Followers

Friday, March 25, 2016

Annual dinner tahun ni menang aircond 2.5hp

Selama setahun lebih aku kerja kat sini,ni kali kedua aku join dinner.Tahun lepas dinner kecil2an untuk KL branch je,tahun ni punya dinner gabung semua branch bergabung pulak dengan grand meeting yg melibatkan semua staff termasuklah aku.

 
Dari tahun lepas aku dah disogokkan dengan desas desus opismate lain yang kata biasanya staff baru selalu 'ada luck' senang dapat aircond.So aku dari tahun lepaslah dok mengidam aircond sebijik,dapat 1hp pon jadiklah nak merasa kan.Nak beli memang idokklah,tak penah masuk dalam senarai wishlist aku pun,senarai 'nak free' adalah..hahahah..nak dijadikan cerita tahun lepas tak berjaya pujuk boss untuk tambah hadiah lucky draw aircond,balik bawak lucky draw biasa2 je,sebijik 'yogurt maker', jadik perhiasan dalam bilik aku je skrg.hahaha..

Department R&S nampak indah luaran, tapi berperang dalaman..Cukup lah aku sorang yang tahu..Malas nak citer..hehehehe

Kemainnnn selpie welpie lagi..

Kakak kesayangan ai niii...Yang selalu terima seadanya perangai aku yang selalu je sewel tak kira masa..hahaha

selfie duluuu sebelum makan..Ni semua geng-geng baik.oooo sesat sorang lelaki, salesman from JB, cik abe Leong namanya, ada iras LinDan pemain badminton tu kan..Paling sporting punya salesman, boleh sembang "aku kau" je dengan dia..
 
Tahun ni aku tak letak harapan tinggi sangat pon nak dapat aircond free,sebab ramai kot nak bersaing,nama aku ni kadang tak berapa nak 'luck' jugak.kikikikiii..Aku 'aim' lucky draw air fryer.Sebijikkk je ada malam tu,nasib tak menyebelahi aku,nama aku naik dapat sebijik kipas berdiri,syukurrlah dapat jugak hadiah besar kan.hehehe..last2 dorang berjaya pujuk boss tambah hadiah lucky draw,semua dok sorak aircond,aircond..Last2 boss sporting bagi 6bijik aircond 1hp & 1.5hp..perghhhh...aku dah seram sejuk..cukup 6 orang dapat aircond,sah lah nama aku tak naik.TIba2 boss umum nak bagi lagi sebijik 2.5hp ,ni kira dalam sejarah lah ni,first time boss bagi besar2 ni,aku dah give up dah,tak mungkinlah nama aku naik..Sekali masa boss tarik nama tu,memang nervous giler,boleh plak saspen kertas tu susah plak nak bukak,sekali dia sebut 'N'...diam sekejap...semua fokus...sekali boss sebut sebijik sebijik..No..ri..za..uwaaaaa menjerit aku weyy..rasa macam dia umum anugerah 'Bintang paling popular' plak.hahahahaha..Alhamdulillah..syukurrr...tenkiu boss..rezeki malam tu dapat bawak balik kipas berdiri dan aircond sebijik..

Ni masa nama aku diumumkan sebagai pemenang grand prize Mitsubishi Aircond 2.5hp..
 
Aku seperaiskan Abi tak wassap dia pon bagitaw pasal kemenangan aku tu,sebab aku pon mcm tak percaya lagi sebenarnya.Sampai umah,bawak masuk kipas.Abi tegur "eh kipas,abg ingat syg bawak balik ekon"...cehhh saja je nak menganjing kan..hikhikhik..sekali aku meloncat sambil jerit2 bagitaw abi yg aku menang aircond..Abi terpinga2,betul ke bini dia ni..Dan2 terus dia search harga aircond tu,'wahhh mahal aircond syg dapat ni...besauu lak tu...hahahaha..taw takpe..rezeki dak Iqy lah ni..berkat nama anak 'Rizqy'..hehehe..alhamdulillah..
 
Aircond tak dapat bawak balik malam tu, seminggu selepas dinner baru dapat tu ponnn dah ada pembeli..Yaa!!Aku jual sebab nak beli yang kecik sikit, ada untung sikit..heheheh.
 
Tenkiuuu Bossss

3 comments:

  1. Alhamdulillah...tahniah..macam tau2 plak kan tgh musim panas ni...

    ReplyDelete
  2. tahniah sis..alhamdulillah...bestnya
    kami cikgu lucky draw plg besar pun oven...ngehheeeeeee

    ReplyDelete
  3. Wahhhhh, rezeki sangat tuuuu. Hihihi. ☺ Siap dapat kipas and aircond lagi. Tahniahhhhhh. ☺

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)