Followers

Showing posts with label family in law. Show all posts
Showing posts with label family in law. Show all posts

Saturday, January 6, 2018

Ke Taiping ke kita?


Ni cerita throwback hujung tahun lepas, punyalah lama tak balik Taiping ni, last balik masa Dak iqy tak lahir lagi, Dak Iqy dah besar ni haaa baru ada rezeki jejak kaki kat sana.Sedara mara pun tengok Dak iqy kat FB je, ni kira Dak Iqy pestaim jumpa sedara mara belah sana secara empat mata.Taiping ni kampung sebelah bapa mertua aku, mak mertua plak kat Kuala Kangsar, Abi plak lahir dan dibesarkan di Behrang.Memang anak jati Perak lah kome ni yer yeop..ahahahaha..Dapat bini plak orang key ell lah konon2nya, tapi dibesarkan sebagai Dak2 Puchong..Gituuu...Bangga nau jadi warga Puchong yer..ahahahaha..

Sebab utama balik ke Taiping sebab anak buah sulung Abi kahwin..Besar dah anak buah abi kan, tak lama lagi kitorang jadi nenek dan atok lah jawabnya..Kalau belah Abi , anak2 buah panggil aku Makndak , kalau dah ada cucu buah nanti, jadi Opah Andak lah ekk..Ke camne?? Aduiyaiii...boleh tak panggil Nanny je..hahahahaaa...Terasa ke"tua"an nya disitu tauu...Takpelahhh kalau dah tertulis rezeki dapat pangkat "datok-nenek" awal kan..hehehe..

Kitorang gerak dari Puchong lepas maghrib, singgah Behrang rumah mertua, sebab nak konvoi sekali dengan adik beradik Abi..Tunggu punya tunggu, pukul 1pg kot baru kitorang gerak ke Taiping dari Behrang..Sampai Taiping pukul 4 pagi..Semua dah tidooo..Mujur aku sempat tido dalam perjalanan..Sampai2 je terus sibuk kat dapur tolong ipar duai buat persiapan makan beradap.First time aku involved bab persediaan makan beradap ni..Family Abi memang suka memasak, sebab tu Abi pon menurun bakat suka memasak jugak..hehehehe..Dah setel semua, terus bersiap nak ke rumah pengantin plak, malam tu kitorang bermalam rumah pakcik Abi, penuh rumah, tapi walaupon ramai serumah, tapi selesa..Mungkin sebab rumah pakcik besar kot, bilik air pun banyak, takde kes berebut2 bilik air nak mandi..hahahaha..2 malam jugak lah kitorang bermalam kat rumah pakcik, meriah tuk tang tuk tang lah rumah pakcik 2 malam berturut2..





Sedondon dengan ipar duai, sakan bergambar sampai lupa nak tangkap gambar dengan pengantin ..Gambar dekat kameraman je ada kot..huhuhuu...Tak lepaskan peluang karoke jugak masa kat kenduri tu.Tu pon Abi paksa ajak duet...Dah lah tak bagi aku nyanyi sorang2, dia paksa ajak duet plak..Eeeee saboo jela aku..Aku siap sound lagi, abg nak duet, nyanyi sedap2 ehh...hahahhaa...siot punya bini..Laki aku kalau nyanyi konpiden sedappp je memanjang,.Iya konpiden tu penting, tapi tengok keadaan lah...ahhaahahahah...Ampun banggg...


Adik beradik sepupu sepapat Abi..


Petang sikit tu, kitorang balik rumah pakcik, sebab memasing semua tak tidur satu malam kan, aku pon tidur2 ayam je malam tu, pagi dah busy kat dapur..Ngantuk, pening semua ada, dapat baring, selelap...Perghhh lega rasa..Tetiba Abi kejut plak, ajak makan durian, ntah mana ntah dia kutip, masuk kebun agaknya..Aku sedap mentidooo..hahahaa..Dapatlah merasa buah durian..Tapi tahun ni kan durian tak berapa nak jadik, so tak puas sebenarnyaa, nak makan lagiiii...uwaaaaa..Malam tu dorang main kompang, adik beradik Abi memang semua pandai main kompang, aku masa sekolah rendah dulu pon main kompang jugak, kecik2 dah ada duit poket sendiri beb, hasil main kompang..hehehehe..Dak Iqy tunjuk minat jugak main kompang ni, maybe boleh jadi pelapis dah besar nanti..hehehe..



Esok tu pagi2 dah bangun, lepas sarapan semua dah get ready nak pergi mandi kolam, excited lah bebudak, mak pak budak pun excited..Dak Iqy seronok lahhh, dah lama dia ajak mandi kolam ni..Baru buka resort ni, kolam takdelah besar mana, kitorang 1 family pon dah penuh satu kolam, acaner...hahahaha..Meriah hoiii...Lepas mandi kolam, aku dengan tak tukar baju basahnya, dorang ajak masuk kebun plak, aku okey ajee...Dengar kebun aku dah bayang buah durian, rambutan, dan sebagainya...HEAVENNNN...hahahaha...Tapi malangnya durian duk atas pokok lagi, macam takde tanda2 nak gugur, maybe next week baru gugur, bukan rezeki kami lah jawabnya, so kitorang tebang pokok rambutan jelaaaa...Dappnyerrr rambutan..









Dak Iqy seronok masuk kebun, aku sengaja lepaskan dia, dia pon pelik kenapa aku tak marah dia main kotor, ni pembelajaran jugak sebenarnya, aku biasakan dia dengan alam semulajadi, bagi pegang tanah, bagi pegang daun, suruh pegang buah, kutip buah atas tanah, tengok atas pokok, panjat pokok, pegang kulit pokok..Biar dia rasa seronoknya alam kanak2 ni sebenarnya, budak2 sekarang kurang dapat peluang macam ni, tak macam kita masa kecik2 dulu, kadang kalau balik kampung, aku kasi can dia main hujan..Tapi hujan sekarang tak sama dengan hujan dulu, sekarang ni lepas bagi main hujan, aku bilas balik dia dalam bilik air..heheehehe..



Ni jela antara hasil tangkapan weolss pada hari tu, buah rambutan je la pun yang ado...Durian nampak gayanya bukan rezeki kami..Babai durian..Kat Key Ell durian mahaiiiiii...Sedih kita wakkk..Rasa nak duduk kampung tanam pokok durian je..hahaha..Petang tu baru kitorang gerak balik, tapi kami singgah Behrang dulu hantar mertua, alang2 sampai Behrang pun dah tengah malam, Abi pun dah tak larat nak drive, aku lagi lahhh malas nak drive malam2 ni..So kitorang check in rumah mertua plak satu malam lagi.Kakak Abi pon join sekali, esok tu akak masak sedap2 weyyy...Syok betul kalau kakak abi ada, dia ni kalau masak, sedappp je memanjang, aku kalau balik kampung, kalau akak ada, keje aku makan je 24 jam..hahahaha..



Main game dulu sebelum balik, budak2 ramai kena "gula-gula dari neraka" ni..Susah betul nak kenakan orang2 besar ni..hahahhaha..

Sebahagian keluarga besar sebelah Abi

Adik beradik , ipar duai dan anak2 buah .. 




Friday, March 3, 2017

Short Vacay : Mandi manda di Pengkalan Balak, Melaka.

Percutian tanpa sengaja ke Pengkalan Balak, Melaka ni betul2 last minit punya planning.Asalnya pergi Melaka untuk kenduri kahwin sedara belah Abi.Mulanya tak jadi pergi, tetiba balik kerja Jumaat tu, Abi suruh siap2 kejap lagi abang ipar datang, kitorang tumpang kereta dia.Aku pun kelam kabut lah kemas beg segala.Nak berjalan kan, kemain excited..hahahaha

Kitorang gerak dari rumah lewat jugak malam tu dekat pukul 11mlm, Abi siap masak kari ikan, ingatkan dorang semua nak singgah rumah kitorang dulu, sebab mak mertua dengan adik ipar naik kereta lain, last2 dorang semua tunggu kat RNR Dengkil.konvoi 4 buah kereta malam tu, dua lagi kereta sepupu2 Abi.Singgah RNR Dengkil, kitorang berkelah makan nasi ramai2.Sedappp pulakk Abi punya kari ikan haritu..hahahaha...Habis...Anjing liar kat situ pon join sekali, sedap dia ratah tulang ikan..Baik je dia, tak dekat2 pon dengan kitorang, mintak ikan jauh2 je..Comel je anjing tu..Sweet angat..Dia tau kita takut dia, dia tak berani dekat, tapi dia jinak..Alaaa nape aku cite pasal anjing plak ni..Sorry lah hakak ni pencinta haiwan..hahahahah...


Dah setel makan semua kitorang gerak ke Melaka, bermalam kat homestay yg dah disediakan, pukul 4 pg pon tak tido2 lagi beb, bila dah berjumpa, bersembang kemain lah kan..hehehhee..Esok tu bangun terus bersiap2 ke rumah pengantin, lama jugaklah kitorang duduk situ sampai lewat petang, asyik menetedarah je keje aku weyyy, hahahahah..Abi dan beradik lain sempat karok lagi masa kat kenduri.Aku perati je...nak nyanyi segan plak.Lagipon aku takut kalau dah pegang mic kang taknak lepas2..hahahaha..dasar kaki karok..

bila bergambar dengan orang slim2 ni, terus rasa diri gemok gedempol..hukhukhuk

Gambar sebelum basah lencun separuh badan.Ini anak buah aku, dah sama tinggi dengan mak buah dah..hahahaahah

Masa nak balik tu, kazen Abi ajak join dia bermalam kat Pengkalan Balak, tak jauh je dari rumah kenduri tu.Kitorang ingat lepas kenduri terus balik, aku plak tak bawak baju lebih.Bawak ngam2 ada lah lebih sehelai je.Bila kazen Abi beria2 ajak kitorang semua pon join lah sekali, mujur biras bawak baju lebih, pinjam sehelai kat dia, aku beli seluar untuk mandi laut je..hehehehe..

seketul budak yang excited sangat dapt mandi laut

mak mertua enjoy main tanam2 kaki..hehehehe

Homestay kat Pengkalan Balak ni best, betul2 dekat dengan laut, mak mertua pon boleh jalan kaki  dari homestay dan lepak kat tepi laut.Dekat je..Kitorang sampai masa tu dah petang dalam pukul 6, Dak Iqy sibuk mandi, Abi plak masa tu pergi ATM dengan adik dia, so nak taknak aku terpaksalah berlenjun dengan baju kurung sebab nak jaga Dak Iqy.Yang dia plak asyik nak pergi tempat dalam je..Aduhhhh lencun mak kau nak..tapi separuh jelaaa...

Malam pulak, kitorang jalan2 cari makan tepi pantai, meriah kat situ cuma rimas sikit dengan bunyi bising motor, dorang saje je memekak2 bila lalu depan gerai, kau lalu jela aku tak marah pun, yang aku marah ko weng weng motor kau dah kenapa, bingit telinga aku, dengan asap motor nya, heyyy orang nak makan kot, adab mana adab???Biadappp!!!

Yang bestnya gerai bebetul depan homestay je, jalan sikit je dah sampai, kitorang lepak pekena char kuey tiaw dan burger..Sedapppnya lahai.Pastu Abi dan beradik lain sambung karoke open plak kat gerai sebelah.hahahaha..Aku dah ngantuk giler, Dak Iqy pon dah lembik nak tido, so aku balik je homestay dengan biras aku, dengar jelaa dari homestay laki aku dok layan karoke dengan adik beradiknya, aku lagi sedap layan mata..hahahahaha...








Esok tu pagi2 dah bangun, puas rasa tido malam tadi, lena betul, lepas sarapan terus mandi laut, kitorang dah plan nak naik banana boat pagi tu, seronok lah naik ramai2, Abi tak join sebab dia jaga Dak Iqy, aku je naik dengan biras dan ipar duai serta anak2 buah..Dah pesan siap2 dengan budak boat tu, campak kitorang dekat2 je, takmau tengah2, aku dah lah tak reti berenang, hahaahhaa...JAtuh tempat cetek pun, kemain menggelupur aku..Dak Iqy sampai sekarang dok bahan aku, dia cakap " mama jatuh naik row row your boat"..dia panggil segala mak nenek sampan, kapal "row row your boat"...kemain panjang lagi kan, ko sebut je boat kan senang..hahahahha..


Bergambar kenangan ramai2, ni pun tak cukup korum lagi ni, ramai adik beradik Abi tak ikut..Kazen Abi pun tak mandi laut time ni, sibuk masak kat homestay, rajin betul dia.Dahlah sponsor homestay, siap masakkan untuk kami lagi, dah lah sedapppp..Terima kasih Incek...Moga dimurahkan rezeki selalu..Next time kita plan lagi buat besar2an kumpul semua adik beradik..

Ni lah bestnya bila adik beradik ramai, meriah kalau dapat berkumpul semua sekali, aku adik beradik 3 ketul je..Hukhukhukkkk..Tapi kalau berkumpul, 3 ketul tu pon dah macam 3 kampung dah, memasing masuk air..Lebih2 lagi aku ni haaa...hahahaahhahaha...



Amboiii seronoknya Dak Iqy dapat mandi laut, pandai dia berenang wey..Aku yang dari dulu belajar, tak pandai2 lagi, yang aku tahu apungkan badan je...hahaahaha...Itu je yang boleh dibanggakan..hahaha.Abi cakap Dak Iqy dah boleh berenang, aku rasa tergugat jugaklah dengan anak sendiri..Mana boleh kalah dengan budak 3 tahun wey..Maluuu..esok nak belajar berenang lagi laaa..hahahahha..

Mak mertua lepak tepi je, tanam kaki kat pasir.Seronok tengok mak mertua release tension amik angin laut, kalau ada rezeki nak selalu dapat bawak mak n mertua jalan2 makan angin macam ni, bahagia tengok senyuman dia tengok keletah anak cucu mandi manda..heheehheeh...

Ni je seketul gambar bukti naik banana boat...

Lepas naik banana boat, sambung mandi laut lagi, pastu dah tengahari, semua naik homestay, Incek dah siap masak dah.Ya Allah sedappnya lauk pauk.Siap ikan bakar lagi..Terbaikkk lah Incek..Kitorang lepak kat homestay sampai petang, sebab homestay ni tak kisah kalau nak check out lambat pun.So takdelah rushing nak bersiap bagai.Slow n steady je bersiap, sempat tido seround dengan Dak Iqy..Dah petang sikit barulah kitorang beransur balik.Short vacay yang last minit planning tapi Awesome...Terima kasih semua..

Minggu depan short vacay dengan family aku plak.Pergi Cameron je...Lamanya tak pergi Cameron.Last pergi masa dak Iqy dalam perut 4 bulan..huhuhuuu..Ni kira pestaim Iqy jejak kaki kat Cameron lah ni..Moga dia tak buat onar..Itu je aku mintakk..Fuhh fuhhh