Tuesday, April 30, 2013

Iron Man 3 bersama Blogger


Hari Khamis lepas dapat jemputan tengok wayang dari blogger otai Bro framestone, katanya ade 2 tiket free lebih untuk Iron Man 3 -3D..Disebabkan Sabtu malam tu aku takde apa-apa program, yela geng-geng lain semua busy, Yaya pergi Sydney, Eida ada job business, Mila plak ada hal, so, aku ajak Abi pergi, tapi last2 tak jadi bawak Abi, sebab dia balik kerja lambat, takut tak sempat je nanti, aku nak gerak awal sebab takut jammed, so, aku bawak adik aku Tasha, dia memang nak sangat tengok citer Iron man 3 tu, alang2 dapat free tiket ni, aku bawak je la dia gantikan Abi..heheh.Oh yer, selain aku, ramai lagi blogger lain yang join, semua blogger2 senior punya, masing2 bawak name card beb, segan aku, menyorok je dibalik tiang sebab malu takde name card,,hahahahaha...boleh??Semua aku tak kenal sangat, yang aku kenal Bro dan Boni Kacak je..Boni pon aku kenal time dia join event anak yatim kitorang haritu..kan Boni kan..hikhikhik..Bro plak kenal masa Red Mummy Blogger Gathering aritu..Wahhh serius wa tergamam beb, diamm membisu.Bukan sombong taw, cuma ya Allah segannnya nak mulakan bicara tu..heheh..Tapi kalau dah lama2 kenal, boleh tahan sengal jugak aku ni nanti..hehehe..


Sebelum masuk ke dalam panggung, kitorang sempat bergambar dengan boss besar Advertlets ni, dia lah yang bagi tiket free ni..Eh yeke..??haa betul lah tu..hehe..


Pastu kat depan pintu masuk panggung tu, ada plak klon Iron Man berdiri terpacak kat situ, aku pon takkan nak tengok saja kan, mestilah nak bergambar jugak dengan dia, walaupon dia tak lah segagah and setinggi and se"tough" Tony Stark dalam filem Iron Man tu..heheheh...

 
Bergambar ramai-ramai plak dengan Klon Iron Man ni..Oh yer, kitorang tengok Iron Man 3 ni dekat GSC One Utama, pukul 9 malam sampai pukul 11.30malam..phewww lama jugak kan citer dia..Jalan cerita dia menarik, ini first time kot aku tengok citer Iron man ni, teruja tengok robot2 yang hebat-hebat tu..Mat Saleh kalau buat citer mana ada yang yang tak hebat kan..kuikuikui..

 Ini lah wajah tiket free yang aku dapat tu...hihihihi...Thanks Bro and the bloggers..



Monday, April 29, 2013

Pet Bed Murah!!! Tapiiii.....


Alahai sayangnya, sayang seribu kali sayang, rasa nak nangis guling-guling, sendiri punya silap, camne boleh terleka sampai tak terperasan expired date dia.Masa mula-mula aku ternampak promotion ni dekat MilkAdeal, aku dah teruja giler dah, dah lama aku tercari-cari Pet Bed yang cantik dan murah macam ni, selalu aku servey kat Pet Shop, harga semua RM80 ke atas, pernah dulu beli yang murah punya untuk "arwah" kucing aku Momo..Tapi dia tak suka sebab Pet Bed tu keras tak gebu, maklumlah murah..Bila dah start bela Laura Stella ni, aku selalu jugak servey yang murah-murah, tapi tak jumpa, paling murah pon RM50hengget camtu, tapi biasanya time dia murah tu lah poket aku tengah nazak..hahaha..Tapi bila aku ternampak promotion ni kat email haritu, aku terus rasa nak beli, murahh giler RM29.90 je.Tapi entah kenapa aku boleh hold dulu, sebab aku ingat promotion tu lambat lagi tamat..Adoiii..vongokknyer..


Last-last semalam lepas bodek Abi nak beli, terkejut berok lah aku bila keluar macam gmbar kat atas ni..Haaa "I'm Missed It"!!!!Oh Noooo.....Frusttt menonggeng aku..Aku punya frust tu macam aku plak yang beria2 nak tidur atas Pet Bed tu..hahaha...Laura relax je, takde pon nak nangis-nangis bagai, aku plak yang terlebih emo, konon nak buat seperais untuk Laura, tapiii alahaiii tak kesampaian, sorry sayangg..Nanti tunggu angah kaya and tak kedekut sikit, baru angah beli katil yang gebu untuk Laura ok..hikhikhik



Baru berangan nak sambar kaler pink untuk Laura..Laura kan gigirl, haruslah kaler pink, barulah terserlah ciri-ciri ke"betinaan" dia tu..kihkihkh..Padahal tuan dia yang lebih2..hahahaha..Pet Bed ni yang selalu aku servey kat Pet Shop, memang range harga standard RM89++ camtu.Sebab tu bila ternampak promosi ni, naik juling sekejap mata aku, macam tak percaya, mana nak dapat Pet Bed cantik dengan harga yang murah camtu..Perghhhh sumpah rugiii giler aku...Cian Laura, tak dapat katil baru..


Ada 5 kaler yang menarik, tilam dia pon nampak gebu, kalau Laura tido dalam tu kompom bom meletup sebelah telinga dia pon , dia takkan sedar..Alahaaiiii frusttt nyer tak dapat beli..Acaner ni, bila MilkAdeal nak buat promotion lagi, Groupon taknak buat ke? Streetdeal ke??Alaaa menyesal nyer tak beli awal-awal..

Alaalaa, cian Laura, nanti kita beli katil baru yer..hukhukhuk

Sunday, April 28, 2013

Dating malam-malam di Putrajaya


Cerita yang hampir basi, sebulan yang lepas kalau tak silap, biasanya plan last minit tu yang menjadi.Masa tu seminggu Abi kerja direct 5.30 pg hingga 6.30ptang, balik keje biasanya Abi mesti penat, nak ajak kemana-mana pun kesian..

Tapi Abi lebih kesiankan bini dia ni yang memang jenis nak berjalan je kerjanya, tak kira siang malam pagi petang, bukan tak boleh keluar sorang2, boleh je, tapi tak syok arr keluar tak bawak Abi, nanti sape nak belanja aku..hahahah..Kadang2 tu boleh lah...Itupon kena hangkut adik aku si Tasha sekali.Last2, satu petang tu, Abi balik je dari kerja, terus suruh aku siap, aku pon laju je lah bersiap padahal tak taw pon nak kemana..Aku ikutkan aje..huhu

Abi lagi poyoo, tak habis-habis dengan imej Azroy gila2 remaja dia tu..kuikui..segak lah tu kengkonon..hikhikhik...




Jalan punya jalan, tanpa tahu arah tujuan, last-last tak kemana pon, Putrajaya je, tak jauh pon dari rumah, tapi takpe,niat Abi nak meluangkan masa bersama pun dah cukup buat aku terharu..hahaha terharu lah sangat...Mastilah beb, dalam dia penat-penat baru balik kerja, still gagahkan diri bawak bini jalan2 nak puaskan hati isteri, mau tak nya, seminggu tak berjalan,aku duduk kat rumah dengan muncung panjang sedepa..hahaha..Itulah suami aku, sentiasa cuba beri yang terbaik buat biniknya ni..Tu belum kira time tengah2 malam, time dia tengah lena kroh kroh, aku kejut dia ajak pergi makan roti canai kat mamak..Tapiii dia tak pernah pun kata taknak, kalau bab makan ni, bab mengidam walau tak mengandung pon, dia tetap akan tunaikan..Thanksss Abi..lebiuuu manyak2 arr..



Lokasi pertama kitorang singgah pasar malam kat presint ...hurmm presint bape ntah..Yang dekat dengan belon panas tu, sempat jugak beli shawl sehelai dua kat pasar malam tu, pasar sini memang best, selalu jugak pergi, sebab makanan banyak pilihan..Macam2 kitorang beli, pastu lepak kat tepi jalan sambil makan2..Pastu kitorang lepak kat depan masjid Putrajaya tu, port wajib kalau melepak, banyak angin, sejukk je.Tapi masa tu, orang tak ramai sangat sebab hari biasa..Kalau malam minggu mesti ramai..




Pastu kitorang gerak ke jambatan wawasan plak, kat sini pon port wajib untuk melepak, ramai jugak orang malam tu, situ lagi banyak angin kot.Kitorang pon berhenti dan parking motor kat tepi jalan, posing sana posing sini..Macam baru pestaim plak datang sini kan, padahal dah berpuluh2 kali datang situ..hahaha..Gigih kot bawak kamera gedabak, semata2 nak shoot suasana malam di putrajaya, sebab biasanya tak bawak kamera pun..So, kalini posing sakan lah..haha


Macam biasa Abi mempoyokan diri dengan "tenggiling" kesayangannya...hikhik..Dah macam iklan Dashing plak..hikhikhik..



Binik nya pon nak jugak, walaupon muka bolattt sebab cara pemakaian shawl yang kurang sesuai dengan bentuk muka, tapi tetap nak posing jugak..Lantak arr nak cakap muka bulat ke, muka besar ke, hade mak kesahhh??Cehh salahkan shawl plak kan, padahal dah memang gemokk pon..kahkahkah..



Okay, last pose sebelum balik, mata Abi dah layu dah tu, dah tiba time untuk dia beradu sebab esoknya pagi2 sebelum subuh dia dah kena pi kerja..Anyway, puas hati dapat jalan2 ambil angin malam..Tenkiuuu Abiiii...



Friday, April 26, 2013

Jumpa blogger famous amous di majlis hari jadi


Hari Sabtu bersamaan 13 April 2013, aku merajinkan diri pergi majlis hari jadi anak kepada Kak Amy.Kak Amy ni blogger jugak, start kenal ngan kak Amy masa fotoshoot blogger tahun lepas.Tapi masa tu tak dapat pon nak beramas mesra lama2, sebab kak Amy balik awal time tu, anak2 dia dah meragam .Tapi tetap still jumpa kat blog, dekat blog pon boleh beramas mesra jugak ape..hehehe..Malam sebelum majlis tu, kitorang berempat Yaya, Eida, aku dan Mila ada dinner kat Hotel Istana, itu kira jemputan last minit jugak, tapi kitorang tetap pergi jugak, peluang datang sekali weyy, takkan nak tolak..Untuk blogger plak tu kan..Kata nak pergi jauh dalam dunia blog, kena lah rajin join event2 camtu, pantang orang jemput, aku lajuuu je pergi..Nak2 plak makan free..kuikuikui

Nak dijadikan cerita,dinner habis lewat, aku sampai rumah pon pukul 2pg..Perghhh punya lah mengantuk, dah lah pagi2 sabtu tu aku dah bangun pagi2 sebab nak beli surat khabar..ahhahaha..Gigih beb bangun pagi2 beli surat khabar, jakun nak tengok muka sendiri dalam paper..kuikuikui (klik sini kalau nak tau)..Pukul 11 lebih camtu, aku gerak pergi rumah yaya, aku parking kete kat rumah yaya, and tumpang dia pergi rumah kak Amy.Sampai2 je, dah nampak dah Eida, dia sampai awal sebab kak Amy tempah Chocolate Fountain dgn dia.So, dia lah dapat makan dulu dari kitorang, sampai2 je nampak die tengah syiokkk duk jilat2 jari sambil makan kambing ...Mbekkkk!!! hahaahaha..


Time tengah makan2 tu, Kak Amy bagitau yang Neena ada kat dalam, neena yang blogger gorjes gonjeng tu, mesti korang kenall kan..Mula2 kitorang macam segan nak masuk jumpa dia, takut dia tak layan karang buat malu je.Tapi dalam segan2 tu kitorang masuk jugak,buat2 makan sebelah dia, masing2 segan nak tegur, last2 yaya yang tegur Neena, yaya tak bagi dia balik dulu, sebab kitorang nak bergambar dengan dia..Haaa nampakk tak betapa gamble dan macho nyer yaya..Respon dari Neena??? Ko rasa dia sombong ke?? Heyyyy langsungg tak sombong beb, bila dah start makan kitorang terus mengendeng2 kat dia, dengar dia bercerita, rancak betul Neena ni bercerita, kitorang pon seronok dengar citer dia.Bila pikir2 balik, hurmm rasa macam dah lama je kenal ngan Neena ni, padahal baru pestaim jumpa,tapi dia punya tahap kemesraan tu, aku salute habislah kat dia.Bila dia dah start buka mulut, tak sure bila dia akan berhenti..paling best dengar citer dia bercuti ke Sydney baru2 ni, live story die cite kat kitorang beb, selama ni baca kat blog dia je, kalini depan2 mata dia citer semua..Waaaa terujaaa dengar..Tetiba rasa nak ikut yaya gi Sydney ..Yaya sempat mintak tips bercuti ke Sydney dari Neena sebab yaya kan nak pergi sana...Uwaaa rinduuunya kat yaya nanti..Gambar atas tu nampak tak masing2 khusyuk dengar cerita dari Neena..hehe



Bile dah puas "menjemah", blogger dengan kamera mana boleh dipisahkan beb, haruslah posing mosing depan kamera, Neena sampai suruh En.Teman dia keluarkan kamera gedabak dari dalam kereta  sebab tak puas snap guna kamera handphone katanya..hehehe..Oh yer, selain we'olls berempat dan juga Neena, ada jugak blogger lain yang datang, Pinky Momma, haa ni pestaim kenal akak ni..Bila dah salam2 baru aku taw akak pinky momma ni tgh pregnant rupanya, tak sempat nak laga2 perut..hehehe..Dan baru2 ni aku baru taw yang akak ni pregnant baby kembar...uwaaaa bestnya...tahniahh akak..


Makin lama bersembang, makin hilang malu, dah tak segan2 dah, tu yang keluar macam2 pose tu..hahaha


Haruslah ada gambar berdua2an dengan Neena kan..Bukan selalu dapat jumpa pon lepas ni..hehe

Tak cukup kat dalam rumah, kat luar rumah pon nak bergambar, agak2 kalau boleh, atas bumbung pon nak bergambar kan..hihihihi...Bestnya Neena peluk aku...ko hade??hahahah...Tinggi betul Neena ni taw, dah lah tinggi , slim plak tu, duduk kat sebelah aku memang nampak lah kegemukkan aku disitu...haiyyaaaa...


Nampak tak we'oll tengah khusyuk "menjemah" ngan Neena..Pempuan lah kata kan..Kalau dapat bersembang memang tak pandang kiri kanan dah..hhihiii..




Well, seronok dapat jumpa blogger famous yang peramah macam Neena dan Pinky Momma ni, dan tak lupa terima kasih kat kak Amy selaku tuan rumah yang sudi jemput Nory ke majlis akak ni..Taun depan jemputlah lagi ekk..heheh..(tak malu nyer,,hikhik)


Inilah Kak Amy , comel lote je kak Amy ni taw, sape sangka dah 2 dah anaknya..Happy Besday To Zara &   Rayyan..Maaf lah hadiah dari "kakak2" lambat sampaii...Sila salahkan "kakak eida" yer....hahahah..Lagi satu nak promote sikit ni, Kak Amy ni pandaii buat Macaroni Cheese dan sedia menerima tempahan , daripada komen2 yang aku dengar, rata2 cakap sedap gilerr,cuma aku je rugi tak sempat merasa masa majlis tu, sebab tengah leka dengar Neena bercerita, hahaha nak salahkan Neena pulak...hikhikhik..
 Sesiapa nak order boleh contact kak Amy yer...click sini ===> Order Baked Pasta Cheese



Tuesday, April 23, 2013

Universal Studio Singapore - Bajet Keseluruhan Percutian ke USS


Dan sebagai penutup, aku akhiri dengan pembentangan bajet yang terhangus sebelum, semasa dan selepas percutian ini.Maybe boleh bantu korang untuk arrange bajet korang sendiri kalau nak pergi nanti, bajet yang aku bentang ni mungkin mahal bagi sesetengah pihak, dan mungkin murah bagi sesetengah pihak yang lain .Aku tuliskan semua kos-kos yang terhangus dari mula sampai akhir.Aku kira betul2 ni, sebab setiap kali beli apa-apa, aku mintak resit dan catitkan dalam buku.Maknanya, yang ade amount sen-sen pon aku tulis sekali..Amacam, gigih tak iolss??? Vacation aku plan bulan by bulan, macam bulan Feb aku book flight, hujung bulan Feb, aku booked hotel, dan bulan Mac, aku beli tiket USS..So, takdelah nampak sangat duit keluar sedepukk sekali..Ok mehh kita kira..

Tiket Flight ke JB (return) = RM270 (3 org)
Passport = RM300 (3 org) 
Tune Hotel = RM143.84 (4h3m)
Bas Odyssey ke USS = RM90 (3 org)
Tiket USS = RM472.50 (3 orang) *beli guna credit card ada diskaun
Duit shopping di USS = RM700 (SGD280)
--------------------------------------------------------------
Jumlah : RM1876.34


Perbelanjaan Hari Pertama Di KL - Johor Bahru (JB) 
Upah Along hantar ke LCCT  = RM50
Tol ke LCCT  = RM4.30
Topap Hotlink  = RM10
Lunch di Marrybrown LCCT  = RM33.45
Teksi dari Airport JB ke Tune Hotel = RM44
Add-On towel mandi (Tune Hotel) = RM12
Jajan untuk makan2 dalam bilik = RM21.30
Rokok Abi = RM8.70
Makan malam (3 orang) = RM39.20 
Beli jajan lagi = RM16
Karaoke (2jam) = RM30
Air Mineral (3 botol) = RM3
----------------------------------------------------------------
Jumlah : RM271.95


Perbelanjaan Hari Kedua Di Johor Bahru (JB)
Makanan ringan untuk dibawa ke USS  = RM8.40
Rokok Abi : RM8.70
Makan malam = RM20 (3 org) 
Abi belanja kami 11org karaoke (1 jam) = RM22 (bilik besar)
Beli jajan lagi = RM7.70
-----------------------------------------------------------------
Jumlah : RM66.80


Perbelanjaan Hari Ketiga Di Johor Bahru (JB) - KL
Teksi ke airport  = RM43 *diskaun singgit je
Rokok Abi  = RM8.70
Breakfirst KFC airport Senai (3 org)  = RM27.70
Fridge Magnet Johor (2 ketul) = RM12
Foldable Beg Air Asia  = RM10
Beli jagung and air = RM6.50
----------------------------------------------------------------
Jumlah : RM107.90


Jumlah Keseluruhan untuk 3 orang ke USS adalah berjumlah RM2,322.99...

Nak lagi jimatt, pergi ramai2  boleh jimat kaw2, hotel boleh sharing2, pastu nak kurangkan kat bahagian duit shopping pon boleh, tapii percayalah, aku tukar 7ratus tak puas beb..Kalau korang banyak duit, tukar je banyak2 SGD taw..Takat tu je yang aku termampu, ni pon terbeliak bijik mata tengok amount sebenar..Tapi kalau ko buat month by month punye planning, takdelah rasa beban sangat..Yang penting pandai cut cost kat bahagian2 tertentu, macam aku byk membazir beli jajan kan, kihkihkihkih...Abi memang kena 24 jam mulut mengunyah, kalau tak dia boring, sebab tu beli stok jajan banyak2..heheheh...

Jumpa lagi di next vacation....!!!!!





Entry sebelum klik link di bawah :




Monday, April 22, 2013

Universal Studio Singapore - Berbelanja di USS


Entry kalini nak citer pasal "hasil rampasan" di USS, kalau masuk sana tak bawak SGD toksah mimpi ko nak bawak balik kepala Bumblebee dan sewaktu dengannya.Untuk ke USS ni, awal2 lagi aku dah ketepikan duit RM untuk di"transform"kan menjadi SGD.So, masa hari kejadian, tinggal ready duit belanja kat JB je.Aku tukar RM700 , bila dah convert dapat SGD268 aje..huhu..Menggigil beb, menggigil tangan aku hulur duit, lagi kuat gigil bila terima SGD..perghhh!!keciknya nilai duit kita.
SGD268 (RM700) ni cukup untuk aku, Abi dan Tasha..Makan aku support adik aku, yang lain barang2 die,nasib baik dia bawak duit dia sendiri,tu pon ada yang aku tmbah sikit guna duit aku, dia bawak SGD80 (RM200) untuk dia sorang je..Nasib baik lah ko bawak duit sendiri beb, kalau tak ,aku yang nangis2 lagi teruk dari yaya, sebab tak dapat beli botol air kepala Bumblebee tu..hahahaha..


Senarai harga :
1. Beg USS (Large) = SGD5.90 (RM14.75)
2. Kids meal Woody Pecker = SGD8.90 (RM22.25) *free bekas makanan dgn pembelian KidsMeal
3. Botol tinggi Yard Coke (USS) = SGD11.90 (RM29.75)
4. Botol air kepala Bumblebee sekali dengan air = SGD26.90 (RM67.25)
5. Kids Meal Woody Pecker = SGD8.90 (RM22.25) *free bekas makanan dgn pembelian KidsMeal
6. Beg USS (Small) = SGD4.90 (RM12.25)
7.Tabung globe USS = SGD11.90 (RM29.75)
8. T-Shirt USS (Abi punyer) = SGD26.90 (RM67.25)
9. T-Shirt USS (Aku punyer) = SGD26.90 (RM67.25)
10. FM Transformers = SGD7.90 (RM19.75)
11. FM frame shrek princess (USS) = SGD10.90 (RM27.25)
12. Keychain USS = SGD5.90 (RM14.75)
13.Keychain USS = SGD5.90 (RM14.75)
14.Keychain USS = SGD5.90 (RM14.75)
15. FM USS = SGD4.90 (RM12.25)
16. FM Betty Boop USS = SGD3.90 (RM9.75)
17.FM USS = SGD4.90 (RM12.25)
18. Jam Transformer (untuk Danny) = SGD14.90 (RM37.25) *tiada dalam gambar
19.Jam Transformers (untuk Awish) = SGD14.90 (RM37.25) *tiada dalam gambar
20. Disposable Rain Coat brand USS = SDG3 (RM7.50) *tiada dalam gambar
21.Disposable Rain Coat brand USS = SGD3 (RM7.50) *tiada dalam gambar
22.Disposable Rain Coat brand USS = SGD3 (RM7.50) *tiada dalam gambar
23.Beg USS (Small)  = SGD4.90 (RM12.25) *tiada dalam gambar
24.Set Nasi Pharoah = SGD15.50 (RM38.75) *tiada dalam gambar
25. FM USS  = SGD4.90 (RM12.25) *tiada dalam gambar
26. Beli gambar = SGD20 (RM50.00) *tiada dalam gambar
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TOTAL =  SGD267.40 
TOTAL  =RM668.50


Yang selebihnya aku tambah duit belanja untuk Tasha..Pastu balance kat aku tinggal 3SGD je..hukhukhuk..sedihhh..



Entry sebelum klik link di bawah :





Saturday, April 20, 2013

Universal Studio Singapore - Babai USS, hye KL !!!

07 April 2013, berat hati nak balik KL, tak puas rasanya.Pukul 7 pagi aku dah bangun siap2, nasib baik beg semua dah siap kemas malam tu, tinggal nak pikul bawak balik je.Punyalah mengantuk sebab malam tu lepas sampai dari USS, kitorang keluar gi makan, mula2 tu singgah kat Danga Bay jap amik angin laut,kat sini time malam meriah jugak, ada beca, ada basikal yang boleh naik 3 org sekaligus tu..8 orang punya pon ada..Tapi oleh sebab masing2 kelaparan, cari restoran area situ takde sebab kebanyakan restoran cina je, kitorang pon  naik kereta dan cari tempat makan yang lain..Nasib baik dorang bawak kereta, dapat jugaklah aku menumpang sekaki..hehe..
Lepas dah makan2, lebih kurang pukul 12 lebih, kitorang tak terus balik bilik, tapi sempat lagi singgah berkaroke,walaupon masing2 muka dah penat giler, tapi still gagah pegang microfon lagi..Si Mila lagi lah, masa karoke muka dia ketattt semacam, penatt sangat kot, cian Mila, tapi dalam penat2 tu Mila turutkan jugak pergi karoke walaupon tak menyanyi, agaknya dia mengantuk kot dengar suara aku yang sumbang mambang tu...hahahah..Dan karoke pada malam tu ditaja oleh Abi, alaaaa bape hinggit je kot, segan plak dgn dorang sbb kitorang mampu belanja karoke je..hukhukhuk..Then, lepas habis karoke kitorang pon balik ke bilik, tu pon sempat lepak kat kerusi mengurut lagi kat lobi hotel tu..Lega dapat massage2 badan..Dorang pon sempat transfer gambar kat pc yang disediakan kat lobi tu..
Lebih kurang pukul 8.30pg , kitorang bertiga dah siap untuk ke airport, dorang pelawa nak hantarkan tapi taknaklah susahkan dorang, dorang nak drive lagi nnt, kena rehat cukup2, so, kitorang turun kat lobi dan mintak reception tu call kan teksi untuk kitorang, macam biasalah, servise Tune Hotel ni memang terbaik, tak sampai 2 minit, teksi dah sampai kat depan pintu hotel, terus kitorang dihantar ke airport, Teksi kalini tak sama dengan teksi yang masa kami baru sampai hari pertama tu, teksi ni murah seringgit dr teksi yang kitorang naik masa baru sampai tu..Alaa beza singgit je kot..hehe..


Flight kitorang pukul 12.50tgh, masa kitorang sampai baru pukul 9 lebih, jenuh nak tunggu, dahlah mengantuk tak cukup tidur..hahaa..Perut pulak lapar, kitorang pon isi perut dulu kat KFC.


Kitorang pilih tempat tersorok sikit,sebab lepas makan aku sempat tido lagi atas meja tu..Mata macam di gam2 je, tak tahan beb.Nasib baik tak ramai org time tu, so, takdelah segan sangat..


Masa pergi beg nipis je, tapi time balik kembung2 beg jadinya, semua nak disumbat dalam satu beg, last2 tak muat, terpaksa jgak jinjing beg USS tu..hehehe...

 Lebih kurang pukul 11 lebih kitorang jalan2 dalam airport tu, pastu terjumpa Fridge Magnet (FM) Johor..So, aku beli 2 ketul..hahaha..Sempat lagi tu membeli kat situ, memang bahaya duduk lama2 kat airport sambil jalan2, takut terbeli kang, naya je, faham2 jela harga kat airport tu cmne kan..heheheh..lepas dah jalan2, kitorang pon cepat2 masuk tunggu kat dalam, sunyi je airport tu tak ramai orang,masa tgh tunggu tu, terjumpa kak Isma AF ,alaaa kakak Tomok tu, tapi tak sempat nak bergambar, dia jalan laju sangat...hehehe...Masa nak pergi aritu jmpa Wawa Zainal kat LCCT, comeyyyy...Tapi nampak dr jauh jela masa tu..huhu.



Dalam pukul 12.25 tgh, gate pon dibuka dan kitorang pon beratur berjalan menuju ke flight..Kitorang naik Air Asia je, time balik ni pilot dia bawak laju, rasa sekejap je dah sampai, takdan nak panas montot..huhu..Masa dalam flight, sempat jugaklah belek2 majalah sebenier Air Asia punya, niat hati nak beli replika kapal terbang Air Asia tu, tapi tersedak tengok harga...Last2 aku beli foldable beg cap Air Asia je, murah je RM10 ..Tu pon, masa dalam flight, stock dah habis, aku dah frust dah, turun2 flight terus pergi kat kaunter jual barang2 Air Asia tu, phewww nasib baik ada...hehehe..



Tepat pukul 1.30tgh kitorang pon sampai, cepat kan..Sebab flight kitorang bertolak awal dari waktu sebenar..Sampai2 terus call Along, along dah nak sampai dah time tu, keluar2 je tunggu sekejap, along pon sampai..Dan tamatlah percutian kami selama 3 hari 2 malam di Johor Bahru dan Singapore..hihihi..



**********************************************************************************************************

Total yang hangus dari malam hari kedua hingga tiba di KL :

Roti & Jajan  = RM8.40
Makan Malam (3 Org)  = RM20.00
Rokok Abi = RM8.70
Karaoke (1 jam)  = RM22.00
Jajan makan dalam bilik = RM7.70
Teksi dr Tune hotel ke Airport Senai = RM43.00
Breakfirst KFC (3 Org)  = RM27.70
Fridge Magnet Johor ( 2 ketul)  = RM12.00
Foldable Beg Air Asia  = RM10.00
Jagung & Air = RM6.50

-------------------------------------------------------
Jumlah  : RM166.00
-------------------------------------------------------





Entry sebelum klik link di bawah :