Followers

Thursday, October 15, 2015

Tips Memakai Dress untuk Temujanji

 
Well, semua mesti pernah lalui pengalaman "first date" kan?Betul tak? Bagi kaum lelaki mungkin soal pemakaian tak terlalu penting bagi mereka, tapi bagi seorang wanita, perkara tu paling penting lebih-lebih lagi untuk temujanji pertama kali.Mestilah nak nampak cantik dan gojes betul tak?Macam aku first date dulu siap shopping baju baru lagi taw,hahahaha..
 
 
 
Antara tips-tips yang boleh diambil sebagai rujukan adalah yang pertama sekali "Tampil Ringkas".
Yupp, maksud ringkas disini bukanlah bermaksud main tangkap muat atau main sarung je, ringkas bermaksud yang simple, tak terlalu berlebih-lebihan dan ikut kesesuaian tempat, takkan lepak coffee house ko nak pakai baju bikini plak kan..Haaa no,no,noo..Kasut plak takyah tinggi bebenor sampai terpelecok depan bopren nanti. eh buek malu je nanti taw..hahaha
 
 
 
Seterusnya, kena pandai pilih warna yang bersesuaian, pilihlah kaler yang sesuai dengan diri sendiri, sesuai dengan warna kulit kita, warna paling selamat, maybe boleh try kaler hitam, selain nampak lebih elegant dan ada "class", boleh nampak kurus jugak.Suka tak??suka tak??Giler tak suka?hahahaha.
 
 
 
Tips seterusnya "Gaya Sopan".Jangan ingat semua lelaki suka perempuan yang seksi saje taw, seksi buka setakat kena berpakaian menjolok mata, tapi gaya bahasa dan body language juga seksi dimata lelaki.Tak percaya tanyalah kaum lelaki.Lagipon dengan berpenampilan sopan akan nampak wanita itu lebih manis gituuu.Mak mertua pon suka tawww..
 
 
 
Tips seterusnya, "Aksesori" jangan dilupa.Tapi jangan berlebih-lebihan juga, pilih yang simple dan tak serabut sangat, nanti orang tengok pon serabut kepala dibuatnya..Contohnya rantai labuh tapi jangan lah sampai bergayut-gayut kat leher tu, letak seutas dua pun dah memadai.
 
Cukup semua tips diatas, okay sekarang dah boleh pergi dating..Jom lawati link Koleksi Dress Wanita
 
 
 
 
 

Mari belajar anggota badan

 
 
Belek-belek video terjumpa video ni..Iqy ni awal jugak dia kenal seluruh anggota badan dia.Anggota pertama yang dia kenal masa tu umur tak cecah setahun lagi, dia kenal "perut", kalau tanya mana perut, dia tepuk perut dia..Lama-lama makin meningkat usia dia, dia dah boleh kenal seluruh anggota badan dia diusia seawal setahun lima bulan macam tu lah..Paling win tang mata tu lah, kalau sebut mata, kemain terkenyit-kenyit lagi mata dia..hahahahah..Sebut tangan dia pusing-pusing kan tangan dia macam tangan "Ucop Wilcha" tu..Lawak plak aku tengok.Gigi, mulut, bebird, telinga, semua dia dah kenal dah sekarang ni.Gud job bebeh..
 
Cepatnya dia membesar, ntah bila masa dia membesar pon aku tak taw, tau-tau je dah besar..Eh pelik kan..hahahah..Lagi 6 bulan nak cecah umur 2 tahun dah..Camne lah dia sekolah nanti kan..huhuhu..sindrom mak-mak makin menular dalam diri aku sekarang ni..hikhik
 
 
 

Wednesday, October 14, 2015

Cuti pon kena kerja

 
Hai olls, SALAM MAAL HIJRAH.
 
Kesian kan cuti pun aku kena kerja jugak.Jeles taw tak tengok orang lain cuti bersenang lenang kat rumah,aku plak kena pergi kerja, Taw tak betapa berat nya kaki ni nak melangkah pergi kerja pagi tadi dahlah pagi tadi sejuk sempoi je, kalau cuti, ohoiii bahagianya tarik gebar sambung tidur.Nak taknak dengan langkah lemah gemalai, bangun jugak gosokkan baju kerja Abi, malam tadi tidur awal pon ngantuk lagi.Haishhh...
 
Sampai opis, semua dok sakat, eh harini cuti, apsal uolls kerja?.Hek elehhh..Macam tak taw plak, dah nama pon kerja company komunis, bertabahlah yer anak-anak, kerja je la selagi belum tutup mata.Huhuhu..
 
Lady boss aku lagi bijak, awal-awal lagi dah cuti , macam dia plak nak sambut awal muharam kan..Lempang kang, arrr..Disebabkan lady boss takde, kitorang pakat selfie welfie lah pagi-pagi buta.Mood nak buat kerja pon kelaut, padahal menimbun tak pernah surut-surut pun kerja aku tu.Haishh..
 
 
Dan disebabkan harini Awal Muharam, berbaju kurung lah iolls harini.Kadang-kadang pening kepala pikir nak pakai baju apa pergi opis, sape ada masalah yang sama macam aku, angkat kening sikit??heheheh.. 
 
Oklah tu je nak bebel harini, nak sambung buat kerja.Telefon opis ni berbunyi je dari pagi tadi, ko tak reti nak cuti ke telefon oiii, memekak je keje ko, stressss hakakkk taw tak..grrrrrr