Followers

Tuesday, December 22, 2015

Salina'z Herbs Produk Kecantikan Wanita Untuk Kekal Cantik Dan Menawan

 
Sabtu,12hb Disember 2015 haritu berkesempatan join event blogger anjuran Salina'z Beauty di Alamanda, Putrajaya.Kami diperkenalkan dengan satu produk jenama Salina'z Beauty / Salina'z Herbs.Produk jenama Salina'z Herbs ini telah mula bertapak sejak 8 tahun lalu dan masih kekal sehingga sekarang dengan produk rangkaiannya yang pelbagai dan bermutu tinggi.Produk yang dikeluarkan selamat dan sesuai digunakan oleh setiap peringkat umur.Juga mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Bahan-bahan yang digunakan berasaskan ramuan herba semulajadi yang bebas dari bahan beracun.
 
Bersama pengasas Salina'z Herbs, Puan Nor Salina.
 
Diasaskan oleh sepasang suami isteri Puan Nor Salina Abd Sani dan Encik Mohd Zamzuri Zahari.Bermula dengan hanya 1 produk pada tahun 2007, kini Salina'z Herbs telah mempunyai lebih daripada 15 produk dibawah jenama Salina'z Herbs.Dan yang lebih menarik , Salina'z Herbs merupakan satu-satunya kedai jamu tunggal yang beroperasi di Pusat membeli Belah Alamanda, Putrajaya.
 
Antara produk-produk dibawah jenama Salina'z Herbs adalah: 
 
 
 
FEMININ WASH
 
- Mengembalikan kewanitaan
-Merapatkan otot vagina yang longgar selepas bersalin
- Membantu mengatasi masalah keputihan
- Membantu mengatasi masalah kegatalan
- Mmebantu mengatasi masalah berbau akibat daripada bakteria
- Memelihara keseimbangan PH
- Memberi kesegaran & keselesaan sepanjang hari
 
 
JUS KEMBALI DARA
 
- Merawat masalah keputihan & haid yang tidak teratur
- Menaikkan tulang punggung & payudara wanita agar lebih montok dan anjal
- Menyuburkan rahim & peranakkan wanita (baik untuk wanita yang sukar mendapatkan zuriat)
- Menegang & mencerahkan kulit
- Melambatkan proses menopaus
- Memberikan tenaga dalaman wanita
- Meningkatkan system imunisasi
- Mengurangkan senggugut
- Menambahkan keinginan seksual wanita & mengeratkan hubungan suami isteri
- Sesuai untuk semua wanita sebelum atau selepas berumahtangga
- Membantu mengatasi masalah keputihan
- Mengetat dan mengecutkan rahim (bagi wanita selepas bersalin)
- Menguatkan otot faraj dan mengetatkan faraj
- Menambahkan kolagen dalam badan
- Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah
- Membantu menghilangkan bau badan
- Menyeimbangkan dan mengawal kelembapan vagina
- Membantu wanita dari dijangkiti penyakit kelamin yang disebabkan oleh jangkitan fungus dan bakteria.
 
 
SLIMAX WHITE COFFE
 
- Membantu melangsingkan badan
- Membantu merendahkan kolesterol
- Membantu mencerahkan kulit
- Membantu merawat penyakit
- Membantu masalah rambut
- Membantu masalah insomnia
- Membantu mengurangkan sakit sendi & otot
- Membantu menambah tenaga

 
MINYAK KELAPA DARA
 
- Mengatasi masalah migraine
- Mengatasi masalah resdung
- Mengatasi masalah sembelit
- Mengatasi masalah ruam lampin
- Mengatasi masalah proriasis
- Mengatasi masalah alahan makanan & ezima
- Mengekalkan berat badan ideal
- Melembutkan rambut
- Membantu mencairkan kahak & melegakan pernafasan

 
PUTRI DRINK
 
- Meningkatkan keinginan seksual
- Meningkatkan kesuburan wanita
- Mengimbangi hormone
- Membantu mencerahkan kulit
- Membantu menegangkan kulit
- Mmebantu mencantikkan & menggebukan kulit
- Membanu menambahkan tenaga
 
 
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi talian dibawah:
 
Salina'z Herbs / Salina'z Beauty
Puan Salina
019- 279 6949
 
 
Cawangan Salina Herbs / Salinaz Beauty
 
Shah Alam:
 
** No.10, Tingkat 1, Alam Budiman, Seksyen U10, Shah Alam.
 
 
Putrajaya:
 
** No.26A, Tingkat 1, Jalan Diplomatik, Presint 15, 62025 Putrajaya.
** K03, Pasar Awam, Presint 16, Putrajaya.
 
** K08, Lower Ground, South Area
Alamanda Shopping Centre
Jalan Alamanda, Presint 1, Putrajaya.
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, December 9, 2015

Sumpah terharu

 
Scene anak beranak 2 hari lepas, masa tu Abi ajak pergi isi minyak kereta, alang-alang tu nak jalan-jalan amik angin malam sekali lah, saje nak reward dak Iqy yang sibuk sangat ajak "kuar..kuar.."(keluar) tu..Bingit telinga..Kebiasaan dak Iqy ni, tiap kali aku sibuk bersiap nak sumbat botol susu lah diapers lah dalam beg dia, time tu lah dia dah tentu arah, tengok semua dah siap, dia takut sangat orang tinggal dia.Dia mulalah buat onar, mintak dukung lah, mintak air lah, nak bawak mainan lah, aku berdiri celah tu, dia pon berdiri celah tu jugak, dah macam melekat je kaki aku ni sedangkan yang aku ni tengah sibuk ke hulu ke hilir..Sambil bersiap, mulut ni dok membebel je lah kat dak Iqy ni, dia biasa lah kalau aku marah buat muka tak bersalah je, pastu cebik-cebik muka sambil cakap "mama...baby..mama..baby.." kalau dia sebut macam tu maknanya suruh pujuk dia lah..Dia tu sekarang ni bercakap macam budak umur 5 tahun je.Aku buat tak layan je kalau tengah sibuk..Kalau rajin aku pujuk lah, pujuk pon ada cara, nak gendong macam baby tu, pastu tunggu aku sebut "alololooo sape buat baby mama ni" sambil usap muka dia, lap air mata dia..Haaaa camtulah setiap kali nak pujuk dia..Dasarrr anak manja terlebih dossss!!hahahahah
 
Pastu kan dalam tengah aku marah-marah dia sebab dia terselit kat celah meja, sebab tak reti duduk diam, dia bangun sendiri dari tempat terselit tu, sementara aku plak dah siap masuk barang-barang dia dalam beg dan tutup zip, dia nampak je aku angkat beg , terus dia berlari ke handbag aku yang tergantung kat kerusi, dia seluk tangan dia dan ambil purse (beg duit) sambil hulur kat kat aku dan cakap "Mama..mama..Nah!!"..Perghhh rasa nak berjurai air mata ni, rasa tersentuh hati sangat taktaw nape, terus hilang rasa marah.Aku pon tak sangka tindakan dia macam tu sekali tahapnya..SubhanALLAH..bertuah punya anak..Kalau tak memang tertinggal lah purse aku tu..Yang musykil nya macam mana Iqy taw yang aku lupa bawak purse aku..Pastu pandai plak tu godek handbag aku cari purse aku dan bagi kat aku..Ya Allah bijakknya kau nakkk oii..Sorry terpuji anak sendiri plak.Puji sikit jeee..Sebab aku macam terkejut tengok tahap perkembangan dia yang bagi aku terlalu awal untuk peringkat umur dia yang belum cecah 2 tahun pon lagi..Banyak lagi sebenarnya perlakuan Iqy yang kadang-kadang buat  kami laki bini tersenyum sesame sendiri.
 
 

Tuesday, November 24, 2015

Cerita 19 November

 
 
Sebelum terlambat aku  nak ucapkan khas buat diri sendiri dengan ucapan "Selamat hari lahir" yang ke tettttt...Tak yah nak tetttt sangat lah, dah terpampang dah tahun kat situ kan..hahaha..Walaupon dah jadi "belated", lantaklahhh nak wish jugak..hahaha.
 
 
Tahun ni 'special" sikit, awal-awal dah dapat "hadiah" dah..Dua hari sebelum tu aku diserang chicken pox, haah aku masa kecik dulu tak pernah kena lagi, sebab tu dah tua bangka baru nak merasa.Haaa amik ko..Aku cuti 5 hari minggu lepas, deret seminggu..2 hari je aku lekat kat rumah, hari ketiga gatal-gatal semua dah kering, aku keluar berjimba dengan adik aku, pergi tengok wayang, pergi lepak minum-minum..Hoiii heavennya..Tiket wayang free plak tu sempena birthday, GSC bagi gift..ehhehehe.,Aku tengok movie kat IOI City Mall, dekat je dengan rumah, malas pergi jauh-jauh..huhuhu..

taktaw kenapa gambar ni blur bila tepek kat sini.haishh
 
Dalam toilet pon jadikkk..Adik aku pon kena chicken pox sama dengan aku, cuma dia kena besau-besau kat muka, aku kena jenis kecik-kecik je naik kat muka..Sekejap je dah nak hilang dah kesan dia..huhuhu..Tapi kat badan ada lagi kesannya..huhu nasib baik tersorok..
 
Malam tu plak, Abi berhajat nak celebrate dengan family aku semua.Dia beli kek , sate dan makanan lain bawak pergi rumah mak aku dan celebrate sama2..Tenkiuuu Abi..ailebiuuu to the moon and back..
 
HAPPY BIRTHDAY, NORY ZOULKEFLE!!!
 
 
 layaaannnnnn....