Followers

Tuesday, October 25, 2016

Nak baju macam Neelofa jugak!!!


Sape sini minat dan layan drama Suri Hati Mr Pilot angkat tangan...?Uishhh ramainya, hi-5 kite geng..Tapi aku bukan takat layan drama ni je, tapi aku ni antara ribuan mahupun jutawan peminat Neelofa, alaa mesti korang pun tahu kan aku ni minat Neelofa dari dulu lagi dari dia belum bertudung lagi, dulu aku kurang minat lakonan dia tapi lebih suka pada keperibadian dia, aku suka sebab dia cantik, sebab tu aku selalu perasan nak cantik macam dia.Sebab tu kalau yang baru kenal aku, aku kenalkan nama aku Neelofa...hahahahaha kompom muntah hjau korang kan.Ingat lagi maza tu dia selalu kena kecam sebab lakonan kayu dia, dan penampilan dia..Aku pon panas telinga je dengar orang kecam2 Neelofa tau.Nak back up tak boleh, sebab ku bukan keyboard warrior, aku memerhati dari jauh je.Moga Neelofa tau aku ni salah seorang peminat dia cukuplah buat aku terharu..hahahaha..Fattah Amin pon okey jugak, suka sangat lah kalau dorang tu jadi couple, berlaon tanpa adegan peluk cium dah nampak sweet dan keserasian dorang kan..Mohon kahwin cepat please..Tapi aku tak boleh lah nak minat Fattah Amin, sebab aku dah ada Encik Patah seribu kat rumah tu...hahahaha..Haiii asben jangan mara haa, abang tetap dihati,.Sumpah dulu tak minah pon Fattah Amin, tapiiii sejak dia berlakon dengan Neelofa ni, terus minat.Tapi lebih kepada minat nak dorang bersatu lah.Takdelahhh feeling nak jadi pakwe ke hape, sampai terbawa dalam mimpi, cukuplah aku mimpikan "abang sado" hakak kat rumah tu.hekhek..


Disebabkan cerita ni, asyik dok tengok cantiknya si Neelofa ni, aku dah terjatuh cinta dengan baju-baju yang dia pakai, hishhhh berangan je nak baju macam Neelofa tu.Lagi-lagi baju dalam episod Warda balik kampung Ejaz tu, aku punya sawan sampai terbawak-bawak dalam mimpi, suka sangat baju tu.Puas search kat IG...Mak aaiiiii harga dia pon standard Neelofa kauuuuu...Hakak mampu jilat screen henpon jela.Nangis airmata darah..huhuhu..First jumpa harga RM250 per set...Matilanaakkkkk...Last2 jumpa harga RM115 ..Tapi design lebih kurang lah, tak sama 100%..Hurmmm jadiklahhh tak dapat original, dapat yang hampir-hampir sama pun okey..Tunggu gaji lah ek..Harap-harap tak habis..



Okey, sawan aku tak terhenti  kat situ je.Dah terminat dengan shawl Classy Wardah by Neelofar plak..Weyyyy dah kenapa aku ni??Kan best kalau duit kepuk2.Nak je dapat...Nak je dapat..Tak pon sebut je, orang sponsor..wahhhh gitu..Takyah nak berangan sangat Nory..Tapi kalau korang sudi nak sponsor, hakak sudi terima dengan hati yang terbuka,Nanti hakak belanja free review kat blog, facebook & Instagram..hahahahaha kemain...Eh hakak tak berharap tau, tapi dalam hati Ya Allah tuhan je tau macam mana dia punya gelodak nak kan 2 idaman kalbu ni..hahahaha..Bolehlah masuk dalam wishlist.hukhukhukhuk


Nah hakak belanja selfie hakak yang tengah feeling ala-ala Neelofa....
#statementmintakkaki muahahahahahha



3 comments:

  1. haha lawakla nory ni, takpe nory mari kita menabung moga dpt beli tudung dan baju tu. mila pun ada tudung lopa yang instant je yg lain xmampu den haha...

    ReplyDelete
  2. muja tk delah minat sangat ngan neelofa tapi fesyen dia mmg terbaik :D

    ReplyDelete
  3. ade la iras neelofa sket... kat bhg pipi :)

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)