Followers

Friday, January 11, 2013

Khas untuk rakan2 TTC


Sempena hari jumaat yang mulia dan penuh berkat ni, aku nak share ilmu sikit, ilmu yang aku dapat dari "bekas TTC'ians"..TTC stand for Trying To Conceive yer kawan2,Hamba Allah yang sedang diuji oleh Allah, menunggu dan berusaha untuk mendapatkan cahaya mata..Bukan senang nak buat anak, ape ingat lepas kawen je boleh terus peknen, tu mungkin bg org lain, tapi bagi golongan seperti kami ni, tak siapa pon dapat fahami perasaan kami.Hanya golongan yang senasib dengan kami je yang mengerti pahit maung, suka duka bergelar TTCians..Tapi disebalik ujian tu, kami percaya ade hikmah yang tersembunyi..Kamii redhaa..


Haritu ade seorang (ex-ttc"ians") PM aku kat Facebook, die memperkenalkan diri die sebagai "A" (bukan nama sebenar), dan die merupakan bekas ttcian yang dah berjaya hamil lepas setahun lebih menunggu.Yer!!aku tahu ade yang mengambil masa lagi lama dari tu, tapi bagi aku setahun lebih tu pon dah kira lamaa sangat, sebab aku pon dah setahun lebih kawenn..huhu..Tuhan je taw apa yang aku rasa, betul kata org, "penantian tu satu penyiksaan"..A berkongsi dengan aku usaha2 yang die lakukan sehingga berjaya hamil.Tertanya jugak aku, mane die taw aku sedang ber"ttc"...Rupanya die taw dari blog aku ni.Actually, tak byk dah kisah2 aku berttc kat blog ni, sebab byk dah padam..Sebab aku berazam tahun ni aku taknak pikir lagi pasal ttc ni, aku nak die "datang" sendiri, taknak tertunggu2..Kalau ade, ade lah...Aku cuba nak positifkan diri, takmau stress2 taun ni.Aku berjayaa hapuskan semua rasa2 tu, tapi jauh disudut hati, keinginan tu tetap ada, tapi dah tak se"excited" dulu.Mungkin ker aku dah putuss asa??...hurmm..

Ok meh aku kongsikan usaha2 yang telah beliau lakukan sehingga berjaya hamil.Dia yang izinkan aku share pasal ni kat blogg..(Time kasih dear).Aku cuba olah semula ayat yang die tulis tu ikut ayat aku ek, bagi korang senang faham..


1. Lepas habis period, lakukan solat hajat 7 hari berturut2, suami dan isteri..Lebih afdal kalau buat berjemaah (sama2) atau nak buat asing2 pon boleh..

2. Kalau ade masa, rajin2kanlah buat sembahyang sunat Dhuha (murah rezeki)..Kalau tak sempat, amalkan je atau nak senang, tolong hafal Doa Dhuha tu..Atau kalau susah nak hafal, dengar je lagu UNIC tu, senang nak ikut & hafal..(aku suka dengar lagu Doa Dhuha tu)..

3. Bagi isteri, amalkan memakan habbatussauda setiap hari dan setiap pagi..

4. Bagi sang suami plak, amalkan minum susu kambing..Kalau nak senang, minum Hi-Goat senang nak beli dan senang nak minum..Tapi kalau dpt yg original lagi bagus kan..

5. Sentiasa positif pada Allah, redha dan pasrah kepadaNYA.Percayalah bahawa Allah tu tidak kejam, Dia taw apa yg sebaik2nya buat kita.

6. Banyakkan bersedekah dan amal jariah.Lebih2 lagi pada anak2 yatim dan ibu2 mengandung..Pandang dan renunglah wajah mereka sedalam2nya dengan pandangan rasa kasih dan sayang..

7. Jangan lupa sentiasa berdoa untuk kebajikan ibu bapa kita, lepas habis solatt..


InsyaALLAH dengan izin Allah, apa yang kite inginkan akan tercapai..
Menurut hamba Allah ni, die berjaya hamil selepas 2 bulan mengamalkan usaha2 diatas..Alhamdulillah, rezeki die dah sampaiii..Apa yang penting, sama2 lah kite berusaha dan terus berdoa, dan pegang kata2 "Allah akan bagi(REZEKI) bila sampai masanya"...InsyaALLAH..

"Salah satu usaha adalah dengan memperbanyakkan sedekah, lebih2 lagi pada anak2 yatim...Jom buat amal jariah disini, salurkan sumbangan korang ke account bank berkenaan..Semoga Allah memberkati amalan kita ni..insyaALLAH.."


24 comments:

  1. Assalamualaikum nory, sheila pun faham perasaan tu even kawin tak sampai setahun. kita kena bersikap positif dan percaya Allah dah tentukan yg terbaik buat kita. terasa sedih pula baca entri ni. sama2 kita beramal soleh kepada semua. insyallah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sheila, kite kena positif and percaya yg sampai masa Allah akan bg "rezeki" tu kat kite...insyaALLAH

      Delete
  2. Betul.. Salah satu nya adalah banyakkan bersedekah kan.. tak papa kedana pun kita hulur rm1.. huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah...takkan miskin punyer kalau dapat hulur walau seringgit dua...kan..kan..kan.

      Delete
  3. betul... bersedekah itulah penambah rezeki

    ReplyDelete
  4. bercakap soal habbatus sauda ni kan, akak pun baru terjumpa pasal ni.

    akak pun dah consume habbatus sauda, tp baru je la lagi. bila baca artikel ni dah rasa nak stop plak

    http://ilani88.com/2012/10/31/rahsia-lain-habbatus-sauda/

    ReplyDelete
  5. nak share jgk. saya subscribe kat sini: http://personalpathtopregnancy.com/. byk tips2 yang dia ajar. lg satu kdg2 apa yang kita buat kita xsedar yang itu boleh mngurangkan kebarangkalian kita untuk pregnant. harap membantu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh tq akak...kena byk mintak advise ngan akak ni...akak kan doktor..hehe..kalau ade tips2 lg, kongsi2 ngan nory yer...heheh

      Delete
  6. ni lagi artikel untuk nory http://www.yesyoucangetpregnant.com/howtogetpregnant.html/

    ReplyDelete
  7. rumah amal 2 dekat umah mak akak... bayar fidyah mmg kat c2 jer...

    akak doakan utk nory & suami, InsyaAllah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo...rumah akak kawasan tu yer...

      insyaAllah kak, harap2 ade rezeki tahun baru ni..aminnn

      Delete
  8. Replies
    1. amiiinnn...kite usaha sama2 ek..nnt peknen sama2, pastu leh combine kenduri cukur jambul sesama...heheheheh

      Delete
  9. semoga ada rezeki utk nory nti...amin

    ReplyDelete
  10. Ada rezeki nanti insaallah...Ohhh semoga even tu akan berjaya...Sy support dari belakang..

    ReplyDelete
  11. In Shaa Allah moga ada rezeki utk awk nanti

    ReplyDelete
  12. insyaAllah...rezeki akak akan sampai gak nanti...:) tamau stress2...

    ReplyDelete
  13. UPT tester murah(rm1.00) dan OPK tester murah(rm1.20/pc), boleh pm atau layari blog saya kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/
    (cara penggunaan pun diberi sekali), produk sy ini menguji adakah anda hamil-(upt) dan mengetahui masa subur anda dalam usaha mendapat zuriat(opk) secara amnya,(0148004302)

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)