Followers

Monday, November 23, 2015

Koleksi Casio Watches 2015

 
 
Jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi, Casio merupakan jenama jam tangan yang cukup terkenal dan mempunyai legasi yang kukuh di serata dunia. Dipercayai sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu, Casio masih lagi diangkat sebagai salah satu jenama jam tangan yang dipercayai dan sentiasa komited dalam menghasilkan produk yang bermutu tinggi. Jenama yang berasal dari negara matahari terbit ini kini boleh ditemui di mana sahaja dengan tawaran harga jam tangan yang cukup berpatutan. Bukan itu sahaja, ia juga boleh dimiliki secara pembelian online di portal-portal online terpilih dan salah satunya adalah di ZALORA Malaysia. Untuk anda yang sedang mencari koleksi jam tangan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan, Casio watches 2015 merupakan pilihan yang paling ideal!
Temui koleksi jam tangan bertali kulit atau leather strap watch yang direka dengan cukup eksklusif dan sesuai dipakai oleh anda yang ingin tampak sofistikated. Jika ingin dibandingkan dengan koleksi jam tangan kulit keluaran jenama terkemuka yang lain, koleksi jam tangan Casio dijamin memberikan anda kepuasan yang anda inginkan!
Bagi penggemar jam tangan bertali besi atau stainless steel strap watch pula, Casio turut menawarkan aneka pilihan yang menarik. Anda juga boleh memilih jenis jam tangan analog atau kronograf yang anda gemari.
Selain itu, Casio juga amat terkenal dengan rekaan digital trademark yang sememangnya digemari sejak awal keluaran rekaan ini lagi. Jenis jam tangan digital ini sesuai digayakan dengan padanan pakaian kasual mahupun formal!

 

Monday, November 16, 2015

Serangan chicken pox menjelang birthday 3 hari lagi


Huhuhuhu...Awal-awal dah sedih dah.Tahun ni sempena bertambahnya umur baru 3 hari lagi, diberi ujian sakit untuk diri sendiri..Takpe positif..Sakit tu kan penghapus dosa-dosa kecil.Tu laaa nak sangat demam kan, hamik kau siap pakej gatai-gatai satu badan.Rasakann weyyy..Tapiii seronok sangat sebab dapat MC seminggu...Yehhaaaa...Pagi tadi pergi opis, semua orang halau suruh balik, semua takut jangkit..Ekceli semalam tak lah obvious sangat ciri-ciri chicken pox tu,pagi tadi bangun tidur, eh dah penuh kat badan.Muka pon dah start naik sikit-sikit, walaupon dia main tepi-tepi muka, tapi tetap menggusarkan hati ni, habislahhh kalau berkesan kat muka, OH NOOOOO!!!!!

Punch card pukul 9 pagi, pukul 9.30 dah calo betee..Terus shoot pergi klinik, Jumpa doktor terus buka baju tunjuk kat doktor,Nasib baik doktor perempuan Doktor cakap kompom ni chicken pox, "awak tak pernah kena ke sebelum ni? "tak pernah,doktor, tu yang saya nak kompomkan dengan doktor, ni campak ke tak." Doktor suruh nganga mulut, kat anak tekak aku pon dah penuh dengan ulser, patut perit tiap kali nak telan air liur.Terus doktor bagi MC, awak kena MC lama ni, saya bagi awak seminggu..Dalam hati, yahoooooo!!!hahahahaha...Bengong tul aku ni..

Dak Iqy dah hantar rumah pengasuh, aku balik berehat kat rumah mak aku.Bila mak ada , bolehlah dia jaga pantang aku, chicken pox ni makanan kena jaga macam dalam pantang, so bila dengan mak, mak kan lebih arif boleh jaga dan pantau apa yang boleh dan apa tak boleh makan.Huhuhuhu..

Ekceli pembawa virus ni berpunca dari anak buah aku si Darwish, dia yang kena dulu, lepas dia kena, abang dia plak kena, Lepas tu berjangkit kat aku dan adik bongsu dia yang sebaya Dak Iqy tu..Aku risau jugak ni takut dak Iqy berjangkit dengan aku.Petang ni nak pergi cari air kelapa muda..
Tasha, adik aku pon dah ada simptom-simptom macam nak kena jugak..Harap - harap tak kena lah, kesian dia tengah berperang dengan SPM tu..

Doakan kesihatan dan kesejahteraan aku yer...
OKBAII



Thursday, November 12, 2015

Mama Iqy Homemade : Sarapan sihat

 
Cuti Deepavali haritu, aku kemain bersemangat waja bangun awal nak readykan sarapan untuk si anak bujang toang2 aku ni.Jangan ingat Robocar Poli je yang hebat, mama pon hebat jugak taw..hahaha..Poli mana reti readykan breakfirst ni.Makan pon belum tentu dia pandai. (apa motiff haku jeles sangat dengan si Poli tu?kuikuikui) 
 
Disebabkan Abi kerja hari tu, maka berdua-duaan jela aku dengan dak Iqy kat rumah, bahan-bahan masak semua aku dah siap-siap beli sehari sebelum tu, sebab aku malas nak keluar rumah time cuti tu, yelaa cuti sehari je pon, memang nak rehat je kat rumah malas keluar, dahlah petang selalu hujan, tido lagi best weyy..hahaha..
 
Dak Iqy ni sejak dah makin pandai bercakap ni, kemain lagi, suka suki je bagi arahan..Bangun pagi je dah mintak "mamam', mintak "shushuwa"..Paling win dia dah pandai bagitaw kalau dia berak..Selamba je panggil "Mama....yak..yak"..Grrrr...Rasanya macam dah boleh start "Potty train" dahni..Tapi nanti dulu lah..Cepat sangat lah pulak rasanya..hihihi..Kasi can dia manja-manja dulu pepuas..Relax laa belum 2 tahun lagi..Apsal cepat sangat membesar ni Iqy oiii..
 
 
Sambung cerita, dah bangun awal pagi tu, terus lah ke dapur potong-potong bahan yang nak digunakan.Aku taktaw nak bagi nama apa kat resipi ni, tapi tujuan aku satu je, nak biasakan Iqy makan sayur, takut dia terikut peel aku yang tak makan sayur langsung ni..Sila ikut abah ye anak, makan sayur baik untuk kesihatan..Mama taw memang baik untuk kesihatan, tapi mama memang takleh nak telan, taktaw kenapa..So, Iqy je lah makan untuk mama ek.Bila tengok Iqy sihat, mama pon akan sihat..InsyaAllah. 
 
Nak resipi ke? Alaaa simple mimple je, segan plak hakak nak share, tapi takpe, sharing kan is caring..hikhikhik..
 
Bahan-bahan:
 
- Tomato Cherry/ Baby tomato
- Brocolli
- Kentang / potato
- Crab drummet (frozen) betul ke nama dia eh?
 
 
Cara-cara:
 
Kukus Brocolli dan kentang.Brocolli jangan kukus lama sangat, agak-agak je..Potong cherry tomato kepada beberapa bahagian, ikut kesesuaian cara makan anak.Macam Dak Iqy, tomato tu dia suka kalau dibuang biji, kalau tak buang, dia taknak makan, asyiklah sebut "eeee...eeeee...yekk"..Eleh poyo je taw..So aku kutip balik tomato tu buang biji baru dia makan.Brocolli pon dia boleh ratah macam tu je.Suka aku tengok dia makan..Walaupon aku tak makan sayur, tapi aku nampak macam sedap je sayur tu.Harap anak aku makan sayur sampai ke besar jangan jadi macam aku..hukhukhuk
Dah siap semua, boleh deko ikut kreativiti memasing, masa ni lah nak tunjuk skill ala-ala masterchef..kahkahkahkah..Hidangkan bersama sekotak susu Dutch Lady perisa Chocolate..So yummy...susu lain pon boleh, kalau Dak Iqy, stock susu Dutch Lady Chocolate ni memang kena ready berkotak-kotak kat rumah.
 
Oklah selamat mencuba menu Sarapan Sihat by Mama Iqy.