Followers

Friday, September 14, 2018

Teratak Riverview, Tg Malim


Nampak gaya nya , tiap bulan satu entry je laa yang mampu untuk tahun ni, busy sangat ke atau buat2 busy..hehehehe..Nak share citer sikit pasal plan berkelah last minit dengan adik beradik Abi. Mulanya biras whatsapp ajak balik kampung (mertua) kebetulan dia nak balik minggu tu, aku pun try ajak Abi, mulanya Abi kata taknak balik sebab dia baru balik 3 hari lepas sorang2 naik motor, tapi aku tak ikut masa tu sebab kerja, pastu aku pun diam jela, alih2 sabtu tu aku kerja, balik kerja pukul 1, Abi cakap "Jomlah kita balik kampung"..Haish dia ni semalam cakap taknak, aku pon takde lah prepare beg segala..Pastu kelam kabut lah kemas beg, sempat lah singgah pekan Slim beli stok mainan Dak Iqy kat kedai ECO RM2 tu..Pastu lepak minum2 jap, baru balik rumah mertua.




Dah sampai kampung, aku ngan biras memang dah plan balik kampung ni nak mandi sungai.Dah siap plan nak masak bawak bekal nak makan tepi sungai lagi. Baikkk punya planning.Punyalah excited, dari malam dah siap masak sambal ikan bilis.Sebab takut terlajak bangun kan pagi tu, tapi sebab excited mengatasi segalanya, memasing bangun awal pagi tu, sempat lagi biras dan suami nya masak kari ikan, goreng telur , nugget dan ulam-ulaman.So jadi banyaklah menu kitorang untuk berkelah hari itu.Cadang nak gerak awal sikit lah, sebab takut hujan, alih2 dekat pukul 11pg jugak baru gerak.Tapi kira ok lah, mandi sungai lagi best mandi time panas2 kan..Mujur tak hujan..Dapatlah kitorang mandi manda puas2.


Yang buat kitorang beria2 nak mandi sungai ni sebab, sebelum ni adik beradik yang lain balik kampong mesti dorang mandi sungai, malangnya kitorang takde sekali, jelesssnya tengok dorang  mandi sungai, tu yang bila kak zue (biras) whatsapp ajak balik kampung sekali, aku terpikir satu jeee nak mandi sungaii..tak kira!!!! hahahah..Rupanya Kak Zue pon fikir benda yang sama, tujuan nak balik kampung kalini, nak mandi sungai..Ada geng!!!!Yeayyyy!!!




Request kat adik ipar suruh bawak kitorang kat sungai yang paaaling cantik sekali antara sungai2 yang ada kat situ..hahahaha...taknak kalah..So dia bawak kitorang mandi kat Teratak Riverview, Tg Malim ni.Tapi orang kat sini panggil ni Sungai Simpang Empat..Lantak lah apa nama dia pon, yang penting memang bestttt..Lama kot aku tak mandi sungai, aku fobia mandi sungai sejak 3 tahun lepas masa along aku kena "kencing tikus"..Sekarang dah hilang dah fobia tu..tawakkal jelaaa.. Moga terhindar dari virus/ wabak berbahaya.

Ko mampu mandi sungai sambil makan aiskrim? Tak sejuk ke nakkk oii...

Dia ni paaaaallllling teruja, sebab first time dia mandi sungai..Dia biasa mandi laut dan kolam je.. So bila dapat mandi sungai dia terdiam kejap..Oooo camni sungai, pastu dia sendiri pandai buat perbandingan, dia cakap sungai sejuk, laut panas, ..Air laut masam macam lemon, air sungai manisss..hahahahah....suka hati kau jee kan..Pastu dia bantaiii melalak, taknak balik..kes tak puas mandi lah tu.. Next time kite datang lagi okey..Orang lain semua dah kecut gigil2 dah, dia tak puas2 mandi lagi..hadoiii..Last2 pikul jugak sumbat masuk dalam kereta, melalak2 sampai tertidur dalam kereta.. Sehari merajukkk dengan abah..hahahahaha..





Dah sejuk, mula lah lapar, maka marilah kite sapedek dulu.. Memang syiokk makan ramai2 tepi sungai, berselera memasing.. Complete dengan ulam-ulaman lagi..Senang bawak mangkuk tingkat camtu, senang nak angkut, penuh mangkuk2 tu dengan lauk pauk, good job girlsss...Dah alas perut, sambung berendam lagi, sedap betul dapat berendam dalam sungai time panas2..


suka sangat view kat sini....

Kak Zue a.k.a my biras

Dah puas berendam, sebelum balik, teringin plak nak lalu jambatan gantung kat atas tu, gigihlah pergi panjat tangga nak lalu kat jambatan tu..Ok je tak gayat sangat, sebab kurang bergoyang..Aku penah lalu jambatan yang lagi adventure dari ni, sampai tahap orang depan aku tu sampai merangkak sebab gayat sangat, nak patah balik, orang dah ramai kat belakang, nak taknak dia kena teruskan jugaklah.Aku ni minat benda2 extreme nii..Cuma tak berkesempatan nak join lagi je..Teringin nak buat flying fox, segala benda yang berayun2 tu laaa.. maklumlahh sis dulu tak join PLKN..tak merasa lah semua tuu..tu yang teringin, tapi tak penah join lagi..





1 comment:

  1. cantik gila tempat ni. dulu pegi bawak budak2 sekolah camping. nak buat water activity dengan pemantauan keselamatan tapi cikgu kena test dulu. hahaha gigil2 air deras dok takut. tapi memang puas hati sini and orang tak ramai sebab private kan..

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)