Saturday, April 20, 2013

Universal Studio Singapore - Babai USS, hye KL !!!

07 April 2013, berat hati nak balik KL, tak puas rasanya.Pukul 7 pagi aku dah bangun siap2, nasib baik beg semua dah siap kemas malam tu, tinggal nak pikul bawak balik je.Punyalah mengantuk sebab malam tu lepas sampai dari USS, kitorang keluar gi makan, mula2 tu singgah kat Danga Bay jap amik angin laut,kat sini time malam meriah jugak, ada beca, ada basikal yang boleh naik 3 org sekaligus tu..8 orang punya pon ada..Tapi oleh sebab masing2 kelaparan, cari restoran area situ takde sebab kebanyakan restoran cina je, kitorang pon  naik kereta dan cari tempat makan yang lain..Nasib baik dorang bawak kereta, dapat jugaklah aku menumpang sekaki..hehe..
Lepas dah makan2, lebih kurang pukul 12 lebih, kitorang tak terus balik bilik, tapi sempat lagi singgah berkaroke,walaupon masing2 muka dah penat giler, tapi still gagah pegang microfon lagi..Si Mila lagi lah, masa karoke muka dia ketattt semacam, penatt sangat kot, cian Mila, tapi dalam penat2 tu Mila turutkan jugak pergi karoke walaupon tak menyanyi, agaknya dia mengantuk kot dengar suara aku yang sumbang mambang tu...hahahah..Dan karoke pada malam tu ditaja oleh Abi, alaaaa bape hinggit je kot, segan plak dgn dorang sbb kitorang mampu belanja karoke je..hukhukhuk..Then, lepas habis karoke kitorang pon balik ke bilik, tu pon sempat lepak kat kerusi mengurut lagi kat lobi hotel tu..Lega dapat massage2 badan..Dorang pon sempat transfer gambar kat pc yang disediakan kat lobi tu..
Lebih kurang pukul 8.30pg , kitorang bertiga dah siap untuk ke airport, dorang pelawa nak hantarkan tapi taknaklah susahkan dorang, dorang nak drive lagi nnt, kena rehat cukup2, so, kitorang turun kat lobi dan mintak reception tu call kan teksi untuk kitorang, macam biasalah, servise Tune Hotel ni memang terbaik, tak sampai 2 minit, teksi dah sampai kat depan pintu hotel, terus kitorang dihantar ke airport, Teksi kalini tak sama dengan teksi yang masa kami baru sampai hari pertama tu, teksi ni murah seringgit dr teksi yang kitorang naik masa baru sampai tu..Alaa beza singgit je kot..hehe..


Flight kitorang pukul 12.50tgh, masa kitorang sampai baru pukul 9 lebih, jenuh nak tunggu, dahlah mengantuk tak cukup tidur..hahaa..Perut pulak lapar, kitorang pon isi perut dulu kat KFC.


Kitorang pilih tempat tersorok sikit,sebab lepas makan aku sempat tido lagi atas meja tu..Mata macam di gam2 je, tak tahan beb.Nasib baik tak ramai org time tu, so, takdelah segan sangat..


Masa pergi beg nipis je, tapi time balik kembung2 beg jadinya, semua nak disumbat dalam satu beg, last2 tak muat, terpaksa jgak jinjing beg USS tu..hehehe...

 Lebih kurang pukul 11 lebih kitorang jalan2 dalam airport tu, pastu terjumpa Fridge Magnet (FM) Johor..So, aku beli 2 ketul..hahaha..Sempat lagi tu membeli kat situ, memang bahaya duduk lama2 kat airport sambil jalan2, takut terbeli kang, naya je, faham2 jela harga kat airport tu cmne kan..heheheh..lepas dah jalan2, kitorang pon cepat2 masuk tunggu kat dalam, sunyi je airport tu tak ramai orang,masa tgh tunggu tu, terjumpa kak Isma AF ,alaaa kakak Tomok tu, tapi tak sempat nak bergambar, dia jalan laju sangat...hehehe...Masa nak pergi aritu jmpa Wawa Zainal kat LCCT, comeyyyy...Tapi nampak dr jauh jela masa tu..huhu.



Dalam pukul 12.25 tgh, gate pon dibuka dan kitorang pon beratur berjalan menuju ke flight..Kitorang naik Air Asia je, time balik ni pilot dia bawak laju, rasa sekejap je dah sampai, takdan nak panas montot..huhu..Masa dalam flight, sempat jugaklah belek2 majalah sebenier Air Asia punya, niat hati nak beli replika kapal terbang Air Asia tu, tapi tersedak tengok harga...Last2 aku beli foldable beg cap Air Asia je, murah je RM10 ..Tu pon, masa dalam flight, stock dah habis, aku dah frust dah, turun2 flight terus pergi kat kaunter jual barang2 Air Asia tu, phewww nasib baik ada...hehehe..



Tepat pukul 1.30tgh kitorang pon sampai, cepat kan..Sebab flight kitorang bertolak awal dari waktu sebenar..Sampai2 terus call Along, along dah nak sampai dah time tu, keluar2 je tunggu sekejap, along pon sampai..Dan tamatlah percutian kami selama 3 hari 2 malam di Johor Bahru dan Singapore..hihihi..



**********************************************************************************************************

Total yang hangus dari malam hari kedua hingga tiba di KL :

Roti & Jajan  = RM8.40
Makan Malam (3 Org)  = RM20.00
Rokok Abi = RM8.70
Karaoke (1 jam)  = RM22.00
Jajan makan dalam bilik = RM7.70
Teksi dr Tune hotel ke Airport Senai = RM43.00
Breakfirst KFC (3 Org)  = RM27.70
Fridge Magnet Johor ( 2 ketul)  = RM12.00
Foldable Beg Air Asia  = RM10.00
Jagung & Air = RM6.50

-------------------------------------------------------
Jumlah  : RM166.00
-------------------------------------------------------





Entry sebelum klik link di bawah :


12 comments:

  1. aik dh hbis entry uss?rasa kejap plak..hehehhe..btw, cntik peplum nory...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye laa.. ida je yg tak habis lagi.. kukuiiii

      Delete
  2. wwahhhh merah dia... cantik cantik!!!.. hehehehe

    ReplyDelete
  3. jagung dan air? hikhikhikkk.. zul lewteww ;p

    ReplyDelete
  4. wah!!!!!!berakhir sudah!!!!huh???jimatnye blanje...heheheh...boleh buat rancangan destinasi budget neh...hakhakhak!!!!

    ReplyDelete
  5. canteknye baju ...
    pasni cuti2 kat mana pulak

    ReplyDelete
  6. menariknya p sana..

    td bru bc blog nadia..hihi

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum nory. bestnya naik flight. tak sabar nak naik wehhh. hahahahhahaha ;p

    ReplyDelete
  8. welcome back to kl dear, seronok baca entri nory ke USS..=)

    ReplyDelete
  9. sempat lagi tu grab FM Johor.. hehehe.. syok kan kumpul FM banyak2..

    sempat tido kat KFC tu yang x menahan.. hahaha.. xpe, dimaafkan sebab dh mengantuk sesangat kan..

    ReplyDelete
  10. cantik la peplum nory ni. berkenan pulak bila tgk..hehe
    seronok la bca kisah org pi bercuti ni. mula la berangan nak pi jugak..hehe

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)