First time ni buat entry pasal resipi untuk bayi.Aku mama baru yang baru belajar, suka dan minat explore semua benda berkaitan anak, walau ilmu tak tinggi mana, tapi aku cuba gali jugak ilmu keibubapaan ni, semuanya bermula dari rumah.Walau terikat dengan waktu bekerja, jangan jadikan alasan untuk lepas tangan pasal hak dan makanan anak, perut anak tanggungjawab ibubapa untuk uruskannya, tumbesaran dan perkembangan anak pon bermula dari pemakanan, so aku memang jakun giler nak kongsi resipi pemakanan sihat untuk anak yang berusi 6 bulan, yang baru nak belajar makan ni..Di awal usia 6 bulan, aku kenalkan Iqy dengan puri buah dulu, pastu baru slow2 aku kenalkan dengan bubur nasi.Puri yang palingg sesuai untuk bayi 6 bulan adalah yang paaalingg cair.Puri buah semua Iqy lulus dengan cemerlang, avocado, kurma, pear, pisang, semua dia lulus A+..Minat betul dia makan..Tu pon still mengicak makanan orang lagi, abah dia selalu rasa simpati, sampai sanggup makan bersila kat ceruk dapur semata2 taknak bagi anak tengok sepii je...hehehe..Ok2, meh nak share cara aku sediakan Bubur Ashikk Eyyet Entang (sebut dalam pelat Iqy).
First sekali sediakan bahan-bahan :
1) Beras segenggam (ikutlah ko nak buat banyak mana)
2) Carrot (dipotong dadu)
3) Kentang (dipotong dadu)
Carrot tu biasanya aku potong dalam seinci je, kentang pon lebih kurang sama banyak dengan carrot.Bahan-bahan ni biasanya aku prepare dari tengah malam sebelum masuk tidur, potong siap2, bangun pagi terus masuk dalam periuk dan masak je.Jimat masa..
Air letaklah dalam 3 cawan, masak sampai jadi bubur.Kena sentiasa kacau supaya nasi tak hangus atau melekat kat bawah..Aku guna periuk atas dapur tak guna rice cooker, saje nak tunjuk "kegigihan" masak bubur anak guna api dapur..hewhewhew..Korang nak gune rice-cooker pon boleh..
Lepas dah jadi bubur, still tak siap lagi taw, sebab bubur tu still berketul2 lagi walaupon dah lembik..Biasanya aku akan blend bubur nasi tadi sampai halus, sampai tak nampak rupa nasi dah..Saat ni lah bergunanya baby blender ni, tak sia2 aku beli, sebab aku gunakan sehabis baik, takdelah rasa rugi membelinya kan..heheeh
Dah selesai mem"blend" bubur nasi tadi, nak ikutkan dah boleh dah nak bagi baby makan, tapi aku tambah satu lagi step, ni Abah Iqy yang suruh tambah step ni sebab tahap kehalusan bubur nasi yang dah diblend tadi tak memenuhi piawaian yang abah Iqy tetapkan..Yessss!!!Abah Iqy memang cerewett bab2 makan minum anak bini dia..Maka langkah seterusnya adalah menapis plak, sehingga dapat puri yang halus tulus dan mulus sesuai dengan piawaian yang ditetapkan oleh abah Iqy..Puffttt...Yup!! Mula2 dulu aku macam euwwww lecehnya, dah buat bubur, nak blend lagi, pastu nak tapis plak lagi..Tapi bila tengok anak makan dengan selera habis semangkuk, yang leceh jadi "ala kacangnya" je..Tak caya try lah...heheehee
Selamat menjamu selera!!!
Inilah makanan feberet Iqy, so bakal2 menantu ku sila alert yer, sila belajar buat Bubur Ashik Eyyet Entang ni untuk pikat perut abam Iqy sorang ni..heheheh..Ada yang tanya pukul berapa aku bangun pagi2 untuk siapkan bubur nasi ni, alaaa takdelah awal sangat, paling lambat aku bangun 7.30..Paling awal 6.30..Tapi setengah jam je setel, pastu sambung tido balik sebelum bangun balik bersiap pergi kerja, aku kan masuk kerja lambat, pukul 9..So, takde alasan untuk aku ngelat dari buat bubur anak..Kang kena cop "malas" plak..hukhukhuk
ni lau org bsar cm kita makan pun sodaaapp..ekeke
ReplyDeletesedap tu. anak saya dulu2 memang saya start dengan puri dulu. alhamdulillah mmg berbaloi usaha mama.
ReplyDeleterajin mama iqy..alaaa mcm mana bakal menatu nak bg kenyang perut abam iqy sbb sebelum bg abam iqy, mek dh ngap awal2 dh..ahahaha
ReplyDeleteSedapppppp tu ;D
ReplyDeleteanak kita baru 6bulan hari ini..hehe..dah start bagi makan puri dah
ReplyDeleteiqyy pasni mintak roti canaiii putii pulakk HHAHHA
ReplyDeleteThis is very interesting, You're a very skilled blogger.
ReplyDeleteI have joined your rss feed and look forward to seeking
more of your fantastic post. Also, I have shared
your web site in my social networks!
Feel free to surf to my web page; nibbles and bits catering
tak sabar pulak nak tgu baby kita 6 bulan! hehehe
ReplyDeletepatutlah gebu gebas iqy ini rahsianya hihihi...
ReplyDeletesaya pon dulu..dah blend tapis..tapi blend kai blender biasa jek..
ReplyDelete