Followers

Monday, November 14, 2016

Siapa tak makan sayur, kite geng!!!


Aku memang sejak lahir tak suka makan sayur, bukan takat tak suka je,memang takleh langsung lalu kat tekak.Semua jenis sayur aku tak makan.Masa kecik2 dulu mak aku selalu sorok sayur dalam nasi aku, gumpal2 masuk dalam mulut aku, dengan harapan aku akan termakan sayur tu.Tapi aku kan bijak, aku kunyah nasi sampai habis, lepas tu pelan2 tarik keluar slow2 sayur tu dari mulut.Mak aku urut dada je tengok perangai anak dia yang anti sayur ni.

Sampailah sekarang ni, aku memang tak makan sayur, kalau order makanan, mesti request taknak sayur, order berger pon sama mesti taknak sayur.Kalau ada sayur, memang kerja aku menguis jela asingkan sayur ketepi baru makan, orang lain dah habis makan, aku baru siap asing sayur.hahahaha..
Aku pon taktaw nape aku tak boleh makan sayur, penah jugak try tapi tak kena dengan selera aku rasa dia.Tapi masa dalam pantang, aku berjaya paksa diri aku makan sayur sawi yang pahit tu setiap hari, demi nak bagi dak iqy susu ibu yang berkhasiat.Gituuuu...mithali kan aiii..Berjaya beb 44 hari aku makan sayur..

Aku pon taktau nape aku boleh makan plak, sebelum ni susah taw.Mungkin itulah dinamakan pengorbanan seorang ibu, sanggup buat apa saje demi anak, lobak putih yang hanyir tu pon aku makan beb, untuk banyakkan susu ibu.Alhamdulillah masa dalam pantang, susu badan mencurah2, tapi sayang 4 bulan je bertahan, entahlah mungkin aku kurang ilmu kot masa tu, sibuk dengan kerja, stress sampai susu kering.Mungkinlahh itu faktor nya.InsyaAllah kalau dapat peluang mengandung lagi, memang nak sangat breastfeed kan anak.

Tapi kan, lepas pantang terus otomatik tak boleh makan sayur semula, dah start perangai lama yang anti sayur.Yelaaa dalam pantang aku pantang betul lagi2 bab makan, apa yang boleh makan je aku makan, langsung tak penah ngelat okey.Ingatkan lepas pantang boleh lah terus terima kehadiran sayur dalam hidup aku, tapi hurmmm..

Cumanya, dalam banyak2 sayur ada satu sayur je yang aku makan dan faberet aku.Masih dalam kategori sayur jugak lah bagi aku, cuma kaler je tak hijau.Nak taw apa?


Ni haaaa, sayur pucok suun.Korang panggil apa?aku biasa sebut "Suun masak air" je ni.Sedapppnya makan gitu je dengan nasi, nak2 plak kalau mak aku yang masak, mak siap pecah telur lagi dalam kuah tu, perghhhh layannn..



Nak2 plak makan bersama Milo Ais taburrr....Hurmmmm sedap wey tak tipu.Heheheh..Milo ais ni biasanya adik aku yang rajin buatkan untuk aku, dia memang rajin buat kalau aku request, walaupon pottt pettt pott pett taknak buat, taw2 je dah siap segelas..tenkiiiuuu jenlot..


Jemput makan semua, makan dalam mangkuk sebab nak letak kuah banyak2, makan nasi sampai habis, last sekali hirup kuah, Ya Allah, nikmatnya.Takyah tanya bila nak start diet, makin kelaut dah diet aku sekarang, sebab lapar je memanjang, dah terasa seluar makin ketat sekarang ni.Insaf rasa nak makan banyak2..huhuhuhu..

2 comments:

  1. memang sedap tau soon tu boleh digoreng jgk makan dgn soto.mila baru tau mak mertua ajar huhu..

    ReplyDelete
  2. sedap suun tu,,memang feveret jugak = )

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)