Followers

Showing posts with label gathering. Show all posts
Showing posts with label gathering. Show all posts

Tuesday, November 7, 2017

Our weekend house

Kemain lagi "weekend house", rumah sendiri pon tak mampu nak beli lagi, ada hati nak ada house weekend macam Dato Aliff Syukri tu..Mimpi lah kau Nory.Weekend House yang aku maksudkan ni adalah rumah sepupu aku yang baru kahwin haritu.Asal weekend je, mesti kat sini jela tempat melepak kitorang.Wife sepupu aku tu lah, rajin betul dia jemput orang setiap minggu, tak datang siap ugut2 lagi..Hahahah hadoii..Mujur dapat yang sekepala macam ni kan, dah rasa rapat sangat dah dengan dorang ni.Macam adik beradik plak.





Rumah sepupu ni dekat je dengan rumah aku, walaupon rumah apartment tapi rumah dia tingkat bawah sekali, pastu yg syoknya, depan rumah dorang tu ada kawasan lapang, boleh lah lepak main takraw ke main badminton kat situ.Dak Iqy & Dicha pon seronok lah tiap kali datang sini paklong dia bukak kolam, haa berendam lah korang berdua sampai kecut.Kat dapur plak, memasing sibuk sorang masak tu sorang masak ni..Berlaga2 punggung kat dapur comel tu haa...hahahaha..Dah setel masak, kitorang plak main badminton, berpeluh2 kauu..Harap kurus dengan cepat lah hendaknya..hahahaha harapan..



Semalam Dak Yaya ( wife sepupu), masak spaghetti bolognese, perghhh sedapp gak.Aku datang bawak keropok goreng je..Buat kudap2, tolong goreng nugget dan fries..Kenyang kitorang makan malam tu..Dah kenyang landing berjemaah depan tv layan Gegar Vaganza..Sebelum start Gegar Vaganza kitorang sempat karokk dulu 4, 5 ketul buah lagu..Berjasa okey micropon ai tu..Tak payah buang duit pergi tempat karoke..hahahahhaha..


Friday, November 6, 2015

Main potong-potong kek

 
Eh tak sangka dah masuk bulan November kan, macam sekejap je rasa, bila masuk bulan November aku perasan kat FB ramai akan update status "Hello November", termasuklah aku, macam bermakna sangat bulan November ni kan..Macam aku memanglah bermakna sebab bulan kelahiran aku..hikhikhik..Selain aku, Along aku jugak berkongsi bulan kelahiran yang sama, bezanya along aku awal bulan , 4 November , dan aku plak tengah-tengah bulan ,19 November..Along aku selalu sakat aku cakap, apaa daaa lahir time poket tengah nazak, tengok aku pandai timing awal, poket penuh lagi, boleh demand hadiah..Elehhhh kisahhh plak aku..Memang dalam adik beradik aku, aku sorang je lahir tengah2 bulan,adik n along aku awal bulan..So whattt???Hade aku kesahhh...kahkahkahkahkah.. Nasib baik ade geng , Abi pon lahir tengah-tengah bulan...Give me five Abi..Yeayyy ade geng...Iqy pon sama, lahir tengah2 bulan..hikhikhikhik..
 
 
Malam 4 November tu. ada lah majlis ringkas main potong-potong kek untuk besday boy ni..Satu family je dah meriah..Jadiklahh..Pastu mak belanja makan kat restoran area rumah tu, berjemaah jalan kaki pergi restoran malam-malam buta, dengan dak Iqy yang jakunnn sangat, seronok betul dia dapat jalan malam-malam..Berlari tak cukup tanah..Grrrr... 
 
 
Cer teka berapa umur along aku??Dah cecah 34 tahun beb..Tapi muka macam budak belum habis PMR je lagi..Tensionnn je aku..hahahah.. 
 
 
Kek besday ditaja oleh bini besday boy..Haah dah berbini dah dia..Tapi ada 3 kosong lagi katanya...hahaha ...Ngadeee..
 
 
Bapak dan anak dah macam sama je, macam adik beradik je, hahahaha..
 
Happy Birthday Along!! 

Thursday, May 7, 2015

Lasertag | Pernah main tembak-tembak tak?

 
 
Ekceli ni pengalaman kedua aku menjerumuskan diri ke kancah "gelanggang lasertag" ni, pengalaman pertama aku masa join blogger gathering Redmummy (klik sini), bezanya kalini aku join under blogger Nadia Farahida, thanks Yaya sudi menjemput diri ini.sumpah terharu..Muah cikedd pliss..Hikhikhik..Dan bezanya kalini aku bawak 2 pakwe aku sekaligus, Abi n Iqy.Bawak bodyguard katekoo..Dan last minit, aku hangkut adik aku sekali, Tasha.Jauh okeyy dari Puchong nak ke Wangsa Walk ni, nasib baik naik kereta, kalau merangkak naya je..#oktakkelakor ..
 
 
 
 
Berbeza dengan pengalaman pertama, pengalaman kedua ni lebih teruja sebab dah ade pengalaman kan, so bajet tererr lah kengkonon, walaupon team aku kalah tempat keempat tapi nak bangga diri jugak lah sebab berjaya ranking best player walau hanya dalam team,manelah taw pengalaman seterusnya nanti boleh merampas takhta as a "sharpshooter"..Ehh tinggi bebenor cita-cita kau ni..hikhikhikhik
 
Bagi yang tak taw camne cara permainan lasertag ni, aku ceritakan secara ringkas lah yer, lasertag ni hampir sama dengan game Paintball bezanya paintball berpelurukan cat dan lasertag berpelurukan laser, dimana terbahagi kepada 2 team yang akan berlawan, dan diberikan vest berlampu LED mengikut kaler, katakanlah ko dapat team lampu kaler merah, so musuh ko adalah yang memakai vest berlampu kaler biru, ada 4 sasaran ko boleh tembak , paling banyak point dibahagian depan dapat 100point sekali tembak.sasaran lain adalah bahu kiri, bahu kanan, dan bahagian belakang badan, setiap kali ko dapat tembak pihak musuh, point ko akan tertera pada skrin senapang masing-masing, dan setiap kali ko yang kena tembak, ko akan "mati" selama 5 saat sebelum ko boleh start menembak musuh semula.Setiap game berlangsung selama 7 minit, dengar macam sekejap je kan.Tapi percayalah penat giler, pancitt wey.Pantang larang permainan ni adalah tidak boleh sama sekali menyentuh pihak lawan,apatah lagi melakukan keganasan or kekasaran mahupon pencabulan..nehi..nehi..nehi..
 
ciann Abi kite masuk grup lain, terpisah sekejap.
 
antara blogger-blogger yang hadir.
 
Okey masa hari kejadian kitorang terbahagi kepada 6 kumpulan, aku dapat kumpulan 6 yang terdiri daripada 5 perempuan dan seorang lelaki, hahaha takyah nak gelak sangat, sebab dah taw memang tak akan menang, so kitorang main manja-manja je..hahah..Paling tak boleh blah bila lawan team Mila, team dia handal-handal weyy ramai kaum adam gagah perkasa, so dia ni macam umpan je dalam kumpulan tu,hahahaha.. bila kitorang tembak dia, dia akan lari sambil angkat tangan dan jerit, uwaa uwaaa syafiq, syafiq, tolonggg tolongg..hahaha..Mengong..Masa tu teruk dia kena ligan dengan aku n Ida..Ieza plak sempat ngadu dengan kitorang dia dah rasa nak pitam, sampai duduk terselit dia kat celah tong..hehehe..
 
Paling rasa tergugat masa lawan team yang ada abang Jamar..Sampai hati abang Jamar mengkhianati team purplelicious taw..hahaha..Punyalah payah nak tembak dia, asyik dia je tembak orang..adehhh..Aku poyo-poyo lah kejar sampai naik atas jambatan tu, last-last aku kena tembak sekali 2 orang tembak aku, mencicit aku lari menyorok celah tong..hahahaha..Paling main-main, masa last game nak tentukan sape tempat ketiga dan tempat keempat, oii ni lagi takleh blah, dah taw dah memang kompom tak leh menang,dah lah dorang import para-para shooter handalan, pasrah jela tempat keempat pon.So kite main tembak-tembak je, ai tembak u, u tembak I, boleh??hahaha..Tapi tetap nak poyo diri jugak, sebab kite high score lagii..kikikikiki..
 
 
 
 
Oklah ,ekceli aku nak cerita panjang lagi, tapi takot orang jemu je bace yang aku asyik high score je memanjang padahal tak menang pon kan..muahahahaa, So, aku nak bagitaw pasal pakej dan harga plak, disarankan korang amik Party Pakej sebab lebih happening bila bermain secara berjemaah ni, dah nama pon pakej kan, dia siap sekali dengan bilik khas untuk berkumpul, siap pakej dengan makan dan minuman sekali sepanjang permainan. Percayalah wahai korang, main ramai-ramai lebih happening, kalau nak plan buat gathering ke, reunion sekolah ke, memang sesuai buat kat sini.Unutk Party Pakej ni paling minimum kena ada 15 orang, dan setiap sorang dikenakan bayaran sebanyak RM50 sahaja.Kalau untuk 15 orang ini akan ada 4 kali perlawanan.Semua akan diuruskan oleh pihak Lasertag Warzone.Contohnya korang takmo amik Party pakej ni korang boleh jugak amik 1 game sahaja dengan bayaran RM202 game untuk RM32 ,3 game untuk RM42 dan Unlimited game untuk RM60 sahaja..Dan berita baik untuk para pelajar, diskaun akan diberikan, untonglahhh kan.huhu.
 
 
Ada 3 lokasi dimana terdapatnya Lasertag Warzone ni iaitu 2nd floor Ecurve Damansara, 2nd floor Wangsa Walk Mall dan di 4th floor Gurney Plaza Penang.Setakat ni 2 lokasi dah berjaya diterjah, Ecurve dan Wangsa Walk..Yang Gurney Mall macam jauh sangat plak kan..hagak-hagak lahh..hohoho..
 
 
Dan pemenangnya adalah,,,the bobot yang menang tanpa bertanding...hihihhihi..
 
 
FACEBOOK
www.facebook.com/laserwarzone
 
CALL
03-4131 0006

 
 
 *Hasil rembatan gambar-gambar kredit pada blogger Jamar, Boni, Yaya, Ida, Mila, Tasha dan Ieza..Mintak halal yer...-peace-


 


 

Friday, April 26, 2013

Jumpa blogger famous amous di majlis hari jadi


Hari Sabtu bersamaan 13 April 2013, aku merajinkan diri pergi majlis hari jadi anak kepada Kak Amy.Kak Amy ni blogger jugak, start kenal ngan kak Amy masa fotoshoot blogger tahun lepas.Tapi masa tu tak dapat pon nak beramas mesra lama2, sebab kak Amy balik awal time tu, anak2 dia dah meragam .Tapi tetap still jumpa kat blog, dekat blog pon boleh beramas mesra jugak ape..hehehe..Malam sebelum majlis tu, kitorang berempat Yaya, Eida, aku dan Mila ada dinner kat Hotel Istana, itu kira jemputan last minit jugak, tapi kitorang tetap pergi jugak, peluang datang sekali weyy, takkan nak tolak..Untuk blogger plak tu kan..Kata nak pergi jauh dalam dunia blog, kena lah rajin join event2 camtu, pantang orang jemput, aku lajuuu je pergi..Nak2 plak makan free..kuikuikui

Nak dijadikan cerita,dinner habis lewat, aku sampai rumah pon pukul 2pg..Perghhh punya lah mengantuk, dah lah pagi2 sabtu tu aku dah bangun pagi2 sebab nak beli surat khabar..ahhahaha..Gigih beb bangun pagi2 beli surat khabar, jakun nak tengok muka sendiri dalam paper..kuikuikui (klik sini kalau nak tau)..Pukul 11 lebih camtu, aku gerak pergi rumah yaya, aku parking kete kat rumah yaya, and tumpang dia pergi rumah kak Amy.Sampai2 je, dah nampak dah Eida, dia sampai awal sebab kak Amy tempah Chocolate Fountain dgn dia.So, dia lah dapat makan dulu dari kitorang, sampai2 je nampak die tengah syiokkk duk jilat2 jari sambil makan kambing ...Mbekkkk!!! hahaahaha..


Time tengah makan2 tu, Kak Amy bagitau yang Neena ada kat dalam, neena yang blogger gorjes gonjeng tu, mesti korang kenall kan..Mula2 kitorang macam segan nak masuk jumpa dia, takut dia tak layan karang buat malu je.Tapi dalam segan2 tu kitorang masuk jugak,buat2 makan sebelah dia, masing2 segan nak tegur, last2 yaya yang tegur Neena, yaya tak bagi dia balik dulu, sebab kitorang nak bergambar dengan dia..Haaa nampakk tak betapa gamble dan macho nyer yaya..Respon dari Neena??? Ko rasa dia sombong ke?? Heyyyy langsungg tak sombong beb, bila dah start makan kitorang terus mengendeng2 kat dia, dengar dia bercerita, rancak betul Neena ni bercerita, kitorang pon seronok dengar citer dia.Bila pikir2 balik, hurmm rasa macam dah lama je kenal ngan Neena ni, padahal baru pestaim jumpa,tapi dia punya tahap kemesraan tu, aku salute habislah kat dia.Bila dia dah start buka mulut, tak sure bila dia akan berhenti..paling best dengar citer dia bercuti ke Sydney baru2 ni, live story die cite kat kitorang beb, selama ni baca kat blog dia je, kalini depan2 mata dia citer semua..Waaaa terujaaa dengar..Tetiba rasa nak ikut yaya gi Sydney ..Yaya sempat mintak tips bercuti ke Sydney dari Neena sebab yaya kan nak pergi sana...Uwaaa rinduuunya kat yaya nanti..Gambar atas tu nampak tak masing2 khusyuk dengar cerita dari Neena..hehe



Bile dah puas "menjemah", blogger dengan kamera mana boleh dipisahkan beb, haruslah posing mosing depan kamera, Neena sampai suruh En.Teman dia keluarkan kamera gedabak dari dalam kereta  sebab tak puas snap guna kamera handphone katanya..hehehe..Oh yer, selain we'olls berempat dan juga Neena, ada jugak blogger lain yang datang, Pinky Momma, haa ni pestaim kenal akak ni..Bila dah salam2 baru aku taw akak pinky momma ni tgh pregnant rupanya, tak sempat nak laga2 perut..hehehe..Dan baru2 ni aku baru taw yang akak ni pregnant baby kembar...uwaaaa bestnya...tahniahh akak..


Makin lama bersembang, makin hilang malu, dah tak segan2 dah, tu yang keluar macam2 pose tu..hahaha


Haruslah ada gambar berdua2an dengan Neena kan..Bukan selalu dapat jumpa pon lepas ni..hehe

Tak cukup kat dalam rumah, kat luar rumah pon nak bergambar, agak2 kalau boleh, atas bumbung pon nak bergambar kan..hihihihi...Bestnya Neena peluk aku...ko hade??hahahah...Tinggi betul Neena ni taw, dah lah tinggi , slim plak tu, duduk kat sebelah aku memang nampak lah kegemukkan aku disitu...haiyyaaaa...


Nampak tak we'oll tengah khusyuk "menjemah" ngan Neena..Pempuan lah kata kan..Kalau dapat bersembang memang tak pandang kiri kanan dah..hhihiii..




Well, seronok dapat jumpa blogger famous yang peramah macam Neena dan Pinky Momma ni, dan tak lupa terima kasih kat kak Amy selaku tuan rumah yang sudi jemput Nory ke majlis akak ni..Taun depan jemputlah lagi ekk..heheh..(tak malu nyer,,hikhik)


Inilah Kak Amy , comel lote je kak Amy ni taw, sape sangka dah 2 dah anaknya..Happy Besday To Zara &   Rayyan..Maaf lah hadiah dari "kakak2" lambat sampaii...Sila salahkan "kakak eida" yer....hahahah..Lagi satu nak promote sikit ni, Kak Amy ni pandaii buat Macaroni Cheese dan sedia menerima tempahan , daripada komen2 yang aku dengar, rata2 cakap sedap gilerr,cuma aku je rugi tak sempat merasa masa majlis tu, sebab tengah leka dengar Neena bercerita, hahaha nak salahkan Neena pulak...hikhikhik..
 Sesiapa nak order boleh contact kak Amy yer...click sini ===> Order Baked Pasta Cheese