Followers

Showing posts with label mama stuff. Show all posts
Showing posts with label mama stuff. Show all posts

Tuesday, September 2, 2014

Hello my little 'Carlos'



Lama dah ngidam dengan 'minatang' ni..Bukan sebab pengaruh tv citer Rindu Awak 200% tu taw, dari sejak wujudnya ia lagi..Sejak dari harga dia tak mampu milik sampailah harga jatuh jadi harga mampu milik baru lah dapat merasa.Tu pon kongsi ngan adik aku..Dia tetiba baru nak berminat plak..pastu jenis yang tak menyempat2, bagitaw arini, arini jugak dia suruh aku belikan.Choiii...Tak pasal2 aku terjebak.Sudahnya 'minatang' ni jadi hakmilik bersama lah kekdah nya kan..Oiii jangan taktaw, siap ade nama taw kitorang kasi nama dia 'Carlos' sebab dia hensem sangat macam Iqy..Eh nak jugak selit nama Iqy kat entry si 'Carlos' ni..hihihi..

BUkan nak show off ek, alaaa berapa sen sangat lah menda alah ni, ko boleh beli 8 biji kot, aku beli pon siap kongsi ngan adik aku..hhahaha..Kalau ade rezeki nak jugak sambar sebijik lagi utk diri sendiri..hurmm try kenyit mata sikit kat Abah Iqy..agak2 boleh dapat tak..hahah..

Aku beli kat Lazada je..Kalau ko nak beli pegi lah terjah web Lazada sekarang..Macam2 ada...hewhewhew..

Belum rasmi lagi si Carlos ni, tak mampu nak beli filem dia lagi..hahahah.

Tuesday, February 4, 2014

Persediaan Berpantang : Bengkung


Dah hujung2 trimester ni, baru lah terhegeh2 nak cari barang untuk diri sendiri plak, tapi lega jugak, sebab barang2 kelengkapan baby semua dah ready, cuma barang2 keperluan diri time dalam pantang nanti je..Bengkung ni memang sinonim dengan ibu2 dalam pantang kan, antara kelebihan berbengkung ni adalah :

- mengelakkan kemasukan angin sejuk pada liang perut serta emmudahkan pengeluaran angin panas dan kotor menerusi ikatan bengkung dan ubat yang sempurna.

- membantu mengempiskan perut & bahagian berlemak yang terdapat pada peha & punggung . Pemakaian bengkung yang kemas dan ketat membantu mengembalikan bentuk badan dengan cepat serta mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu yang menyusukan bayi.

- bengkung yang baik juga mempunyai diameter yang panjang daripada bawah paras payudara hingga ke bawah pinggul, kerana dapat memberi sokongan yang kukuh ke atas rahim serta membataskan pergerakan.

Aku beli bengkung keluaran Sendayu Tinggi, Amme Corset namanya, sebab ciri2 nya memang yang aku mahu kan..Panjangg dan bertali..Aku beli kat kedai jamu, harga asal RM40 tapi dapat kurang RM38..Taktaw lah tempat lain boleh dapat lagi murah ke tak, sebab yang ni aku tak servey pon, main beli je..Rasanya murah lah kot..Sebab pernah tanya masa kat expo haritu, sehelai RM50 tuuhh..huhu


Cara pemakaian bengkung pon ada di tunjuk di luar kotak bengkung ni, berkobar2 nak pakai ni, tak sabar nak kurus n slim balik...agagagaga...


Ini rupa bengkungnya, panjang dari bawah payudara sampai bawah pinggul, cara ikat bentuk zic zac, sebelum pakai basuh dulu okay..Kain bengkung ni diperbuat daripada kain belacu bermutu tinggi yang tahan lasak dan tak mudah koyak..Tapi aku tak try lagi, nanti aku dah try aku bagitaw kebaikan2 nya okay..

Lagi..apa ek barang keperluan dalam pantang, set bersalin??Ni pon tengah pening, nak amik set shaklee ke, set jamu..Ade tengok set jamu yang paling murah jenama Afiat ke apa ntah, RM80 je, tapi tak beli lagi, set shaklee pon okay jugak, tapi dia vitamin semata2 je..Takde yang tepek2 kat dahi and kat perut tu..Ke kena beli dua2..Haishhh...pening2...Set menyusu shaklee pon okay jugakk, tapi mak cakap takyah membazir, nanti urut je ne*en tu , banyaklah susu nya..Hurmmm okay dengar cakap mak jela dulu, kalau takde susu baru beli kan..huhu