Followers

Monday, December 5, 2016

Asah skill make- up


Time weekend kalau Abi kerja, aku memang kebosanan lah lebih2 lagi kalau Dak Iqy tido, pagi2 dah setel prepare breakfirst dan lunch untuk Dak Iqy.Kalau Abi ada awal2 pagi dah siap segala lauk pauk, kalau Abi takde, lambatlah sikit aku masak.hahahaha..Tapi biasanya sebelum pukul 12 memang dah kena siap2 bagi Dak Iqy makan, sebab jap lagi dah tiba waktu tido dia, memang tak laa dia nak makan, moody tak tentu hal je nanti, so kena bagi makan siap2, dah kenyang nanti dia akan tertido dengan sendiri nya.hahaha

Masa tu lah, nak kemas2 rumah sikit, angkat baju kat ampaian dan lipat, susun dalam almari, kemas bilik kemas dapur, lepas tu dah boleh lepak2 dah, kadang2 terjoin Dak Iqy tido sekali, tapi aku jarang tido siang time weekend, biasanya kalau Dak Iqy tido, aku suka "smule sing" ..hahahah..
Tapi weekend ni, masa dok kemas2 almari solek, tetiba rasa nak main mekap2 plak, saje nak asah skill yang ada, takde lah terer mana, tapi setakat conteng2 muka sendiri, bolehlah..Heheheh..


Ni antara koleksi mekap yang aku ada, tak banyak pon, walaupun aku ni jual barang mekap, tapi aku tak banyak barang mekap untuk diri sendiri, hahahaha..Aku beli yang mana perlu je beb, kang beli banyak2 buat koleksi kang, mana plak nak sumbat kat almari solek aku yang kecik tu.huhu.

NORYLOFA.....lalalallalalalaaa

Taraaaa!!!!Dah siap make over muka sendiri.Dah cantik2, duduk rumah je., selfie dengan Classy Warda, wahhh terus fefeeling macam Neelofa..hahahaha..Pon boleh..Dulu Abi selalu jadi mangsa make over, redha je laki aku wey tadah muka utk dimekap.Kadang2 si Tasha yg jadi mangsa aku, tak lama lagi tak mustahil Dak Iqy plak akan jadi mangsa keadaan..hahahah..Bertabahhlah nak..


Friday, December 2, 2016

Keropok lekor ganu


Aku suka makan kopok lekor ganu, kalau pergi sana mesti borong banyak2 buat stock kudap2 kat rumah.Abi dan Dak Iqy pon memang hantu keropok, sekali goreng berebut2 makan.Aku suka yang keropok yang banyak ikan dari tepung.Ralit je kalau makan, goreng garing2 sedapp oo cicah sos kopok lekor.Perghhh...


Along aku plak selalu ada show kat terengganu sekarang, setiap bulan dia pergi mesti aku dengan mak kirim kopok lekor dengan dia.Sebab dia pandai beli kopok yang banyak ikan tu, ntah mana satu ntah kedainya.Sampaikan dia cakap nak pesan siap2 kat owner kopok lekor tu, setiap bulan pos kan kopok lekor untuk aku ngan mak terus ke rumah.Siott je..Bengang lah tu, tiap kali balik show, nak kena hangkut bungkusan kopok lekor kitorang.hahahaha..Bertabahlah bro..Mujur along aku ni memahami, dia tetap belikan tiap kali dia buat show kat sana.Tenkiuuuu along.

Bulan depan along aku ade show untuk sambutan tahun baru kat sana lagi, kitorang dah list order siap2  dah nak bagi kat along,stock kat rumah pon dah habis..huhuhuuuu..Tak sabarrrr nak restock stock kopok lekor..Kite dah ketagih ni..

Thursday, December 1, 2016

Minum jamu pulak


Sejak umur dah diambang 30an ni, barulah wujud kesedaran nak cantik dari dalam.Selama ni duk jaga kecantikan luaran je, walupon tak cantik mana tapi sis cuba.Sebab tak berapa nak cantik lah aku berusaha nak cantik kannn.Gituuu..~~~~

Macam2 produk skincare duk cuba nak gebu kan kulitlah, hilangkan parut jerawat lah.Tapi tang kecantikkan dalaman ni terabai.Takdelah terabai sangat.Still jaga juga cuma tak konsisten je.Sebelum ni makan jamu dalam bentuk kapsul, maajun pun aku pernah makan, manjakani pon makan yang jenis kapsul tu.Tapi ON Off makan nya, kadang tengok bajet, bajet lari tak beli tak makanlah.hahahah
Baru2 ni aku tengok kak ipar aku minum jamu.Dia buat sendiri beb, betul2 homemade punya, rasa pon memang piorrr, pekat melekat rasa dia.Bahan2 pon memang dari bahan2  herba semulajadi.Pegaga,halia, asam jawa,kunyit, manjakani dan macam2 lagi,lupa dah aku.Semua bahan2 tu baik untuk dalaman kita sebagai wanita ni, bila dah beranak ni, rahim kena selalu jaga, takleh sejuk2, bersihkan kotoran2 dalaman tu.Kasik keluar mana yang dah tak elok duduk dalam badan kite tu.

Aku suruh kak ipar buatkan untuk aku, seeloknya minum lepas period,biar dia cuci betul2 darah kotor yang ada,kebetulan baru je habis period, terus aku minum.Dapat 1 botol besar dan 1botol kecil, berjaya habiskan selama seminggu ni, minum setiap malam sebelum tidur.Perghhhh dia punya rasa ko toksah tanya lah, pahit, kelat,payau semua ada.Aku minum 1 shot je, tak rela nak minum seteguk demi seteguk.Ko bayangkan jela macam minum air oren.Rasa kelat dia tu sangat meninggalkan kesan yang mendalam buat aku tau tak, jenuh kumur mulut setiap kali lepas minum.Wellkkkk...Urghhh tapi nak cantik dan sihat punya pasal, sila hadam cukup2 yer Nory..
Beauty is pain..Ye betulll, nak cantik itu menyeksakan, tapi apakan daya, kite ni wanita dah memang fitrah wanita sukakan kecantikkan kan, Tak gituu??

Tapi kan kesan dia memang menakjubkan aku, lepas beberapa minit minum terus rasa bahagian ari-ari tu rasa sengal macam kena uli2, lagi2 kalau baring, rasa geli2 macam ada orang dok jentik2 kat dalam tu.Jamu tu sedang "bekerja" lah tu.Badan pon rasa ringan je, keputihan pon dah takde.Pasni setiap bulan nak amalkan.Tak boleh hari2, sebab ada manjakani, manjakani tak boleh amalkan berterusan takut cepat menopaus orang kata (betulkan aku kalau aku silap, aku pon orang yg bagitahu)..So setiap bulan aku amalkan selepas period je, deret seminggu gitu.Ikutlah cara dan masa masing2 nak minum camne.Macam kak ipar aku, dia minum selang 2,3 hari sekali.


Selamat berjamuuu, melekat-lekat rasa dia, urghhhh..Kenapalah tak rasa macam Mango Milkshake ke, senang aku  nak telan.huhuhuuuuu