Friday, October 31, 2014

Aku dah nekad


Salam Jumaat..

Yupp!!! Kalini aku betul-betul nekad..Nampak tak resume tu, lama dah aku pendam harini aku siap-siap print dah, aku dah sedia menghadapi apa yang akan datang,aku dah get ready bila-bila masa je aku boleh angkat kaki dan blah!!!Keputusan yang sangat drastik, aku tak taw betul ke tak apa yang aku buat ni cuma aku harap ada hikmah tersembunyi di sebalik semua ni, aku percaya rezeki ada dimana-mana, Harini masih ke opis lagi family aku terutama mak dan adik aku asyik wassap suruh aku tak payah datang kerja je harini, tapi aku taktaw apasal aku baik hati sangat aku nak habiskan sisa-sisa kenangan aku selama 5 tahun aku berkhidmat kat sini, harini 31 Oktober 2014 mungkin hari terakhir aku kerja sini,mungkin jugak tidak, sekarang keputusan hanya ditangan aku je.Nak dan taknak??Cuma kalini aku macam tiba-tiba nekad nak berhenti jugak..Taktaw kenapa sejak akhir-akhir ni, bertimpa-timpa masalah yang buat aku makin stress dan makin tawar hati untuk terus bekhidmat kat sini..Lantakk larr...Biar lah..Aku malas pikir dah, yang aku taw sekarang, aku nak berhenti jugakkk. 

Ada sesiapa taw kerja kosong area puchong roger-roger aku ek..5 Tahun aku kerja sini, tipu kata tak sayang, boss baik  walau adakala dia meroyan tak tentu pasal jugak, tapi aku tak kesah sangat bab kena tempias meroyan bos tu, tapi aku tak tahan kena aniaya dengan staff lain.Biar aku je taw.Malas nak kecohh dah sebab apa dan kenapa..Yang penting, harini adalah hari last aku menaip enty blog di opis, pasni update kat rumah je..huhu.

Wednesday, October 29, 2014

Fenomena "mintak" adik

Cik abam sado kite dah 7 bulan dah sekarang, makin membesor dengan sihat.Makin panjang akal, makin pandai mengemas, makin garang, makin poyo, makin mengada-ngada,makin buas, dan bermacam-macam "makin" lagi yang ada..Pffftttt..Setiap hari bercakap sesama Abi,

Aku "abang, tak sangka kan kita dah ada anak?" 
Aku :"macam ni rupanya anak kite, hensemm jugak kan, haha?"
 Abi :"Haah, hensem macam abang"
Aku : bluwekkkk ...grrrr

Semalam Abi cuti jaga Iqy kat rumah, aku kena kerja..Babysitter amik annual leave (hehe)..Aku memang tak risau pon Abi yang jaga Iqy sebab dia memang konpiden lebih yang dia boleh jaga Iqy.haha..Hari Isnin tu plak sepatutnya mak aku yang jaga Iqy, tapi last-last aku MC saje gatai-gatai takmo gi kerja..Heheh..

Perkembangan Iqy sekarang selain badan dia yang mengembang tu, dia semakin aktif, dah semakin laju naik walker, habis dia langgar perabot-perabot dalam rumah, langsir manik kat pintu habis dia main tarik-tarik, siap swing lagi, ko fefeeling jadi tarzan ke hape ni..hohoho..Dan akhirnya semalam , Abi cabut kesemua langsir manik tu sebelum Iqy yang buat dia tercabut.Huhuhu..Dah nampak togel dah rumah..

Suka sangat layan iklan, lagi-lagi iklan UTC, kalau dengar je lagu UTC tu, tengah busy main pon terteleng-teleng kepala dia pandang ke tv..Lagi satu iklan maxis yang 2 orang budak dok "ooooo" "oooo" depan kipas tu, kemain suka siap tiru lagi..hikhik..Dan iklan wrestling yang "jangan lupa" sambil petik jari kenyit mata tu, tu semua feberet iklan yang Iqy suka..Ape kena lah minat sangat tengok iklan ni...Adehhh...

Dan terbaru sejak masuk 7 bulan ni, dah pandai masuk kaki dalam mulut.Sebelum ni dia try asyik tak sampai je sebab perut muncett..Haahaha...Tapi lepas baik demam aritu, perut dia slim sikit, terus boleh dah kaki dia masuk dalam mulut..

Orang cakap, ni fenomena "mintak" adik ni..Kalau anak dah start buat aksi akrobatik cenggitu bermakna mak dia dalam zon 'paling subur", betoi ke??? Kalau dah rezeki awal Iqy nak dapat adik, ada lah tuu..Masalahnya, dak Iqy ni dah ready ke nak jadi abang Long ??Huhuhu..




Ni gambar semalam , bangun pagi mama mandikan siap-siap, sebab abah tak biasa mandikan dia, last mandikan Iqy pon masa dalam pantang, ok takpeee, nasib baik sempat mandikan dia pagi-pagi, tu pon muka masamm je kena kejut bangun tidur..


Ni gambar kat rumah nenek, peel terbaru dia, suka senyum buat muka macam tu, kadang-kadang siap kelip-kelip mata sambil senyum,taktaw mana belajar senyum gatai gitu..Ni baru balik Tesco masa ni, teruk kena gomol dengan peminat-peminat fanatik Iqy..Muka penuh gincuu masa tu..Abi sampai segan nak dukung si Iqy ni, segan sebab semua orang mesti pandang dan tegur Iqy ni dengan muka teruja.Pernah sekali tu dia letak Iqy dalam stroller, then cover dengan napkin kat muka Iqy, melampauu kan..haha..Abah dia kan femalu...Itulah "special"nya dak iqy ni..Rezeki dia banyak peminat je..Dah beso nanti jenuh aku nak buat shortlisted bakal menantu..hahahah..





Jom iklankan bisnes anda di blog Nory Zoulkefle
RM30 / sebulan

email : elfekluz1921@gmail.com

Monday, October 27, 2014

Teaser : Upcoming Family Holiday


Sedang men"counting" day untuk berfamily holiday..Destinasi pilihan kalini masih didalam Malaysia, bezanya kalini kitorang memilih pengangkutan udara, flight..Sebab kitorang sefamily belom pernah lagi naik flight secara berjemaah ramai-ramai macam ni,.Tahun ni macam tahun-tahun sebelumnya, mesti ada satu destinasi untuk kitorang satu family berkumpul, jalan-jalan, bercuti bersama-sama.Family aku kecik je, memang dari dulu mak memang dah tetapkan setiap tahun mesti ada family day, anak beranak pergi bercuti tak kisahlah kemana-mana, yang penting pergi bercuti bersama-sama, even pacak khemah belakang rumah dah kira macam bercuti jugak..hahahaah..

Tahun ni ekceli kali kedua kami berfamily holiday ni, nak ikutkan sekali je setahun, ni dah terlajak ke 2 kali..Ok lah tu kan..hehehe..Yang first haritu kat Port Dickson je, dekat tapi kalau ramai-ramai, jadik best lah kan..Lantak arr ko nak kata, alaa Port Dickson je kot..Kesahh plak aku kan..hikhikhik..

Cerita sebenarnya, awal tahun aritu, saja godek-godek laman web Air Asia, tengah promo time tu, tapi takdelah promo giler-giler, tapi kira tahap mampu milik lah jugak..Awal tahun kan poket masyukk sikit..hehehehe..Godek punya godek, tiket ke Kuching paling murah.Aku pon bentanglah "proposal" kat ahli keluarga yang lain.First aku bentang kat along aku, dia suruh bagi total harga tiket untuk dia anak beranak.Lepas dia dah setuju dengan harga tu, aku tanya mak n papa aku plak, mak aku senang sikit, ajak je dia mesti ON punya..Aku belanja tiket mak,papa n Tasha sekali.Along aku bayar tiket dia anak beranak je..

Masa aku booked tiket ni, bulan February, Iqy dalam perut lagi..So, aku hold dulu beli tiket Iqy, sekarang Iqy dah ada, bulan lepas aku dah Add-On infant seat untuk Iqy..Oiii lagi mahal tiket infant ni taw dari tiket promo kitorang laki binik, sabo jela..Takkan nak tinggal Iqy suruh Laura  jaga kat rumah plak..hahaha..Laura tu kucing okeyy..Gilo apo mak ko ni..kikikikiki

Nanti aku up harga tiket untuk next entry..Aku beli time promo, kira murah lah jugak..Hurm kenapa Kuching??Kenapa Kuching ek??Satu je jawapan, sebab tiket tu je paaaling murah masa tu..Mulanya ushar tiket KK tapi mahal kemain time tu, so, Kuching pon Kuching lah.Janji holiday!!!..Yeeehaaaa!!!

Iqy first time nak naik flight ni, taktaw lah camne respon dia.Harap-harap ok lah dia sepanjang dalam flight nanti..Doakan flight AK5232 dan AK5215 selamat pergi dan balik yer..Seriauu jugak nak naik flight sejak macam-macam kes terjadi ni..Tawakkal jela..InsyaAllah, doa-doakan yer..

Tuesday, October 21, 2014

Walker untuk Rizqy

Ni hadiah sempena Iqy genap 6 bulan, bulan lepas.Genap umur 6 bulan dapat dua hadiah, satu dapt "makan", kedua dapat walker..Ingat senang ke aku nak bodek abah Iqy ni suruh belikan walker untuk Iqy, susah wey susah..Kena merajuk-rajuk dulu baru dapat..Kadang aku pon konpius ,sape yang nak naik walker ni sebenarnya, aku ke Iqy, hahaha..Mak dia plak yang lelebih dah kenapa kan..hehe..Sebelum orang hentam pasal keburukan walker ni biar aku cerita dulu ok..Ikutlah pendapat masing-masing, pendapat aku, takde masalah pon walker ni asalkan kaki anak dah cukup kuat untuk  berdiri tampong badan dia, so takde masalah kaki bengkok ke apa, yang penting sebagai ibubapa, kena sentiasa pantau lah, janganlah ko biarkan je 24 jam anak ko dalam walker tu..Macam Iqy ni, aku taknak dia skip alam merangkak, so aku kurangkan aktiviti dia main walker ni, kalau sebelah siang dia dah main lama kat rumah ibu dia, balik kerja aku tak naik kan dah walker tu, aku letak je dia golek-golek kat bawah, biar dia belajar merangkak dulu sebelum berjalan.Biarlah ikut step by step kan..Nampak hasil jugaklah, sebab dia sedang belajar nak merangkak sekarang ni..Dah angkat-angkat bontot dan goyang-goyang, cuma belum maju kedepan lagi..Asyik kebelakang je..hehe.



Ni masa hari pertama abah dia belikan walker baru untuk dia, sebelum ni dia guna walker kat rumah ibu dia je..Sejak abah dia tengok sendiri dia naik walker tu, barulah abah dia bagi green light belikan walker tu, semangat tu, aku balik kerja je, terus ajak aku pergi beli walker untuk Iqy.hehe..

Aku tergerak hati nak pergi beli kat kedai mainan sebelah JPN Puchong Utama, kat situ mainan budak memang murah-murah lah..Time pergi plak ngam-ngam memang tengah ada sale..Paling murah RM50++ , tapi Abi berkenan yang ni, tambah duit sikit je..RM99..Nampak kukuh sikitlah..Tak besar sangat dan tak kecik sangat, sesuai dengan keluasan rumah kami yang sekangkang semut tu je..hihih..


Suka lah tu dapat hadiah..Dah ushar dah hadiah baru yang akan di"pow" kat abah dia, Nampak macam abah dia pon berkenan..Tungguuu...Mama abah kumpul duit dulu ok..hehe


Ni masa celebrate sempena Iqy tumbuh gigi sebatang, kemain gigi tumbuh sebatang pon nak celebrate..Giler mak ko ni..hahaha..Dah nama pon #peminatfanatikanaksendiri.,nak wat camno kan..Sempena gigi tumbuh sebatang, mama abah, atok, nenen, neklang, toklang, achu Amy n Ashu Tasha bawak Iqy main walker kat Dataran Putrajaya..Haaa mainlah  puas-puas..Tapi Iqy terkelu lidah bak kata omputih "speechless" sebab luas sangat tempat tu, biasa main kat dalam rumah, jalan sikit langgar pintu, jalan sikit langgar kerusi, haa sampai sini, dia termenung lama, tengok je orang main, lama jugak dia dok diam camtu je, dah lama sikit baru dia berani explore, tu pon dekat-dekat je, alih-alih pantang nampak abah, terus mintak dukung..Penat kot jalan guna walker tu..hehehe..



IKLAN : RUANGAN TAPAK IKLAN UNTUK DISEWA (bawah header).BERMINAT SILA HUBUNGI elfekluz1921@gmail.com

Monday, October 20, 2014

Lepas rindu tokwan dan opah

Haii heppy monday uolls, ekceli tak berapa nak happy sangat pon, biasalah "monday blues"..Tapi takpe tak lama je lagi, lepas ni takde dah dengar aku meroyan pasal "monday blues" ni..heheh.Weekend aritu kitorang anak beranak balik kampong Abi kat Felda Sg Behrang.Sape orang sg behrang??Angkat tangan...Aku taw ada diantara silent reader blog picisan aku ni dari Felda Sg Behrang kan..kan..kan...baik ngaku cepat..Iolls malu sebenarnya taw, sebab ramai orang kampong Abi bace blog aku ni, yang dok merapu meraban je semedang ni..hikhikhikhik..malu sambil cekup muka 

Plan nak balik kampong ni bebetul last minit, hari khamis aku tanya Abi nak balik kampung tak minggu ni sebab kebetulan minggu ni dia cuti, pastu aku terpikir plak bulan depan, dia deret kena kerja takde cuti lepas balik holiday nanti, bila masa plak nak balik kampong kan, tu yang aku ajak dia balik minggu ni tu.Baik tak menantu pak awang??hahah..Lagipon Iqy dah rindu kat Tokwan dan Opah dia.Abi setuju je siap cakap terima kasih lagi...Alaa janganlah sweet sangat bang oii..Mak bapak abang, mak bapak sayang jugak..Peaceee~~~hehehe..

Hari jumaat lepas balik kerja terus kemas beg, nasib baik Abi sempat tolong basuh dan sidaikan kain baju siap-siap, senang balik dari kampung nanti takdelah menimbun-nimbun bakul baju tu..Thanks Abi..#muahciked..haha..Tengah siap-siap, hujan lebat plak..Ko paham-pahamlah duduk rumah bertingkek-tingkek ni yang sengsara nya time nak hangkut barang-barang masuk dalam kereta..Pffttt..Bayangkan plak kalau hujan, lagi menyukarkan keadaan lah nak hangkut segala barang, dengan barang Iqy je dah penuh kereta, dengan walker dia lagi..Beg mama n abah dia seketul je, beg dia je berketul-ketul..Ni baru sorang, kalau 2,3 orang..Acanerr arrr agaknya..huhuhu..#ehtakbaikngeluhtuhanmarah

Bila hujan dah reda sikit, kitorang pon gerak..Iqy dah mamai dah time ni, masuk je dalam kereta terus tertido.Singgah makan kat KFC plak, tetiba tekak teringin KFC hujan-hujan ni kan..Layankan aje lah..huhu..Alhamdulillah, selamat sampai kampung pukul 10.30 malam, jalan jammed sikit kat Rawang sebab dorang besarkan jalan plus hujan lebat plak tu.huhu

Sampai kampong mak abah dan dua adik ipar tak tidur lagi dok tunggu kitorang sampai..Takde sape pon kat kampong, adik beradik ipar lain tak balik, lagipon kitorang kan last minit planning nak balik kampong.heee



Seronok dak untat ni balik kampong, makan , hisap susu, tido je kerja dia..huhu..Jakun giler tengok ayam kampong, sampai jegil-jegil mata tengok ayam, susah kot nak jumpa ayam kat Key Ell ni, balik kampong je baru jumpa, dah mula nampak sifat sayangkan binatang terutama kucing, kat rumah mertua ni banyak kucing, dia sibuk nak pegang kucing tu, aku tak bagi pon, bagi gesel-gesel kaki je..heheh..


Reaksi muka bangun tidor terus ternampak ayam..Muka teruja , tercengang, pelik semua ada...Adoiii kelako, kelako...


kemain tido gaya bebas kat kampong ek..Nasib baik lelaki, kalo pompuan, kan ke tak manis tido gaya gini..hehehe..


Tudia, dah bersekongkol dengan tokwan dia, tokwan buka baju dia, suka lah dia kalau tak berbaju..Kat kampong je mama kasi chance buka baju taw..hehe..Dok bergusti je dengan tokwan..

Aktiviti lain yang aku buat kat kampong, selain hanya duduk dirumah saje, aku suka ajak Abi pergi Pasaraya TF, orang sana taw lah pasaraya tu..Biasa je takde pape pon sebenarnya, tapi taktaw kenapa aku suka pergi situ, suka jugak ajak Abi lepak Pekan Tg Malin, ingat nak pergi pasar malam kat pekan Tg Malim tapi hujan petang tu, tu yang ajak Abi pergi TF je,,Dapat pergi situ pon aku dah suka sangat dah..hikhikhik





IKLAN : RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA (tapak iklan dibawah header).SEBARANG PERTANYAAN CONTACT 
EMAIL : elfekluz1921@gmail.com

Friday, October 17, 2014

7 bulan


Alhamdulillah..Genap 7 bulan putera chenta hati mama abah..5 bulan lagi nak cecah umur setahun jagung..Alahai kenapa cepat nau membeso ni anak..Mama pon makin tua.. Abah lagi lah tua...Ngehngehngheh...(taknak kalah mak ko ni kan?heheh)

7 bulan ni banyak perkara baru yang Iqy mula tunjuk..Dalam hati terdetik, ooo camni seronoknyer dapat tengok perkembangan anak membesar dari tak tahu apa-apa, sampai dah tau macam-macam..Sepanjang meniti hari nak cecah usia 7 bulan ni, Iqy dah mula start berlatih untuk merangkak.Walaupon abah dia belikan walker, tapi penggunaan walker tu kami hadkan, sebab taknak dia ter"skip" alam merangkak, sebabnya merangkak ni antara proses yang paling baik dalam perkembangan dan pembesaran bayi sebab ianya melatih sel-sel otak berhubung..Aku tak reti nak cerita lebih-lebih, sebab aku bukan pakar kanak-kanak pon, tapi aku terbaca artikle pasal merangkak ni kat majalah dulu..Nak taw lebih lanjut, google jela...hihihi..

Pastu dah pandai tiru gaya apa yang orang buat, contohnya dari dulu aku suka buat "bubbling"  gune mulut kan..Sekarang ni dia dah pandai buat, tapi dia guna lidah, then dia bubbling, bila aku cakap, mama tak guna lidah pon, mama guna bibir je macam ni sambil tunjuk..Then dia cuba buat , tapi tak boleh, pastu dia cuba pegang bibir dia n buat..Comell je..hahaha

dah pandai minum guna botol air ber"straw"..aku tak pernah cuba lagi sebab aku ingat dia tak reti, dan mungkin awal lagi kot nak ajar bagi botol ber"straw" tu..Tapi ibu dia try bagi kat rumah, ibu dia cakap, dia dah pandai sedut guna straw..Sekali ajar je..Ibu dia cakap, Iqy ni cepat "tangkap" kalau ajar apa-apa kat dia, so kena hati-hati  lah jugak, kot-kot ter"ajar" benda lain kan...Takleh lah nak korek hidung depan dia, kang dia dok korekk hidung je 24 jam..ahhh parahh kalau gitu..haha..

Pantang nampak orang pegang kamera, dia paksa suruh tangkap gambar dia..Haaa ni mama dia punya kerja lah ni, dari lahir dah biasakan dia dengan kamera je, sampai sekarang dia dah jadik taksub dengan kamera...Ashu dia selalu kena, nampak je ashu dia tengah main henpon, tetiba dia merengek, bila ashu dia tala kemera henpon kat muka dia, dia senyum...Haaa kemain sangat kan..Giler kamera betol..

Dan terbaru, semakin "sombong" dengan gigi baru dia..Asyiklah dok sentil-sentil lidah kat gigi dia tu..Gataii agaknya...huhu


Kalau nak tulis satu-satu perkembangan Iqy ni, memang tak tertulis..Cukuplah mama dia tau yang Iqy sedang dalam proses membesar, dan hari-hari Iqy bagi seperais kat mama abah tunjuk kepandaian dia satu-satu...SubhanaALLAH...Tulis ni pon sebak rasa nak nangiss..Terlalu indah perasaan jadi seorang mama ni..-speechlesss-


HAPPY 7TH MONTHSARY , ANAK MAMA

-RIZQY HAFIY AISH-

Thursday, October 16, 2014

Fenomena tumbuh gigi

Aku pon tak pernah terpikir yang Iqy akan tumbuh gigi secepat ni..Aku agak-agak mungkin gigi dia  tumbuh lambat sikit dalam umur 8-9 bulan nanti.Lagi haru dan rasa bangang giler bila diri sendiri pon tak tahu yang anak dah tumbuh gigi..Adehhh rasa macam, mama spesis apa lah aku ni..Yang dapat notice Iqy tumbuh gigi pon Ibu (babyitter) dia..Macam busyy sangat je mama dia sampai tak sedar perkembangan diri anak.Sorry sayang...Doakan mama cepat-cepat berhenti kerja dan dapat tumpukan sepenuh perhatian dekat Iqy yer..Urmmm...

Tapi memang sejak kebelakangan ni Iqy suka gigit-gigit, bak kata orang "fenomena gatal gusi" namanya..huhu..Mingu lepas, balik je dari kerja terus amik Iqy, tu yang ibu dia bagitaw tu, eh Iqy dah tumbuh gigi lah kat belah bawah, cuba rasa ni, dah rasa tajam dan keras..Jelas nampak bayang putih gigi kat gusi dia, tapi sebatang jela..Aloololoo comeyynya gigi dia kecikk je.Walau hanya sebatang je tumbuh , tetap rasa teruja ok..Jiwa mak-mak sangat kan..Ibarat ayam bertelur riuh sekampong..Perghhh dasyattt "peribahasa" kau kann..ahahaha..Proses pertumbuhan gigi sulung ni smoth n steady je sampai aku sendiri pon tak sedar sebab Iqy takde demam or merengek di malam hari..Dalam hati terdetik jugak, eh kuatnya Iqy tak demam pon tumbuh gigi sulung.Tapi tu gigi sulung, gigi kedua Iqy kalah, tetiba pukul 4 pagi semalam, aku tersedar sebab nak terkucil, sempatlah raba-raba Iqy kat sebelah, tetiba terkejut sebab badan dia panas giler, eh demam ni budak ni..aPasal panas sangat ni, terus menggelupur amik kain tuam kat kepala dia dan lap satu badan dia.Tapi dia...sedap je mentido.Langsung tak merengek ke hape,yang mak dia ni yang risau tahap gaban memang dia pesyen gitu, dia kalau tak sihat ke hape ke, tido tetap tido, dia bukan jenis yang merengek waktu malam kalau tak sihat, kalau merengek pon waktu siang je, tu pon jarang sangat.Tapi aku risau jugak la, memang lah orang cakap, untunglah anak demam tak merengek malam, tapi sebagai mak-mak, bila anak baik sangat pon sampai tahap demam pon taknak merengek, tu dah boleh timbulkan rasa tak sedap hati dalam hati mak-mak ni taw.Dia tak merengek pon, aku tetap berjaga jugak nak pastikan suhu badan dia tak terlalu tinggi.Risau weyy tengok dia tido sampai senyap je..Sekarang ni dah lah macam-macam penyakit.Haishhh mintak jauh lah.

Pagi tu aku pergi kerja, rasa tak sedap hati lak nak tinggalkan dia kat babysitter, rasa nak cepat-cepat bawak pergi hospital.Ingatkan nak pergi petang lepas balik kerja, tapi kat tempat kerja hati ni teringat-ingat je..Pukul 10.30 pg, aku mintak izin bos nak balik sebab nak bawak anak pergi hospital, memang aku kalut sangat time tu, sebab ni first time Iqy demam macam tu..Walaupon mak aku cakap, demam sikit je Iqy ni, mak rasa takdelah panas sangat, tapi kenapa aku rasa macam panas sangat tak tahu lah..huhu..Abi kerja, so aku suruh je dia tunggu kat Hospital..Mulanya ingat nak pergi sorang je bawak Iqy dari rumah, tapi Abi suruh ajak mak aku jugak suruh temankan..Kalau mak aku tak boleh ikut, Abi nak balik amik kitorang, dah satu kerja nak main pegi balik plak kan,Nasib baik mak nak ikut..Sampai hospital Assunta, nasib baik tak ramai patient, sekejap je dah dapat jumpa doktor.Check berat dah naik 10.4kg..Perghhh demam-demam pon berat mencanak naik sama naik dengan berat badan mama ko kan..hahaha..Check suhu plak, 37 darjah celsius..Doktor kata demam sikit je ni, aku tak puas hati plak dengan suhu tu, sebab aku rasa badan Iqy panas sangat.Ke perasaan aku je?.ermmm..Doktor kasi ubat demam dan antibiotik je..Check paru-paru semua ok, sebab dia ada batuk sikit sebelum ni, alhamdulilah tak kena neb macam aritu..huhuhu.. 

Lega sikit hati bila dah bawak Iqy jumpa doktor, lepas tu lepak makan kat cafe sementara Abi bawak Iqy jumpa kawan-kawan department dia..Balik rumah terus bagi Iqy makan ubat, lepas makan ubat, makan bubur semua, dia pon lalok dan terus tido..Bangun dari tido je, alhamdulillah dah sejuk dah badan dia.Dia pon dah mula senyum..Sebelum ni nak senyum pon tak larat..kesiann anak mama.. Harini dia kembali sihat seperti sedia kala..Demam nak tambah akal pon yer jugak ni..Mulut pon dah makin riuh..Suka menyanyi ni...Suara macam Anuar Zain ni...muahahahaah,,,




Taraaa!!! Nampak tak gigi kecik saya...Ni masa hari pertama aku sedar akan kewujudan gigi dia, kemain kedekut lagi tak bagi tengok gigi dia.Elehh cabot kang baru taw...ahhah


Besorrr dah dia ni..Seronok tengok perkembangan anak, dari sekecik tapak tangan sampai dah sebesar mesin basuh.Ehh??hahha..Kelakar giler bile teringat time nak timbang berat dia masa kat hospital tu, mesin penimbang tu dah tak muat untuk Iqy..Nurse tu kemain gelak..siap pam-pam lemak-lemak kat badan Iqy..Dia pandang "kerek" je kat nurse tu ejek dia sebab tak muat duduk atas penimbang.haha...sabo lah Nak...Kalau boleh sepak, mama dah sepak dah nurse tu..Tapi betul jugak cakap nurse tu, memang mesin tu tak muat untuk Iqy pon..Pasrahh lah nak oii.Kan mama suruh diet,,,hahahaha..mama bukan nak back up nurse tu taw,,tapi kenyataann..kukuikuikuikui..


acaner tak bam-bam..kuat makan ashikk ni, dah pandai demand mintak nasi tambah koooo!!pfffttt..Lebih - lebih lagi sejak dah tumbuh gigi ni, makin berselera lah dia..Siaplah pasni dia jadi"pirana" gigit semua orang...hohohoho..

"Selamat Tumbuh Gigi,, Anje mama"

Tuesday, October 14, 2014

Rambut Raya Rizqy


Sehari sebelum raya haji lepas, Iqy request nak rambut raya katenya...(nampak nauu nipunyer, pandai plak dak Iqy tu nak request2,haha).Ni first time Iqy gunting rambut lepas rambut dia kena cukur masa baru lepas pantang aritu.Ekceli bukan gunting pon, repair sikit2 je, especially kat bahagian rambut tepi telinga dia tu, dah panjang sampai masuk telinga, pastu dia asyiklah duk garu telinga sampai luka.Aku n abi memang dah sepakat takmo potong rambut Iqy banyak sangat, nak repair sikit je tepi telinga dia tu, nipiskan je..Rambut depan tengah belakang tak usik, saje nak biar panjang..Rockkk oooo..haha..
Mulanya ingat nak gi salon, biar professional hairstyle yang kerjakan kepala Iqy ni, tapi last minit plak Abi cakap pegi kedai mamak jela, lagi murah..Sebab bukan nak gunting banyak pon, repair sikit je kan..Kalau gi salon kang, usik sikit je dah makan puluh2 hengget, huhhh membazir..Kat mamak ni kena RM6 hengget je..Murah kan..

Iqy : Deyyy Ane, bikin baekk2 arrr gwa punya rambut, lu silap cantas, gwa cantas lu balik..
Ane : okeyhhh tambii..Duduk diam2 kasi arr...

Reaksi Iqy pertama kali jumpa tukang gunting rambut??Hurmmm mulanya aku risau jugak takut dia melalak bila ane tu gunting rambut dia, sebab masa cukur rambut dia dulu, dia punya melalak kemain lagi..Cuak jugaklah aku kan..Tapii nasib baik, dia baik-baik saje ..Cuma muka je pelik, kemain lama dia tenung Ane tu, sampai Ane tu plak nervous tengok dia dok tenung kemain..hahaha..


Muka pasrah habis dah time ni, dia memang frust giler kalau rambut dia kena cantas...haha


Sepanjang rambut Iqy di repair, abah Iqy yang pegang Iqy sebab Iqy tak boleh duduk sendiri lagi kan..Dengan abah2 dia bermandikan rambut..Lebat rambut dak Iqy ni taw..


Kot yer pon tak puas hati rambut kena cantas, cover lah sikit muka tu kan..Mashammm je..Frust menonggeng lah katekan..Sabor jelah nak oii..

Dan hasilllnya ...Taraaaaaa.....Dah macam k-pop plak..boleh geng dengan Ashu dia dahni..hahaha..


Jangan taktaw, pesyen rambut Iqy ni terus menjadi "viral" taw dikalangan ahli keluarga aku..Dah macam retis plak, apa dia buat semua orang nak ikut..Anak buah yang sulung siap ajak ayah dia pergi kedai gunting nak gunting rambut macam Iqy katanya, adik sepupu aku yang umur 19 tahun pon lepas tgk rambut baru iqy ni terus gi kedai jugak gunting macam Iqy..Hahaahh...Dasyat gak penangan rambut raya Iqy ni..Mama pon nak buat rambut macam Iqy jugak lah..hahahaha


Amboiiii gumbiranyaaa selfie dengan rambut raya..Tapi tak sampai seminggu , rambut tepi telinga dia tu dah panjang balik, dia pon dah start garu telinga balik..Adoiii camne ni..Cepat nau panjang rambut dia ni..Terlebih baja apa ko makan ni Iqy oii...huhuhu


Friday, October 10, 2014

Mama Iqy Homemade : Bubur Nasi + Carrot + Brocolli

Entry sebelum ni aku kongsikan resipi Mama Iqy Homemade : Bubur Nasi + Carrot +Kentang , kalini aku nak share resipi Bubur Nasi + Carrot + Brocolli plak..Yang pastinya kedua-dua gabungan mantap carrot dan brocolli ni sangat kaya dengan vitamin yang diperlukan oleh si manja kite.Ewahhh aku sekarang dah macam pakar pemakanan kanak-kanak plak kan, muahahahah...

Ada yang tak tahu lagi tentang kebaikan Brocolli dan Carrot ni ? Boleh tanya encik Google, macam-macam ada..


Bahan-bahan yang diperlukan..

1) Beras (secukupnya)
2) Brocolli (sekuntum, ermm betul ke sekuntum, ke seketul?)
3) Carrot


Ni penyediaan untuk masak, dah siap potong2 banyak mana yang diperlukan, macam dalam gambar ni, ni masa baru first time nak kenalkan Iqy dengan Brocolli..Tu yang aku letak sikit je buat rasa-rasa..Sekarang aku letak banyak-banyak kuntum dah sebab Iqy sukakannya..Yeay!!! Carrot dalam seinci cukup dah, sebab bila potong jadik banyak..Beras plak ikut lah nak letak banyak mana, macam aku letak suku cawan..Sikit je, sebab nanti dah jadi bubur, dia jadi banyak..


Masak nasi sampai jadi bubur, agak-agak hampir jadi bubur baru masuk kan brocolli dan carrot, sebab kalau letak awal2 nanti hilang plak khasiat brocolli tu, nak lagi bagus, kukus brocolli tu..Tapi rebus pon ok, sebab masa blend aku blend sekali dengan air rebusan tu, so khasiat dia tak lari mana lah kan..Selamba je buat "mazhab" sendiri...hahah




Bila dah jadi bubur, blend lagi supaya dapat tekstur bubur yang halus tulus dan mulus gituu...
Ni kalau baru start kenalkan anak dengan bubur lah..Kalau dah 7 bulan keatas dah boleh dah start bagi bubur yang agak kental sikit teksturnya..Sesetengah budak tak suka cair sangat, ikutlah selera anak masing-masing..Macam anak aku, dia takde banyak bunyi nya..Senang bela budak tu..hahah..


Selesai memblend bubur nasi tu, aku tapis plak..Part ni kalau taknak follow pon takpe, sebab lepas blend pon dah halus dah bubur tu, cuma aku terpaksa akur perintah suami paksa aku lakukan sesi menapis plak..Aku ikut jelaa demi mendapat bubur nasi yang halus tulus dan mulus gituuu...hehehe


Taraaaa!!! Siap dah Bubur Nasi Carrot Brocolli ( bubur ashikk Eyyet O'olli)..
Setakat ni mangkuk tu tak pernah berbaki lagi..Liciiinn je semedang...Itulah rahsia disebalik ke"sado"an abam Iqy...heheeh..

Jemput cuba try test kawan-kawan...!!

Thursday, October 9, 2014

Cerita Raya Haji 2014

Alhamdulillah, tahun ni macam raya aidilfitri lepas jugak, kalau raya aidilfitri lepas merupakan raya pertama sebagai mak orang, raya haji tahun ni pon merupakan raya haji pertama sebagai mak orang dan julung2 kalinya buat Rizqy.Mesti Iqy pelik, baru je habis raya, dah raya balik, mama...dalam setahun berapa kali raya ek??hehehe..

Raya haji tahun ni giliran beraya dengan family aku sebab aidilfitri aritu kan turn family  belah Abi, ekceli tak kisah pon raya mana, tak penah lagi berebut/ bergaduh nak balik raya kat rumah family sape2, sebab masing2 dah tau turn atau giliran masing2..So, takde masalah disitu..hehe..Yang bestnya, walau jarak rumah aku dengan rumah mak dekat je, tetap rasa teruja dalam perjalanan nak ke rumah mak yang tak sampai 5 minit tu..Siap ikut jalan jauh lagi, hahaha...

Raya kalini ingat nak buat kelainan sikit, biasanya mak je yang masak lauk-lauk untuk menu dipagi raya, tapi taun ni rasa nak buat menu spesial sikit.Ting!!!Tetiba teringat aritu ada mak sebut nak makan nasi beriani, siap request nak Abi yang masak..Okeyy terus usulkan kat Abi, Abi okey jee,.Maka ke Tesco lah kami beli bahan-bahan untuk masak Nasi Beriani.Mulanya nak seperais kat mak, tapi takleh tahan nak bagitau mak jugak..Hhaahaha..Makk!!Esok kite buat nasi beriani ek, adik dah beli bahan-bahan..Mak senyum sampai telinga lah..Pastu along datang cakap Kak yati nak masak Nasi Minyak dan Ayam Masak Merah..Wahhh kemainn, raya haji je kot, juadahh kemain ngalahkan raya aidilfitri, dah macam nk buat kenduri plak, padahal ahli keluarga takde lah ramai mana..Mujur ada sedara mara dekat2 ajak makan ramai-ramai sekali..Baru syiokk..


Ni antara bahan-bahan untuk buat Nasi Beriani, jangan tanya resipi sebab aku tak ingat..Ni semua Abi yang setelkan..Aku taw makan je..huhuhu..Mungkin gambar ni boleh membantu..Kalau tak membantu, ko google je la ek..hehe


Malam raya , mak dah start masak rendang..Mak memang biasa masak rendang malam raya, korang biasa masak rendang bila?Malam raya ke pagi raya..?..Lepas mak masak rendang dan pulut kuning, papa request nak makan nasi beriani dengan kari kambing..Abi punya feberet jugak tu, gigihlah dia ke Hero cari daging kambing, mujur ada..Dapatlah buat kari kambing malam tu..Aku plak taknak tunjuk kalah jugak di dapur, so aku buat menu paling simple dan paling senang kacang goreng nak buat, tapi remeh jugak nak buat..Nampak jugaklah aku terer kat dapur kan, padahal berger mini je pon, Iqy pon pandai buat..hahhaah,Jadiklahh...buat kudap2 sambil tengok tv dan sambil masak..heee


Ni antara juadah di pagi raya, ni je yang sempat snap..Penuh meja kalau nak ikutkan ni..huhu..Lupa nak citer, masa dalam perjalanan nak ke rumah mak, kitorang kena tahan polis dan kena saman sebab tak pakai tali pinggang..Huhuhu terkorban RM60,,Tu pon dapat diskaun, kalau tak lagi mahal kena, rm300..Oiii RM60 lepas beli susu anak 2 kampit tau...Grrrr....Sajeee je buat roadblock time-time raya ni, gerammm geram...Malas cakap banyak..Sakit hati..


Asyik gambar makanan je, meh tepek gambar raya plak,,Gambar ramai-ramai dengan family takde, sebab memasing busy, beria aku bawak kamera gedabak aku tu siap dengan tripod lagi, last2 gune Iphone Tasha je tangkap gambar...hahahahah.,,


Nak jugak gambar berdua, bukan selalu nak dapat gambar berdua macam ni sejak bertiga..hehehehe


Gambar syiok sendiri sorang-sorang pon nak tepek jugak...Lama tuu tak selfie..


Dengan bopren kecik pon tak lupa jugak nak bergambar...Dia yang semakin hari semakin mesra kamera...Sampai tahap takleh nampak kamera, dia paksa suruh tangkap gambar dia jugak...Huh!!! Saboo jela aku..Ko ingat ko comel??Huhh!




Last sekali, bergambar dengan si Genjos sorang ni..Kalau 2 beradik ni berjumpa mula lah datang giler sawan memasing..So, tunjuk gambar yang sopan ala amboi-amboi je,,gambar yang buat jelak orang tengok, simpan jela buat kenangan..hehehe


Anak pak arab mana plak ni??Eh anak sendiri pon tak kenal..hehehe...Macam biasa, kalau tak kena buli dengan mama, memang tak sah..Bertabahlah Iqy oii..


Selamat Hari Raya AidilAdha semuaaa....

Friday, October 3, 2014

Mama Iqy Homemade : Bubur Nasi Carrot + Kentang

First time ni buat entry pasal resipi untuk bayi.Aku mama baru yang baru belajar, suka dan minat explore semua benda berkaitan anak, walau ilmu tak tinggi mana, tapi aku cuba gali jugak ilmu keibubapaan ni, semuanya bermula dari rumah.Walau terikat dengan waktu bekerja, jangan jadikan alasan untuk lepas tangan pasal hak dan makanan anak, perut anak tanggungjawab ibubapa untuk uruskannya, tumbesaran dan perkembangan anak pon bermula dari pemakanan, so aku memang jakun giler nak kongsi resipi pemakanan sihat untuk anak yang berusi 6 bulan, yang baru nak belajar makan ni..Di awal usia 6 bulan, aku kenalkan Iqy dengan puri buah dulu, pastu baru slow2 aku kenalkan dengan bubur nasi.Puri yang palingg sesuai untuk bayi 6 bulan adalah yang paaalingg cair.Puri buah semua Iqy lulus dengan cemerlang, avocado, kurma, pear, pisang, semua dia lulus A+..Minat betul dia makan..Tu pon still mengicak makanan orang lagi, abah dia selalu rasa simpati, sampai sanggup makan bersila kat ceruk dapur semata2 taknak bagi anak tengok sepii je...hehehe..Ok2, meh nak share cara aku sediakan Bubur Ashikk Eyyet Entang (sebut dalam pelat Iqy).



First sekali sediakan bahan-bahan :

1) Beras segenggam (ikutlah ko nak buat banyak mana)
2) Carrot (dipotong dadu)
3) Kentang (dipotong dadu)

Carrot tu biasanya aku potong dalam seinci je, kentang pon lebih kurang sama banyak dengan carrot.Bahan-bahan ni biasanya aku prepare dari tengah malam sebelum masuk tidur, potong siap2, bangun pagi terus masuk dalam periuk dan masak je.Jimat masa..


Air letaklah dalam 3 cawan, masak sampai jadi bubur.Kena sentiasa kacau supaya nasi tak hangus atau melekat kat bawah..Aku guna periuk atas dapur tak guna rice cooker, saje nak tunjuk "kegigihan" masak bubur anak guna api dapur..hewhewhew..Korang nak gune rice-cooker pon boleh..


Lepas dah jadi bubur, still tak siap lagi taw, sebab bubur tu still berketul2 lagi walaupon dah lembik..Biasanya aku akan blend bubur nasi tadi sampai halus, sampai tak nampak rupa nasi dah..Saat ni lah bergunanya baby blender ni, tak sia2 aku beli, sebab aku gunakan sehabis baik, takdelah rasa rugi membelinya kan..heheeh


Dah selesai mem"blend" bubur nasi tadi, nak ikutkan dah boleh dah nak bagi baby makan, tapi aku tambah satu lagi step, ni Abah Iqy yang suruh tambah step ni sebab tahap kehalusan bubur nasi yang dah diblend tadi tak memenuhi piawaian yang abah Iqy tetapkan..Yessss!!!Abah Iqy memang cerewett bab2 makan minum anak bini dia..Maka langkah seterusnya adalah menapis plak, sehingga dapat puri yang halus tulus dan mulus sesuai dengan piawaian yang ditetapkan oleh abah Iqy..Puffttt...Yup!! Mula2 dulu aku macam euwwww lecehnya, dah buat bubur, nak blend lagi, pastu nak tapis plak lagi..Tapi bila tengok anak makan dengan selera habis semangkuk, yang leceh jadi "ala kacangnya" je..Tak caya try lah...heheehee


Selamat menjamu selera!!! 

Inilah makanan feberet Iqy, so bakal2 menantu ku sila alert yer, sila belajar buat Bubur Ashik Eyyet Entang ni untuk pikat perut abam Iqy sorang ni..heheheh..Ada yang tanya pukul berapa aku bangun pagi2 untuk siapkan bubur nasi ni, alaaa takdelah awal sangat, paling lambat aku bangun 7.30..Paling awal 6.30..Tapi setengah jam je setel, pastu sambung tido balik sebelum bangun balik bersiap pergi kerja, aku kan masuk kerja lambat, pukul 9..So, takde alasan untuk aku ngelat dari buat bubur anak..Kang kena cop "malas" plak..hukhukhuk