Followers

Saturday, July 14, 2012

Pencatat Rekod Dunia Malaysia

 
 

1. Tarik Kapal Terbang 
   R.Letchemanah menarik pesawat Boeing 737 seberat 32.5 tan sejauh 16.85 meter dengan rambutnya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada tahun 1990.
2. Pensil Tertinggi
   Pensil sepanjang 20.248 meter yang terletak di bangunan syarikat Faber-Castell di Subang Jaya,adalah yang terpanjang di dunia.Ia diperbuat dari kayu jelutong.

3. Seni Bijirin terbesar
   500 pelajar dan sukarelawan dari Central Academy of Art Kuala Lumpur mengambil masa selama dua hari dan dua jam untuk menyiapkan corak "Buddhism Auspicious" berukuran 31.7 meter panjang dan 26.8 meter lebar yang diperbuat daripada 12 tan bijirin.
4. Mug piuter terbesar
   Sebagai meraikan ulangtahunnya yang ke-100, syarikat Royal Selangor Pewter telah membuat gelas piuter terbesar di dunia,berukuran 1987 meter tinggi,dengan isipadu sebanyak 2,796 liter.
5. Barisan duit terpanjang
   Lebih 500 orang sukarelawan menghasilkan barisan duit 20sen sepanjang 55.63 kilometer di Dataran Merdeka pada tahun 1995.

6. Pencantuman lengan pertama
   Pada tahun 2000, Chong Lih Ying, berusia 4 tahun , menjadi orang pertama dan termuda di dunia menjalani pembedahan seluruh anggota tangan apabila sebuah lengan disambung ke bahagian anggota asalnya yang cacat di Hospital Selayang , Selangor.
7. Telur paling banyak dipecahkan dengan pergelangan tangan
   Pada tahun 2005, Balakrishnan memecahkan 25 biji telur dalam masa 30 saat di tempat kerjanya , di Restoran Naina Mohamed, Ipoh.Dia meletakkan telur di bahagian atas pergelangan tangannya dan melipatnya ke belakang untuk memecahkan telur tersebut.
8. Kependekan terpanjang
   Kependekan nama terpanjang di dunia ialah S.K.O.M.K.H.P.K.J.C.D.P.W.B yang bermaksud Syarikat Kerjasama Orang-Orang Melayu Kerajaan Hilir Perak Kerana Jimat Cermat dan Pinjam-Meminjam Wang Berhad.

9. Pengapit pengantin lelaki paling kerap
   Ting Ming Siong dari Sarawak telah menjadi pengapit di majlis perkahwinan sebanyak 1,395 kali sejak tahun 1975.



***Sumber dari Malaysia Book of Record,2007***
   

2 comments:

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)