page untuk online shoppers ni, cuma Chilindo ni lain sikit cara belian nya.Harga kita kena bid sendiri.Kebanyakan barang start dari RM1..Palinggg murah aku bid satu barang RM1.50..Tapi barang biasa2 je laaa, barang yang dijual pon tak banyak pilihan sangat, tapi lebih kepada ehh syokk plak main bid2, tau-tau je termenang..Eh dah masuk trolii plak, dah masuk troli kena la bayar..Tapi kalau korang taknak beli pon takpe, peram je dalam trolly tu.Macam aku, saje buka banyak account.Setiap account dah siap hadkan berapa bajet aku.



First time aku shopping kat Chilindo ni aku sempat grab 3 barang je..Sebab masa tu tak gaji lagi, bajet is ciput..hahahaha...Total 3 barang tak sampai RM20 pon sekali pos..Murahhh kannn...Beli 2pcs rayban untuk Abi..Kesian dah lama tak de spek mata kann..hahaha..Aku bid semua bawah RM5..Lagi satu barang , aku beli tripod kaki sotong tu.Senang aku nak record video cover song aku nanti..Ehhh..hahahahaha..

Semalam dah gaji, ingat nak sambung shopping lagi, tapi tetiba sayang plak kat gaji..hahahahaha..Next time plak laaa kalau dapat bid barang best2 sikit..huhuhuu..

Monday, August 7, 2017

Selamat Hari Isnin


Wahhhhh senyummm melerettt nampakkk dihari Isnin..Hakikatnya toksahlah korang percaya.Aku dan hari isnin memang dari dulu tak sebulu, hahahaha.Tapi hari Isnin tu tak salah pon, tapi sebab hari permulaan kerja selepas cuti on weekend adalah Hari Isnin sebab tu aku tak berapa nak suka..hahaha..Kesian Isnin, disebabkan Isnin setitik rosak Isnin sebelanga..hahahaa..Kalau aku duduk Johor maybe aku boleh berdamai dengan Hari Isnin sebab kat sana hari mula kerja hari Ahad kannn?hahhaha, dan maybe aku akan 'bermusuh" dengan hari ahad plak...Haihhhh apa la aku merapuuu ni kan..

Ni gambar semalam, tu  pasal muka ada senyummmm, harini muka kelat je pergi opis, dah lah terbangun lambat, sedar2 je dah pukul 8pg, penangan tido balik lepas subuh, camtu laaa...Terlajak perahu boleh diundur, terlajak bangun tidur, menggelupur lah aku bangun terus pergi mandii.Eh tapiii kan aku pernah tau lalui satu situasi ni, aku terjaga dari tidur dan tengok jam dah lambat nak pergi kerja, aku terus capai towel dan mandi dengan laju nyaaa, kerbau pon tak mandi macam aku masa tu, bersiap pun macam kartun, sekali dah siap dan dah ready nak keluar rumah, baru tersedar ehhh harini hari sabtu lahhh, cuti kotttt...Danggg!!! Rasa nak tumbuk muka sendiri,,,hahahahhah..

Semalam aku pergi kenduri kahwin, kira kategori sedara jugak lah, dekat dengan rumah mak aku.Balik dari kenduri lepak rumah mak sampai ke malam, sebab Abi kerja kann..Lama tak jumpa adik kesayangan, busyyy sangat lately ni kann..Borak2, kejap nangis, kejap gelak macam hantu, kejap kang saling menganjing sesama sendiri..Welcome back, adik aku yang "duluuuu"...Adik aku dah 19 tahun , tahun ni, baru nak kenal dunia remaja, yang penuh cabaran dan dugaan, mujur adik aku cepat tersedar dari terus terjerumusss pengaruh kawan2.Bila dia dah kecewa, rasa down, stresss, baru dia tahu yang dia masih ada family, ada mak, ada papa, ada abang dan ada kakak yang shantekkkk (euwwwww) , yang always support dia, yang sentiasa hulurkan tangan saaat dia terjatuh..Kipidapppp bebeh..Im always with u..Aku dengan dia takde rahsia, dia bebas cerita segalanya kat aku, dan aku sebagai kakak yang jauh lebih berusia dan matang dari dia,selalu nasihatkan dia, betulkan dia mana tak betul, yup sometime susah nak nasihatkan remaja yang baru nak naik ni, tapi aku gune pendekatan yang lebih rasional gitu, aku cuba masuk dalam jiwa dia, susah beb nak selam hati budak berhingus yang jarak umur 11 tahun dari aku ni..Tapi aku rasa aku dah cuba yang terbaik, aku tahu dah cara nak entertain dia, contoh kalau nak tegur dia, tak boleh directt, kena lembut dalam tegas, selit sekali perangai gila aku..Yup aku memang sometime "gila", nampak je ayu sopan santun gitu..hahahhahaha puihhhh...So dia dah biasa, dah boleh terima nasihat aku, boleh ikut cakap aku, thats why mak aku kalau ada benda tak puas hati dengan adik aku, dia akan direct dengan aku suruh setelkan.

Eh panjangnya cerita hari Isnin aku...heheheheheh...Okbaiii nak balik lunch jap, pastu nak tido jappp...Euwww tak senonohnya perangai tido lepas makan kan..hikhikhikhikkk